View: 6019|Reply: 26
|
Bukan semua Yahudi itu Zionist
[Copy link]
|
|
Petikan di bawah diambil daripada http://www.bruneiclassified.com/ ... u-zionist/#comments
Pendapatnya, betul2 menarik
Bukan semua Yahudi itu Zionist
Ni adalah mengenai pandangan aku mengenai isu Yahudi. Aku tahu pandangan aku adalah minoriti sahaja dan banyak dikalangan kita yang sangat anti Yahudi. Sebelum itu mesti kenal dulu apa dan siapa yang dimaksudkan dengan Yahudi itu. Selalu kita mendengar perkataan Yahudi Laknatullah tetapi adakah ia ditujukan kepada Bangsa Yahudi(Bani Israel), Agama Yahudi(Judaisam) atau Negara Yahudi(Israel)? Aku sebenarnya inda bersetuju dengan perkataan Yahudi Laknatullah sebab bukan semua Yahudi itu jahat. Mereka yang menakluki Palestin bukanlah Yahudi tetapi rejim Zionis. Rejim Zionis lah yang mula-mula menyokong dan mendirikan Negara Israel di Tanah Palestin. Mereka menganggap bahawa tanah Palestin itu milik orang Yahudi. Inda dinafikan sebelum kedatangan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad, Bani Israel telah menduduki tanah Baitulmaqdis dan perkara ini di sebutkan dalam Al-Quran tetapi mereka telah dihalau keluar. Dalam Rejim Zionis terdapat juga agama lain. Ada bezanya antara Yahudi, agama Yahudi, Israel dan Zionist. Tahukah bahawa ada organisasi Yahudi yang langsung inda menyokong rejim Zionist untuk membuat Negara di tanah Palestin seperti Satmar. Bukan semua bangsa Yahudi itu beragama Yahudi(Judaism) kerana ada juga yang beragama Islam seperti yang terkenal Muhammad Asad. Samalah seperti Bangsa Melayu kerana ada juga Bangsa Melayu yang mempunyai agama yang lain.
Dalam Al-Quran pula rata-rata Yahudi yang dikutuk dalam Al-Quran ialah pada zaman nabi Muhammad dan mereka yang memusuhi Islam. Tidak ada dalam Al-Quran yang mengutuk semua Yahudi. Bukan semua Yahudi itu jahat. Kita selalu melihat pada satu pihak saja tetapi inda peduli tentang pihak yang lain. Cuba kalau boleh liat perkara ani dari kedua-dua belah pihak dan apa pula anggapan mereka tentang Islam dan umatnya. Kita mahu supaya agama atau bangsa lain supaya hormat kepada Agama Islam tetapi bolehkah begitu jika kita sendiri yang membenci bangsa lain. Apakah perasaan kita apabila Negara barat selalu menganggap Agama Islam itu pengganas? Tentu kita berasa marah. Samalah dengan keadaanya dengan bangsa Yahudi. Mereka pun mempunyai perasaan dan akan berasa marah jika mereka dituduh perkara yang bukan-bukan. Agama Islam bukanlah agama yang membencikan kaum Yahudi tetapi kebanyakan orang selalu salah interpret ketika membaca Al-Quran. Cuba fahami benar-benar apa yang ada dalam Al-Quran itu mengenai orang Yahudi dan bukannya propaganda oleh orang yang membenci Yahudi. Lagi sekali aku cakapkan Yahudi yang dikutuk dalam Al-Quran itu ialah Yahudi yang memusuhi Islam seperti rejim Zionis. Presiden Ahmadinejad yang ingin memusnahkan Israel itu pun tidak membenci Yahudi malah menghormati bangsa Yahudi. Beliau Cuma benci kepada rejim Zionis.
Aku ingat semasa menghadiri ceramah dan penceramah itu memberitahu yang bangsa Yahudi dikutuk sampai hari Kiamat. Minta maaf aku inda berniat memperburukkan beliau dan aku tahu ilmu ku masih banyak yang kurang berbanding penceramah itu. Selepas itu penceramah itu pun mengambil ayat dari Al-Quran surah Al A’Araaf ayat 167.
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memberitahukan, bahwa sesungguhnya dia akan mengirim kepada mereka orang-orang Yahudi sampai hari kiamat. Orang orang yang akan menimpakan kepada mereka azab yang seburuk-buruknya. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksanya, dan sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-A’raaf ayat 167)
Tetapi yang hairannya mengapa penceramah itu tidak menyambung lagi ayat itu sedangkan ayat 167 berkaitan dengan ayat 168.
“Dan kami membahagikan mereka(Yahudi) di dunia ini menjadi beberapa golongan; diantaranya ada orang-orang yang baik dan di antaranya ada yang tidak demikian. Dan kami cuba mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk agar mereka kembali kepada kebenaran. (Al-A’raaf ayat 169)
Jika kita Cuma membaca ayat 167 memanglah seolah-olah semua orang Yahudi itu dikutuk dan ditimpa azab sehingga kehari kiamat tetapi jika disambung dengan ayat 168 akan memberitahu yang cuma sebahagian orang Yahudi saja. Terdapat masih golongan Yahudi yang baik.
Sebelum ini Umat islam pernah hidup aman damai bersama Yahudi malah bangsa Yahudi diberi kebebasan yang tinggi pada zaman Khalifah-khalifah. Sedangkan Nabi Muhammad sendiri pun pernah berdamai dengan bangsa Yahudi di Mekah ketika perjanjian Hubaidiya(Spelling?). Cuba lihat kesan perjanjian damai antara Islam dan Yahudi walaupun perjanjian damai itu seperti menguntungkan Yahudi tetapi akhirnya berpihak kepada Islam. Kebanyakan umat Islam mula membenci bangsa Yahudi selepas penaklukan tanah Palestin pada tahun 1948.
Yahudi yang cuma seramai 54 juta orang lebih kuat daripada 1 Billion orang Islam dan ada yang mengatakan hampir seratus kali ganda kekuatan. Lebih 50% perniagaan di dunia ini dikuasai oleh Yahudi. Tetapi apa yang kebanyakan umat Islam buat cuma menyalahkan pihak Yahudi saja seperti menuduh mereka makan riba dan sebagainya. Daripada umat Islam membenci dan menyalahkan Yahudi, adalah lebih baik jika umat Islam sendri bangkit dan bersaing dengan orang Yahudi dari segi penguasaan ekonomi. Sampai bila umat Islam akan maju jika kita sendiri cuma melihat dan membenci sesuatu bangsa itu. Cuba ambil iktibar dan belajar perkara yang baik-baik dari kejayaan Yahudi selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Mengenai isu Palestin-Israel pula, aku berharap supaya Negara Palestin merdeka akan dapat ditubuhkan dan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin. Jika tertubuhnya negara Palestin, umat islam lebih senang melawat Masjid Al-Aqsa dan juga Masjid Qubat As-Sakhrah(Dome of the rock). Kesian conflict di gaza baru-baru ini telah menyebabkan lebih 1000 rakyat Palestin terbunuh. Payahkan mencari media yang benar-benar unbiased. Media barat seperti CNN akan lebih kepada Israel dan Media Islam akan lebih kepada Palestin. Kalau sesiapa yang sudah melihat documentary Promises, akan tahu bagaimana nasib kedua-dua belah pihak. Kedua-dua pihak Palestin dan Israel saling tuduh menuduh dan menganggap mereka saja yang betul. Akhirnya setelah kanak-kanak Palestin dan Kanat-kanak Israel berjumpa, akhirnya tanggapan mereka terhadap conflict itu berlainan dan mereka semua ingin berdamai.
Dulu memang aku benci sangat dengan Yahudi tetapi selepas aku habis membaca Al-Quran tafsir dalam bahasa melayu dan memahaminya, aku inda lagi membenci Yahudi. Orang Yahudi pun tetap ciptaan dari Allah S.W.T. Bukan semua Yahudi itu Zionist. Rejim Zionis lah yang mengambil tanah Palestin dan bukannya Yahudi. Dan juga rakyat Palestin berhak mempertahankan tanah mereka dari rejim Zionis. Apa yang aku buat ini bukanlah beerti pro-Yahudi tetapi adalah kerana aku benar-benar sayang akan agama Islam. Aku inda suka melihat agama Islam itu dituduh bukan-bukan. Aku mahu supaya semua melihat agama Islam itu agama yang adil, aman dan sesuai untuk semua bangsa. Umat Islam akan berpecah belah jika saling benci-membenci. Akhir sekali ikut ajaran Islam yang sebenar, bukan propaganda yang sengaja dibuat-buat. Banyak yang mengunakan agama demi kepentingan Politik dan peribadi.
Cuba fahami benar-benar firman Allah S.W.T surah Al-Baqarah ayat 62:
Sesungguhnya Orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabihin, siapa saja di antara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal Saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka, dan tidak pula mereka bersedih hati.
*Sebelum sesiapa yang kan memberi comment dan menuduh aku bukan-bukan, cuba baca apa yang ku tulis di atas itu dengan teliti. Aku tahu majority inda akan setuju apa yang ku tulis tetapi cuba berfikiran terbuka dan hilangkan segala sifat kebencian itu. *
This post was submitted by BruNexus. |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih tuan rumah..
harap2 dunia akan aman..tak ada lagi peperangan |
|
|
|
|
|
|
|
ader beberapa perkataan yang perlu diterjemah agar sampai maksudnya
inda = tidak
payahkan = susah |
|
|
|
|
|
|
|
BETOL TUU CHEK PON SETUJU....
PEACE PLZ... |
|
|
|
|
|
|
|
betul tak hipotesis ini.
semua melayu itu islam |
|
|
|
|
|
|
|
Tak semua yahudi tu jahat dan tak semua muslim tu jahat.. |
|
|
|
|
|
|
|
kesimpulannya,adakah kita perlu menyisihkan yahudi?katakanlah.....contohnya aku ler kan......terjumpa awek yahudi tetapi jatuh cinta lantas kawin...apa paendapat korang? |
|
|
|
|
|
|
|
grind,kalu ppuan yahudi tuh baik,hormat org tua,hormat org islam tmbahan pulak sgt cantek,ape lg grind kebas aje lah..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
patik setuju dengan menatang [menatang, patik pun setuju dgn siggy kamu].
grind, kalo kamu dah jumpa awek yahudi baik dan cantek itu, jangan tunggu lama2, nanti dikebas orang [teringat pulak patik kat lagu black dog bone].. |
|
|
|
|
|
|
|
honestly, sebelum aku gi US, I had the prejudice that all jews will hate me and mistreat me. I mean that's how Americans especially the Jews are portrayed in Malaysia. I was dead wrong about it. |
|
|
|
|
|
|
|
Yahudi adalah bangsa, zionist adalah fahaman. Di parlimen iran pun ada yahudi, dan presiden iran rapat dengan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Artikel tu merupakan pendapat sahaja. Penulis tu pun ambil ayat-ayat yang dipilih-pilih, sedangkan dalam al-quran ada banyak lagi disebutkan berkenaan yahudi dan bani israel.
Ada ayat al-quran secara langsung sebut bahawa yahudi dan nasrani tu tidak akan senang sehinggal kita ikut mereka. Dan ayat berkenaan tak pula sebut yahudi tu yahudi yang jahat. !!! ??? |
|
|
|
|
|
|
|
dh byk topik2 mcm ni,takkan tak paham2 lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
errr...bai...kat israel sana ada tak yahudi yang beragama islam???ada masjid tak kat sana?? |
|
|
|
|
|
|
|
7# GRINDSAKHTANIC
grind..pastu carikan aku satu plak..he..he.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mlsnklyn at 15-7-2009 09:37
kenapa kena rasa senang pd mereka?bila mereka tak senang dgn kita. |
|
|
|
|
|
|
|
8# menatang
Tak de maknanya kalau tanpa IMAN! |
|
|
|
|
|
|
|
honestly, sebelum aku gi US, I had the prejudice that all jews will hate me and mistreat me. I mean that's how Americans especially the Jews are portrayed in Malaysia. I was dead wrong about it.
kucingblue Post at 14-7-2009 09:02
haku dah agak dowh kucingblue akan jawab thread nih:re:
ang ni kan, kalau aku buat thread seorang lelaki sembelih budak, ang musti sokong laki tu kan?ang akan habaq, bukan suma penyembelih itew jahat kan kan |
|
|
|
|
|
|
|
Mari kita renungi maksud firman Allah ini pula :
''Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (Disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.'' - Al-A'raf ayat 167.
''Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.'' - Al Baqarah ayat 51.
"Demi sesungguhnya! Kami mengambil perjanjian setia dari Bani Israil dan Kami telah utuskan kepada mereka beberapa orang Rasul. Tiap-tiap kali datang seorang Rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak disukai oleh hawa nafsu mereka, mereka dustakan sebahagian dari Rasul-Rasul itu, dan mereka bunuh yang sebahagian lagi'' - Al Baqarah ayat 70. |
|
|
|
|
|
|
| |
|