View: 39142|Reply: 45
|
Penggunaan nama ALLAH dalam kitab bible
[Copy link]
|
|
silakan vote dan nyatakan pendapat anda mengenai penggunaan nama ALLAH dalam kitab bible.
Izinkan saya merujuk laporan akhbar tentang usaha Sidang Injil Borneo berhubung larangan kerajaan terhadap mengimport bahan terbitan Kristian yang mengandungi perkataan Allah seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Sun keluaran 28 Disember 2007.
Mengikut laporan akhbar tersebut, Sidang Injil Borneo berpendapat mereka mempunyai hak dari segi Perlembagaan Negara untuk menggunakan istilah Allah dalam semua bahan terbitan agama mereka.
Sidang Injil Borneo memperakukan bahawa bumiputera beragama Kristian di Sabah yang menggunakan bahasa Malaysia telah lama menggunakan perkataan Allah. Terjemahan kitab Injil dalam bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia juga telah menggunakan perkataan Allah sebagai suatu istilah untuk Tuhan.
Perkataan Allah juga telah digunakan dalam kitab Injil Arab kuno dan juga kitab Injil Arab baru yang telah dan sedang digunakan oleh orang Arab sejak zaman dahulu hingga sekarang seperti di Mesir, Lebanon, Iraq dan Afrika......
[ Last edited by kalalah007 at 2-2-2009 01:13 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka, "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" Tentu mereka akan menjawab, "Allah", maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar)". (QS Al-Ankabut: 61)
Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka, "Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya?" Tentu mereka akan menjawab, "Allah." Katakanlah, "Segala puji bagi Allah", tetapi kebanyakan mereka tidak memahami (nya). (QS Al-Ankabut: 23)
Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka, "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Tentu mereka akan menjawab, "Allah." Katakanlah, "Segala puji bagi Allah"; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. (QS Luqman: 25)
Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka, "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?", niscaya mereka menjawab, "Allah." Katakanlah, "Maka terangkanlah kepadaku tentang apa yang kamu seru selain Allah, jika Allah hendak mendatangkan kemudaratan kepadaku, apakah berhala-berhalamu itu dapat menghilangkan kemudaratan itu, atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, apakah mereka dapat menahan rahmat-Nya? Katakanlah, "Cukuplah Allah bagiku." Kepada-Nya lah bertawakal orang-orang yang berserah diri. (QS Az-Zumar: 38)
Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka, "Siapakah yang menciptakan mereka," niscaya mereka menjawab, "Allah", maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah)? (QS Az-Zukhruf: 87) |
|
|
|
|
|
|
|
takde pilihan utk ' tak jadi masalah' kew? |
|
|
|
|
|
|
|
Allah bukan ada satu nama je...... antaranya Ar-Rahman.....
btw, kitab sebelum nie pung guna Allah gak...... jika kita nafikan penggunaan 'Allah', bukan dah cam kita menafikan kitabnya yg lain? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak tukar perkataan GOD kepada Allah tu... aku no problem ...
tapi kalau derang nak tukarkan Son of God kepada 'Anak Allah'.. yang ni aku bantah..!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 Hang's post
Tol tu..
Dah mmg GOD tu..ade 1 je.. Allah je..
so sha rase, x salah..coz mmg tu pon Tuhan kite sume..
mane ade yg len dah..
tp klu nak wat son of god tu..nak tuka pd anak Allah..mmg dah melampau la tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
bior le depa nak pakai nama Allah, xde masalah. Mungkin kita boleh jadikan penggunaan nama Allah sebagai satu kelebihan bagi kita umat Islam untuk berdakwah kat dorang nih.
aku heran nape ada yg x suka dan xnak benarkan penggunaan nama Allah pada agama lain. nak keliru mendernya klu asas Islam diajar sungguh2 kat bebudak kecik dan semua mainkan peranan dgn bijaksana. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 nursha's post
Kalau diorang nak tukar kepada son of God tu kepada son of Allah..boleh la kot..sebab dah tu ajaran diorang dan kepercayaan diorang yang Jesus tu anak Allah. biar je la..bukan kita nak ikut diorang pun... |
|
|
|
|
|
|
|
kenaper baru skrg sibuk2 dorank nak gak nama 'Tuhan' dia jadi 'Allah'.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 KayPooh's post
napa aku rasa mcm x patut jer...mrk ni mmg ada agenda mrk sendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 khoirulfatihin's post
apa salahnya pun..Allah tu kan Tuhan?. Dalam bahasa Arab pun, kitab Bible, Allah dipanggil Tuhan..Bukan ke Jesus datang dari Allah?So, sama je,kan?. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 eastrun's post
ko kompom ker mrk bniat baik.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 khoirulfatihin's post
Habis, kalau camtu,kitab Arab yang sejak sekian lama diorang pakai tu kena buang la? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #12 eastrun\ catat
Salaam,
Saya pun berpendapat demikian..... biarkan jalah.... syukur juga mereka mahu mengakui bahwa Allah tu tuhan mereka..... mana ada lagi tuhan lain selain Allah..... melarang mereka memanggil tuhan mereka Allah, seolah-olah banyak tuhan pula yang perlu disembah aku tuhan aku, ngkau tuhan ngkau.... seolah-olah kita umat islam pun membenarkan banyak tuhan.....
Sepatutnya satu perkara yang kita kena perbetulkan ialah membuktikankepada mereka bahwa Jesus itu bukan tuhan atau anak tuhan dan tuhan tidak terdiri dari 3. Itu sepatutnya kita bagi syarat jika mereka mahu menggunakan istilah Allah, Allah tetap Allah... mereka tidak boleh memanggil Jesus itu Allah (Jesus Allah)....
Kalau kita rujuk Al Quran pun mereka gunakan istilah Allah kepada tuhan mereka.... selain dari ayat-ayat yang dikemukakan oleh tuan tanah.
AQ 9:30. Orang-orang Yahudi berkata, "Uzair ialah putera Allah"; orang-orang Kristian berkata, "Al-Masih ialah putera Allah." Itu adalah ucapan daripada mulut mereka, menurut ucapan orang-orang yang tidak percaya sebelum mereka. Allah memerangi mereka! Bagaimanakah mereka dipalingkan?
AQ 8:32. Dan apabila mereka berkata (orang kafir), 揧a Allah, jika ini yang benar daripada Engkau, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih.擺/b]
Apa yang boleh difahami dari kedua-dua ayat diatas ? Dengan jelas orang kafirpun menyebut perkataan Allah, Yahudi pun menyebut Allah dan begitu juga Nasrani, perbezaannya mereka mengatakan Allah mempunyai anak tetapi dinafikan sendiri oleh Allah, persoalannya mereka tetap menyebut tuhan mereka dengan sebutan 揂llah |
|
|
|
|
|
|
|
ialah Allah tuhan semua org
aku dah vote pun sebelum baca korg nye opinion
but m glad i make the right choice, i think i am |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah nak gunakan perkataan Allah
maka bible-bible dalam bahasa Inggeris seluruh dunia tu patut gunakan perkataan Allah sama...
kalau setakat nak gunakan dalam bible bahasa melayu memang la menjadi isu..
sebelum umat Melayu ini memeluk Islam nama bagi Tuhan Pencipta Alam ini disebutkan : Hyang ataupun Sang Dewata Raya.
apabila memeluk islam , umat Melayu menggunakan Allah..
jadi Allah ini sudah berkait dengan agama Islam di alam nusantara ini...jadi tidak hairan kalau umat Melayu membantah..
kalau nak guna ganti GOD kepada Hyang ataupun Sang Dewata Raya.. takkan ada umat Melayu yang akan membantah..!!
[ Last edited by Hang at 3-2-2009 08:38 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #17 Hang\ catat
Salaam,
Pendirian saudara sebelah mana pula.....
Bagaimana pula terjemahan Al Quran dalam bahasa inggeris... sesetangah mereka guna God jugak ganti perkataan Allah... apa komen saudara..... |
|
|
|
|
|
|
|
tu masalah bahasa je....tu pun nak jadi isu bergadoh....tuhan suke ke bergadoh sampai tumpah darah macam d tempat2 tertentu tu..
Ahli politik pon ambil peluang atas kebodohan kite....pejuang agama konon... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #19 cabang\ catat
Salaam,
Politik punya pasallah...... rakyat jadi mangsa.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|