CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16217|Reply: 10

Hukum Tak Tau Menbaca Al Quran

[Copy link]
Post time 18-3-2009 03:01 PM | Show all posts |Read mode
Apakah hukumnya jika  tak tau menulis dan membaca Al Quran ( tak tau mengaji)

akan tetapi boleh membaca kesemua ayat2 dalam Solat. ( kira pandai sembahyang)





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2009 06:20 PM | Show all posts

Balas #1 bizsari\ catat

pelik...
x tau baca tapi pandai sembahyang...
abis yang dibaca dalam sembahyang tu blaja dari mana???
dengar dan terus hafal...???
camtu?????

p/s: lain la ko orang arab.... macam Nabi Muhammad....
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 06:29 PM | Show all posts
kalau tak tau wajib belajar...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 07:21 PM | Show all posts
rasanya Allah tak akan menghukum orang yg tak tahu...sbb tu kita dikehedaki menuntut ilmu
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 08:15 PM | Show all posts
i think....yg dalam solat itu hafal jer tapi hafal ni  well u know tak dr "feel" atau penghayatan lah kot sebab you always want to   be making sense apa yg you solatkan , kan? i  mean kita baca surah kita tahu makna nyer , kan?
so rasanya
siapa yg tak tahu mengaji tu well

tak pa , ambil quran suruh org dengaqkan dan tak pa struggle pun tak pa Allah bagi pahala tu..sebba effort dia banyak untuk baca so tak pa carry on baca

wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2009 12:18 PM | Show all posts
maksud sipolan/sipolanah tu mungkin gini... dia kalau kita sua di quran... haram dia reti baca... tapi kalau suruh dia baca fatihah, boleh... tapi cara hafal... oklah... asal boleh sudah, dpd baca tak boleh, hafal pun tidak...
hukum tak tahu mengaji... tak dapat pahala mengajilah... tak berdosa tak tau mengaji, tapi kalau tahu mengaji, tak mengaji, dia berdosa... tahu tapi tak buat... namun begitu, yg tak rahu, eloklah belajar... sikit2 dapat pun jadilah... asal ada peningkatan amal gitu!...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2009 01:03 PM | Show all posts
xde hukum mengenai itu melainkan ciptaan dan anggapan manusia, bapak-bapak, tok2 kita sahaja. Ibarat baca paper tamil tak faham sepatah pun, sampai nak terkeluar anak tekak kalo nak ikut tajwidnya.

al Quran itu tidak lain melainkan SUNGGUH-SUNGGUH hanyalah pelajaran, nak dapatkan pelajaran bacalah dalam bahasamu, carilah terjemahanya.

al-Qamar 22: Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Qur抋n untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2009 01:55 PM | Show all posts

hmm?

sipolan = male
sipolanah? =  feminine?

hahah..i never heard this before
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2009 03:03 PM | Show all posts
Originally posted by bizsari at 18-3-2009 15:01
Apakah hukumnya jika  tak tau menulis dan membaca Al Quran ( tak tau mengaji)
akan tetapi boleh membaca kesemua ayat2 dalam Solat. ( kira pandai sembahyang)



Membaca al-Quran mestilah bertajwid. Mempelajari tajwid adalah fardhu kifayah.
Manakala membaca Quran bertajwid pula hukumnya,  fardhu Ain.
Maknanya di sini, tak boleh tidak, nak baca Quran, kenalah betul bacaannya (bertajwid)
seperti mana sanadnya dari Rasulullah SAW, Jibril dan dari Allah Taala sendiri. Kalau
dah betul bacaan dari segi makhraj, hukum dsb, maka nak menulis al-Quran pun, tentulah
boleh mengelak daripada sebarang kesalahan yg boleh mendatangkan dosa (kerana al-Quran
akan melaknat org yg salah membaca al-Quran). Bila kita belajar, insya-Allah, kita ada
hujjah di depan Allah taala di Yaumil Mahsyar kelak. Sebab tu kalau boleh belajarlah ilmu Quran
sampai ke hujung nyawa kita,

Sabda nabi SAW dari Usman Al-Affan (r.a):

Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya  ~ (Rowahul Bukhori)

Allah berfirman dalam Surah al-Muzammil:

Bacalah al-Quran dengan secara Tartil*  (Ayat 4)

*Tartil : Bacaan lambat dan tenang serta melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yg betul
              serta memnuhi hak sifat asli dan sifat mendatang pd huruf yg berkenaan serta memelihara
              hukum2 bertajwid, di samping memahami maknanya.


Daripada Zaid Bin Thabit (beliau ni ialah salah seorg penulis wahyu nabi SAW):

Sesungguhnya Allah SWT menyukai hamba-Nya membaca al-Quran secara tepat sebagai mana ia diturunkan.  (Rowahu Ibnu Khuzaimah)


Contoh kesalahan dlm bacaan al-Quran:

1. Salah yg Nyata

Kesalahan pd sebutan huruf. Sama ada membawa perubahan pd makna atau tidak.
Spt: Menukar huruf To' ( ط  )  kepada Dal ( د ) atau Ta' ( ت  ) dgn meninggalkan sifat isti'la' yg ada pd huruf  ط ....

Juga kesalahan pada tanda bacaan. Baris hadapan dibacanya baris atas dan sebaliknya lah.

Maka, hukum membaca bacaan seperti kat atas ini. Haram dan berdosa!
Jika kesalhan2 seperti disebut di atas dibaca dlm solat, maka solat itu tidak sah!  Hati-hati...


2. Kesalahan tidak Nyata

Kesalahan2 yg tidak membawa perubahan pada makna . Cth meninggalkan dengung ,
tidak dpt menentukan kadar harakat pd huruf mad dgn tepat atau
tidak dapat membaca sifat huruf hijaiyyah tersebut dgn sempurna.

Kesalahan sebegini tidak sampai merosakkan solat, tp bagi yg sedang belajar tajwid, jgn lah dibuat.
Hukumnya bacaan sebegini, makruh dan aib di sisi ahli qura' (pembaca2 quran). Bacaan
sebegini juga boleh melenyapkan sinar bacaan al-Quranul Karim.

Kesalahan tak nyata ni juga tidak boleh dikesan oleh orang awam, melainkan org belajar sahaja yg boleh identified...~


Wallahua'lam & Wassalam...~
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2009 03:33 PM | Show all posts
kalau bacaan dlm sembahyang tu..rasanya wajib untuk kita hafal dgn teknik2nya sekali dan sekaligus fahami maksud ayat tersebut...sgt2 wajib tu untuk memahami setiap patah ayat...supaya sembahyang kita tak sia2..quran pun sama...terigt dulu ustaz kata..kalau kita lemah dlm pemahaman ..kita boleh belajar secara berperingkat...jgn bagi tekanan tapi apa2 pun wajib belajar untuk faham..jgn tak belajar langsung sebab tidak faham
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 09:15 AM | Show all posts
Nasihat aku, belajarlah....

lainlah kalo dah jadi mak2 dan opah2 atau tokwan2 yang dah umur 75 tahun ke atas, itu dah kira lain.  Maybe dulu2 they all tak berkesempatan untuk belajar.

Tapi, kalo dok masih 20an, 30an, tak payahlah malu2 - gi aje le belajar.  Mudah2an otak tu tak beku lagi.

Ingatlah, kalo orang yang merangkak2 baca al quran, dia dapat extra markah compare dengan orang yang lancar.  Maybe ini motivasi kepada yang baru merangkak2 untuk terus maju ke hadapan.  Wa'allhualam.

Silap, sila betulkan saya.  Saya juga budak baru belajar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.055523 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list