CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4150|Reply: 19

SISTEM FARAID

[Copy link]
Post time 10-3-2009 11:53 AM | Show all posts |Read mode
Sesape yg tahu akan sistem ni, boleh tak menerangkan dengan lebih detail lg. Ada permasalahan disini. Seorang bapa telah meninggal dunia dengan meninggalkan sejumlah wang yang besar dan tanah nilai jutaan ringgit. Sibapa itu meninggakan seorang isteri (tanpa anak) yakni ibu tiri kepada 3 orang anak perempuan dan seorang anak lelakinya. Sekarang ni adakah mak tiri 4 beradik tu dapat berapa bahagian dan anak2 berapa bahagian dan mcmana nak membuat perkiraan. Kalau nak rujuk dijabatan agama sume dpt dari cucu sampai ke sedara simati, sekarang ni nak tahu yang asas sahaja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2009 12:22 PM | Show all posts

Reply #1 adiraa's post

leh cek link ni..........sistem faraid ni pening sket....dan sebelah lelaki lebih diutamakan..
http://maths.usm.my/faraid/msl/default.html
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 03:54 PM | Show all posts

Balas #1 adiraa\ catat

Kalau nak rujuk dijabatan agama sume dpt dari cucu sampai ke sedara simati, sekarang ni nak tahu yang asas sahaja.

sebelum tulis perkataan ni, awak betul ke dah rujuk?  yang asas dengan bukan asas tu apa bendanya?  nampak macam salah jabatan ajer tu?  

Faraid ni sepatutnya di bahagian Faraid, Jabatan Tanah dan Galian.  Atau Pejabat Daerah.

Janda tu akan dapat bahagian seperti isteri.  Yang anak bahagian anak, tak kira mak dia tu mak tiri atau mak kandung.

dari link yang diberi kinki -

1 Isteri 5/40
3 Anak Perempuan 21/40  (atau 7/40 seorang)
1 Anak Lelaki 14/40

cucu ....  tengok ajer mak bapak dia orang dapat harta pusaka.

oh yer...  anak-anak simati tu mesti yang masih hidup atau kalau dah meninggal mesti yang meninggal selepas dari bapanya.  Kalau meninggal selepas bapanya, kena faraid pulak bahagian anak yang mati.

[ Last edited by  ibnur at 10-3-2009 15:56 ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 07:31 PM | Show all posts
Originally posted by adiraa at 10-3-2009 11:53 Sesape yg tahu akan sistem ni, boleh tak menerangkan dengan lebihdetail lg. Ada permasalahan disini. Seorang bapa telah meninggal duniadengan meninggalkan sejumlah wang yang besar dan tanah nilai jutaanringgit. Sibapa itu meninggakan seorang isteri (tanpa anak) yakni ibutiri kepada 3 orang anak perempuan dan seorang anak lelakinya. Sekarangni adakah mak tiri 4 beradik tu dapat berapa bahagian dan anak2 berapabahagian dan mcmana nak membuat perkiraan. Kalau nak rujuk dijabatanagama sume dpt dari cucu sampai ke sedara simati, sekarang ni nak tahuyang asas sahaja.
...


salam...

simati meninggalkan :
isteri = 1/8 (kerana ada anak)
anak lelaki dan perempuan pembahagian 2:1.

so pembahagian nyer mcmni:
                                                                        8   x 5    =   40 (di talkhiskan utk memudahkan pembahagian 2 : 1)
isteri                                                 1/8       |  1/8 x 5    = 5 / 40
anak lelaki                }mereka mendapat       |  7/8 x 5    = 35 / 40 : anak lelaki mendapat 14 / 40
3 anak perempuan    }Asabah                       |                                 anak perempuan mendapat 7 / 40 seorang


bagi masalah ini.....
saudari ada menyebut nilai harta menjangkau jutaan ringgit.
hal ini tertakluk di dalam akta probhet dan pentadbiran 1959 (akta97) dan nilaian melebihi 600k serta terdiri daripada harta alih dan tak alih. untuk mentadbir urus harta ni (nak bahagikan) hendaklah  membuat permohonan utk mendapatkan surat kuasa probet dan surat kuasa tadbir di Mahkamah Tinggi Sivil (mahkamah syariah tiada jurisdiction) dan bukannya di pejabat daerah kerna pej daerah handle kes harta pusaka kecil yang nialaian nya kurang dari 600k.

kalau takde wasiat hanya perlu dapatkan Surat Kuasa Tadbir (intestate estate) dan kalau ada wasiat perlu dapatkan Surat Kuasa Tadbir Dengan Wasiat Berkembar (partly testate and partly intestate).

kenyataan "oh yer...  anak-anak simati tu mesti yang masih hidup atau kalau dahmeninggal mesti yang meninggal selepas dari bapanya.  Kalau meninggalselepas bapanya, kena faraid pulak bahagian anak yang mati." dari saudara ibnur ni dalam kes kematian berlapis. hal ni sebenornye panjang lebar nak hurai...
kalau ader sebarang kemusykilan bleh pm saye.

*tolong betulkan jika salah wallahua'lam

tambahan:
cucu tak dapat pembahagian kerana dihijab (mahjub) oleh anak² kecuali kalau ada anak lelaki yang meninggal terlebih dahulu dan meninggalkan cucu lelaki. maka dalam kes ini cucu tersebut dapat wasiat wajibah (1/3 daripada nilai keseluruhan harta atau nilai yang diperolehi bapanya sekira² bapanya masih hidup yang mana lebih rendah)

- rujukan : Undang² dan pentadbiran pusaka, wasiat dan wakaf org islam di malaysia , jbtn syariah, fak peng islam, ukm - 2008

[ Last edited by  mejik at 14-3-2009 00:17 ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 09:50 PM | Show all posts

Balas #4 mejik\ catat

ko biar btol ?  calculator mana ko pakai ni?
7/8 x 5    = 35 / 40 : anak lelaki mendapat 17 / 40
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 02:22 AM | Show all posts
dah ade yg pening!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2009 02:30 AM | Show all posts
Isteri                          1/8@5/40
Anak Perempuan         21/40@21/40
Anak Lelaki                 7/20@14/40

saudara-mara sebelah bapa macamana? datuk, nenek, makcik, pakcik......dorang ni ade bahagian gak tuan umah oi...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 12:31 PM | Show all posts

Balas #7 kinki\ catat

datuk, nenek, mak cik dan pak cik tak dapat apa2 bahagian dalam pembahagian pusaka ni
sbb terhijab (didinding) oleh ibu dan bapa..harap maklum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2009 01:43 PM | Show all posts

Balas #7 kinki\ catat

saudara-mara sebelah bapa macamana? datuk, nenek, makcik, pakcik......dorang ni ade bahagian gak tuan umah oi..

tak da bahagian untuk depa semua tu sebab ada asbab iaitu anak lelaki.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2009 03:56 PM | Show all posts

Balas #3 ibnur\ catat

terima kasih kerana mendapat berbagai2 pandangan. Saya dah search pasal ni seperti sedara kemukakan di jabatan tanah dan galian. Mmg terang dan sng nak buat pengiraan.

Kalau simati meninggalkan seorang isteri (mak tiri kpd anak2 simati) tapi mak tiri ni tidak mempunyai anak, 1/8 juga ke bahagiannya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 04:21 PM | Show all posts

Balas #10 adiraa\ catat

yer. begitulah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 07:41 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 10-3-2009 21:50
ko biar btol ?  calculator mana ko pakai ni?


tenks... sudah shilap le

Kalau simati meninggalkan seorang isteri (mak tiri kpd anak2 simati)tapi mak tiri ni tidak mempunyai anak, 1/8 juga ke bahagiannya (yup kerana beliau merupakan isteri yang sah. walau status mak tiri. jumlah 1/8 kerana simati ada anak samada lelaki atau perempuan)

bagi ahli waris lain yang tak disebutkan spt, cucu, dll tak dapat sebab mahjub atau terdinding kerana ada anak lelaki dan perempuan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2009 09:10 AM | Show all posts
ada kemusykilan lg, kalau sdra ibnur boleh selesaikan. Mcm ni, semasa hayatnya bapa menyimpan duit dalam akaun persendiriannya atas namanya, tapi bila bapa ni sakit, mak tiri atas persetujuan bapa memindahkan akaun ke akaun bersama. Lepas tu bapa meninggal, adakah wajib duit dalam akaun bersama tu di faraidkan jugak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 12:41 PM | Show all posts
dlm kes rumah lah biasanya, beli rumah, taruh 2 nama, suami & isteri... maksudnya bila begitu, suami ada 50% syer, isteri ada 50% syer pd rumah tu... katalah, si suami mati... maka yg jadi harta pusaka cuma bahagian suami, 50% dpd rumah tu... 50% lagi kekal bahagian balu (isteri simati)... tak boleh usik, itu hak dia... yg 50% syer arwah suami ni lah yg kena dibahagi2kan antara waris, yg termasuk juga balunya (isteri simati)... maksudnya, isteri si mati ada hak pewarisan daripada 50% syer suami yg hendak dibahagi2kan... jangan lupakan balu (isteri simati dlm pembahagian pusaka milik suami/bapa kita!)... jangan ingat, bila meninggal jer bapa kita, rumah tu terus jadi pusaka kita adik beradik... tanpa mengambil hitung ibu kita / atau ibu tiri kita!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2009 03:10 PM | Show all posts

Balas #14 tokwan_jantan\ catat

kalau ibu kandung kita sendiri, anak2 tak tergamak pun nak bolot sumer harta ayah tu, tapi kalau ibu tiri yang masa hayat bapa beri layanan yang bangsat pada anak tirinya.... anak tiri pasti akan mempastikan adik beradik mereka mendapat hak mereka yang sepatutnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 05:56 PM | Show all posts
akaun asal milik bapa dan ketika sakit menjadi akaun bersama... hmmm (spt ada mala fide)

yang dikira sebagai harta sepencarian nih bila mana inter vivo (kedua blah pihak) menyumbang tenaga, dorongan atau nasihat ketika menjalani kehidupan bersama sebagai suami isteri. maka ketika kematian suami, isteri perlu mendapat hak harta sepencarian disamping hak faraid.

kalau ikut several cases dalam mahkamah, ibu tu ada hak untuk menguruskan harta tersebut mengikut peratus sumbangan beliau. selebihnya harta bapa dan perlu difaraidkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2009 12:13 PM | Show all posts

Balas #16 mejik\ catat

itu yang kitaorang tahu dia mmg ada muslihat.... ayah meninggal awal bulan 3, 2009 rupa2nya baru2 ni adik bradik lain check di bank, mak tiri tu dah transfer duit tu ke akaunnya sendiri (nama dia sorang)... pada bulan jan 2009.  MUnkin doc dah kata ayah x da harapan, tp dengan kami mak tiri kata, ayah ok aje....

Kami bukan lah berebut sangat, x kisah pun, tapi kalau dia nak makan hak org lain, terserah lah.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 03:17 PM | Show all posts
pelihara elok elok sistem faraid ni. antara ilmu yg akan pupus di dunia sekarang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 12:15 AM | Show all posts

Balas #17 adiraa\ catat

kalau ade bukti, boleh tuntut di mahkamah tgi terdapata mala fide (niat jahat), itu kalau nak tuntut la... kalau adik bradik redha... biar Allah yang Maha Adil tentukan.

sebab tu untuk renungan dan pengajaran bagi kita, supaya benda semacam ini tidak berulang, kita perlu merancang harta kita dari segi hibah, faraid atau wasiat. ramai yang rancang nak kumpul dan belanja harta semasa hayat, tapi ramai yang lupa nak rancang pengurusan harta ketika kita telah tiada.

sedar atau tidak perkara penting inilah antara punca anak branak bermusuh, cerai berai, pergaduhan dan akhirnya matlamat sang bapa atau ibu yang telah meninggal utk dapat doa anak yang soleh/ah kian tipis.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 12:16 AM | Show all posts

Balas #18 winamp05\ catat

sedang berusaha ingin memantapkan ilmu faraid. sama² kita berusaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.061197 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list