View: 11189|Reply: 106
|
Apa Perlu Qadha Solat Jika Di Perboleh Rukhsah Dan Taubat!
[Copy link]
|
|
Salam,
Tiada Qadha solat!. Orang yang beriman dan beramal soleh akan sentiasa peka tentang solat. Mereka tidak akan meninggalkan kecuali uzur syarii seperti terlupa,tertidor,pengsan dan sebagainya.
Dalam apa saje keadaan,syariat ada mengajar penganutnya bagaimana cara untuk mengatasi permasalahan. Orang yang telah mendiri solat (orang yang ada hidayah) dengan orang yang melakukan solat ( orang yang melakukan ikut-ikutan) adalah 2 jenis peribadi yang berlainan.
Tiada dalil dari AlQuran dan tiada nas dari Nabi perihal mengqadha solat ini. Hutang wajib dibayar seperti disabitkan oleh dalil AlQuran ialah hutang puasa. Tiada sabitan hutang solat,sesaorang itu kena bayar. Jika sesaorang itu tertidur maka hendaklah dia bersolat setelah jaga, sama ada didalam waktu ataupun diluar waktu, sesuatu solat tersebut. Jika dia tidak bersolat kerana lalai maka dia melakukan dosa besar. Melakukan dosa besar hanya dengan pengampunan dari Allah SWT. Sesaorang itu wajib bertaubat nasuha. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang kepada mahluknya.
Rukhsah bukan hanya boleh pada musafir saje bahkan dalam apa jua keadaan kritikal,sesaorang itu boleh menggunakan Rukhsah atau kelonggaran yang diberikan oleh syariat. Dengan adanya Rukhsah ini maka, mana logiknya sesaorang itu meninggalkan solatnya.
Sesiapa yang mengatakan wajib qadha solat yang tertinggal dengan sengaja ataupun tidak sengaja maka mereka perlu menjawab beberapa soalan seperti dibawah:-
1. Kenapa orang yang baru menganut Islam tidak diwajibkan mengqadha solat?
2. Kenapa orang yang pengsan atau koma beberapa hari tidak diwajibkan mengqadha solat?
3. Kenapa perempuan yang berhaid dan bernifas tidak diwajibkan mengqadha solat?
4. Tunjukkan contoh dari Nabi bahawa Nabi ada mengajar solat Qadha? ( Nabi ada ajar solat sunat Qabliah dan ba'diah,sunat Dhuda,sunat tahajud dan segala macam sunat yang kamu tahu tetapi apakah Nabi terlupa ajar solat qadha bagi maksud solat qadha yang kamu fahami sekarang?)
5. Kenapa pulak berhutang puasa wajib membayarnya seperti tersabit didalam AlQuran? Apakah Allah SWT tak tahu ke bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dikira berhutang denganNya? Kenapa tidak disebut didalam AlQuran berhutang solat wajib dibayar tetapi disebut berhutang puasa wajib dibayar?
Wahhh...wah....wahhh....mentang-mentang le didalam niat ada menyebut...'.adaan'...pandai-pandai pulak kita menyebut 'qadhaan' bagi solat yang kita qadha!
'Adaan' dan 'qadhaan' menurut lughat adalah sama saje ia-itu menunaikan atau membayarkan. Peranan 'adaan' disebut didalam solat menurut pengertian orang sekarang ialah untuk membezakan sema ada 'adaan'(solat bersendirian) atau 'ma'muman'(solat berjamaah) atau pun' imaman' ( jika menjadi imam)
Pernah berlaku pada Nabi bersolat subuh setelah habis waktu kerana tertidur. Mereka melakukan solat subuh setelah terjaga. Tak ada pulak Nabi kata bhawa solat yang kita baru sebentar tadi lakukan adalah solat qadha subuh dan bukan solat fardhu subuh!
Peranan taubat lebih praktikal bagi orang yang meninggalkan solat dengan sengaja, Jika keadah mengqadha solat diterima pakai maka ianya memungkinkan sesaorang itu tidak mempunyai rasa insaf,rasa bersalah dan memungkinkan ianya kerap melakukan kesalahanan yang sama atau mungkin ia akan menjadikan perbuatan itu suatu kelonggaran dalam melaksanakan syariat.
Ingat! Tidak ada sebab meninggalkan solat dalam keadaan kamu sedar akan kewajipan melakukannya kecuali dengan Rukhsah. Jika Rukhsah dibolehkan dalam keadaan kritikal,apakah ada istilah mengqadha solat?
[ Last edited by Amir at 22-3-2009 00:42 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah tiga bulan saya tidak melungsuri Cari Forum. Boleh beri komen2. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 Amir\ catat
sumber dari mana plak ni??
banyak sungguh fatwa sendiri skrg.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by abstruse at 22-3-2009 00:57
sumber dari mana plak ni??
banyak sungguh fatwa sendiri skrg.. Peranan taubat lebih praktikal bagi orang yang meninggalkan solat dengan sengaja, Jika keadah mengqadha solat diterima pakai maka ianya memungkinkan sesaorang itu tidak mempunyai rasa insaf,rasa bersalah dan memungkinkan ianya kerap melakukan kesalahanan yang sama atau mungkin ia akan menjadikan perbuatan itu suatu kelonggaran dalam melaksanakan syariat.
yg ditulisi oleh Amir diatas |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #6 S.A.M\ catat
jadi maknanya, orang yang jahil akan berpegang dgn boleh tinggalkan
solat dengan sengaja then tak payah pikir nak qada
cukup taubat semata2..
hurmm bab hukum ni bukan boleh dibuat mudah
semuanya nak rukhsah je dalam ibadat |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak tau apa Taubat yg dimaksudkannya? |
|
|
|
|
|
|
|
ada dalil hadis pasal qada solat ni...
Dari Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu , Nabi Shallallahu 'alaihi wassalam bersabda:
Maksudnya : Jika tertidur seseorang daripada kamu sehingga tertinggal solatnya ataupun terlupa
mengerjakannya, maka hendaklah dia mendirikan solat yang tertinggal itu apabila dia sudah teringat,
sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman:"Dirikanlah solat untuk mengingati Aku".
(Hadits riwayat Muslim)
Hukumnya harus mengqadha' solat bagi sesiapa yang dengan sengaja meninggalkannya, atau tertido
atau terlupa atau sebagainya..
sedangkan bagi yang dalam keadaan hadas besar spt haid dan nifas tak perlu nak qada solat sbb
uzur syar'ie dan semuanya mmg dah jelas bagi muslim, kecuali bagi yg jahil. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #8 Amir\ catat
oit bukan anticlimax maa...
tu sekadar balaghah jer (kiasan)
seolah2 ada yang pandai membuat hukum sendiri, gitulah maksudnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Amir at 22-3-2009 01:19
Apabila dia telah insaf maka disitulah permulaan kesempurnaan Islamnya.
Allah berfirman bahawa solat itu susah kecuali bagi orang khusyuk.
Kamu tawwww! tak tawwwww.... tahu goreng memang tau lah |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #18 Amir\ catat
meninggalkan solat dengan sengaja tanpa ada keuzuran seharusnya
mengganti semula solat2 yang ditinggalkan..
memang disertai dgn taubat tapi perlu sekali dgn qadanya..
kalau ada yg berpegang tinggal solat dgn sengaja tak pyah qada cukup
dgn taubat, maka boleh lihat kesannya nnt..makin ramai la org yang lalai
utk tunaikan kewajipan bersolat...
tak leh hukum berdasarkan akal semata2,
semak balik pandangan2 ulamak2 muktabar |
|
|
|
|
|
|
| |
|