View: 15596|Reply: 16
|
Legenda Jalan Ampas -
[Copy link]
|
|
Legenda Jalan Ampas yang semakin dilupakan
Papan tanda ke Jalan Ampas dari Ballestier Road
Batu Peringatan di Hadapan Studio Jalan Ampas
Studio Jalan Ampas dari luar
DALAM buku Jejak Terbilang tulisan wartawan hiburan veteran, Aimi Jarr, beliau merumuskan betapa kegemilangan seniman dan seniwati Jalan Ampas bertitik tolak daripada kesungguhan mereka dalam berkarya.
Kata penulis itu juga, dahulu, bakat dalam seni lakon lahir secara semulajadi dan dikembangkan secara amali.
Aimi yang melihat dari dekat perkembangan filem Melayu ketika itu berpendapat, sebab yang mendorong pelakon-pelakon dahulu muncul sebagai bintang tersohor adalah kerana lakonan bagi mereka bukan sahaja menjadi periuk nasi, sebaliknya menjadi darah daging dan sebati dengan jiwa mereka.
Berdasarkan apa yang dirumuskan Aimi, maka ia jelas memperlihatkan seniman dan seniwati zaman itu mempunyai kesungguhan ketika berkarya.
Bahkan, mereka juga meminggirkan segala kekurangan khususnya berhubung aspek teknologi, 'mengabaikan' aspek pembayaran gaji lakonan yang boleh disifatkan sebagai kecil dan sebagainya hanya semata-mata kerana minat yang mendalam.
Hasilnya, filem-filem Melayu era P. Ramlee, Sarimah, Jins Shamsuddin, Aziz Sattar, Neng Yatimah dan Mustapha Maarof (sekadar menyebut beberapa nama) berjaya meletakkan mereka di kelas tersendiri.
Namun begitu, sejauh mana apresiasi kita terhadap seni lakonan tinggalan mereka?
Cukupkah penghargaan yang kita berikan kepada veteran-veteran yang suatu ketika dahulu pernah menghiburkan kedukaan kita?
Atau apa yang paling utama, masihkah kita kenal wajah dan mampu mengingati lakonan-lakonan mereka?
Jika ada yang masih menjadikan mereka sebagai rujukan, maka bertuahlah seniman dan seniwati itu.
Sebaliknya, jika generasi muda sudah semakin melupakan mereka, maka berdukalah mereka.
Untuk itu, kami bawakan senarai antara seniman dan seniwati era Jalan Ampas yang semakin kita lupakan.
Hasrat kami, kita akan terus berusaha mengangkat khazanah tinggalan mereka ke satu kedudukan yang paling tinggi.
Studio Jalan Ampas dari dalam dahulu dan kini
*********************************************************************************
sokmo baca pasal jalan ampas ni... sedih juga... dah tak macam berkubur aje.....
kalau tengok cerita2 P Ramlee banyak shooting pun buat kat Studio Jalan Ampas ni juga -
semua macam kenangan la pulak.. kalau nak bandingkan dengan film2 sekarang - saya memang
tak minat... berlakon tak ada seni... script macam kambing.. memang banyak yang tak best -
kenapa cerita2 lawak zaman sekarang... macam nak muntah bila tengok.. tapi bila tengok film2
lawak P Ramlee walau dah 20 kali lebih saya tengok nujum pak belalang tu.. part yang satu untuk
ko, satu untuk aku tu... sampai sekarang saya mesti akan ketawa aje... the humor in it just -
hilarious and contagious... walau pun depa berlakon tak la bagus tapi... nampak sangat yang
mereka bersungguh -
anyway.. studio jalan ampas ni la... tempat lahir banyak actor2 dan pelakon2 berbakat kat malaysia
ni... tapi.. ah... jalan ampas tinggal legenda -
|
|
|
|
|
|
|
|
Sisa hidup bintang Jalan Ampas
Oleh ABD. AZIZ ITAR
S. SHAMSUDIN (dua dari kanan) sewaktu menerima kunjungan Seniman.
PELAKON S. Shamsudin, Mariam, Omar Suwita dan Ahmad C merupakan antara bintang filem yang pernah memeriahkan dunia perfileman Melayu pada era tahun 1950-an.
Lima dekad lalu, mereka banyak terbabit dalam puluhan filem Melayu terbitan Studio Malay Films Production (MFP) di No. 8, Jalan Ampas, Singapura.
Kini dalam meniti usia emas, kesemua mereka hanya menghabiskan sisa-sisa hidup di rumah bersama anak-anak dan cucu-cucu serta cicit-cicit mereka.
Mega berkesempatan menziarah S. Shamsudin, Mariam, Omar dan Ahmad C bersama Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) di kediaman mereka di Singapura baru-baru ini.
Pada kunjungan itu, kegembiraan jelas terpampang di wajah empat pelakon filem klasik warganegara Singapura itu yang sukar diungkap dengan kata-kata.
Pelbagai luahan hati dan ungkapan rasa kerinduan terhadap teman-teman seperjuangan.
"Semuanya sudah berakhir" - S. Shamsudin
S. SHAMSUDIN atau nama sebenarnya Shamsudin Dali mula berlakon pada tahun 1948 sebagai pelakon tambahan di studio MFP.
Biarpun sudah 20 tahun bersara, beliau tidak pernah lupa terhadap teman-teman seangkatannya.
Hakikat itu dapat dilihat apabila anak seni yang dilahirkan pada 1 Januari 1929 itu begitu teruja menantikan kunjungan Seniman yang diketuai Presidennya, Datuk Mustapha Maarof.
Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Sudin setia menantikan kedatangan kami biarpun sehingga lewat tengah malam kerana kelewatan antaranya akibat kesesakan jalan raya.
"Abang Sudin memang seronok apabila diberitahu kawan-kawan lamanya mahu datang melawatnya. Dari tadi dia tunggu sampailah tengah malam ini. Saya pula disuruhnya masak banyak sedikit.
"Walaupun tidak berapa sihat tetapi dia nampak ceria melihat kedatangan engkau orang semua," cerita isteri Sudin, Puteh Ismoon, 74, ketika menyambut kedatangan kami.
Selain Mustapha, kunjungan pada lewat tengah malam itu turut disertai oleh Setiausaha Seniman, Yusof Kelana, Bendahari, Abu Bakar Omar dan Ahli Jawatankuasanya, Norshah Thamby.
Kunjungan yang dibantu oleh adik pelakon Datuk Aziz Sattar iaitu Zaini Sattar itu menyebabkan Sudin bukan sahaja rasa terhibur, malah sebak menatap wajah kawannya.
Di raut wajah pelakon filem Seniman Bujang Lapok ini jelas tergambar bakat seninya yang masih belum pudar untuk sama-sama meneruskan kesinambungan anugerah kurniaan Ilahi itu.
Sayangnya, usia yang lanjut dengan kesihatan yang tidak mengizinkan itu, Sudin tiada pilihan melainkan akur dengan menoktahkan karier seninya setakat itu sahaja.
"Aku sudah tidak boleh hidup lagi dalam dunia perfileman. Setakat ini sahaja tahap kerjaya aku sebagai pelakon," katanya menahan hiba.
Ungkapan itu timbul ketika ditanya sama ada beliau merindui bidang lakonan.
Malah, Mustapha yang juga teman seperjuangan Sudin sejak tahun 1950-an turut menjemputnya menyertai Festival Filem Malaysia ke-22 di Kota Kinabalu, Sabah, pada Ogos depan.
"Bukan aku tidak mahu pergi. Tetapi aku malu sebab badan aku kurus. Gigi aku yang bahagian bawah pun sudah tanggal. Mahu makan pun susah," ujarnya dalam nada sugul.
Puteh yang merupakan bekas penari filem-filem Melayu lama menjelaskan, suaminya itu juga menghadapi masalah prostat yang menyebabkan gangguan ketika membuang air kecil.
Masalah gigi yang dihadapi itu menyebabkan Sudin yang kini berusia 80 tahun, mempunyai tujuh anak dan 16 cucu lebih banyak makan bubur nasi selain selera makannya yang semakin berkurangan.
"Selain itu, aku juga susah hendak tidur. Jarang dapat lelapkan mata lama-lama. Tetapi apabila dengar engkau orang mahu datang aku rasa seronok sangat sebab lama tidak jumpa.
"Akibatnya berat badan aku pun sekarang ini sudah turun. Apa hendak buat. Inilah hakikat yang aku kena tempuh," katanya.
Pada pertemuan itu Sudin yang menetap bersama Puteh di Bukit Batok, Singapura menerima sumbangan wang tunai RM1,000 daripada Seniman.
Menangis tengok gambar lama
SEPERTI S. Shamsudin, pelakon Omar Suwita juga mengalu-alukan kedatangan Seniman yang mengunjungi beliau di Woodlands, Singapura pada hari yang sama.
Pelakon yang terkenal dengan watak jahat ini tidak pernah melupakan kawan-kawan seperjuangannya dalam dunia perfileman yang dianggap sebagai saudaranya sendiri.
Ingatan Omar bukan sahaja masih kuat, malah pelakon berketurunan Boyan ini juga masih menyimpan gambar-gambar lamanya bersama rakan-rakan yang pernah berlakon bersamanya.
Omar yang kini berusia 86 tahun sudah tidak mampu berjalan, sebaliknya hanya tinggal di rumah dan berkerusi roda sambil dibantu oleh isteri beliau, Sayiama, 69.
Dalam waktu pertemuan yang singkat iaitu tidak sampai sejam, anak kelahiran Alor Gajah, Melaka, ini tidak putus-putus bercerita sambil ketawa ketika mengimbau nostalgianya.
Beliau yang uzur dan menghidap penyakit kencing manis tidak lekang bercerita sambil bertanyakan khabar teman-teman seangkatan yang sudah lama tidak ditemuinya.
Karakter dan sifat pelakon filem Pendekar Bujang Lapok ini yang suka berjenaka dan mengusik kawan-kawannya dikatakan tidak berubah sejak dari dulu hingga kini.
Mustapha yang sekian lama menduda selepas kematian isterinya, Roseyatimah tidak terkecuali menjadi bahan usikan Omar yang sering kali mencuit hati kami semua.
"Engkau bila lagi Mus (Mustapha)? Carilah satu (kahwin lagi). Manalah tahu jumpa seorang lagi," usiknya.
Selain terharu menonton lakonan kawan-kawannya dalam filem-filem yang ditayangkan semula di televisyen, Omar tidak terkecuali berasa terharu dikunjungi rakan-rakannya.
Sewaktu Mustapha menghulurkan wang tunai RM1,000 sumbangan Seniman, pelakon watak antagonis ini cuba menahan air matanya daripada jatuh bercucuran.
Jelas tergambar di wajah pelakon watak antagonis ini bahawa beliau bukan tidak sudi atas sumbangan tersebut, sebaliknya ingatan dan kunjungan itu lebih bermakna buat dirinya.
Malah, kami juga berasa sebak sewaktu saat mahu mengundurkan diri, Omar seakan-akan berasa tidak puas bertanya khabar dan mengimbas kenangan lamanya.
Kehadiran teman-teman pada malam itu telah menyuburkan lagi ingatan Omar terhadap rakan-rakan lama. Ada di kalangan mereka yang sudah meninggal dunia.
Imbas kenangan dengan P. Ramlee
PELUANG bertemu semula dengan rakan lama seperti Mustapha juga menyebabkan pelakon Ahmad C tidak lekang bercerita tentang pengalaman masa lampaunya.
Beliau yang kini berusia 78 tahun dan menetap di Tampines, Singapura, bersama keluarganya banyak menyelongkar kisah lampaunya dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Katanya, beliau bertuah kerana menjadi antara individu pertama yang mengenali Allahyarham sewaktu di era awal seniman tersohor itu mencipta namanya dalam bidang seni.
Ahmad C atau nama sebenarnya Mohamad Abdul Hamid tidak pernah menyangka akan berlakon bersama pelakon hebat seperti P. Ramlee.
Ini kerana, katanya sebelum bergelar pelakon beliau bekerja sebagai budak pejabat di syarikat perfileman Shaw Brothers yang terletak di No. 8, Jalan Ampas, Singapura.
"Semasa bekerja sebagai budak pejabat saya berulang-alik dengan menggunakan basikal. Tetapi tidak lama selepas itu, saya telah mencuba bakat sebagai pelakon tambahan.
"Bermula daripada situlah saya mula terbabit dalam bidang lakonan bermula tahun 1948 sehinggalah Studio MFP ditutup pada 1965. Filem terakhir saya berjudul Raja Bersiong," katanya.
Pelakon filem Ibu Mertuaku ini berkata, beliau bersyukur kerana dengan bakat dalam bidang lakonan menyebabkan dia masih dikenali oleh ramai pencinta filem-filem Melayu.
Bukan setakat para peminat, malah teman-teman seperjuangan Ahmad termasuklah yang kini ramai menetap di Malaysia masih mengingati dirinya yang menghadapi masalah sesak nafas.
Bagaimanapun, penyakit yang dihidapi oleh beliau itu sedikit sebanyak turut terubat apabila menerima kunjungan tersebut di mana beliau juga menerima RM1,000 sumbangan Seniman.
Selain Ibu Mertuaku, bapa kepada empat anak ini juga pernah membintangi filem seperti Ali Baba Dan 40 Penyamun serta Abu Hassan Penchuri yang sehingga kini tetap terus diminati ramai.
"Terima kasih" - Mariam
PRIMADONA Mariam merupakan pelakon veteran yang terakhir kami kunjungi pada hari itu. Beliau menetap bersama anaknya di kawasan kondominium mewah di Yishun, Singapura.
Meskipun pada mulanya anak perempuan beliau iaitu Roziah Rahim, 42, enggan membenarkan kami menziarahi ibunya kerana sebab-sebab tertentu.
Namun, beliau akhirnya akur dengan hasrat murni Seniman yang bertujuan menziarahi ibunya itu atas dasar ingatan tulus daripada teman-teman seperjuangan yang lama tidak ditemuinya.
"Saya bukannya tidak mahu orang ramai berjumpa ibu tetapi keadaan kesihatannya kurang mengizinkan. Dia sesak nafas. Kami takut akan berlaku jangkitan kuman kalau ramai orang.
"Ibu pun bukannya boleh bercakap lama-lama nanti nafasnya menjadi semput," katanya menjelaskan situasi ibunya itu.
Uzur dan tidak mampu bercakap dengan jelas bukanlah alasan buat Mariam atau nama sebenarnya Mariam Baharun untuk tidak menemui para tetamunya petang itu.
Sebaliknya, kakak kepada seniwati Allahyarham Saadiah itu tetap gembira dan seboleh-bolehnya cuba berkata-kata dalam nada tersekat-sekat ketika menyambut para tetamunya itu.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana engkau orang semua sudi datang. Terima kasihlah atas kunjungan dan ingatan ini," jelasnya dalam nada yang tersekat-sekat menahan sebak.
Disebabkan masalah kesihatan yang dihadapinya itu rombongan Seniman tidak dapat meluangkan masa lebih lama dan menghulurkan sumbangan RM1,000 kepada beliau sebelum beredar.
Sebelum kami keluar dari biliknya, Mariam yang merupakan salah seorang primadona terkenal filem Melayu era tahun 1950-an menitiskan air mata.
Ternyata bekas pelakon yang kini berusia 74 tahun itu masih kuat memorinya dalam mengenali rakan-rakan lamanya seperti Mustapha Maarof yang sudah lama tidak ditemuinya.
*********************************************************************************************
ishh sedih baca kata2 s shamsudin ni.... baca pasal omar suwito pun buat
saya nangis la pulak.. sedih rasanya... - sayu pulak.. terkenangkan depa ni
banyak hiburkan masyarakat.. tapi hidup mereka macam tak ada orang yang
nak appreciate sangat - terutama persatuan2 seniman..
baguslah depa bagi sumbangan tu.. harap ramai lagi yang akan berbuat
demikian - saya suka sangat tengok siri2 bujang lapok
yang sudin berlakon dengan P Ramlee dan Aziz Sattar... kenapa lah hidup depa tak
mewah ye.. i mean tak ada pengiktirafan atas jasa2 mereka pada film2 melayu yang
dahulu. yang lebih berjaya dari film2 sekarang.. |
|
|
|
|
|
|
|
suka tengok Seniman Bujang Lapok....terutama waktu screen test tu...
Tahniah juga Seniman ....berita dari golongan pelakon lama ini wajar di ketengahkan,dulunya mereka berlakon dengan bakat,dan dengan bersungguh sungguh demi sesebuah filem...memang tiada tandingan mereka ini... |
|
|
|
|
|
|
|
Omar Suwita ada lagi ya? baru je aku tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
sebenar benar nya .. apa sebab studio ni di tutup eh... bangkrap ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by matjab at 11-3-2009 14:18
Omar Suwita ada lagi ya? baru je aku tahu.
ni dia Omar Suwita..Beliau byk pegang watak crook dlm film Melayu lama.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by peret at 11-3-2009 16:23
sebenar benar nya .. apa sebab studio ni di tutup eh... bangkrap ke?
sebab utama studio ni ditutup kerana pada waktu tu byk sangat film2 indon lama masuk kat M'sia..
so..byk film melayu x dpt bersaing akhirnya studio tu ditutup tahun 1967/8..sebaik saja mengeluarkan film terakhir 
Raja Bersiong..lagipun, time tu byk yg suka tonton tv dari pegi panggung..
Sebaik saja studio tu tutup, industri filem melayu terus sepi tak ada khabar berita sampailah kemunculan Sabah Film Production dgn produsernya, Deddy M.Borhan..Filem pertamanya Keluarga Comat yg dikuarkan pada 1975 meletup & dari itu industri film kita mula pulih.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sabah filem production...hmm...time2 zaman 80-an cmpny ni byk jgk kn beri sumbangan kpd filem melayu...
Dulu ade jugak cerita hntu jepun lakonan s.samsudin dgn arwah yusni ja'far dgn arwah ibrahim pendek. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 shawbrother's post
Sepi? Tak kot cuma mungkin tak segah MFP dengan Cathay Keris. Lupa ke Studio Merdeka kat Ulu Kelang? Cerita P. Ramlee dari 1965 sampai 1972 kan semua dibuat kat sini.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by edmundo at 11-3-2009 17:12
Sabah filem production...hmm...time2 zaman 80-an cmpny ni byk jgk kn beri sumbangan kpd filem melayu...
Dulu ade jugak cerita hntu jepun lakonan s.samsudin dgn arwah yusni ja'far dgn arwah ibr ...
dulu byk company2 film 80an yg terbitkan filem2 melayu macam Sabah Film Production, Indra Film, Jins Shamsuddin Film, Sarimah Film,Syed Kechik Film & tak ketinggalan Merdeka Film yg terkenal dgn film2 p,ramlee..
citer hantu jepun yg ko maksudkan tu Setinggan lakonan mantap S.Shamsuddin, Yusni, Ibrahim Pendek . |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alphawolf at 11-3-2009 17:22
Sepi? Tak kot cuma mungkin tak segah MFP dengan Cathay Keris. Lupa ke Studio Merdeka kat Ulu Kelang? Cerita P. Ramlee dari 1965 sampai 1972 kan semua dibuat kat sini....
Filem2 merdeka studio terutama film p.ramlee dikatakan tak sehebat spt studio jln ampas..Byk yg mengkritik p.ramlee dan kata film p.ramlee di studio merdeka tidak berkualiti dan merapu..Lagipula, film melayu ketika itu masih dlm hitam putih sehingga 1972 sedangkan film indonesia sudahpun bertukar warna sejak 1960-an lagi..Cathay keris pulak tutup kedai sekitar 70-an kerna tak dpt bersaing dgn film luar..Merdeka Studio plak masih bertahn sampai 1980 dgn filem terakhirnya Adik Manja arahan othman hafsham.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih shawbrother....atas info
skang pon saya mula nak beli cd filem 80an yang saya minati....buat koleksi
anak saya yg darjah 4 pon suka sangat tengok filem komedi zaman ni...[maknanya lawak dan lakonan diorang memang berkesan]
beberapa bulan lepas saya ada singgah di restoren Amat yg ada jual air buah gelas besar di Keramat kalau tak silap ,banyak gambar2 pelakon lama2 yg bewarna...macam gambar Do Re Mi naik basikal tu...gambar dr majalah lama lama di frame kan....memang menarik |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 shawbrother's post
Bukan la sepi as in 'takde production' cuma production tak berkualiti.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 shawbrother's post
Ade uru ara yg mengatakan cerita adik manja tu nak di bikin semula.
Suka betul la cerita ni. Time ni hero yg nama dia dharma ke ape entah slim lagi.
Tak lupa juga nookumalasari dgn cikgu bedah... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 edmundo's post
ada noorkumalasari ker dalam adik manja.... aku pun naik lufe.... yg aku ingat ada shasha dengan adibah amin.... aku tengok main kat TV...wokey ler citer dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alphawolf at 11-3-2009 17:22
Sepi? Tak kot cuma mungkin tak segah MFP dengan Cathay Keris. Lupa ke Studio Merdeka kat Ulu Kelang? Cerita P. Ramlee dari 1965 sampai 1972 kan semua dibuat kat sini....
sebelum p ramlee meninggal.. film2 dia dah tak best pun sgt... aku mmg tak suker sangat pung laksamana do re mi tu... dah tak banyak lawak dah...... pada aku film2 jaman 70an 80an sampai ler skrg nih... mmg tak best ler sgt kalu nak bandingkan ngan film2 melayu 50an dan awal 60an dulu!!! tu pandangan aku ler... |
|
|
|
|
|
|
|
zaman 70an memang zaman ketandusan filem melayu...semua filem melayu yang dikeluarkan tak menjadi..memang banyak filem di keluarkan tapi x mendapat sambutan...x silap aku kebangkitan filem melayu pada akhir70an dan nak masuk awal 80an...FILEM MENANTI HARI ESOK..meletup di pawagan..DAN KEMUNCULAN bintang2 baru azean,norkumalasari,aznah hamid,yusof haslam,uji rahid,norzie nani dan ramai lagi bintang handalan muncul time itu
*pelakon2 zaman akhir 70an dan zaman 80an adalah pelakon yang paling hebat...sebab kebanyakannya adalah anak2 artis veteran studio jalan ampas..yang mewarisi bakat dari ibu dan ayah mereka
norkumalasari
fauziah ahmad daud
melissa saila
raja ema
faizal hussein
dan ramai lagi... |
|
|
|
|
|
|
| |
|