CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 25226|Reply: 61

DCL Kena Saman RM20 Juta - muka makin hodoh selepas pakai krim DCL

[Copy link]
Post time 12-2-2009 05:31 PM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU: Seorang peniaga komputer semalam, memfailkan saman berjumlahRM20 juta terhadap syarikat kosmetik, DE Classic Life (M) Sdn Bhd (DCL) atas dakwaan krim kecantikan keluaran syarikat terbabit menyebabkan wajahnya bertukar bengkak dan kehitaman seperti terbakar, tahun lalu.

Plaintif, Noraini Jaafar, 48, dari Kubang Kerian, memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi menerusi Tetuan Wan Jawahir & Co, kira-kira jam 2 petang semalam, dengan menamakan DCLsebagai defendan pertama, manakala ejen jualan syarikat itu, Nazula Mamat sebagai defendan kedua.

Dalam penyataan tuntutannya, Noraini mendakwa pada 11 April2008, defendan kedua berkunjung ke rumahnya dan mempengaruhinya supayamembeli/menjadi ejen/wakil stokis kepada produk kecantikan defendanpertama sebelum beliau membeli sejenis produk bagi mencubanya terlebih dulu.
        
Selepas menggunakannya selama tiga malam, plaintif mendakwa, wajahnya berubah menjadi gelap menyebabkan beliau memaklumkan perubahan itu kepada defendan kedua sebelum dinasihatkan menggunakan sejenis lagi produk bagi mengembalikan keadaan asal wajahnya.

   
Dakwa plaintif, selepas beliau menggunakan produk kedua itu selama lima hari, mukanya mengeluarkan bahan putih kapur dan melekit tetapi dinasihatkan oleh defendan kedua supaya terus menggunakan produk terbabit selama tiga minggu.

Bagaimanapun, selepas itu wajahnya bertukar menjadi semakin gelap dan hitam sehingga menghilangkan wajah asalnya.

cilok dr bharian online hari ni.. 12/2/09
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2009 05:38 PM | Show all posts
OH MY GOD..........
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 05:39 PM | Show all posts

Balas #2 elysyle\ catat

tread ni dah ade kat Isu Semasa...sila pindah
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 05:44 PM | Show all posts
hey excuse me
jangan nak silap nama orang, pastu nak buruukkan nama orang

JATUH MARUAH ORANG JE KO NIH
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2009 05:44 PM | Show all posts
Ada ramai agen DCL kat sini. Biar mereka alert sikit, teruk nanti kalau muka member atau customer rosak ..... kalau company kena saman, mereka ada duit.Tapi kalau agan sendiri kena saman, macam mana??
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 05:51 PM | Show all posts
bukan..

dia tulis my name tu

macam aku plak bukak thread ni

bukan kat ko ok kekekekekekee

nak sound aku plak dia tu kekekekekek

mata dia buta kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2009 06:09 PM | Show all posts

Balas #6 elysyle\ catat

ala babe, dia tersilap tekan tu..

maapkanle dia...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 06:23 PM | Show all posts
alah korang ni
aku gurau secara kasar giler

tak sangka plak aku baca kasar giler

haha AMPUN YE SEMUA ) akakakaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2009 06:34 PM | Show all posts
kalau suami cari lain.....amacam Pakai je bedak sejuk tepek2 kat muka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2009 07:29 PM | Show all posts
Alamak, macam mana dengan Ahli DCL tu? Kena saman sekali tu. Mana ada duit even untuk lantik lawyer? yang kaya2 ni yang pangkat besar2 buat sales puluh2 ribu sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 08:19 PM | Show all posts
nape aku carik kt isu semasa x jumpa ek..aku yg buta kot...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 08:33 PM | Show all posts
aku rasa ada lah silap dekat mana2 tu...
maybe cara pemakaian dia salah.. org suruh basuh 3 kali satu hari dia basuh 10 kali satu hari..
atau ada bahan dalam tu yang tak sesuai untuk kulit dia..
knp org lain takde cakap ape2 pun..
secara logiknya la... berpuluh puluh ribu org guna... dia sorang je yang tak serasi..
ntah yer.. mcm2 boleh jadik.. takutttt rosak muka
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 09:40 PM | Show all posts
erkkk. rm20j banyak tu,
menangguk di air keruhh

dan aku kenal siapa wan jawahir tsbt, opssssss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2009 01:10 AM | Show all posts

Reply #13 ctredzuan's post

errrr ... takda ker gossip pasal dier?

Sejauh mana benarnya pasal muka dia tu?

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 01:36 AM | Show all posts
kdg2 kite alergik ngan bahan2 yg terdapat dlm produk tu tp kite tak aware ngan diri kite sendiri... kalau mcm tu nak salahkan siapa...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 02:09 AM | Show all posts
kalo aku la.. ( kan aku bukak business ni jugak )

selalunya dlm boleh dikatakan setiap jualan kosmetik kedai aku ni.. aku akan ingatkan guna krim malam atau penyegar yg tajam2 tu secara paling minimum.. biar lambat kesan dia.. drpd jadi mcm kulit udang kena masak charkueteau...

apa2 pun.. nasib la.. tp untuk pengetahuan semua.. ada syarikat insuran buat pakej utk kaver masalah2 ni in case kompeni kita kena saman..

so takde la teruk nak kena bayar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2009 02:32 AM | Show all posts
jutawan melayu banyak kat DCL ....

kalau sorang bagi 1juta... 20 org 20juta....

clear...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 08:56 AM | Show all posts
Originally posted by ctredzuan at 12-2-2009 09:40 PM
erkkk. rm20j banyak tu,
menangguk di air keruhh

dan aku kenal siapa wan jawahir tsbt, opssssss


Dealer tu pun kena saman gak.........
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 09:26 AM | Show all posts
Alaaaa..kan depa tu jutawan MLM...
Takat saman 20juta tu...kacang aje bayar..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 09:29 AM | Show all posts
Originally posted by RedDevils at 13-2-2009 09:26 AM
Alaaaa..kan depa tu jutawan MLM...
Takat saman 20juta tu...kacang aje bayar..


Uik ...dealer yang kena saman tu...dah bertaraf jutawan gak kee...??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.905067 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list