View: 37995|Reply: 571
|
Adakah aku harus kahwin lagi..
[Copy link]
|
|
Salam..
Aku berumur 33 tahun. Bekerja di salah satu syarikat gergasi di Malaysia. Aku sudah berumah tangga hampir 6 tahun. Kehidupan pada tahap awal amat bahagia. Tahun ketiga aku mengambil anak angkat sekarang ini sudah hampir 2 tahun umurnya. Setelah mencuba bermacam-macam perubatan untuk mendapatkan zuriat. Namun aku readha dengan pemberian Allah.Aku masih tidak di kurniakan zuriat.
Hidup aku semakin ceria setelah anak ku pelihara comel serta semakin membesar. Namun kadang-kadang aku terfikir juga ingin mendapatkan zuriat sendiri. Aku dan isteri pernah mandapatkan rawatan tapi semuanya normal. Walaupun isteriku mempunyai rekord kedatangan haid yang tidak teratur semasa remaja. Kadang kadang setahun tidak datang period.Namun aku masih berusaha mandapatkan rawatan.
Pada pertengahan tahun lepas aku mengenali seorang perempuan yang masih menuntut di satu institusi tinggi( si A). A ini masih dalam 20an umurnya. Dia aku kenal melalui internet. Aku cuba dekati A ini, kerana aku ingin tahu kenapa dia terlalu berani menyebarkan gambar separuh sexy pada orang yang baru dikenali seperti aku. Setelah di selidik , dia telah melakukan ini sudah hampir setahun bagi menyebar kan gambarnya yang sexy. Untuk mendapatkan perhatian. Tidak di nafikan orang nya cantik mungkin darah kacukan antara ibu dan bapanya. Semuanya berpunca daripada masalah family dan yang terakhir dia telah dinodai oleh gurunya sendiri semasa di MRSM.
Setelah setahun aku menjadi teman serta penasihat baginya tanpa pengatahuan isteriku. Si A telah berubah menjadi baik. Semua yang buruk dibuang serta membina kehidupan baru. Si A telah 100% berubah, aku merasai kepuasan setelah dapat mengembalikan si A yang sebenarnya.
Si A meluahkan pada aku, yang dia amat menyanyangi diriku.Setelah aku dapat mengubah segala galanya diri dia kerah kebaikan tanpa aku sedikitpun meminta pembalasan. Malah menyintai diriku.Aku menjadi serba salah. Aku juga menyanyangi diri nya. Si A tidak dapat menerima kehilangan diri ku, walau pun si A sudah tahu status diri ku ini. Aku juga tidak sanggup kehilangan si A dan kami akhirnya jatuh cinta jua..
Si A mengajak aku kahwin. Membuat aku lagi pening. Kerana aku tahu isteri ku tidak akan mengizin kan diriku untuk beristeri dua. Dia relakan aku lepaskan dia jika aku ingin bekahwin lagi. Aku memang merancang untuk mengambil si A menjadi isteri kedua. Tetapi aku buntu memikirkan nya.....
Harap warga forum cari dapatlah memberi pandangan......... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 aruni_dadykuzz\ catat
kesian la kat bini ko tuh
dah ler ko kawin dia sebab zuriat, bukan agama.
pastu dia tak ada zuriat, ko nak wat cam ni?
baik ko lepaskan dia, dia pun tak jeles, rasa makan ati biler tengok ko ngan A tu ada anak, loving2.. ko plak sebok2 pi umah A tu jaga anak ko, dia plak terabaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
paling penting, kenapa ko curang kat bini ko?
kalu ko betul2 ikot agama, asal tak KAWIN baru BERCINTA |
|
|
|
|
|
|
|
kalau mampu kawin je.. dr mendatangkan maksiat..
kate bini 1st x bg izin.. cube bincang elok2.
kalau tak lepaskan secara baik..
cane anda ambil dia... camtu jgk la pulang balik ke familinye.
tapi ingatlah.. mesti berlaku adil kalau dpt beristeri 2
mungkin di dunia tak kena..
akhirat menanti sesangat la pasti..
solat istikarah byk2
minta petunjuk pada yg Maha Memahami kita
[ Last edited by jemjem at 10-3-2009 01:45 ] |
|
|
|
|
|
|
|
kau cek dulu punca tak dapat zuriat sebab apa, kalau sebab ko, tak usah kawen, kalau sebab bini ko, ko kawinlah kerana nak dapat anak zuriat sendiri .... jemput la aku nanti ... hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
kalau hang kawin lain kerana zuriat , hang yakin ke bini baru hang dapat bagi zuriat kat hang? kalau hang kawin kerana kecantikan dan keseksian perempuan tu, itu sume tidak kekal..
[ Last edited by lizawpl at 10-3-2009 01:53 ] |
|
|
|
|
|
|
|
ko tak patut kahwin bagi pendapat aku.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pada tahun ini aku akan ke luar negara atas urusan kerja selama 3 tahun. So mungkin setiap 6 bulan aku akan pulang ke tanah air. Kebarangkalain untuk mendapat kan zuriat mungkin semakin tipis.
Semenjak aku diberitahu perlu ke luar negara, setiap malam sebelum aku nak lelapkan mata. isteri ku selalu bertanya, adakah hubby akan mencari perempuan lain semasa out station. Aku selalu menafikan. Aku bertanya kenapa tiba-tiba jer tanya soalan sebegini. Dia jawab, dia takut kehilangan diri ku ini. Tetapi dia akan cuba menerima segala takdir yang menimpa diri nya. Jika aku berhajat untuk bernikah lagi, kerana itu adalah ketentuan Nya. Tapi lepaskan lah saya. Saya tahu saya tidak dapat memberi zuriat pada hubby.
Pada mulanya aku ingin membawa dia dan anak ku kesana, tetapi semuanya telah berubah. Setelah bermacam-macam bermain di fikiranya. Jika dia mengikuti aku dia akan kehilangan kerjaya nya. Dia juga bekerja sebumbung di tempat aku kerja dgn jawatan yang boleh di banggakan.
Aku sentiasa menafikan, yang aku ada perempuan lain. Aku dalam dilema.....
Apakah yang harus aku laku kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lizawpl at 10-3-2009 01:49 AM
kalau hang kawin lain kerana zuriat , hang yakin ke bini baru hang dapat bagi zuriat kat hang? kalau hang kawin kerana kecantikan dan keseksian perempuan tu, itu sume tidak kekal..
untuk menentukan TS perlu cek diri dia dulu, kalu dia okey awek baru dia perlu jalani pemeriksaan kesihatan, kalau tak lepas cari lain... jika sebab kawen lain ialah nak zuriat sendiri ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by elysyle at 10-3-2009 01:34
kesian la kat bini ko tuh
dah ler ko kawin dia sebab zuriat, bukan agama.
pastu dia tak ada zuriat, ko nak wat cam ni?
baik ko lepaskan dia, dia pun tak jeles, rasa makan ati biler tengok ko ...
Aku kahwin atas dasar menyelamatkan dia daripada terjerumus ke arah yang lebih parah dan juga zuriat. Itu juga adalah tuntutan agama....
Aku tahu apakah perasaannya jika aku mendapat zuriat denagn isteri kedua aku. Sudah pasti dia semakin tertekan.
Aku cuba mengelak untuk bercinta. Daripada awal lagi aku sudah memaklumkan aku ini sudah berkahwin. Pada awalnya si A dapat memahami dan aku tidak ada perasaan apa-apa pun pada si A. Tetapi perasaan cinta itu timbul juga akhirnya..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jemjem at 10-3-2009 01:42
kalau mampu kawin je.. dr mendatangkan maksiat..
kate bini 1st x bg izin.. cube bincang elok2.
kalau tak lepaskan secara baik..
cane anda ambil dia... camtu jgk la pulang balik ke familinye.
...
Nak bincang baik baik....... husss. Aku rasa tak nampak jalan penyelesaian nya. |
|
|
|
|
|
|
|
orang tua2 selalu pesan 'sarang tebuan jangan dijolok'
la nie, dah terperangkap... susah nak keluar.... kenapa masa niat nak tolong si A tu u tak beritahu kpd isteri u, kenapa u sanggup membelankangkan dia... degan berkawan dengan si A secara senyap2... adakah kita puas dpt buat apa sahaja dengan membelakangkan perasaan org yg kita sayang... mmg tak di nafikan kita boleh jatuh cinta utk kali kedua, tp berbaloikah kite korbankan apa yang kita ada skrg tuk bina semula kebahagiaan.. apa pun tepuk dada tanya selera. moga saudara gembira dengan apa sahaja yg saudara akan lakukan... dan jgn menyesal kemudian hari sudah... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 aruni_dadykuzz's post
Salam...
RAsenye..thread ni sesuai dibincangkan di bod "Family discussiOn.."
sane mmg ramai yg prO sOal ni..
Erm..rumit jugak..aduyai...
Sha rase camni la..
awk mampu x nak kawen lg??
awk yakin x...yg awk akan adil nti??
klu mmpu..y nOt??
Islam x larang klu llki nak berkahwin lebey dr 1..
tp...make sure awk mmpu dr sume segi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pink_lavender at 10-3-2009 02:50
orang tua2 selalu pesan 'sarang tebuan jangan dijolok'
la nie, dah terperangkap... susah nak keluar.... kenapa masa niat nak tolong si A tu u tak beritahu kpd isteri u, kenapa u sanggup memb ...
Ok I tahu memang I membelakangi isteri I. Memang I silap. Tapi I sekarang tak tahu , apa yang perlu laku kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nursha at 10-3-2009 02:54
Salam...
RAsenye..thread ni sesuai dibincangkan di bod "Family discussiOn.."
sane mmg ramai yg prO sOal ni..
Erm..rumit jugak..aduyai...
Sha rase camni la..
awk mampu x nak kawen lg?? ...
Tentang kemampuan I tahu, Tentang keadilan isyaAllah.
Masalahnya begaimana I nak berhadapan dengan situasi ini dengan baik. Isteri I sudah pasti tidak akan menerimanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 aruni_dadykuzz's post
MMg pasti ea??
ni la mslh yg llki slalu hadapi klu nak kawen lg kan??
ciann lak rase...
dah mmpu sume..tp..wife lak prOb..
Erm..cube try tnye dlm nada gurauan..
ley jugak test die..
tgk jwpnnye camne..
mane la tau kan..kot2 die dah ok skang..
adeh...sha pOn xtau nak hurai lebey sOal kawen lg ni.
mmg kebanyakan ppuan xley trime.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #16 nursha\ catat
nursha..
I tak pernah tanya isteri I. Malah dia dah selalu tekan kan yang dia tak kan terima jika I nak kahwin lagi.
Tu belum I tanya lagi. I tahu dia faham dalam tuntutan agama. Tapi dia tak boleh terima nya....
Kadang-kadang I pernah terfikir untuk meninggal si A itu. Tapi I tahu dia akan kembali kepada kenakalan dia dulu..... Ntah la...... Untuk I tinggalkan si A tu... I rasa i dapat lakukan... jika terpaksa. Tapi apa kesudahan nya. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau mampu adil ..dan kewangan mantap...silakan laa..... |
|
|
|
|
|
|
|
I pernah bagi nasihat supaya dia cuba mencari seorang yang betul-betul untuk dia seperti orang yang masih bujang. Katanya dengan orang bujang lah yang banyak membawa dia ke arah ke maksiatan.
I pernah bertanya pada si A. Jika I kahwin lagi. Dia cakap dia redha. Kerana suami adalah pinjaman untuk semantara dari Allah dan perbuatan u itu adalah halal, katanya.
Sekarang, I banyak diam. Kat rumah pun I kurang bercakap, dengan si A pun I kurang berhubung. Tetapi si A sentiasa sabar menunggu panggilan dari I walau pun seminggu baru sekali I berhubung dengan dia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|