View: 31496|Reply: 146
|
[MERGED] Puting kosong punca gigi jongang?
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by mamahusna at 28-2-2012 12:25
Puting kosong punca gigi jongangOleh SADATUL MAHIRAN ROSLI
| MEMBERI puting kosongmerupakan jalan mudah yang diambil oleh kebanyakan ibu bapa ataupenjaga untuk mendiamkan bayi yang menangis.
|
MASYA, lima tahun, telah bersekolah tadika. Balik sahaja dari tadika tanpa membuka baju, terus menghisap puting kosong.
Bukan setakat itu, setiap kali untuk ke mana-mana kecuali sekolah,tergantung puting itu di dadanya. Takut hilang, nanti tercari-cari.
Pengalaman ini turut berlaku kepada anak penulis. Putingnya cukupunik. Bukan semua kedai ada menjualnya. Warnanya jernih, apabilahilang, jenuh mencari.
Untuk menyenangkan, digantung dengan tali khas yang berwarna terang.Tetapi yang menyusahkan apabila puting itu berlubang, hampir semuakedai dicari.
Kini, penulis telah boleh menarik nafas lega, apabila akhirnyapengalaman mencari-cari puting yang hilang, meredakan kegelisahan dantangisan anak ketika ketiadaan objek itu telah berakhir.
Bahkan, rata-rata ibu bapa agak risau bilakah anaknya yang telahberusia empat tahun ke atas untuk berhenti daripada menghisap putingkosong, pacifier atau soother.
Kelihatan tidak manis apabila anak yang telah besar masihmenghisapputing ke mana-mana mereka pergi dan ia pula 'terhias cantik' di leher.Lebih buruk lagi susunan gusi atas akan lari dan menyebabkanpertumbuhan gigi menjadi tidak sekata. Pertumbuhan gigi ini ada yangterlalu ke depan sehingga menjadi jongang.
Pensyarah dan Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, FakultiPerubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. WanSalwina Wan Ismail berkata, puting kosong merupakan transitional object yang boleh menenangkan anak yang sedang menangis.
Katanya, ia ibarat 'pengganti' ibu yang sentiasa memberi perlindungan kepadanya apabila dia memerlukan sesuatu.
''Dengan adanya puting kosong ini, anak akan berhenti menangisdengan segera kerana ia adalah reaksi semula jadi ketika diberi susubotol.
''Dengan menghisapnya, bayi akan merasa lebih selamat dan terlindungserta lebih selesa walaupun ketika berjauhan dengan ibu ataupenjaganya.
''Bagaimanapun, adalah dinasihatkan tidak menjadikanya satukebiasaan apabila bayi sudah semakin besar. Jangka masa tidak bolehditentukan, seboleh-bolehnya harus diberhentikan secepat mungkin,''katanya ketika ditemui di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut Dr. Wan Salwina, tidak dinafikan apabila sudah dimulakandengan menggunakan puting kosong, kebiasaan itu agak sukar untukditinggalkan.
''Pasti anak akan menangis malah tidak boleh tidur atau tercari-cariputing kosong sehingga ibu tidak sampai hati, lalu memberinya kembali.
''Walaupun agak memedihkan, ibu harus cuba menghentikannya secaraberansur-ansur dan membantu anak melupakan puting kosong,'' katanya
Terdapat beberapa pendapat, tabiat menghisap puting kosong yangterlalu lama berkemungkinan mengganggu pertumbuhan gigi dan memberikanpenampilan yang kurang menarik.
Gusi atas akan lari dan pertumbuhan gigi menjadi tidak sekatasehingga menjadi jongang. Ia akan berkekalan sehingga dewasa dan bolehmenyebabkan rasa rendah diri dan lebih teruk akan menyusahkan untukmengunyah makanan.
Bahkan, apabila mereka dewasa, terpaksa pula berjumpa dengan pakar gigi untuk membetulkan susunan gigi menggunakan alat braces atau yang terlalu teruk terpaksa menjalani pembedahan rahang.
Sekiranya anak mempunyai masalah lelangit terbelah, denganmenggunakan puting kosong ini akan menyebabkan jurang antara lelangityang terbelah menjadi lebih luas dan menyukarkan proses pembedahan.
Oleh itu adalah dinasihatkan, kepada anak yang mempunyai masalah ini mesti menghindari penggunaan puting kosong.
Begitupun, ada juga kajian menunjukkan bahawa Sindrom Kematian BayiMengejut (SIDS) dapat dielak apabila bayi diberi puting kosong.
Ini kerana bayi yang tidur dengan puting kosong tidak dapat tidurterlalu lena kerana dihalang oleh refleks menghisap susu itu tadi. Inimenghalang daripada bayi berhenti bernafas seperti yang berlaku padapenghidap SIDS.
Ada juga pakar berpendapat, adalah lebih baik apabila bayi menghisapputing kosong daripada ibu jari mereka sendiri kerana perlakuanmenghisap ibu jari lebih susah dihentikan daripada puting kosong.
|
|
|
|
|
|
|
|
rasanya ramai gak kot
antara kita masa kekecik punye hobi mcm nih
nyawa laa puting tu..tak jumpa..habis laa ngamuk kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Anak me, kena bagi sbb kalau menetek, dia minum sampai lena, dicabut dia jaga... susah sgt nak tidur...
bagi puting senang skit nak tidurnya...
lagipun bila bagi puting, kalau kat rumah nenek dia, bila atuk dia solat, dia tinggal sorang, dia belek la puting tu sampai lena...
kui kui kui...
pasal gigi... 2 gigi depan Ewan tak tumbuh, tapi gigi yang lain dah tumbuh... maybe sbb asyik 'bersumbu' jer kot
[ Last edited by AznieBunnie at 20-2-2009 03:35 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
anak teruna aku mmg penghisap puting tegar. and gigi dia mmg kedepan.
nanti bila gigi kekal dah tumbuh rasa2nya elok balik tak?
and one more thing...
camna nak stop puting eh... anak aku takut lipas..
aku ingat nak letak lipas kat puting dia je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 nurulcomfykid's post
|
|
|
|
|
|
|
<<<<------- anak aku ni pun pemiuting tegar jugak
biar tak dapat susu, janji nyotnyot dia melekap kat mulut |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #13 manakautau\ catat
x tahan tuh... cam george clooney... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #6 nurulcomfykid\ catat
bukan anak u jer takut..
I pun takut... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm kesian je kat baby yg isap puting.....sbb isap angin jer.
tapi lebih baik isap puting....dari isap jari |
|
|
|
|
|
|
| |
|