CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2131|Reply: 5

Aku nak cari pekerja/partner – kat mana tempat yg paling sesuai utk iklankan

[Copy link]
Post time 12-3-2009 11:11 AM | Show all posts |Read mode
Aku nak cari pekerja lebih senang panggil partner ajelah. Aku ada business pakaian tapi aku jadikan business ni sebagai part time je sebab aku bekerja. Aku cuma berbisnes pada hujung minggu sahaja dan kadang2 ambik cuti sekiranya ada mana2 persatuan atau orang panggil untuk buka booth kat tempat diorang. Barang-barang aku boleh dikatakan bayak jugak. Kalau sekali pandang tu orang akan cakap aku ni buat full time business. Sekarang dan sebelum ni pun aku bercadang
untuk cari partner atau pekerja untuk runkan business aku ni tapi aku nak pekerja/partner aku ni berdikari sendiri, guna inisiatif sendiri untuk cari tempat, buat promotion, marketing dan sebagainya dan kosnya aku akan tanggung. Aku nak rasakan macam business tu adalah business dia sendiri. Sebelum ni aku ada seorang pekerja tapi masalahnya budak ni dok harap kat aku jugak untuk buat semua benda dia tak de inisiatif lansung untuk cari tempat untuk buka booth ke, buat marketing ke, apa ke. Aku tak nak macam tu. So ada sapa2 boleh bagi tau macamana nak dapatkan pekerja/partner yang ada ciri2 yang aku sebutkan kat atas. Transport semua aku akan provide sebab aku ada sebuah van yang dah beberapa bulan tak jalan. Orang kata sekarang ni ramai yang kena berhenti kerja jadi macamana nak dapatkan salah seorang daripadanya untuk bekerja dengan aku. Sebelum ni aku dak iklankan beberapa kali melalui internet tapi tak dapat sambutan so agak-agaknya kat mana tempat yang paling sesuai untuk aku iklankan perkara ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2009 11:28 AM | Show all posts

Balas #1 izif2817\ catat

kadang-kadang tu ada juga aku dapat request daripada company2 atau persatuan2 yang nak tengok produk2 aku seperti executive jacket, trackbottom dll. Diorang mintak aku bawak barang2 tu untuk diorang tengok time office hour sebab kat situ diorang terus boleh buat decision untuk ambik ke tak barang2 ni. Disebabkan aku bekerja so susahlah sikit untuk aku penuhi request diorang tu. Kalau ada pekerja/partner boleh le ambik alih tugas aku ni. jadi tak le melepas.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 01:33 PM | Show all posts
dah ada bisnes sendiri kira hebat la tu
nanti ada la kot yang berminat tu
x pun bg je info sket berapa gaji ke
baru dorang minat kot
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 06:10 PM | Show all posts

Reply #1 izif2817's post

Setakat pegi buat promo .. takyah partner kot ... upah org bekerja jer ....
Try cari kawan2 yang rapat... tapi ingat .. payment pastikan awk collect sendiri ... dan selalu check inventory takut kene songlap ...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 06:41 PM | Show all posts
tuan umah bisnes ni kt mana? perlukan brp org pekerja?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 09:40 AM | Show all posts
elle tak nampak keperluan u berpartner buat masa ni..
u cuma memerlukan pekerja sahaja. tapi, kalau ikut pada kreteria yang u nak tu..
u perlukan seseorang untuk buat marketing and carik peluang untuk kembangkan business..
susah kalau u bagi gaji basic je.. setiap marketing and target yang dia capai u kena bagi imbuhan.
secara tak langsung ini akan menggalak kan dia untuk bekerja dengan lebih gigih lagi..

kena carik pekerja yang betul2 memenuhi kreteria u.. try cari di pejabat buruh senarai pekerja..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.046124 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list