CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3658|Reply: 13

Soalan mengenai tipu sonat?

[Copy link]
Post time 18-2-2009 04:43 PM | Show all posts |Read mode
Marilah kita berbincang sama ada tipu sunat ini dibenarkan dalam Islam atau sebaliknya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2009 04:48 PM | Show all posts

Balas #1 kalalah007\ catat

bg cth,tak paham
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2009 05:01 PM | Show all posts
Originally posted by iceyblended at 18-2-2009 04:48 PM
bg cth,tak paham

contohnye boleh ke kita menipu/berbohong untuk menyelamatkan maruah, harta benda atau jiwa kita?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 05:11 PM | Show all posts
macm ne pon x boleh
tipo tetap dosa,kalu  nak selamat jiwa raga ke maruah diam adalah terbaik. amek contoh  pembahagian penulis hadis  pun hal ini diambil kira. cakap je yang betul pesalahnya
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 05:30 PM | Show all posts
tipu tetap tipu, tak de sunat2 nyer ... kecuali untuk mengeratkan hubungan antara dua saudara yang renggang wajar kita membuat cerita2 yang menarik terhadap kedua2 pihak dan kepada kedua2 pihak agar mereka rapat kembali ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 07:06 PM | Show all posts
eh??? tipu sunat??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2009 08:26 PM | Show all posts
tipu adalah tipu.

sunat adalah perkara yang dibuat dapat pahala.

rasanya tak bertemu keduanya itu melainkan tipu tetap tipu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 09:43 PM | Show all posts
Originally posted by kalalah007 at 18-2-2009 04:43 PM
Marilah kita berbincang sama ada tipu sunat ini dibenarkan dalam Islam atau sebaliknya?


Perkataan 'tipu sunat' tu cuma mainan bahasa jer. Janganlah lurus bendul sangat dan dikaitkan pula dengan agama kononnya asal perkataan sunat saja mesti sama seperti amalan sunat yang digalakkan oleh agama dan dapat pahala. Tipu boleh juga membawa pengertian muslihat yaitu dalam keperluan2 tertentu untuk menyelamatkan diri, maruah ataupun ugama. Dalam peperangan pun perlu ada muslihat sehingga perlu ada yang menyusup menipu masuk ke dalam kawasan musuh untuk menyerang dari dalam.
Dalam menyelamatkan diri daripada di bunuh maka adakalanya perlu juga melakukan tipu sebagaimana ada seorang sahabat nabi yang bernama Ammar bin Yassir terpaksa lakukan dan apabila di ajukan kepada nabi akan perbuatannya maka nabi membenarkan tindakannya itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2009 11:07 AM | Show all posts

Reply #1 kalalah007's post

Istialh tipu sunat tu..salah sebenarnye..
dlm msykt kite..hnye sekadar ungakapan..
klu dlm Islam,xde istilah tipu sunat.

tipu tetap haram hukumnye.
"Dan mereka mengadakan bg Allah apa yg mereka benci(anak perempuan),
dan lidah mereka mengatakan yg bohong (iaitu) bhw mereka ada kebaikan.
Sebenarnya bg mereka itu neraka, sedang mereka itu dimasukkan kedlmnya" Surah An-Nahl,ayat 62.

Tapi..ade keadaan yg mengharuskan kite menipu..
cthnye dlm keadaan darurat,nak menjage nyawa,keadaan yg terdesak la...yg memakse kite utk menipu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 11:22 AM | Show all posts
Jabir r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Peperangan itu adalah tipu daya
(Muslim)
tipudaya ini bahasa arab asalnya khada'ah. Tipudaya dalam perang
dibolehkan, seperti membuat parit dan menutupnya agar tak kelihatan,
agar menimbulkan "element of surprise" apabila musuh terjatuh ke dalamnya.

Hadis   riwayat Ummu Kalthum binti Uqbah r.a:
Sesungguhnya beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Bukanlah
dikira sebagai pendusta jika seseorang mendamaikan perselisihan di
antara manusia. Beliau berkata yang baik dan menyampaikan yang baik
pula.
(Muslim)
Pendusta di sini disebut dengan perkataan arab asalnya Kaziba.
Komen : Berbohong untuk mendamaikan dua pihak ini lebih kepada  berkata kepada
isteri yang bertengkar dengan suaminya  " Hari tu aku dengar suami kau
kata dia rindu kat kau" kind of way, walaupun suami tu tak pernah pun
kata macam tu. Tidaklah kadar lebih dari itu.

Hadis   riwayat Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tanda-tanda orang
munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong,
apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diberi amanah dia
mengkhianatinya (Muslim)

Di sini juga istilah berbohong asal dari kazaba. So berhati-hati kalau nak
praktis hadith riwayat Ummu Kalthum tu, jgn sampai masuk dalam kategori orang
munafik dlm hadith riwayat Abu Hurairah pulak!

Ada satu perkataan lagi yang ada makna dusta iaitu Az-zuur

Anas bin Malik r.a:
Nabi s.a.w pernah menceritakan tentang dosa-dosa besar. Baginda
bersabda: Menyekutukan Allah, mengherdik kedua-dua ibu-bapa, membunuh
dan berkata dengan kata-kata palsu (qaula zuur) (Muslim)

Istllah 'Zuur' juga disebut dalam  Al quran (Al furqaan : 72)

ada yang diterjemah sebagai:
Dan mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak
menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang (la
yasyhadu naz zuur) dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang
sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.
dan ada juga diterjemah sebagai:
Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu (la yasyhadu
naz zuur), dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang
mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui
(saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.

Adapun yang dimaksud dengan "Az-Zuur" (palsu, dusta) ada ulamak yang
berpendapat  kebathilan dan kemungkaran dari berbagai bentuk
kemaksiatan dan kekafiran, bukan terhad setakat persaksian palsu
sahaja.

Wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 11:35 AM | Show all posts

Reply #10 always_typo's post

mekacih
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 11:39 AM | Show all posts
salam...

saya pun ada kemusykilan berkenaan isu ini.. tapi kalau off topic tolong direct to relevant topic... tq.. saya saja tak tanya di lover's problem sbb banyak sentimen n emotional...

ada isu antara saya dan pasangan... saya ada bukti bergambar... tapi dia ada alasan2 yang agak meragukan saya... tapi boleh dipercayai jugak alasan dia tu...

tp saya merasakan boleh jadi jugak dia tipu sunat sebab nak menjaga hubungan kami...

saya dah solat hajat & baca yasin hampir 1 minggu untuk minta petunjuk.. dan dapat alamat dari mimpi seolah2 hubungan diputuskan...

saya masih sayangkan dia... tapi tak sanggup ditipu...

sekarang saya bercadang untuk :-

1- suruh dia bersumpah ala2 saiful bukhary bahawa penafian dia tu benar &

2- saya bercadang nak solat hajat & baca yasin lagi.. kali ni nak suruh dia minum air yasin tu...

sebabnya mmg penah dengar cerita org yg minum air yasin & masih menipu mendapat akibat dari perbuatan dia...

tujuan saya hanya nakkan kebenaran...

sila bagi nasihat & dalil / nas...

tq

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 04:29 PM | Show all posts

Balas #12 getarsukma\ catat

dia bukan tipu sunat tapi sebagai lelaki yang dianugerahkan 9 akal, tu pasal "banyak la akal dia".
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 04:34 PM | Show all posts

Reply #13 ibnur's post

emmm.... good point...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.123942 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list