CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7906|Reply: 22

Objek dari langit

[Copy link]
Post time 18-2-2009 10:17 AM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ni, US digemparkan dengan bebola yang jatuh dari langit. Ia adalah satu2 benda yang misteri. Namun, ada tak Quran atau hadis menyebut apa-apa pasal ini?. I meant, ramalan mengenai benda ni. Aritu aku baca Bible yang Disturbia hantar, dia siap terangkan lagi bahawa benda tu dah prophecised dalam Bible, dalam buku Wahyu, aku paste verse dari Bible untuk tatapan korang yang aku dapat dari Disturbia:

"The third angel sounded his trumpet, and a great star, blazing like a torch, fell from the sky on a third of the rivers and on the springs of water -- the name of the star is Wormwood. "(Revelation 8:10)

atau

"Lalu malaikat yang ketiga meniup sangkakalanya dan jatuhlah dari langit sebuah bintang besar, menyala-nyala seperti obor, dan ia menimpa sepertiga dari sungai-sungai dan mata-mata air."(Wahyu 8:10)

Kalau ikut Bible ia merupakan tanda-tanda kiamat..Kalau Quran, ada tak cakap pe2?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2009 10:43 AM | Show all posts
setelah beberapa zaman nie, adakah baru kali nie meteor datang kat bumi?

bukan banyak kali dah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 10:45 AM | Show all posts
Tanda-Tanda Kiamat

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"
Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W."Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
+ Asap

+ Dajjal

+ Binatang melata di bumi

+ Terbitnya matahari sebelah barat

+ Turunnya Nabi Isa A.S

+ Keluarnya Yakjuj dan Makjuj

+ Gerhana di timur

+ Gerhana di barat

+ Gerhana di jazirah Arab

+ Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka. Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.


Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka. Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.
Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.

Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq

Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga.

Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat." Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, orang dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 10:55 AM | Show all posts

Balas #3 syazmin_husna\ catat

MASYA'ALLAH!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2009 11:06 AM | Show all posts

Balas #2 ussopp\ catat

memang la banyak kali, but since ni kan dah akhir zaman, maka maybe special sket?.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 11:08 AM | Show all posts

Balas #4 RikaHasriana\ catat

nampak mcm dah byk blaku kan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2009 04:23 PM | Show all posts
Yang paling nyata, sebelum betul2 kedatangan Hari Qiamat, Kaabah akan diruntuhkan
oleh seorang lelaki dr Qibti yg kurus keding, busuk, mata burok, bibir tebal, yg akan memantakkan
paku (wallahua'lam mcm mana rupa paku itu) di setiap 4 penjuru kaabah...
Dgn tindakannya itu, maka runtuhlah Ka'abah umat Islam yg selama ini menjadi pusat bumi.
Rentetan dr fenomena ini, Maka Allah memerintahkan Malaikat Israfil utk meniup Sangkakalanya
sehingga hancur luluh bumi bagaikan debu2 berterbangan memenuhi angkasa. Langit akan terbelah
laksana wawar merah. Semua benda hidup akan musnah, sehinggakan makam (kubur) Rasulullah pun
tak tau ke mana menghilang, akibat dahsyatnya ledakan hari kiamat...

Namun sebelum berlakunya semua ini, Nabi Isa AS, Allah SWT akan turunkan ke muka bumi bg memerangi makhluk Dajjal dan juak2 kafiruuun spt yg dikisahkan kat atas, bersama-sama seorang mujahid yg mujtahid bernama Al-Mahdi. Masa pemerintahan mereka, dunia akan aman senyaman-nyamannya sebelum ditakdirkan sekali lagi utk penduduknya menjadi kufur kpd Agama Islam (juga spt yg dikisahkan di atas)...

Saat Qiamat ini sdh tidak lama, sbb, semasa Rasulullah di Mikraj ke langit, Baginda sudah diberitahu oleh Malaikat Jibril, ketika Nabi SAW diperlihatkan oleh Allah Ta'ala akan seorang lelaki tua yg terlalu bongkok, sehingga mukanya hampir mencecah tanah, menunjukkan umur dunia sdh hampir ke penghujungnya..Bayangkan....sekarang sdh 1430 tahun Rasulullah meninggalkan kita...Dan Rasulullah pernah
membayangkan umur dunia dng kedatangan Qiamat, hanya berjarak antara jari telunjuk dgn jari tgh (jari hantu) sahaja....

Kalau tgk antara tanda2 yg dinyatakan oleh kawan kita kat atas, dah banyak dah antaranya yg dah berlaku, cuma yg betul2 kritikal shj yg masih belum berlaku...ermmm...satu signal utk aku dan keawan2 semua agar kita bersiap sedia utk kedatangan hari yg amat dahsyat ini....

Bebola dari langit (fireball) yg tuan thread ckp kat atas tu, skrg ni memang byk berkau kat Amerika Utara, juga dikenali sbg meteor yg meteroit nya dpt dirakamkan sedang membelah awan ...

Pandangan peribadi:
Penjaga langit (malaikat) sdh mula melepaskan beberapa butir 'peluru berapi', semata-mata sbg peringatan utk manusia, bahawa, hari yg dijanjikan Allah sudah semakin hampir...be prepared...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 05:22 PM | Show all posts
kalau sudah di ramal di dalam bible tidak semestinya di ramal di dalam al-Quran, dan sebaliknya.Itu tidak bermaksud al-Quran tidak benar mahupun keseluruhan bible tidak benar, keseluruhan kitab hindu tidak benar dan sebagainya.Kita hanya perlu mempercayai ianya datang dari Allah.

Macam langit bertukar menjadi kilauan minyak seperti bunga ros tu.

Hanya di dalam al-Quran sahaja kan yang meramal kejadian itu..

Jadi, to me it's just normal things..every thing can happen if Allah say jadilah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2009 05:30 PM | Show all posts
mmg la byk objek kt langit ,skang ni kan tgh festival layang2 sampai 22hb nanti
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 11:47 AM | Show all posts

Reply #9 iceyblended's post

betull3
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 01:27 PM | Show all posts
gerun bila membaca... mengenangkan ibadah yg belom tentu diterimaNya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 04:55 PM | Show all posts
Bile kite membandigkan yg patot dgn x patot..
beginilah persoalan yg timbul..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2009 02:01 PM | Show all posts
ni mesti ade org forward email kan...

bukan nk tentang ke..tp just nk bg opinion je..

kalau ikutkan..time dinasor lg ade kes mcm ni...siap smpi pupus dinasor tu..

pastu taun 80an kot..ade (xsilap aku Asteroid[besa tu])..jatuh kat siberia..berkawah gak le..

kte mmg xdpt predict bile ianye berlaku..sume telah ditetapkan oleh Nya
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2009 02:23 PM | Show all posts

Balas #3 syazmin_husna\ catat

dah banyak kan tanda-tanda yang di peringatkan untuk kita semua.....

tapi...

kita kdg2 alpa dan lalai terus-terusan mempertikaikan itu n  ini...

takut sgt bila pikirkan tentang hari berlakunya KIAMAT...

MASYA'ALLAH.....tak terjangkau di akal yang cetek nie
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2009 03:27 PM | Show all posts
hm... rasa sejuk2x pulak baca. anyway ni 2nd day merayap kat tread M&M ni. ok la banyak gak ilmunyerrr ehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2009 06:41 PM | Show all posts
Thank for the info

banyak ilmu yg teman dpt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2009 06:58 PM | Show all posts
Pade mase dekat ari qiamat yg kamu nampak hanya batilan tiada kebenaran dan kebaikan.Tidak akan berlaku qiamat jika masih ade manusia yg beriman.2000 drpd manusia hanya 1 shj yg akan masuk syurga.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2009 08:10 PM | Show all posts
Originally posted by indah_iman at 25-2-2009 06:58 PM
Pade mase dekat ari qiamat yg kamu nampak hanya batilan tiada kebenaran dan kebaikan.Tidak akan berlaku qiamat jika masih ade manusia yg beriman.2000 drpd manusia hanya 1 shj yg akan masuk syurga.


who said this?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 11:18 AM | Show all posts
Originally posted by indah_iman at 25-2-2009 06:58 PM
Pade mase dekat ari qiamat yg kamu nampak hanya batilan tiada kebenaran dan kebaikan.Tidak akan berlaku qiamat jika masih ade manusia yg beriman.2000 drpd manusia hanya 1 shj yg akan masuk syurga.

ada dalil nak refer?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 10:49 PM | Show all posts
Originally posted by indah_iman at 25-2-2009 06:58 PM
Pade mase dekat ari qiamat yg kamu nampak hanya batilan tiada kebenaran dan kebaikan.Tidak akan berlaku qiamat jika masih ade manusia yg beriman.2000 drpd manusia hanya 1 shj yg akan masuk syurga.


Salam...statement yg indah iman taip kat atas, sy x sure dr mana indah amik...but i had read in a book, named Asas-asas Fardu Ain, page: 39, written by Allahyarham Ustaz Sulaiman Endut...

Tanda-tanda kiamat ialah semua penghuni dunia ini tidak ada lagi orang yang beriman ertinya pada masa itu semua orang yang ada adalah kafir. Selama dunia masih didiamni oleh orang yang beriman, selagi di dunia ini masih ada lagi orang yang menyebut nama Allah maka selagi itulah dunia ini masih belum kiamat.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
"Tidak akan berlaku kiamat melainkan semasa di dunia ini tidak ada lagi selain orang yang jahat semuanya."
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.156981 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list