View: 3415|Reply: 24
|
Gadis melampau menerima padah..
[Copy link]
|
|
Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang
Terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok
mata.
Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut
disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban
menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik,yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek."Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat
menghiris perasaan orang tua |
|
|
|
|
|
|
|
errrrr....ngeri plak aku baca neh...
itulah balasan Yang ESA...cashhhh... |
|
|
|
|
|
|
|
da penah baca dalam email ni. |
|
|
|
|
|
|
|
masyaallah..tu la blsan dtg cash.. |
|
|
|
|
|
|
|
cerita benar ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by makcikmengamok at 16-3-2009 13:15
cerita benar ka?
Yep betol !!! |
|
|
|
|
|
|
|
hamik ubat...klu aku la..aku rogol ja pompuan tu..buleh dia kutuk org tua tu..
boleh bagi handphone suruh tempah semua..gila babai tull |
|
|
|
|
|
|
|
ngerinya baca kisah pompuan ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Allah maha mendengar..setiap pertuturan kita ada je balasannya..tak kira dimana kita berada..
kisah ni betul2 mengisafi diri... |
|
|
|
|
|
|
|
penah dapat emel nie. Subhanallah! |
|
|
|
|
|
|
|
TQ citer yg meninggalkan kesan. |
|
|
|
|
|
|
|
Hukum hakam Tuhan jangan dibuat main...
sama ada sengaja atau tidak.. berhati2lah selalu... |
|
|
|
|
|
|
|
betul ka tipu ka cerita ni, lain lain version ka cerita ni itu tak menjadi kepentingan no.1 yg menjadi kepentingan kita adalah iktibar dari cerita diatas. banyak yg boleh diambil iktibar dan banyak yg boleh ditolak mentah mentah bagi kita yang berakal lagi tahu rule of law syariat islam.
syaitan itu walau dia tak boleh menghasut kita untuk menolak cerita ini berkat dari secebis iman didalam diri, namun dia meniup api keraguan. dengan mendatangkan pandangan awal pada kita untuk mencari kesahihan cerita tersebut. dengan itu, kita menjadikan iktibar sebagai perkara kedua selepas mengetahui kesahihan berita.
Perkara ini juga bakal meniup bibit2 perbalahan antara muslim untuk menentukan menang atau kalah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 indah_iman's post
alhamdulillah,
kisah yg amat baik utk direnungkan, namun sekiranya ada perenggan lagi baik utk ditatap
bg yg berkaca mata...
wallahua'lam..~ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by slier81 at 17-3-2009 01:15
hamik ubat...klu aku la..aku rogol ja pompuan tu..buleh dia kutuk org tua tu..
boleh bagi handphone suruh tempah semua..gila babai tull
hang nak rogol dia ???
nak dok sebilik ke kat neraka nanti?? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 indah_iman\ catat
Tak caye ah...
1. Tak mungkin seorang Islam akan berkata-kata seperti yang dikatakan oleh perempuan itu, melainkan dia sudah murtad terlebih dahulu.
2. Perempuan ini bukanlah seorang kafir berdasarkan kata-kata 'lelaki tua' itu dan juga perbualan antara mereka berdua.
3. Seorang Islam yang sanggup menghina Allah seperti yang telah dilakukan oleh perempuan itu, hanya wujud majalah-majalah dan akhbar-akhbar murahan saja, selain dalam drama Indonesia.
p/s: Use your mighty thing that we called it'Brain'. |
|
|
|
|
|
|
|
Gadis melampau menerima padah..
Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang
Terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.
Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman,
pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.
Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patutdisembunyikan
bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi ubanmenegurnya.
"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik,yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu,
itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek.
"Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga?
Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"
Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat
menghiris perasaan orang tua?nbsp; itu gadis itu tertawa mengejek panjang.
Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya
kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.
"Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku,
" katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya
dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis.
Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk.
Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan.
Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu
dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas.
Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.
Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis..
Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka.
Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu Dalam suasana kelam kabut itu
tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke
Pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut.
Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya.
Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api.
Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas
dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut.
Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah?
Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala
sesuatu.. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah
benar ini sebagai muslim sejati.
Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hokum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw
dengan mempersendakan atau ejekan.
Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan
dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya
adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh
alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita.
Hanya masanya saja yang akan mene ntukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.
Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah
nbsp; orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin.
Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.
Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah,
dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda
di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda.
Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu.
Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang
menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt.
TamanlaranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini.
Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yan g benar dan
kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita. *Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'
.....DIHARAPKAN MENJADI TAULADAN UNTUK YANG MEMBACANYA.................... |
|
|
|
|
|
|
| |
|