Pengalaman Bidang Hiburan Menyertai pertandingan nyanyian di Kuching, Sarawak.
Penyanyi Idola Faizal Tahir
Impian Berjaya dalam pelbagai bidang satu hari kelak.
Adik-beradik Sulung daripada tiga beradik
Deskripsi: Anak muda dari Sarawak ini mula menyanyi sejak umur 10 tahun. Mendapat dan mengasah bakat melalui pelbagai pertandingan nyanyian di sekitar Kuching. Bukan sekadar menyanyi, dia juga mampu memasak dengan baik
Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi? Semasa umur saya 10 tahun, itulah kali pertama saya menyanyi di kahlayak ramai ketika menyambut hari jadi nenek saya di majlis besar-besaran.
Adakah anda pernah mengikuti kelas formal nyanyian? Tidak pernah
Apakah bakat lain yang anda miliki? Memasak di dapur.
Apakah matlamat hidup anda? Berjaya dalam hidup
Siapakah Bintang Akademi Fantasia pilihan anda? Kaer, Vince, Bob dan Aizat.
Perkara paling menyedihkan yang pernah anda alami dalam hidup anda? Tiada
Apakah saat yang paling mengembirakan dalam hidup anda? Mendapat tawaran memasuki Akademi Fantasia
Apakah halangan terbesar yang pernah anda alami? Tiada
Apakah pengalaman paling manis/pahit? Kenangan manis saya ialah ketika keinginan saya untuk mendapat lesen memandu tercapai oleh ayah saya.
Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2007-2008 Kenaikan harga minyak
Hari Kemerdekaan Malaysia ke-50
Peristiwa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.
Apakah yang anda lakukan sekiranya tidak terpilih ke Akademi Fantasia 7? Menyambung pelajaran saya
Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan? Saya ingin memberhentikan peperangan di dunia dan membawa keamanan.
Sekiranya suara anda diambil kira, apakah perubahan yang ingin anda lakukan ke atas Malaysia dan kenapa? Saya ingin meletakkan industri muzik Malaysia ke persada dunia.
Jika anda berpeluang melancong di bulan, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama?(1 sahaja) kenapa? Saya akan membawa bendera Malaysia dan ingin memasak masakan Malaysia di bulan.
Sekiranya anda mempunyai binatang peliharaan, apakah ia dan namanya? Saya ingin memelihara hamster dan di beri nama Coco. Ini kerana saya ingin melihat
Hamster tersebut memahami kehendak tuannya seperti dalam filem Home Alone 3.
Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa? Helang, kerana helang mempunyai penglihatan yang tajam, mempu terbang dengan tinggi dan bebas dan kuat.
Sebutkan 3 aset yang ada pada diri anda? Peramah
Suka mencuba sesuatu yang baru
Tidak mudah putus asa.
baca profil dia buat aku gelak sbb jawapan dia mmg very the budak
nak join jugaklah.....memula cam tak perasan sangat kehadiran dia ni..... mcm tak wujud.... mayb sbb low profile kot....... diari mlm tadi je baru tunjuk dia..... dgr sore dia mmg sedap...... bila tgk idol2 dia kan..... bole dikatakan R&B music direction dia kot......