View: 1653|Reply: 1
|
Renungan: Di sebalik SENIARIO kehidupan
[Copy link]
|
|
Alhamdulillah, segala syukur dan puji-pujian hanya untuknya.
Disebalik senarion kehidupan manusia di dunia ini, hiruk pikuk siang dan malam, Hu ha sana sini. Di dalam satu detik ada berbillion-billion bahkan tidak terkira kejadian dan keadaaan yang berlaku diseluruh dunia. Ada kejadian yang mengembirakan, menyedihkan, menguntungkan, mengerikan dan macam-macam kejadian. Semuanya ini dalam pengetahuan Allah swt. Tidak ada satupun yang terlepas dari pengetahuannya.
Sedar ataupun tidak sedar setiap diri yang hidup sebenarnya berada dalam ujian kehidupan. Apa-apa perbuatan yang berlaku samada diketahui oleh manusia lain atau tidak semuanya direkodkan dalam lipatan sejarah catatan amal oleh dua malaikat yang sentiasa mendampingi manusia yaitu Raqib dan Atib.
Diakhirat nanti semua buku catatan ini akan dibentangkan semula di Mahkamah Ilahi. Disinilah manusia akan sedar dan menyesal jika semasa hidup mereka melakukan apa-apa yang bertentangan dengan kehendak Ilahi.
Senario dan kejadian setiap detik hanyalah ujian untuk manusia, Allah swt hendak melihat apakah tindabalas seseorang apabila berhadapan dengan ujian tersebut. Jika tindakbalas yang diambil menepati lunas-lunas kebaikan maka dia berjaya didalam ujian tersebut. Jika tindakbalas negatif dan bertentangan dengan lunas agama berarti dia telah gagal dalam ujian tersebut. Diakhirat perkara ini akan ditanya semula, maka jawablah sendiri.
Oleh sebab itu sifat ikhlas perlu ditanam dalam diri, sebab setiap perbuatan bermula dengan niat. Hanya niat yang tidak dapat dicatit oleh malaikat Raqib dan Atib. Tetapi niat setiap manusia sentiasa berada dalam tilikan Allah swt. Oleh itu berhati-hatilah dalam kehidupan ini. Letakkan niat yang baik dalam setiap perbuatan. Dengan niat yang baik maka hasilnyapun akan baik. Jika tersilap niat maka kita diberi peluang kedua yaitu meminta ampun dan bertaubat untuk kesalahan tersebut. Allah swt maha pengampun.
[size=-1]Dia lahyang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji danmenzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orangyang bertaubat). (Al-Mulk:2) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 zamkumis's post
Salam..
Time ksh utk santapan rOhani ni..
Ape2 yg kite buat..niat tu paling penting...
ikhlas lah kerana Allah... |
|
|
|
|
|
|
| |
|