CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3438|Reply: 21

25 Pesanan Luqmanul Hakim

[Copy link]
Post time 14-3-2009 07:00 PM | Show all posts |Read mode
1# Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

        2# Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

        3# Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

      4# Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

      5# Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

        6# Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

          7# Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

          8# Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

           9# Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

          10# Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

          11# Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

         12# Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

             13# Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

            14# Makanlah makananmu bersama sama dengan orang - orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

             15# Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

            16# Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.


         17# Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

         18# Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

         19# Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ (riak) yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

          20# Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

          21# Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

          22# Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

        23# Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

       24# Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

       25# Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Harap ambil iktibar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2009 07:01 PM | Show all posts
Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ (riak) yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 01:59 PM | Show all posts
Luqmanul Hakim tu sapa ??
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 02:36 PM | Show all posts

Balas #5 Gravedigger\ catat

sedikit keterangan mengenai luqman:

Luqman (disebut juga Luqman al-Hakim, Luqman Ahli Hikmah) adalah orang yang disebut dalam surah Luqman [32]:12-19 yang terkenal karena nasehat-nasehatnya kepada anaknya. Ibnu Katsir berpendapat bahwa nama panjang Luqman ialah Luqman bin Unaqa' bin Sadun.[1] Sedangkan asal-usul Luqman, sebagian ulama berbeda pendapat. Ibnu Abbas menyatakan bahwa Luqman adalah seorang tukang kayu dari Habsyi. Riwayat lain menyebutkan ia bertubuh pendek dan berhidung mancung dari Nubah, dan ada yang berpendapat di berasal dari Sudan. Dan ada pula yang berpendapat Luqman adalah seorang hakim di zaman nabi Dawud.[2]

   1. ^ Katsir, Ibnu. al-Bidayah wan Nihayah
   2. ^ Fariadi, Ruslan. "Menyelami Nasihat Lukman Al-Hakim", Hidayah, volume 8, edisi 87, November 2008, hlm. 162-165.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 06:36 PM | Show all posts
terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 07:44 PM | Show all posts
Originally posted by mejik at 15-3-2009 14:36
sedikit keterangan mengenai luqman:

Luqman (disebut juga Luqman al-Hakim, Luqman Ahli Hikmah) adalah orang yang disebut dalam surah Luqman [32]:12-19 yang terkenal karena nasehat-nasehatnya ke ...


Tau takpa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-3-2009 09:33 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 15-3-2009 19:44


Tau takpa.



Kalau dah tahu kenape masih bertanya
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 10:51 AM | Show all posts

Reply #4 mejik's post

Aku pernah terfikir yang dia ni Nabi...kalau bukan Nabi kenapa nasihat dia dimasukkan dalam Quran????.Apa yang menyebabkan dia special sangat sampai nak kena masuk dalam Quran?. Bukan Nabi ke dia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2009 05:07 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 16-3-2009 10:51
Aku pernah terfikir yang dia ni Nabi...kalau bukan Nabi kenapa nasihat dia dimasukkan dalam Quran????.Apa yang menyebabkan dia special sangat sampai nak kena masuk dalam Quran?. Bukan Nabi ke dia?


Itulah keistimewaan orang yang suka memberi nasihat, walaupun kepada anaknya sendiri, nasihatnya mengarah kepada taqwa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 05:51 PM | Show all posts

Reply #9 zamkumis's post

So, he is a Nabi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 10:07 PM | Show all posts

Balas #1 indah_iman\ catat

thanks.......
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 12:45 AM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 16-3-2009 17:51
So, he is a Nabi ke?


Mungkin juga sebab dikatakan bilangan nabi-nabi adalah ramai dan juga ada yang tidak disebutkan dalam kitab2.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 10:18 AM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 16-3-2009 17:51
So, he is a Nabi ke?


Dia bukanlah seorang nabi, dia hanya orang biasa, dia diberi hikmah oleh Alllah swt disebabkan dia bertakwa. Banyak nasihat2nya bagaikan perkataan nabi-nabi. Dan nasihatnya selaras dengan apa yang Allah swt mahu dan suka, sama juga dengan perkataan Habinun Najar(bukan nabi), dengan perkataannya yang membela nabi2 yang sedang menjalankan usaha dakwah, diceritakan dalam surah Yaasin( lelaki yang berlari dari hujung kampung, sila semak). Juga perkataan seekor semut di zaman Nabi Sulaiman as. Secara kesimpulannya semua perkataan ini termasuk dalam kategori seruan untuk menyelamatkan. Pendek kata semua jenis seruan untuk menyelamatkan adalah disukai oleh Allah swt. Dari itu paham-fahamlah sendiri, kalau perkataan semut pun Allah swt masukkan dalam Quran, tu menunjukan Allah swt mahu kita semua banyak memberi nasihat sesama manusia kejalan yang di redhai, perkataan2 seperti ini berada pada taraf perkataan nabi2.

  • Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji". (QS. 31:12)
  • Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar". (QS. 31:13)
  • Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu. (QS. 31:14)
  • (Luqman berkata): "Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui. (QS. 31:16)
  • Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah). (QS. 31:17)
  • Dan janganlah memalingkan muka dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. (QS. 31:18)
  • Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai. (QS. 31:19)
======

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?" (QS. 41:33)

[ Last edited by  zamkumis at 17-3-2009 10:26 ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 06:28 PM | Show all posts

Reply #6 Gravedigger's post

was he a carpenter ker?kalau tak silap ? tolong check yer
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 11:42 PM | Show all posts
Originally posted by mbhcsf at 17-3-2009 18:28
was he a carpenter ker?kalau tak silap ? tolong check yer


Lukmanul Hakim terkenal dengan hikmah, pada mulanya adalah seorang hamba dari Habsyah. Seseorang bertanya kepadanya, "bukankah dahulu engkau seorang hamba?" Beliau menjawab, "Ya memang."  Orang itu bertanya lagi, "bukankan dahulu anda seorang pengembala kambing di kaki bukit itu?" Beliau menjawab "Ya betul". Dia bertanya lagi, "bagaimana anda mendapat darjat yang tinggi seperti ini?" Beliau menjawab, "Disebabkan empat perkara: 1. Takut kepada Allah swt., 2. Bicara yang benar. 3. Menunaikan amanah dengan sempurna. 4. Diam dari perkataan sia-sia. Dalam riwayat yang lain disebutkan bahawa sikap yang paling istimewa dari beliau adalah banyak diam.

Dalam satu sumber yang lain pula, pada suatu hari Allah swt telah mewahyukan kepada beliau, untuk memberikan beliau satu diantara dua pilihan yaitu samada beliau nak jadi seorang Raja atau seorang Hakim. Belaiu telah memilih Hakim. (lebih kuranglah ceritanya).
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 01:01 AM | Show all posts
Originally posted by zamkumis at 17-3-2009 23:42

Dalam satu sumber yang lain pula, pada suatu hari Allah swt telah mewahyukan kepada beliau, untuk memberikan beliau satu diantara dua pilihan yaitu samada beliau nak jadi seorang Raja atau seorang Hakim. Belaiu telah memilih Hakim. (lebih kuranglah ceritanya


Bukan nabi pun boleh terima wahyu yer?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2009 08:43 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 18-3-2009 01:01


Bukan nabi pun boleh terima wahyu yer?


Alamak silaplah, ilham barangkali..nanti saya check semula..

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. (Al-nahl:64)

Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:" Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.(Maryam:24)
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 10:01 AM | Show all posts

Reply #17 zamkumis's post

tu yang saya rasa cam..what is so special about him?...sampai dia boleh masuk dalam Quran..lain le kalau Nabi....In fact, kata-kata dia tu macam lebih power lak dari Nabi..sebab dia cakap based on dier punya pemikiran..kalau Nabi Muhammad lak, kita tengok kat depan setiap ayat dia mesti akan dimulakan dengan KATAKAN..maksudnya Allah instructed dia untuk cakap...

Tapi macam Lukmanul Hakim ni dia tak cakap perkataan Allah...

Eh chop...dia diberi hikmat...so...bukan hikmat tu wahyu ke?. Nabi Muhammad pun diberi dua benda, kan?. Kitab Suci Al-Quran dan HIKMAT?

[ Last edited by  eastrun at 18-3-2009 10:02 ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 10:29 AM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 18-3-2009 10:01
tu yang saya rasa cam..what is so special about him?...sampai dia boleh masuk dalam Quran..lain le kalau Nabi....In fact, kata-kata dia tu macam lebih power lak dari Nabi..sebab dia cakap based o ...


Wahyu hanya diberikan kepada nabi2 sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2009 03:58 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 16-3-2009 17:51
So, he is a Nabi ke?


Seingat saya la, dia ni lebih kepada Wali. Betulkan saya kalau silap, saya pun tak betul2 pasti...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.073254 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list