boleh ke kte tak beriman pada mazhab ASWJ tuh... sebab ada je a few forumer here tak commit kepada mazhab tuh.. membuatkan aku musykil ttg perkara neh... (no offense - cuma curious..)
sbb setau aku yg tak berapa tau neh... kalo kte ada ilmu taraf ulama.. dan boleh berijtihad ttg sesuatu hukum tuh baru la entitle kot...
salam...kalau kita tak mengikut ASWJ dan kita nak ikut sunnah dan al quran...mampu kah kita?boleh kita menafsir setiap hadith dan ayat quran dgn sendiri?ASWJ memudahkan kita beramal dan memahami setiap apa yg kita buat, memahami alquran dan hadith..tapi kalau kita rasa kita ni sehebat dan setaraf imam hanafi,imam syafiee,imam malik, imam hambali, baru lah kita boleh @ layak untuk memahami alquran dan hadith dgn jalan kita sendiri...bayangkan imam ghazali, Imam bukhari, abu daud pun merupakan pengikut mazhab..apatah lagi kita!..
Ni terpulang pada individu. Bagi aku, aku menentang perpecahan dalam persaudaraan Islam, dan aku yakin, jika berlaku perbezaan pendapat, maka bersama-samalah kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Aku bosan tgk ASWJ cakap 'kami betul, anda salah' dan sebaliknya pada mazhab2 lain. Adakah Islam itu seperti kristian yang bermazhab2? Atau adakah Islam itu umat yang SATU, satu Tuhan, satu akidah, satu pegangan, satu kepercayaan, satu tertib dan satu cara?
Dan aku x faham kenapa umat Islam terlalu mengagungkan alim ulama dan imam2, sedangkan dalam Islam yg kena diagungkan dan diikuti tanpa bangkangan HANYALAH wahyu dari Allah, dan sunnah peninggalan Rasul.
klu kita lihat dalam firman Allah At-Taubah ayat 31; "mereka mennjadikan orang-orang alimnya dan rahib2 mereka sebagai tuhan selain Allah....."
dimana dalam ayat ini Allah menceritakan ttg kejahilan nasrani dan yahudi yg menjadikan orang2 alim sebagai tuhan selain drpd Allah. tuhan bermaksud bukan saja disembah, bahkan dipuja, disanjung, dan keterlaluan dihormati, diikuti dan ditaati.
Kita sedia maklum, ketika pengembangan kristian, org2 kristian begitu taksub kepada santo2, paderi2 dan alim2 mereka hingga timbul perpecahan dan bermazhab2. walaupun mereka tidak 'menyembah' alim2 mereka seperti literalnya mereka menyembah tuhan, tetapi tindakan mereka mengagungkan org2 alim sehingga berlaku perpecahan mendapat teguran Allah SWT.
Ayat ini tak lain tak bukan adalah peringatan dan amaran bagi kita umat Islam agar tidak mengulangi kejahilan nasrani dan yahudi, tapi pada hari ini, tanpa kita sedari, kita semakin menuju ke arah yg sama seperti org2 nasrani terdahulu.
bukan niat aku nak memburukkan orang2 alim serta menolak peranan mereka didalam masyarakat Islam. Apa yg mereka lakukan dalam menyampaikan dan menyuburkan ilmu adalah pekerjaan yg mulia, tapi yg aku kesalkan ialah sikap masyarakat Islam itu sendiri yg seenaknya mngambil jalan mudah dgn meletakkan beban pencarian dan pengembangan ilmu hanya pada pihak tertentu.
ketaksuban pada alim ulama adalah salah disisi Islam, itu yg dikesalkan. bagaimana ketaksuban berlaku bila mana individu itu malas serta mengambil mudah akan kepentingan MENGKAJI SENDIRI Al-Quran dan perlaksanaaanAs-Sunnah. Seolah-olah Al-Quran itu bukan untuk org kebanyakan, hanya layak disentuh dan dikaji alim2 sahaja.
Ingatlah, TIDAK ADA SESEORANG PUN (kecuali Rasul2) dan TIDAK ADA SESUATU APA PUN yang dijamin dan dipelihara Allah SWT akan kebenaran dan ketulenannya sepanjang zaman, walaupun hari ini KECUALI Al-Quran.
Bagi aku, bermazhab adalah bidaah, tidak tercatat di dalam Kalamullah, dan tidak tersebut didalam mana2 hadis yang sahih. Bagi aku Islam itu mudah, Al-Quran juga mudah dan tiada keraguan padanya langsung, dan ajaran2 Imam yang terkemudian itu hanyalah huraian kepada perlaksanaan Al-Quran dan perintah2 Allah. Mana2 pun boleh ikut atas dasar keyakinan dan ketepatannya dengan isi perintah Allah dalam Al-Quran, tanpa ada batasan mazhab.
salam..
tak ada sapa betul dan sapa silap..perbezaan antara 4 mazhab ini adalah kerana perbezaan pemahaman imam tersebut terhadap sesuatu ayat al quran dan hadith..
sesapa yg mengaku/merasa ianya paling betul(mazhabnya itu), nampak dia tak cukup ilmu..perkara ini dapat dirungkaikan kalau kita cuba belajar..
pegi la belajar kat universiti malaya..kat situ ada program diploma usuludin khusus untuk org awam..dalam program tu masalah kemuskilan seperti ini akan terjawab...
kalau kita asyik nak dengar pandangan org @ cakap org sampai bila pun kita tak akan faham @ selesaikan masalah ni..
satu lagi ilmu seperti perbandingan mazhab (fiqh muqarran), musthollah hadith, usul tafsir tidak diajar dimasjid ataupun disurau (kena cari tempat formal e.g kolej ker..ilmu2 ni la yg dapat merungkaikan permasalahan ini..
perlu ke beriman kpd mazhab ..? rasanya x perlu .. yg perlu cuma beriman kpd Allah, rasul dan hr kiamat ..
ASWJ adalah golongan yg berpandukan alquran dan assunnah .. secara x langsung imam mazhab 4 pn tergolong skali , mrk pn mengikut alquran dan assunnah jugat
yup, ASWJ tu Al Quran dan As-Sunnah..
Mazhab, tu mcm stereng kita utk memahami Al-Quran & As Sunnah dgn cara dan ikut kesenangan memasing,
agar lebih jitu dan sistematik, dok gitu?..
Kenyataan beriman kepada imam mazhab ini boleh menjurus kepada kekufuran... kita beriman kepada Allah dan RasulNya... tak ada salahnya merujuk kepda mana-mana imam mazhab, TAQLID tak tak salah yang salah dan ditegah itu adalah TAKSUB, keluar mazhab macam dah jadi murtad pulak....
Perbezaan pendapat dengan mudah boleh diterima kerana perbezaan mentafsir sesuatu dalil... kita pilih mana yang lebih menepati sunah, tidak pun ambil jalan pertengahan, tapi mesti kena ambik tahu hasil ijtihad imam-imam besar tu...
fiqh 4 mazhab ulamak dunia banyak merujuk kepada Dr Ruhli Wahbah dari Syria. Elok simpan terjemahan kitab dia di rumah. Sheikh Yusuf Al Qaradhaway bebas mazhab dan berkecuali.
Allah dan Rasulnya tidak memerintahkan orang awam supaya berijtihad... tapi wajib menuntut ilmu. Kita bukan mengeluarkan fatwa tetapi mempelajari dan menyelidik fatwa yang telah dibuat...
bertanyalah kepada ulamak maktabar kalau kita tidak tau asal jangan taksub...
boleh ke kte tak beriman pada mazhab ASWJ tuh... sebab ada je a few forumer here tak commit kepada mazhab tuh.. membuatkan aku musykil ttg perkara neh... (no offense - cuma curious..)
sbb setau aku yg tak berapa tau neh... kalo kte ada ilmu taraf ulama.. dan boleh berijtihad ttg sesuatu hukum tuh baru la entitle kot...
ke aku salah faham....?
please enlighten... share the light...
salam
kita tak dibenarkan utk mengikut apa yg kita tidak ada pengetahuan di dalamnya, itu apa yang dinyatakan Al-Quran. Di dalam bab fekah, kaedah pengamalannya adalah bergantung kepada apakah kita seorang muqallid atau seorang mujtahid. sekiranya kita seorang muqallid, maka wajib kita bermazhab (bertaqlid)kepada mujtahid atas dasar apa yg saya nyatakan awal tadi (kita tak dibenarkan utk mengikut apa yg kita tidak ada pengetahuan di dalamnya).
Namun dalam soal akidah dan usul (kita biasa sebut bab Tauhid ), kita tidak boleh bertaqlid. SAya cuba utk permudahkan perbezaan ini: Kita bertaqlid ttg kaedah solat misalnya bersedekap ketika berdiri di dalam solat mengikut mazhab Syafie, sedangkan meluruskan tangan dalam mazhab Maliki. Di sini bermaksud kita mengikut pandangan Asy-Syafie dalam solat. Namun dalam usul, perkara aqidah, kita tidak boleh bertaqlid kepada Syafie, misalnya, (ambil contoh utk fahamkan) andai kata kita disoal, "Apakah tuhan kamu satu?" maka kita menjawab "Ya benar, kerana si polan kata begitu!" (bertaqlid kepada si polan) maka sudah tentu ini tidak benar kerana kita harus membuktikan sendiri tentang keesaan Allah dengan guide yang telah diberikan.
Namun dalam mencari mazhab utk diikuti, seperti anda misalnya, yg saya percaya hidup di lingkungan Ahlus Sunnah, tidak ada ketetapan utk memilih salah satu dari 4 mazhab fekah (sperti yg dinyatakan Syeikh2 di Al-Azhar), namun diberatkan utk bertaqlid hanya kepada mazhab usul ASWJ sahaja. dan menyentuh mengenai apa yang dinyatakan 316 di atas, beliau mengatakan "ASWJ adalah golongan yg berpandukan alquran dan assunnah", maka saya ingin menyatakan juga bahawa semua mazhab di luar ASWJ mengakui mengikut al-Quran dan Sunnah juga. Dan itu lah yang benarnya, iaitu mereka mengikut sunnah yang terdapat dari sumber2 mereka dan yang mereka percayai sahaja, dan menolak sumber2 yg di luar mazhab masing2. Dalam hal ini, Syiah memperincikan apabila mereka mengikut Al-Quran dan Sunnah Nabi saaw yang diperolehi dari Ahlul Bait (keluarga Nabi). Hal ini dibuat berdasarkan hadis Tsaqalain (dibincangkan di sub forum mazhab) dan dengan realiti bahawa bukan tidak semua org yg mendengar dari Nabi saaw adalah jujur, sama dalam kecerdikannya, atau ada yang munafik sehingga Nabi saaw sendiri berpesan bahawa akan ada org2 yang mencipta hadis atas namanya kelak. Maka kaum Syiah berpegang kepada keluarga Nabi saaw dalam mengambil peljaran agama mereka setelah kewafatan Rasulullah saaw.
Salam, nick saya org baru, tapi saya dah lama diforum ini, login lama hilang password saya tak dapat trace...rosak masa cuba migrate nickname..
Nampaknya ramai lagi yang tak faham dengan 4 mahzab.. nie perkara basic yang anda perlu faham supaya tak keliru.
4 mahzab ini sebenarnya semua betul, semuanya dari sumber al-quran dan hadist. Bagaimanapun aliran mahzab diujudkan untuk memudahkan umat islam, bukan menyusahkan. Ilmu Islam adalah sangat luas, 4 imam tersebut adalah pakar dalam ilmu fikh.
Negara malaysia secara rasmi memakai Fikh mahzap syafii dan berakidah ahlisunnah waljamaaah. Perbezaan yang terjadi adalah dari sumber hadist dan kajian ulama2 tersebut, bagaimanapun semuanya ada dalil dan boleh diamalkan. Kalau anda nak tukar dari mahzab Syafie kepada mahzab Maliki, silakan...tetapi anda kena tahu setiap hukum ada dalilnya.
Sebagai contoh solat witir sunat dalam mahzab syafie, tetapi wajib dalam mahzab maliki. Dua-dua boleh pakai, sebab ada nas-nas yang cukup dan ijtihad. Semuanya sunah nabi belako bak kata ore kelate. Jadi jangan keliru...perkara ini semua dah selesai sejak dulu lagi, yang tak selesai orang yang agak tidak banyak ilmu dan kefahaman itu sahaja.
Originally posted by pandaniw at 18-2-2009 04:34 PM
yup, ASWJ tu Al Quran dan As-Sunnah..
Mazhab, tu mcm stereng kita utk memahami Al-Quran & As Sunnah dgn cara dan ikut kesenangan memasing,
agar lebih jitu dan sistematik, dok gitu?..
ASWJ pula juga merupakan Mahzab tapi dalam bab akidah. Dalam bab ini tak boleh taklik2. Sebab satu jer yang diiktiraf oleh nabi, yaitu "antara aku dan sahabatku" Aku dan sahabatku" adalah perkataan asal sunnah wal jamaah. Ini sahaja yang diterima, hanya golongan ini sahaja yang selamat. Sebab dalam bab akidah tidak ada ruang yang luas seperti fekah tadi, boleh switch2 contoh daging babi haram dimakan, bila darurat jadi harus. Boleh tukar2 ikut keadaan. Tapi bab akidah tak boleh. Sebab ia duduk antara dua, Samada Iman atau Kufur, itu sahaja. Anda tak boleh switch, sebab kalau tukar bermakna kufur atau rosak iman.
Jadi Ilmu akidah yang murni diambil dari akidah Nabi dan Para sahabatnya, inilah akidah yang sohih. Barangsiapa yang akidahnya sama seperti akidah Nabi dan Para sahabat, dialah ASWJ.
Originally posted by hammam at 18-2-2009 12:24 PM
Bagi aku, bermazhab adalah bidaah, tidak tercatat di dalam Kalamullah,dan tidak tersebut didalam mana2 hadis yang sahih. Bagi aku Islam itumudah, Al-Quran juga mudah dan tiada keraguan padanya langsung, danajaran2 Imam ............
.
Bermazhab tu satu bidaah nooo?? Tentulah kalau melakukan bidaah akan membuatkan seseorang itu masuk neraka kan...sebagaimana ada hadis yg mengatakan 'semua bidaah itu sesat dan semua kesesatan itu tempatnya di neraka'. Agaknya tentu ramai manusia yang mengikuti mazhab-mazhab akan dihumbankan ke neraka kan???
Tentunya pendapat dan fatwa2 Asri ini boleh diterima atau ditaklidi berbanding dengan pendapat2 atau fatwa2 imam mazhab terdahulu yang banyak melakukan kesilapan2 yang perlu diperbetulkan oleh beliau.
Terima kasih atas video klip yang disertakan.... semoga kita tidak memblok minda kita.... sudah kebiasaan yang diterima turun temurun agak payah nak disingkirkan dengan begitu mudah...... yang baik dariNya.