View: 1739|Reply: 11
|
Belajar Berdiam Ketika Puasa
[Copy link]
|
|
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawakeselamatan dan kebaikan kepada manusia.
Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.
Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan
perkataan yang sia-sia.
HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:
* "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya.Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya.Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat ABU NAIM)
* "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, makahendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat BUKHARI & MUSLIM)
* *"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya".(Riwayat AT-TARMIZI)
Madah Dari Berdiam:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH
MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG.
* KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."
Sekian... |
|
|
|
|
|
|
|
baiklah:flower:
tapi takkan waktu puasa je?hmy3: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by indah_iman at 15-3-2009 10:56
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawakeselamatan dan kebaikan kepada manusia.
Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia aka ...
Tang mana dalam artikel ni yang menyuruh belajar diam waktu berpuasa??
Kepada pemimpin yang zalim pun perlu berdiam diri jugak ker??
|
|
|
|
|
|
|
|
Maksud saye mase berpuasalah waktu yang paling baik untuk mengajar diri kite untuk menjadi seorang diam..
maksud belajar diam disini bukan x bercakap sepatah perkataan tapi bercakap tentang perkara yang ber
manfaat dan berniat baik..
Biasenye org yang berpuasa kurang bercakap kerna lapar mungkin d'sebabkab letih..
Atas individu untuk bila berdiam..Ingat diam itu amat berkuasa seperi yg disebutkan diatas..
same2 kite amalkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
heeheeh... keliru sket tadi...
jawapan 'aku tidak tahu' adakah same ngan diam? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #8 indah_iman\ catat
lack of knowledge... mugkin gak... tapi tu la jawapan Imam Maliki tatkala beliau diajukan 40 soklan.. hanya 3 beliau jawap. selebihnya 'aku tidak tahu' wallahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 auntie_girl\ catat
memang setiap masa, tp manusia kan lemah, so kalau kita buat bersempena apa2 event contohnya puasa, maka mudahlah kita nak ingat misi kita....
lagipun kan puasa tu training utk membaiki diri. so tak salah nak buat kebaikan sempena berpuasa....
dan tak salah gak nak wat kebaikan tanpa mengira waktu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ussopp at 15-3-2009 17:46
memang setiap masa, tp manusia kan lemah, so kalau kita buat bersempena apa2 event contohnya puasa, maka mudahlah kita nak ingat misi kita....
lagipun kan puasa tu training utk membaiki diri. ...
betol ussopp... |
|
|
|
|
|
|
| |
|