CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3731|Reply: 8

Kaedah melupus wang syubhah

[Copy link]
Post time 4-3-2009 09:46 AM | Show all posts |Read mode
Kaedah melupus wang syubhah
Dewasa ini, umat Islam di negara kita dan juga di serata duniaberhadapan dengan satu masalah yang amat sukar untuk dielakkan, iaituketerlibatan (sama ada secara langsung ataupun tidak) dengan wang atauharta yang diperoleh melalui sumber yang syubhah atau haram.
Perkara ini antaranya berpunca daripada berleluasanyatransaksi-transaksi yang tidak patuhi syariah dalam kebanyakaninstitusi-institusi kewangan konvensional pada hari ini.

Didapati bahawa sebahagian daripada masyarakat Islam pada hari inimenemui kebuntuan dalam mencari penyelesaian kepada saki baki wangsyubhah yang dimiliki dalam simpanan mereka. Contohnya seperti wangfaedah hasil daripada simpanan dalam bank-bank yang berasaskan riba.
Ada di kalangan masyarakat Islam yang mengambil mudah dalam hal inidengan menggunakannya tanpa rasa bersalah. Tidak kurang juga ada yangmembiarkannya begitu sahaja atas anggapan ia tidak boleh dimanfaatkansecara mutlak. Mana satukah cara yang benar?

Oleh Murid Fadzli Musa
MURID FADZLI MUSA ialah Penolong Pengarah  Bahagian Mal, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar). E-mel: [email protected]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-3-2009 09:47 AM | Show all posts
Pengenalan
Perkataan syubhah itu sendiri berasal daripada perkataanbahasa Arab yang bererti samar iaitu tidak jelas. Dr. Yusuf al-Qaradawidalam bukunya Halal dan Haram dalam Islam mendefinisikan perkarasyubhah ini sebagai suatu perenggan di tengah-tengah halal terang danharam yang jelas yang masih samar-samar dan mengelirukan manusia, yaknimasih samar-samar sama ada ia halal ataupun haram.
Beliau menjelaskan cara yang paling afdal ialah dengan meninggalkanperkara-perkara yang syubhah ini bagi mengelakkan diri daripadaterjerumus kepada perkara-perkara yang memang nyata haramnya. Initermasuk dalam kaedah saddul-zara'i iaitu menutup pintu-pintu kerosakan.
Dalam perkara ini, Rasulullah SAW. telah bersabda yang bermaksud: Yanghalal itu sudah jelas, dan yang haram pun sudah jelas. Dan di antarakedua-duanya itu ada beberapa perkara yang masih samar-samar (syubhah). (riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Tirmizi)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2009 09:48 AM | Show all posts
Kaedah pelupusan wang syubhah dalam Islam


Terdapat khilaf di kalangan ulama berkenaan kaedah pelupusan wangsyubhah atau haram mengikut syarak. Sesetengah ulama salaf yangberpendapat ia tidak boleh disucikan dan hendaklah dimusnahkan ataudibinasakan begitu sahaja.
Ada ulama yang berpandangan bahawa ia boleh dimanfaatkan bagi tujuanmaslahat umum termasuk diberikan kepada golongan fakir dan miskin. Adapula yang berpandangan hanya untuk maslahat umum seperti membuatjambatan dan tandas awam sahaja tetapi tidak wajar diberikan kepadafakir miskin kerana ia berasal dari sumber yang haram dan tidak baik.

Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya Fatawa Mu'asirah menjelaskanbahawa wang-wang faedah ini selain ia haram untuk dimanfaatkan olehumat Islam, ia juga haram untuk ditinggalkan begitu sahaja di bank-bankkonvensional.
Perbuatan tersebut akan memperkuatkan lagi bank-bank tersebut dansama seperti menolong bank-bank konvensional yang akan turutmenggunakan wang-wang faedah yang ditinggalkan itu untuk tujuan-tujuanyang bertentangan dengan syarak.
Tindakan ini tergolong dalam membantu perkara-perkara maksiat,sedangkan membantu dalam perkara yang haram hukumnya adalah haram!Dalam hal ini, Allah SWT berfirman, mafhumnya: Dantolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, danjangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. (al-Ma'idah: 2)

Dr. Yusuf berpandangan, apa yang disyariatkan adalah supayawang-wang faedah tersebut begitu juga dengan harta-harta lain darisumber yang haram dibelanjakan kepada perkara-perkara kebajikan. Iniseperti membantu golongan fakir dan miskin, anak-anak yatim, musafir,jihad di jalan Allah, membantu perkembangan dakwah Islam, pembinaanmasjid dan pusat-pusat Islam, penyediaan para pendakwah, penerbitankitab-kitab agama dan seumpamanya daripada perkara-perkara yangbersifat kebajikan.

Dalam hal ini juga, Keputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa FatwaKali Ke-3, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam bertarikh 21Januari 1971 menetapkan: "Faedah yang diperolehi daripada wang simpananyang dibuat oleh institusi Islam atau perniagaan atau badan kebajikanyang dianggotai oleh orang-orang Islam dalam mana-mana bank harusditerima oleh badan-badan itu atas alasan kecemasan ekonomi orang-orangIslam pada masa ini" dan "faedah yang diperolehi daripada wang simpananseseorang muslim dalam mana-mana bank harus diterima olehnya atasalasan kerana kecemasan itu juga, tetapi wang faedah itu hendaklahdimasukkan dalam Baitulmal atau untuk kegunaan muslihat umum".
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2009 09:48 AM | Show all posts
Wang bercampur aduk antara halal dan haram


Timbul satu persoalan di sini, iaitu apabila wang yang halal danwang yang haram bercampur aduk dan tidak dapat dibezakan, contohnyawang simpanan yang halal di dalam bank bercampur dengan wang faedahyang haram dalam akaun yang sama, bagaimana ia hendak dijernihkan?
Dalam kaedah fiqh, terdapat satu kaedah yang berkaitan iaitu:"Apabila berkumpul perkara yang halal dengan yang haram, makadimenangkan (dikira) yang haram".


Menurut kaedah ini, apabila perkara yang halal dan haram bercampuraduk dalam sesuatu perkara itu, maka ia dianggap sebagai haram. Iniadalah pandangan yang lebih utama berdasarkan justifikasi bahawameninggalkan perkara yang harus bagi tujuan menjauhi perkara yang haramadalah lebih baik daripada sebaliknya.

Dalam hal ini, iaitu apabila berlaku campur aduk antara perkara yanghalal dengan yang haram dan tidak dapat dibezakan, maka penyelesaiannyaadalah dengan mengasingkan nilai atau kadar sebenar yang halal denganyang haram dengan niat dibahagikan antara kedua-duanya.
Apa yang jelas halal boleh digunakan manakala yang haram ituhendaklah dilupuskan seperti dengan menyedekahkannya kepada fakirmiskin atau menyerahkan kepada pihak Baitulmal bagi tujuan maslahatummah.

Dengan cara ini, perkara yang halal dapat diasingkan daripadaperkara yang haram dan masih dapat dimanfaatkan walaupun telah berlakucampur aduk antara kedua-duanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2009 09:49 AM | Show all posts
Kesimpulan


Sehubungan itu, menjadi tanggung jawab setiap umat Islam untukmenjauhkan diri dari perkara-perkara syubhah demi menjaga diri daripadamelakukan perkara-perkara yang haram.


Dengan tumbuhnya pelbagai institusi kewangan Islam pada hari iniseperti bank-bank Islam, syarikat-syarikat pajak gadai Islam(al-rahnu), syarikat-syarikat insurans Islam (takaful) dan sebagainya,maka menjadi kewajipan umat Islam untuk menggunakan sistem kewanganIslam yang ada ini sewajarnya.
Namun demikian, sekiranya keterlibatan dengan wang syubhah atauharam ini tidak dapat dielakkan, maka hasil-hasil daripada aktivitisyubhah atau haram tersebut hendaklah dilupuskan sewajarnyaberlandaskan syarak.


Penyerahan kepada Baitulmal merupakan pilihan cara pelupusan yangutama, selamat dan meyakinkan serta dapat menyumbang kepadakemaslahatan sosio-ekonomi umat Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 01:44 PM | Show all posts
Thnx 4 d info..~
mmg skang ni...nak x nak...kite ttp akan terlibat dgn mslh ni..
wat loan pape...mmg terlibat dgn riba la..
sume ni..akan jd darah daging nti
pe yg kite ley wat..."cuci" la wang tu..
byk care yg di statekan tu..
insyaAllah..moge kite di perlihara..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2009 11:05 PM | Show all posts
saya berkerja di syarikat telefon awam (publicfon) bila saya membaiki telefon tu slalu ada duit tersangkut. saya slalunye sedekah sebahagian dan makan sebahagian jika duit itu jelas haram dimakan boleh ke saya guna duit itu untuk isi minyak motor kerana saya tiada elaun minyak/kenderaan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 11:07 PM | Show all posts
setakat ni, saya rasa rasa murah rezeki bila sebahagian duit tu bila sedekah kat masjid.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2009 11:51 PM | Show all posts
kalu duit ekor tu kire wang syubhah ker?

duit haram nih buat bayar saman trafik, bil IWK, beli cd/dvd haram,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.083214 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list