View: 31288|Reply: 59
|
TELEMOVIE : PONTI ANAK REMAJA
[Copy link]
|
|
tayangan : bulan march (tak tau biler lgk..)
di astro ria (channel 104)
lakonan: lisa suriani..liyana jasmy & farish ..
info
Gandingan pertama Liyana, Farish dan LisaOleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]
APABILA mereka ditawarkan untuk membintangi telemovie berjudul Ponti Anak Remaja, ketiga-tiga bintang ini berpendapat, peluang itu sebagai satu langkah untuk memperkasakan lagi persahabatan mereka yang sudah lama terjalin.
Meskipun Liyana Jasmay terlebih dahulu mencipta nama dan populariti berbanding Farish Aziz dan Lisa Surihani, namun ketiga-tiga mereka tidak pernah menganggap itu sebagai halangan untuk tidak mempamerkan kecemerlangan dan mutu lakonan masing-masing.
Bukan itu sahaja, Farish dan Lisa juga tidak lokek untuk mendapatkan bantuan Liyana sewaktu di lokasi Ponti Anak Remaja dalam memberikan kepuasan kepada sang pengarah, Ghaz Abu Bakar.
Malah, mereka melahirkan rasa bertuah apabila dapat digandingkan buat pertama kalinya dalam telemovie arahan Ghaz yang akan ditayangkan di saluran Ria (saluran 104, Astro) pada bulan depan.
Lebih-lebih lagi, dengan skrip yang dihasilkan oleh penulis skrip dan novel terkenal, Nizam Zakaria menjadikan Ponti Anak Remaja ini lebih dekat dengan mereka apabila ia berkisarkan tentang kehidupan dan permasalahan remaja kota metropolitan hari ini.
Bertemu dengan ketiga-tiga remaja ini sewaktu di lokasi Ponti Anak Remaja yang berlangsung di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur hujung minggu lalu, Liyana, Farish dan Lisa merungkai kisah di sebalik Ponti Anak Remaja serta pengalaman yang dikutip sepanjang penggambaran telemovie berkenaan.
[ Last edited by jac_diehard_fan at 14-3-2009 12:03 ] |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan artikel dr utusan..
Malah, Farish juga melahirkan rasa bertuah dan syukurnya apabila sering diberikan peluang oleh penerbit dan pengarah untuk mengasah lagi bakatnya dalam bidang lakonan.
"Pendekatan setiap pengarah adalah berbeza dan ia juga adalah salah satu cara untuk saya belajar tentang dunia lakonan. Begitu juga dengan Ghaz yang terlalu banyak tunjuk ajar yang diberikan kepada saya dalam menghidupkan watak Fazli iaitu seorang ulat buku dan perasan dirinya diminati ramai sedangkan tidak pada realitinya," kata jejaka berusia 26 tahun ini.
Tambahnya, kekuatan Ponti Anak Remaja terletak pada skripnya yang bijak mengalihkan pandangan skeptikal pada pengimejan seorang ulat buku dan mereka yang sering kali dicop sebagai golongan yang tidak popular di kolej.
Bukan itu sahaja, Ponti Anak Remaja yang menemukannya kali pertama bersama Liyana dan Lisa juga menjadikan ketiga-tiga mereka begitu serasi dan senang bekerja sewaktu di lokasi.
"Mungkin kerana kami ini bersahabat selain daripada usia kami yang tidak jauh beza membuatkan kami selesa bekerja," jelasnya sambil dipersetujui Lisa yang berada di hadapannya.
Jelas Lisa lagi, mujurlah dengan bantuan Ghaz dan Nizam banyak membantunya menghidupkan watak Murni seorang yang mengutamakan pelajaran berbanding kehidupan sosial remaja.
"Apabila mendapat skrip, memang agak pening kepala melihat istilah sains yang perlu disebutkan tetapi selepas berlatih berulang kali, Alhamdulillah, saya dapat membawakannya dengan baik.
"Saya juga harus akui skrip Ponti Anak Remaja memang kuat dan ia bukan sekadar menonjolkan kisah remaja semata-mata tetapi semangat kekeluargaan dan persahabatan yang terjalin antara watak-watak utama ini.
"Saya juga bertuah kerana dapat terlibat dalam produksi ini yang ternyata mengutamakan semangat kerjasama dan membantu antara satu sama lain," katanya.
Ponti Anak Remaja merupakan lakonannya ketiga untuk siaran televisyen selepas Anak Merdeka dan drama bersiri Obsesi.
Malah, Lisa juga baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama Mataku Nampak Hantu yang akan disiarkan di Astro kelak. |
|
|
|
|
|
|
|
tengok tajuk..aku ingat anak pontianak berlakon dan buat movie murahan...  |
|
|
|
|
|
|
|
PONTI ANAK REMAJA.. melerts!! ala2 pilem gittew [akan dtg di RIA]
|
|
|
|
|
|
|
macam lawak,nak try tgk.................. |
|
|
|
|
|
|
|
ok..noted. cam besh!  |
|
|
|
|
|
|
|
eh..bf puteri sarah pon ade yee?
nk tgk pon cuz ade liyana jasmayyy  |
|
|
|
|
|
|
|
liyana jasmay watak utama kan
kena tengok  |
|
|
|
|
|
|
|
Wah best jugak tgk promo citer nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
cam best jer..tak sabanye |
|
|
|
|
|
|
|
cam best....cmfrm aku nk tgk..dahla ade liyana jasmay...suke aku |
|
|
|
|
|
|
|
promo cam best je
mesti tengok ni,
dah la ada Liyana Jasmay ... |
|
|
|
|
|
|
|
x sabo aku nk tgk..liyana jasmay.... |
|
|
|
|
|
|
|
ek korunk prasan ada mamat tu belakon gak..bofren si pelakon aduh saleha tu..nama apa seh...yg gambar kntrovesi tu lah... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #19 skymania\ catat
elok tukau dgn skymania kannn
 |
|
|
|
|
|
|
| |
|