CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 215820|Reply: 53

Kesal Dengan Hinaan Ke Atas Sohibus Samahah Datuk Seri Dr Harussani Zakaria

[Copy link]
Post time 23-2-2009 10:54 AM | Show all posts |Read mode
Kesal Dengan Hinaan Ke Atas Sohibus Samahah Datuk Seri Dr Harussani Zakaria
[size=78%]
[size=78%]بسم الله الرحمن الرحيم[size=78%]
[size=78%]الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصرهووالاه[size=78%]
[size=78%]
[size=78%]

[size=78%]Kesal Dengan Hinaan Ke Atas Sohibus Samahah Datuk Seri Dr Harussani Zakaria

[size=78%]

[size=78%]
[size=78%]Tersentuh dengan situasi masyarakat umum di Malaysia. Khususnya yang dihadapi oleh institusi alim ulama dan Raja Berpelembagaan. Hanya disebabkan Sohibus Samahah Datuk Seri Dr Harussani Zakaria mengeluarkan penyataan yang kelihatan menyokong sesetengah pihak, lantas beliau dituduh dengan pelbagai tuduhan yang tidak munasabah. Hinaan, cacian serta kejian bagaikan mainan terhadap seorang ulama yang mengorbankan seluruh hidupnya ke arah penyatuan Islam. Seolah-olah, beliau tidak pernah berfungsi sebagai ulama yang memperjuangakan Islam dengan sesungguhnya.

[size=78%]

[size=78%]
[size=78%]Apakah kita melupakan jasa-jasa beliau dalam menentang isu Interfaith Commitee yang jelas satu usaha memurtadkan masyarakat Islam secara seluruh? Pandangan dan lontaran beliau dalam menangkis pandangan taksub pihak yang tidak bermazhab? Pada isu tersebut ternyata lebih tinggi kesannya kepada akidah umat Islam di bumi Malaysia ini khususnya. Atau kita lupa peranan Datuk Seri Dr Harussani Zakaria yang juga merupakan Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dipilih atas persetujuaan syura, bukan atas kepentingan diri.


[size=78%]

[size=78%]
[size=78%]Terkesan dengan sikap sebilangan kecil penyokong-penyokong parti politik yang bertaqlid buta tuntas menghukum Sohibus Samahah Datuk Mufti Perak dengan pelbagai gelaran dan hinaan. Saya berasa khuatir candu politik semakin meresapi pemikiran umat Islam. Bibit perpecahan sangat mudah ditiup, hatta pantas sahaja sesebuah isu berlaku, pelbagai tohmah dan fitnah segera bertebaran.


[size=78%]

[size=78%]
[size=78%]"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan". [size=78%][[size=78%]Al-Hujuraat : 6[size=78%]]

[size=78%]

[size=78%]
[size=78%]Asal sahaja tidak bersama dalam lingkaran sesebuah parti, pantas dijatuh hukum sesat atau tidak punya sifat nasionalis yang tinggi. Mengapa harus dibiarkan emosi menguasai akal? Matanglah dengan sifat tawadhhu kepada ALLAH SWT.

[size=78%]

[size=78%]
[size=78%]Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya ALLAH tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri[size=78%] [Surah Luqman :18]

[size=78%]

[size=78%]
[size=78%]Sepatutnya kita lebih rasional dengan emosi yang terkawal dalam memberi kritikan. Kata-kata keji dan makian hanya mengeruhkan perhubungan. Apakah dengan cercaan mampu membendung permasalahan? Andai berlaku juga kurang faham terhadap maksud yang disampaikan, mengapa jalan pertemuan empat mata tidak didahulukan? Ketika kita sibuk memukul gendang perang sesama saudara, ada pula segelintir kumpulan bertepuk tangan melihatkan hasil usaha mereka memusuhkan kita sesama Islam.

[size=78%]

[size=78%]Wallahu’alam

[size=78%]

[size=78%]
[size=78%]وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم أجمعين، والحمد لله رب العالمين[size=78%]
[size=78%]
[size=78%]


[size=78%]Almukminun
[size=78%]21 Safar 1430H
[size=78%]http://almukminun.blogspot.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2009 11:01 AM | Show all posts
Mufti hendaklah dilihat sebagai bebas dan berkecuali kalau nak dihormati... Contohnya macam Dr Asri. Semua dia hentam..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 11:26 AM | Show all posts
Sian kat mufti....pi masjid entah2 org boikot....agaknya dia terasa sgt2 pasal mufti ni rajin bagi kuliah subuh kat masjid...majoriti yg dtg masjid ramai yg sokong PAS....paham2 le klu org dah tak gemor....sgt le sedih.....org2 umno berapa kerat le yg rajin dengo kuliah/ceramah kat masjid.....klu org umno ramai tentu tak jadi lagu tu....sian mufti
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 12:26 PM | Show all posts

Balas #3 vivitar\ catat

xleh ckp camtu....ada gak org umno rajin pi masjid....kadang ramai org sokong pas..tp setakat sokong/pangkah...tp amalan yg baik ..cthnya solat byk gak yg bolong2....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 12:50 PM | Show all posts
Originally posted by khoirulfatihin at 23-2-2009 12:26 PM
xleh ckp camtu....ada gak org umno rajin pi masjid....kadang ramai org sokong pas..tp setakat sokong/pangkah...tp amalan yg baik ..cthnya solat byk gak yg bolong2....


Aku takde la berniat nak mempolitikkan agama. Tapi sebab politik dan agama takleh nak lari, so aku nak bagi pandangan balas untuk posting ko.

Tapi tulisan aku ni berdasarkan pemerhatian aku. Kalau pemerhatian ko berbeza dengan aku, anggaplah kita dalam dimensi yang berbeza.

Pengalaman pertama aku kat universiti. Aku masa kat universiti dulu takde pegangan politik yang terlalu kuat. Sedikit pro pembangkang, tapi takde masalah bergaul dengan pro kerajaan sebab aku YDP persatuan anak negeri. So, kena la baik dengan HEPP (yang pro kerajaan). Jadinya, aku kenal la mana satu muka pro pembangkang dan mana satu muka pro kerajaan.

Aku ni boleh dikatakan agak kerap (tapi takde la rajin sangat) la pergi pengajian agama yang dianjurkan oleh universiti dan persatuan-persatuan dalam universiti. Yang aku perhatikan dengan jelas, memang yang banyak sertai aktiviti agama ni adalah dari golongan pro pembangkang. Aku tak nak sebut nama parti, tapi kita boleh paham-paham sendiri la.

Pengalaman kedua aku adalah dalam persekitaran kerja dan di sekitar kejiranan aku. Aku kurang bergaul dengan orang sekeliling. Tapi kalau ada pengajian, aku akan sertai gak sekali sekala.

Dan dalam pemerhatian aku gak, golongan yang pro kerajaan (aku tau siapa yang pro berdasarkan perbualan-perbualan biasa) agak kurang mengikuti benda-benda ni.

Kita takleh la nak kata orang satu parti tu confirm baik atau orang satu parti tu confirm jahat. Baik atau jahat tu antara kita dengan Tuhan. Tapi dari segi konsistensi dalam bab-bab macam ni, aku tengok pro pembangkang lebih konsisten la...

Mod, kalau posting ni terlalu berbau politik, aku mintak maaf.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 12:55 PM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 23-2-2009 12:50 PM


Kita takleh la nak kata orang satu parti tu confirm baik atau orang satu parti tu confirm jahat. Baik atau jahat tu antara kita dengan Tuhan....


yang ni aku setuju.....:handshake:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2009 02:11 PM | Show all posts

Balas #5 juwaini\ catat

tp kan..menghina /mengeji bukan kah sifat yg x baik....
x suka politik

[ Last edited by  syazmin_husna at 23-2-2009 02:15 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 02:36 PM | Show all posts
Originally posted by syazmin_husna at 23-2-2009 02:11 PM
tp kan..menghina /mengeji bukan kah sifat yg x baik....
x suka politik


Yup... Itu memang sifat yang tak baik. Takde siapa nafikan benda tu.

Politik kita jadi kotor sebab ahli agama tak ambil peranan untuk menegur kesilapan ahli politik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2009 02:43 PM | Show all posts

Balas #8 juwaini\ catat

era politik kotor hanya akan berakhir apabila pemimpin diambil dari golongan beragama?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 02:49 PM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 23-2-2009 02:43 PM
era politik kotor hanya akan berakhir apabila pemimpin diambil dari golongan beragama?


Tak semestinya dari kalangan orang agama. Asal saja seorang pemimpin ada penasihat ahli agama, insya Allah dia takkan tersasar jauh..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 02:52 PM | Show all posts
apakah yang dok hina mufti ini golongan yang beraliran sunnah atau golongan yang beraliran khawarij? Mungkin Tok Mufti buleh terangkan kepada kita sifat-sifat ahlus sunnah dalam rangkuman taat kepada umara dan juga sifat-sifat khawarij dalam rangkuman taat kepada umara?

Pastu kita pun boleh tau golongan aliran mana yang dok hina Tok Mufti ni. Pastu pikiaq la sendiri kita nak ikut aliran mana?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 02:54 PM | Show all posts

Balas #10 juwaini\ catat

woo..... hmm
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 02:58 PM | Show all posts
Originally posted by Hang at 23-2-2009 02:52 PM
apakah yang dok hina mufti ini golongan yang beraliran sunnah atau golongan yang beraliran khawarij? Mungkin Tok Mufti buleh terangkan kepada kita sifat-sifat ahlus sunnah dalam rangkuman taat ke ...


Apa takrif umarak?

Kalau ikut takrifan ahli sunnah, umarak adalah pemimpin yang diangkat melalui sistemnya (demokrasi, musyawarah, republik etc)...

Kalau ikut takrifan syiah, umarak adalah ahlul-bait (sistem pewarisan)...

Umarak yang mana kita kelaskan sebagai umarak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 04:22 PM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 23-2-2009 02:58 PM


Apa takrif umarak?

Kalau ikut takrifan ahli sunnah, umarak adalah pemimpin yang diangkat melalui sistemnya (demokrasi, musyawarah, republik etc)...

Kalau ikut takrifan syiah, umarak ada ...


Cari la takrif umarak mengikut  satu2 golongan ni...
Lepas tu cari konsep taat kepada umarak mengikut golongan2 ni...
Lepas tu teliti tindak-tanduk golongan ini terhadap tok mufti...
Ciri2 manakah yang ada pada golongan yang menghina Tok Mufti ini?
Golongan sunnah? Golongan Syiah? Golongan Khawarij? Atau golongan2 yang lain?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 04:36 PM | Show all posts
Originally posted by Hang at 23-2-2009 04:22 PM


Cari la takrif umarak mengikut  satu2 golongan ni...
Lepas tu cari konsep taat kepada umarak mengikut golongan2 ni...
Lepas tu teliti tindak-tanduk golongan ini terhadap tok mufti...
Ciri2 ...


Ingatkan nak memberi penjelasan. Rupanya nak memberi arahan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 06:20 PM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 23-2-2009 14:43
era politik kotor hanya akan berakhir apabila pemimpin diambil dari golongan beragama?


Apa kata jika agama dipisahkan dari politik,perlembagaan,pentadbiran serta perundangan??

Dengan pemisahan ini bersertakan penguatkasaan yang ketat, InsyaAllah politik negara akan jadi lebih rapi dan kesucian agama dapat dikembalikan ke tempat asalnya..

[ Last edited by  Neraka Bulan at 23-2-2009 06:37 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2009 06:32 PM | Show all posts
Mufti kalau sudah masuk politik perlulah menghadapi risiko antara menyokong dan menentang. Lihat saja imam2 mazhab yang 4 sanggup menghadapi risiko dipenjara dan di siksa kerana prinsip yang dipegangi mereka serta tidak berkompromi dengan pihak penguasa yang zalim.
Kalau mufti Perak ini sanggup menghadapi uiian seperti yang pernah dialami oleh arwah mufti Selangor dulu tentu lain jadi skrip ceritanya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 07:25 PM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 23-2-2009 02:54 PM
woo..... hmm


Tapi secara peribadi aku tak berapa bersetuju orang agama yang jadi pemimpin..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 08:03 PM | Show all posts
What does Sahibous Samahah  mean?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 08:18 PM | Show all posts

Balas #16 Neraka Bulan\ catat

bagaimana kalau berlaku percanggahan syariat dalam pentadbiran politik....

tak kisah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.117960 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list