View: 10813|Reply: 65
|
[R-TV] Pilih Kasih. Tahniah, IQBAL - Juara
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Syd at 17-8-2009 09:59
tadi terbaca kat bipop berita harian
katanya produksi si Rosyam Nor - SUHAN
nak buat program realiti ala2 mencari cinta kaedahnya.
nak tayang kat TV2
kang, kalau dah ada berita tu online, nanti paste.
[ Last edited by Syd at 29-5-2009 07:51 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Antara impian Rosyam, program Pilih Kasih
Oleh Akmal Abdullah
[email protected]
KHAMIS lalu, saya bersama beberapa editor dan wartawan hiburan daripada pelbagai penerbitan akhbar dan majalah berkesempatan untuk makan tengah hari bersama pelakon terkenal, Rosyam Nor. Rosyam yang kini juga aktif menjadi produser drama mahu berkongsi pandangan dengan kami mengenai projek terbaru terbitan syarikatnya yang berupa satu program realiti TV.
Beliau memaklumkan satu program realiti TV mencari bakat muda dalam kerjaya lakonan akan diterbitkan menerusi Suhan Movies untuk disiarkan menerusi TV2 tidak lama lagi dengan judul Pilih Kasih. Sekali dengar tajuk itu, ia agak pelik kerana seolah-olah bermaksud program realiti mencari pasangan bercinta seperti rancangan TV mencari jodoh yang pernah disiarkan menerusi TV3 dulu dengan tajuk Mencari Cinta pada 2005. Namun, selepas Rosyam menjelaskan secara panjang lebar, barulah kami fahami ia adalah singkatan kepada maksud 'Memilih Kekasih' yang bererti dirinya mahu mencari bakat baru yang layak untuk ditawarkan menjadi pelakon filem bersamanya untuk filem terbaru terbitannya kelak.
Maksudnya, Pilih Kasih itu ialah usaha untuk menjejak bakat baru dan muda dalam lakonan sama ada lelaki mahupun wanita untuk diangkat menerusi filem bagi watak tertentu dan pastinya Rosyam akan menjadi penentu dalam memutuskan siapa yang difikirkan layak untuk membintangi produk syarikatnya kelak.
Idea daripada Rosyam ini bagus kerana menyedari ketika ini industri perfileman di negara kita tidak ramai pelakon muda yang mampu berlakon dengan baik dan kalau ada yang bagus lakonannya pula, ia tidak ramai dan sering menjadi rebutan produser hinggakan kita boleh tersedar selalunya asyik muka sama saja yang menghiasi drama TV sama ada bersiri atau telemovie dan pada masa sama, muka itu jugalah yang menjadi pelakon filem. Ini tentunya membosankan penonton.
Semangat Rosyam yang berkobar-kobar untuk mencari bakat baru itu bukannya didorong oleh semangat semangat komersial semata-mata tetapi dia akui memang ramai lagi bakat muda yang tidak berada dalam industri filem tetapi gagal mendapat peluang berlakon seperti mereka yang terbabit dalam kegiatan teater di negeri dan daerah. Apatah lagi mereka itu juga meskipun ada bakat besar tetapi langsung tidak ada peluang untuk mendapat publisiti mahupun meraih populariti.
Jadi, Rosyam harus menjalankan uji bakat ke merata tempat di seluruh serata negara untuk mencari bakat muda yang berpotensi dalam lakonan untuk dimasukkan dalam kelas bimbingan menerusi program Pilih Kasih, iaitu nanti pemilihan siapa yang dilihat bagus akan dibuat berdasarkan penilaian juri dan undian SMS penonton.
Syabas buat Rosyam kerana ada kesedaran untuk menambahkan lagi bakat baru dalam lakonan serta pada masa sama harus menggilap populariti yang seiring kerana menerusi program relaiti TV seperti Pilih Kasih, tentulah seseorang itu lebih mudah dan cepat dikenali ramai. Namun, yang penting haruslah bakat baru itu memang selayaknya bagus dalam lakonan, bukan sekadar untuk sensasi dan glamor semata-mata seperti mana kita lihat banyak bakat baru dalam nyanyian terlingkup dan tidak ke mana pun sesudah tamatnya program realiti nyanyian seperti Akademi Fantasia, Mentor, My Starz LG dan One In A Million.
Kita harap Rosyam meneruskan usaha murninya itu untuk membantu industri filem kerana memang sejak kebelakangan ini ramai produser bingung untuk mencari pelakon yang berkualiti untuk beraksi dalam filem cereka serta dalam masa sama harus juga ada sedikit nilai komersial supaya filem mampu mendapat sambutan lebih meyakinkan di pawagam.
Apabila mendengar pelbagai strategi untuk projek program realiti Pilih Kasih seperti yang dijelaskan Rosyam, ia seolah-olah nampak menarik dan bagaikan mampu mencipta daya tarikan baru dan kejutan kelak. Siapa tahu jika kena gaya persembahan siarannya dan cara perjalanan program itu, Pilih Kasih mampu menimbulkan daya tarikan baru, atau boleh mencetuskan fenomena seperti Akademi Fantasia yang memfokus untuk mencari bakat dalam seni suara.
Sewajarnya juga program realiti mencari bakat baru dalam lakonan harus diperbanyakkan dan Pilih Kasih harus menjadi breakthrough ke arah mencari bakat baru bidang lakonan yang boleh membanggakan industri perfileman. Jangan pula nanti bakat muda yang terpilih dalam kelompok 20 peserta menerusi uji bakat di seluruh negara untuk Pilih Kasih semata-mata dipilih kerana rupa paras yang cantik atau kacak sedangkan apabila diuji dalam program itu, bakat lakonan mereka memalukan. Rosyam dan team produksinya harus bijak dan cekap dalam menilai, meneliti dan memilih mereka yang layak untuk menyertai Pilih Kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Cepatnye dpt info abg syd!!! kenape tukar avatar pulak??
kredit tuu kene berapa bru boleh masuk avatar sendiri?? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #3 indah_iman\ catat
lupa laa berapa kena
heheheh dah lama dah tinggalkan zaman newbie
tak silap 50 posting ke atas ke berapa
pm kat mod bod ni tanya ye |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 Syd's post
standard rosham nor, org buat dia nk buat jugak :re: :re: |
|
|
|
|
|
|
|
CAK: Rosyam Pilih Kasih
Rap
SELEPAS bertahun kita lihat stesen TV swasta meletus dengan program realiti, kini tiba giliran stesen milik kerajaan, TV2 untuk mengikut jejak langkah menyiarkan program seumpama itu. Dengarnya lebih hebat dengan pelbagai perancangan.
Pilih Kasih nama diberi dan orang kuat di balik perancangan ini adalah Rosyam Nor dan bekas kakitangan Astro yang pernah sama-sama menaikkan Akademi Fantasia sejak musim pertama, Adi Shamsul. Sebenarnya Rosyam ada memberitahu hal ini kepada CAK setahun lalu lagi.
Kalau banyak program mencari pelapis dalam nyanyian, Rosyam pula memfokuskan kepada lakonan.
Idea awalnya datang daripada Rosyam dan Bade Azmi ekoran daripada kesukaran mereka mencari muka baru dalam dunia lakonan baik filem, telefilem mahupun siri drama TV.
Rosyam beruntung apabila pihak Telekom Malaysia (TM) sanggup melabur kira-kira RM4.5 juta untuk merealisasikan siri realiti yang bakal berlangsung selama empat bulan itu.
Bagaimanapun, dengar-dengar juga, kos itu sebenarnya belum mencukupi dan difahamkan Rosyam mengintai penaja lain.
Daripada cerita Rosyam, CAK nampak perancangan ini akan berjaya. Sebagai orang yang lama makan garam dalam industri ini, Rosyam bijak mengatur pelbagai strategi untuk memastikan Pilih Kasih berjaya.
Seramai 20 peserta dipilih melalui uji bakat yang akan diadakan di seluruh negara, lima daripadanya akan ke final dan akan berlakon bersama Rosyam di dalam sebuah filem terbitan Suhan Movies, milik Rosyam sendiri.
Bagaimanapun yang menariknya, pembabitan penonton dalam kiriman SMS nanti 憁embenarkan |
|
|
|
|
|
|
|
malangnye tayang kat rtm ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Rosyam mencari 'Kasih' dalam program realiti baru
Oleh ZIEMAN
![](http://www1.mstar.com.my/archives/2009/3/17/mstar_hiburan/RN1.jpg)
Rosyam akan merealisasikan program realitinya tidak lama lagi.
RAMAI yang menegur asyik-asyik muka yang sama sahaja disajikan di dalam filem dan drama seolah-olah industri kita ketandusan bakat baru. Tapi berapa kerat yang cuba untuk mencukupkan ruang kekosongan ini?
Kesukaran mencari pelapis yang benar-benar berbakat di dalam industri kita diakui oleh pelakon dan penerbit popular Rosyam Nor.
Lantas dia terfikir untuk mewujudkan satu program realiti bagi mengembangkan bakat baru dan dalam waktu yang sama, bakat-bakat yang telah disaring ini akan diserap ke dalam filem terbarunya.
Malah idea yang ilhamkan oleh Rosyam dan pengarah Bade ini merupakan asas kepada satu program realiti baru yang diberi nama 'Pilih Kasih'. Dan mereka yang terpilih mengambil bahagian dalam program ini ada harapan memegang teraju penting dalam filem terbitan Rosyam yang bernama 'Kekasih.'
'Pilih Kasih' akan mula bersiaran di TV2, mulai 11 April selama empat bulan dan penonton juga berpeluang membuat penyingkiran pelajar melalui SMS nanti.
Rancangan ini juga dibuka kepada mereka yang meminati bidang lakonan dan berusia dalam lingkungan 18 hingga 35 tahun. Siri ujibakat pula akan diadakan di Johor, Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang, Sarawak, Sabah, Penang dan Kuala Lumpur.
"Sebagai pelakon lama saya sendiri akui yang kita ketandusan bakat baru. Balik-balik muka sama yang kita lihat dalam filem dan drama," kata aktor yang masih selesa memegang watak hero meskipun usia sudah mencecah 40an.
Secara langsung, ini merupakan satu masalah bagi produser filem seperti Rosyam.
"Jadi saya terfikir kenapa tidak wujudkan satu platform di mana kita beri latihan kepada bakat baru dan setelah selesai latihan pula, kita akan sediakan peluang pekerjaan untuk mereka," kata Rosyam yang akan duduk di dalam barisan juri untuk 'Pilih Kasih.'
Rosyam yang akan menggunakan khidmat penulis novel terkenal, Sharifah Abu Salem sebagai penulis skrip filem 'Kekasih'.
Program ini akan diterbitkan bersama syarikat milik Rosyam, Suhan Movies and Trading Sdn Bhd dan Radio Television Malaysia manakala, produsernya pula ialah Adi Syamsul, bekas penerbit program Akademi Fantasia musim pertama hingga empat dan Raja Lawak musim pertama.
Dua puluh pelajar akan dipilih dari ujibakat yang dijalankan di seluruh negara. Pelajar-pelajar ini pula akan ditempatkan selama empat bulan di Tengku Puan Cik Auditorium di Senawang, Negeri Sembilan.
Selama empat bulan itu juga, mereka akan melalui kursus lakonan di bawah bimbingan aktor/pengarah Along Kamaruddin dan pengarah/penerbit Jinggo (suami kepada aktres Sheila Rusly).
Setelah selesai sesi latihan dan apabila program 'Pilih Kasih' tamat, lima orang pelajar yang berjaya akan diberi peluang untuk membintangi filem 'Kekasih' yang akan diarahkan oleh Bade Haji Azmi.
"Pelajar perlu menunjukkan kebolehan menerusi drama pendek di mana setiap minggu ada tiga hari penggambaran dan ditayangkan secara langsung pada hari Sabtu di TV2 dan mereka juga turut terlibat dengan pementasan teater muzikal.
"Erma Fatima bersetuju mengajar dan mengarah teater muzikal itu, manakala senarai tenaga pengajar lain masih dalam penilaian," kata Rosyam yang akan memilih sendiri peserta yang terbaik.
Di tanya kenapa program realiti itu dinamakan 'Pilih Kasih', kata Rosyam tujuan utama untuk mencari calon watak heroin bernama Kasih dalam filem terbitan syarikatnya.
"Tapi ini tidak bermakna peserta pilihan penonton melalui undian SMS akan pegang watak Kasih. Semuanya terpulang kepada penilaian Bade dan saya.
"Lima peserta yang bertahan hingga minggu ke-11 akan diberi watak yang sesuai dengan kemampuan mereka dalam filem 'Kekasih'," kata Rosyam yang akan menggunakan khidmat penulis novel terkenal, Sharifah Abu Salem sebagai penulis skrip filem 'Kekasih'.
Tambahnya lagi, "Kita mempunyai ramai pelapis muda yang berbakat besar tetapi tidak di beri peluang menonjolkan kebolehan mereka.
"Graduan lulusan perfileman dan lakonan dialu-alukan menyertai program ini kerana ianya adalah peluang baik untuk mencipta nama dalam dunia lakonan dan teater."
"Mereka yang tiada pengalaman pun layak datang ke ujibakat," kata Rosyam.
Lokasi sebenar dan tarikh uji bakat akan diumumkan pada 26 Mac ini. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dengarnya...: Rosyam Nor Pilih Kasih pula!
Rosyam Nor
CIK Normah tabik dengan kesungguhan aktor berwibawa, Rosyam Nor yang begitu komited untuk membangunkan industri lakonan. Ketika hanya stesen televisyen berani menyediakan peruntukan besar untuk menerbitkan program realiti, Rosyam pula menyahut cabaran dengan memperkenalkan Pilih Kasih.
Program yang bakal disiarkan TV2 itu akan mencungkil bakat baru dunia lakonan, di mana 20 peserta terpilih bakal membintangi dua drama pendek arahan Along Kamaludin dan Amy Maziah.
Mereka juga akan menerima pendedahan membintangi pementasan muzikal arahan Eirma Fatima, sebelum lima terbaik dipilih untuk membintangi filem terbaru arahan Bade, Kekasih.
Cabaran itu diambil kerana Rosyam melihat industri drama dan filem tempatan sedang pesat berkembang, malangnya kita ketandusan bakat baru untuk diperkenalkan kepada khalayak.
Balik-balik wajah yang sama hingga menimbulkan rungutan penonton. Rosyam ingin usaha itu akan melahirkan lebih ramai pelapis menggantikan pelakon sedia ada malah meneruskan lagi kegemilangan era perfileman Melayu.
Daripada apa yang Cik Normah tahu, lapan lokasi sudah dikenal pasti untuk peserta mengetengahkan bakat mereka iaitu Jaya Jusco Bukit Indah, Taman Perling, Johor Bahru (11 April), Seremban (12 April), KB Mall, Kota Bharu (18 April), Berjaya Megamall Kuantan (19 April).
Uji bakat juga diadakan di One Borneo, Kota Kinabalu (25 dan 26 April), Queensbay Mall, Pulau Pinang (2 Mei), Plaza Alam Sentral, Shah Alam (3 Mei) dan The Spring, Kuching (9 dan 10 Mei).
Sidang media mengenai program itu akan diadakan pada 1 April ini untuk memperjelaskan konsep dan perjalanan keseluruhan rancangan realiti itu.
Cik Normah puji kerana Rosyam berani menggalas cabaran besar ini biarpun program ini lahir ketika dunia berdepan kegawatan ekonomi. Dengan adanya insan seperti Rosyam, Cik Normah berharap jejak langkahnya akan diikuti sekali gus mempersiapkan penggiat seni tempatan untuk menempuh era baru industri hiburan.
Cik Normah sendiri sudah jemu dan jelak mendengar serta membaca cerita kosong yang tidak membantu industri. Cara mereka seolah industri hiburan ini terlalu busuk dan dipenuhi orang yang tidak berwawasan sedangkan masih ramai lagi yang serius untuk mengangkat maruah serta martabat dunia seni. Fikirlah!!! |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://www.mstar.com.my/archives/2009/4/2/mstar_hiburan/012335213.jpg)
Rosyam juga bergelar juri dan menentukan peserta yang akan disingkirkan dalam program realiti lakonan itu.
“Bakat sememangnya datang dari Tuhan dan saya akan cuba mengasah bakat mereka sehingga mereka menjadi seorang yang hebat,” kata Rosyam yang membuka peluang ini kepada individu berbangsa Melayu, Cina dan India.
Para peserta akan mendapat tunjuk ajar daripada aktivis teater Rohani Md. Yuousoff dan pelakon, pengarah, penerbit dan penulis Erma Fatima atau Fatimah Rahmad untuk segmen teater muzikal.
Dua puluh peserta yang terpilih akan membentangkan persembahan teater muzikal mereka semasa tayangan perdana yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Besar RTM Tengku Puan Cik, Senawang, Negeri Sembilan.
Antara mereka juga akan dipecahkan kepada 3 orang atau 2 orang dan seterusnya diberikan tugasan bermonolog selama 1 minit mengikut skrip yang pernah dilafazkan oleh pelakon dalam filem-filem sebelum ini.
Selain itu, siaran secara langsung itu juga akan menyiarkan filem pendek yang dilakonkan oleh dua buah kumpulan yang terdiri dari 10 peserta bagi setiapnya.
Setiap kumpulan akan diterajui oleh pengarah masing-masing iaitu Along Kamaludin atau Shahrom Kamaludin dan pengarah drama Rozanna, Amie Maziah atau Maziah Abdul Rahman.
“Para peserta akan diadili oleh penonton namun pada setiap minggu dua peserta yang mempunyai markah peratusan terendah akan ditentukan oleh saya untuk disingkirkan.
“Ini bermakna peserta yang mendapat markah terendah tidak semestinya akan disingkirkan pada minggu itu jika dia mempunyai potensi untuk berlakon,” tegas Rosyam.
Keputusan penyingkiran akan mengambil kira semua aspek seperti jumlah peratusan, karektor, dan kesesuaian memegang watak dalam filem.
Selain Rosyam, setiap persembahan para peserta akan dikritik oleh Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya Dr. Abu Hassan Hasbullah.
Dalam pada itu, Rosyam turut menegaskan yang program terbitannya berlainan daripada program realiti Anak Wayang yang hampir mempunyai objektif yang serupa dengan Pilih Kasih iaitu mencari bakat dalam bidang lakonan.
“Anak Wayang berbeza sebab program itu hendak mencari pelakon untuk memenuhi watak dalam drama bersiri.
“Pilih Kasih juga hendak mencari pelakon tetapi dalam masa yang sama ia lebih kepada mengajar para peserta berlakon drama dan teater,” komen Rosyam.
Mereka yang datang ke sesi uji bakat perlulah berusia antara 18 hingga 35 tahun. Antara mereka, seramai 10 peserta lelaki dan 10 peserta perempuan akan terpilih dalam akademi Pilih Kasih selama empat bulan.
Sesi ini akan berlangsung selama lima minggu berturut-turut di AEON Bukit Indah, Johor Bahru pada 11 April, Kompleks Membeli Belah Terminal One, Seremban (12 April), Kota Bahru Mall, Kota Bahru (18 April), Berjaya Megamall, Kuantan (19 April), One Borneo, Kota Kinabalu (25 dan 26 April), Queensbay Mall, Pulau Pinang (2 Mei), Plaza Alam Sentral, Shah Alam (3 Mei) dan The Spring, Kuching (9 dan 10 Mei).
Sesi ini bermula seawal pukul 10 pagi hingga 8 malam.
Siaran uji bakat program Pilih Kasih akan disiarkan pada 11 April (Sabtu), pukul 8 hingga 9.30 malam di RTM2.
Seterusnya, siaran Jurnal atau Diari akan disiarkan mulai 25 Mei, Isnin hingga Jumaat, pukul 4.30 hingga 5 petang. Siaran ulangannya pada Isnin hingga Khamis, pukul 1 hingga 1.30 pagi dan Jumaat, pukul 2 hingga 2.30 pagi.
Jurnal harian akan menyiarkan aktiviti setiap peserta seperti latihan lakonan, penghayatan skrip, latihan teater, persediaan dan pembikinan untuk filem pendek dan aktiviti riadah.
Sementara siaran langsung bermula pada 6 Jun (Sabtu), pukul 8.30 hingga 10 malam.
Imbasan Pilih Kasih pula disiarkan pada 15 Ogos, pukul 8.30 hingga 9.30 malam sebelum ke episod peringkat akhir pada 16 Ogos, pukul 9 hingga 11 malam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 Syd's post
Motif buat sabtu arusla macik2 felda pilih af kekdahnye ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 jac_diehard_fan's post
eh rasenye af da abiskan mase tu ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku harap nanti budak2 yang keluar tu nanti
hanya dapat job blakon drama tuk rtm jerk
![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 Syd's post
itu pon klu rtm kasi support.. slalu klu rtm outsource program diorang biorkan jek.. promo pon cam nak tanak jek ![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
rs nya nnti sure xramai yg tau psl pilih kasih ni cz waktu dia lbh krg ngn ank wayang kn..for sure rmai yg lbh tertumpu astro pnya program..
tp kalo pikir baik2, rsnya saper yg terpilih lam rosyam pnya program lg cerah ms dpn kot cz rosyam kn bnyk job..walopn x glemer time tygn, mybe after tu lbh terserlah..kalau nk dibandingkn ngn astro cz astro dah terlalu rmai ank didik..
ni pd pendapat aku jer lah kn..jgn ada yg marah plak nnti![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Kak Engku, Reza gamatkan Pilih Kasih
Oleh Sakini Mohd Said
[email protected]
Rap
PENGALAMAN dimiliki kedua-duanya, bezanya bagai langit dengan bumi, namun itu bukan halangan untuk menyatukan gandingan ini. Mana tidaknya, seorang masih baru dalam bidang hiburan manakala seorang lagi sudah mengecapi erti populariti yang sebenar.
Bagaimanapun, semua itu tidak menjadi halangan buat Raja Azura Tengku Ahmad Tajuddin atau Kak Engku dan penyampai radio Era, Syaiful Reza Mohamed (Reza) berganding dalam program realiti untuk mencari pelapis pelakon, berjudul Pilih Kasih.
Sudah tentu gandingan baru dan pengalaman ini akan menjanjikan satu kelainan serta mampu menggamatkan suasana program realiti terbaru itu.
Kak Engku dan Reza menerima lamaran Rosyam Nor bagi mengendalikan rancangan realiti terbaru mencari bakat dalam bidang lakonan, Pilih Kasih yang bakal bersiaran Jun ini.
Pilih Kasih akan disiarkan di TV2, jam 8.30 malam apabila rancangan siaran langsung dikendalikan Kak Engku dan Reza sementara laporan harian dikendalikan Pasha Abdul Rahim.
Menurut Kak Engku, dia pertama kali bergandingan dengan Reza bagi program realiti itu dan perkenalan seketika sudah cukup membuatkan mereka serasi.
"Kami cepat serasi kerana Reza bersikap terbuka, aktif dan rajin. Kerajinan serta sikapnya yang menghormati saya sebagai artis senior dan individu berumur membuatkan saya selesa bekerja dengannya.
"Pertama kali bergandingan dengan Reza pada majlis pelancaran program realiti lakonan itu, Reza sudah menyediakan skrip dan meminta pandangan saya sama ada skrip itu perlukan perubahan atau tidak.
"Saya lihat dia kuat berusaha serta bersedia menerima kritikan dan ini membuatkan kami cepat mesra," katanya.
Kata Kak Engku, pada awalnya dia hampir menolak tawaran itu kerana bimbang tidak mampu melakukannya berikutan mempunyai jadual yang ketat.
Namun, setelah beberapa kali dipujuk Rosyam akhirnya Kak Engku bersetuju menerima tawaran itu kerana dia hanya mengendalikan siaran langsung.
"Lagipun, Rosyam sudah berjanji dengan saya untuk menghantar e-mel mengenai aktiviti program dua hari sebelum berlangsungnya Pilih Kasih dan ini sedikit sebanyak membantu mengacarakan rancangan itu," katanya.
Bagi Reza pula, mengendalikan program itu bersama Kak Engku dianggap satu peluang keemasan yang tidak akan dilepaskan.
"Saya gembira dan teruja apabila diberitahu akan digandingkan dengan Kak Engku dalam program Pilih Kasih kerana dia pengacara yang saya jadikan rujukan.
"Walaupun Kak Engku seorang yang sangat berpengalaman dalam bidang pengacaraan, namun dia tidak pernah kedekut ilmu dan membantu saya jika tidak memahami sesuatu perkara.
"Kami sama-sama bersikap terbuka dan petah bercakap, jadi saya dapat rasakan keseronokan apabila dapat mengacarakan program ini bersama Kak Engku," kata Reza. |
|
|
|
|
|
|
|
Rosyam 'pilih kasih' batalkan audition di Sarawak?
SEJAUHMANA penerbit program Pilih Kasih, Rosyam Nor pilih kasih dalam memilih lokasi sesi uji bakat? Mula-mula, kata adakan uji bakat di Sarawak (The Spring), pada 9-10 Mei, tetapi dia membatalkannya di saat-saat akhir.
Betulkah dia enggan menyeberangi Laut China Selatan untuk mencari bakat tidak betul pula? Ini kerana uji bakat Pilih Kasih di Kota Kinabalu (One Borneo) berjaya memancing 505 peserta.
Atau mungkinkah Rosyam yang juga Pengarah Urusan Syarikat Suhan Movies Trading Sdn. Bhd. itu memandang rendah terhadap bakat-bakat di negeri Kenyalang itu?
Jangan lupa peserta-peserta Akademi Fantasia 7 yang berbakat seperti Hafiz, Aishah dan Claudia berasal dari negeri itu!
ROSYAM PILIH KASIH
Hakikatnya, Rosyam tersepit dan mengambil keputusan drastik selepas sesi uji bakat di Plaza Alam Sentral, 3 Mei lalu mendapat sambutan luar biasa.
"Lebih daripada 2,000 orang menyertainya dari 10 pagi hingga 12 tengah hari pada Ahad lalu (3 Mei). Rata-ratanya, tempat yang kita pergi, puratanya 300 orang menyertainya dengan maksimum pun 320 peserta.
"Kita pun panik juga dan akhirnya membuat keputusan untuk tidak ke Sarawak bagi menyaring habis peserta-peserta lain.
"Kalau saya nak pergi ke Sarawak, macam mana saya nak kendalikan uji bakat untuk 1,700 yang berdaftar ini. Semua akan 'belasah' saya," akui Rosyam pada sidang akhbar di Restoran Delicious, Bangsar Village, semalam.
Oleh itu, beliau yang pernah mengungguli gelaran Pelakon TV Lelaki Popular itu selama tujuh tahun berturut-turut sejak 1997 meminta maaf kepada semua pihak terbabit kerana tidak dapat ke Sarawak untuk uji bakat Pilih Kasih, musim ini.
"Secara tidak langsung, nak minta maaf kerana iklan-iklan dah keluar dan kami tak dapat bersama Sarawak musim ini. Saya telahpun minta maaf dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sarawak kerana dah buat promosi... kepada penaja Telekom Malaysia (TM) pun saya telah minta maaf," akuinya.
LOKASI UJI BAKAT 9-10 MEI : PLAZA ALAM SENTRAL BUKAN MENARA TM
Sementara itu, Rosyam memberitahu, pihaknya ingin membuat pembetulan lokasi uji bakat sebenar pada hujung minggu ini.
Beliau menegaskan, lokasinya ialah Plaza Alam Sentral di foyer utama dan bukan Menara TM seperti yang diuar-uarkan.
"Pada pagi yang sama juga (3 Mei), saya telah mengumumkan untuk mengadakan sesi uji bakat pada 9 dan 10 Mei itu di Menara TM, tetapi saya nak membuat pembetulan iaitu akan diadakan di Plaza Alam Sentral," kata Rosyam.
Jelas Rosyam, pihaknya akan menempatkan staffnya di Menara TM untuk memaklumkan mereka yang terlepas mendengar pengumuman menerusi RTM, iklan dan Radio Selangor FM.
Katanya, dia meminta maaf kepada orang ramai dan pihak TM ekoran penukaran lokasi tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Rosyam ada kuasa veto tentukan peserta akhir 'Pilih Kasih'
![](http://www.mstar.com.my/archives/2009/5/7/mstar_hiburan/Rosyam03_image.jpg)
Rosyam Nor. - foto THE STAR oleh LOW LAY PHON
BUKAN seperti program realiti hiburan yang lain, rupa-rupanya juri tetap Pilih Kasih, Rosyam Nor mempunyai kuasa veto untuk menentukan siapa yang akan disingkirkan di peringkat akhir.
Umum mengetahui program realiti televisyen itu bersandarkan undian 100 peratus khidmat pesanan ringkas (SMS).
Sebagai tuan punya program itu, Rosyam bagaimanapun berkata, dia hanya akan menentukan nasib tiga peserta dengan markah yang paling rendah.
"Di akhir rancangan. saya mempunyai kuasa veto sebagai tuan punya program ini untuk menentukan siapa yang layak ke akhir. Katakan, tiga peserta mendapat undian SMS terendah dengan markah 20 , 15 dan 10.
"Biasanya, peserta dengan markah 10 kena buang tetapi kerana saya ada kuasa veto, maka saya akan buang peserta yang mendapat 20 markah ini kalau dia memang tak boleh berlakon, tak ada disiplin," katanya pada sidang akhbar semalam.
"Orang akan kata tak adil. Tapi orang kena ingat, kita harus mendidik masyarakat memilih hanya yang terbaik untuk industri.
"Maksudnya, jika dia popular dan kemudiannya terpilih apa gunanya jika dia tak bagus berlakon," katanya yang juga memegang jawatan juri tetap bersama-sama dengan Dr Abu Hassan.
Menurut Rosyam, banyak realiti show sebelum ini yang mengujudkan pemilihan SMS. Yang terpilih selalunya atas kriteria populariti tetapi sebenarnya, cara ini 'membunuh' mereka.
"Mereka tak dah job bila keluar kerana mereka dah popular. Tak tahu nak buat apa-apa dah," katanya.
Pilih Kasih seperti Apprentice?
Ditanya sama ada Pilih Kasih seperti Akademi Fantasia, Rosyam menyifatkannya mirip seperti program Apprentice.
"Ia keras sedikit. Ini bukan adaptasi. Ini idea solid daripada saya. Ini bermakna program itu tidak banyak bersantai. Kerana pada 15 Mei, kita akan buat senarai pendek.
"Selepas itu, mereka akan ambil 20 orang dan dari situ, terus masuk ke tempat pembelajaran dan diajar asas lakonan secara intensif, tarian, nyanyian, suara, intonasi, gerak badan oleh tenaga-tenaga pengajar dari ASWARA," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
rasa mcm odisen PILIH KASIH ni dh tayang kat RTM2 kan.....
pernah tertgk, xsure ari ape, klu tak sabtu, ahd, dlm kul 8.30pm ...
nnt wkend ni chck balik...... ![](static/image/smiley/default/tongue.gif)
[ Last edited by miss_manja at 7-5-2009 12:20 ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|