View: 4630|Reply: 40
|
maksiat vs taubat vs cinta
[Copy link]
|
|
Salam everyone…
Saya memerlukan pendapat kalian semua. Kisah ini akan saya ceritakan menggunakan nama samaran agar tidak mengaibkan mana2 pihak.
Hmm…ok…ali telah berkawan dengan alia selama hampir 8thn…dan sepanjang perhubungan mereka…mereka berdua telah banyak menyimpang dan terlanjur jauh…alia dengan senang jatuh ke dalam pelukan ali…kerana alia amat yakin satu hari nanti…ali akan membimbing nya ke jalan yang benar bila merekakahwin nanti.namun, mereka tidaklah jenis yang bersosial..hanya dari segi perhubungan cinta mereka telah terlanjur…
Satu hari..ali bertemu dengan lin….lin seorang wanita alim…lemah lembut dan pandai berkata2.ali mmg bukan kaki perempuan…dan tidak pernah pun sesekali menggatal dengan perempuan sepanjang perhubungannya dengan alia. Tetapi..dengan kehadiran lin…ali terpikat akhirnya… ali berkata pada lin yang dia ingin berubah ke arah kebaikan(kerana lin agak alim orgnya) tetapi lin tidak tahu menahu langsung ttg alia…jadi apabila lin approach ali..mereka pun terus ‘couple’ …kisahnya lin dahulu yang banyak menegur ali...bukan ali yg memulakan langkah(ali yang cakap la)..…
Alia pula..mendapat tawaran belajar di luar Negara…baru seminggu sampai ke perantauan…alia sungguh terkejut dan jatuh sakit hingga dimaksukkan ke hospital kerana tekanan perasaan…alia mendapat tahu ali ada hubungan dengan perempuan lain…dan ali juga masih meniduri alia sebelum alia keluar Negara…dan tanpa pengetahuan alia…sebenarnya waktu itu ali telah pun‘couple’ dengan lin…alia bukan tidak mahu menerima hakikat...tapi bayangkanlah baru sampai ke luar negara...stress tentulah lain macam...tu yang badan tak boleh terima terus jatuh sakit...
Alia mencuba dan berdoa kepada Allah…dengan izinNya..alia dapat menghubungi lin melalui friendster…alia menceritakan kesemuanya kerana pada waktu itu hati lebih bergelora dan memberontak berbanding akal fikiran…kebenaran terbongkar akhirnya...sebelum ini ali menyalahkan alia kerana tidak mahu menerima hakikat yang ali sudah tidak cinta padanya lagi dan dia 'couple' dengan lin pun semasa dia dan alia telah 'putus' kerana gaduh...tapi yang sebaliknya terbongkar...sebenarnya ali telah 5 bulan couple dengan lin..
lin pula..terperanjat kerana dia juga tidak tahu sebenarnya ali dengan alia masih bersama sedangkan ali dan lin telah pun memulakan perhubungan cinta…akhirnya…lin menarik diri…itu hanya kata2 lin…tetapi…ali sangat marah…sehinggakan tidak pernah memaki alia sepanjang 8 tahun…pertama kali alia dimaki walaupun masih berada di hospital….sebenarnya…waktu alia masuk ke hosp…kawan baik alia telah menceritakan kesemuanya pada ibu alia…kerana dia sangat geram dan risau alia keseorangan di perantauan…ibu alia juga sgt terperanjat…dan terus menghubungi ibu ali untuk menceritakan perkarasebenar…sudah tentu ibu ali juga sgt terperanjat mendengar cerita tentang anak lelakinya yang tidak mahu bertanggungjawab…
Situasi sekarang…ali tidak menghubungi alia lagi…walaupun pada awalnya sudah berjanji pada ibu alia untuk bertanggungjawab…tetapi ali sgt marah pabila alia Berjaya menjejak lin…dan ibu alia menceritakan kesemuanya pada ibunya…jadi dia sangat marah…dan sekarang mengugut tidak mahu balik kerumah langsung kerana katanya dia telah mengecewakan ibunya…(ali bekerja jauhdari rumah ibu bapanya)…
Soalan saya..apa pendapat kalian..adakh ali ikhlas ingin berubah kerana Allah?ataupun kerana lin?
Jika ali bertaubat tidak melakukan maksiat lagi….tetapi ‘lari’ dari tanggngjawabnya untuk menikahi alia..adakah taubatnya diterima…?saya faham hanya Allah layak menilai umatNya…tetapi sekadar bertanya pendapat…
Dan yang paling istimewa…alia adalah orangnya yang pertama yang menyesal…dan bertaubat…walaupun tidak berubah secara drastic…tetapi alia sedar setiap umatNya ada tanggungjawab masing2 dan bukan bergantung pada suami sahaja untuk membimbing…alia sangat tertekan dan tidak mempunyai sesiapa diperantauan..akhirnya…syukur alia kembali mengingati Allah dan sedar dugaan inihanya untuknya kembali mengingatiNya…selama ini alia hanya mengharapkan ali untuk membimbingnya...
Jadi soalan saya…apa pendapat kalian terhadap perbuatan ali?Adakah dia ikhlas ingin berubah apabila bekawan dengan lin? Dan mengapa pula dia tidak ingat akan kesalahannya bersama alia dan mengambil langkah pertama menuju kebaikan iaitu..bertanggungjawab dan menikahi alia ? sebelum berkenalan dengan lin…ali sangat mencintai alia dan berjanji untuk menikahinya selepas aliabalik dari luar Negara…dan sekarang ali…menuju kepada dosanya yang kedua…derhaka pada ibu…kerana berjanji tidak akan balik langsung untuk menemui ibunya atas alasan malu kisah peribadinya telah diketahui ibunya….
Sila jawab dengan specific
1)pendapat tentang ali…dan SEPATUTNYA apa yang harus dilakukannya..
2)Pendapat tentang lin..dan SEPATUTNYA apa yang harus dilakukannya..
3)pendapat tentang Alia…dan SEPATUTNYA…apa yang perlu dilakukannya..
terima kasih!pendapat sgt diperlukan....cerita ni macam drama tv...tapi ianya juga berlaku di alam realiti....
[ Last edited by aim4thebest at 14-4-2009 00:24 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Nak jawab pendapat ke3...
Tak payah nak diharapkan org macam Ali nak jadi pembimbing atau nak minta bertanggungjawab. Nak buat apa nak kahwin dan nak menambah masalah, sebab memang dah tau perangai Ali yg tak setia, dan tidak bertanggungjawab. Benda yg dah lepas memang dah tak boleh nak diubah, tapi boleh dielakkan di masa hadapan. Benda yg patut dielakkan ialah drp berkawan dan berkahwin dgn org macam Ali atau Ali tu sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
yang penting..jauhilah MAKSIAT dan ZINA |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 bayumentari\ catat
ok...katakanlah...ali menyesal dan menyedari perbuatan dia curang semua salah kan...n then ali minta diberi peluang kedua....what should alia do? yelah...kalau ikutkan perempuan...emm...lain dari lelaki...lelaki cakap teruna ke tak ke sama saja...tapi perempuan...sekali maruah diri dah tergadai..... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #3 zairizain\ catat
ya memang betul...alia sudah bertaubat....ttp perkara sudah terjadi apa pendapat untuk langkah seterusnya.....especially bagi alia....ali menyalahkan ali sekarang kerana 'menghebahkan' hal peribadi mereka pada keluarga.... |
|
|
|
|
|
|
|
naperler terseksa btui nak baca.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #6 amone\ catat
ok..dah edit dah typing error tu...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
pening kejap baca..tapi faham situasi ni
yg penting....ibu bapa lelaki tu tahu sape sebenarnya anak mereka
tp aku sokong tindakan alia..kerana alia sanggup berubah.....yg telah salah perlu kita insafi n bertaubat
kalau nak harap lelaki mcm tu mmg la tk elok..tapi sure la kan cinta mereka mendalam... |
|
|
|
|
|
|
|
lemahnya manusia adalah alasan yang terbaik mengapa kita masih kerapkali didalam keadaan berdosa.
sedang dosa2 kecil boleh ditutupi dgn perkara2 baik yang kita lakukan, dosa besar pula memerlukan taubat yang sungguh2. kerana penerimaan taubat kita olehNYA juga bergantung kepada sejauhmanakah kejahilan.
cinta kita sesama manusia tidak pernah akan kekal, kerana tidak ada sesuatu yang dijadikanNYA bersifat kekal....kecuali cinta ALLAH pada hamba2NYA selagi kita senantiasa mengingati akanNYA.
|
|
|
|
|
|
|
|
is there any ustaz ke or ustazah yang boleh bagi komen dan menjawab soalan saya secara specific....emmm...to be honest i really pity alia...walaupun dia dah bertaubat dia masih mendoakan lin diberi kekuatan untuk menghadapi perkara ini jugak,sebab lin pun tertipu oleh ali...tetapi lin mengaku masih mencintai ali walaupun sudah tahu perkara sebenar.....n also...alia tak putus2 berdoa untuk dijodohkan dengan ali., dan menyesal atas perbuatannya bersama ali..dan mengharapkan ali kembali padanya dan menikahinya sebagai isterinya yng sah.... |
|
|
|
|
|
|
|
sesiapa yg berzina, maka memang akan dikurniakan kesusahan di dunia lagi terutama apabila dia nak kahwin, sebagai habuan perbuatan masing2.....
dan adalah kesusahan itu jugak adalah kafarah pengampunan.....
bg ketiga2 insan, perlu dibezakan antara tanggubgjawap dan keinginan.....
kalau tanggungjawap, kena ditunaikan, kalau keinginginan, maka kalau tak dapat Alhamdiulillah, kalau dapat Alhamdulillah....
jadi bg alia dan lin, mereka tidak ada tanggungjawap apa2 melainkan keinginan, maka boleh dapat boleh tidak......
tapi tentang ali, kerana perkahwinan adalah hal yg tidak boleh dipaksa, maka kalau dia nak batal janji tu pun boleh.......
cuma inilah masalahnya kalau berzina, sy tak pasti , tp setahu sy tidak wajib dia berkahwin dgn pasangannya sekalipun telah berzina, dia boleh memilih.....
namun seeloknya, penzina kawin dgn org yg dizinainya.....itulah habuan berzina.
ini adalah sekadar pendapat......hidup ini adalah ujian, bukan tempat bersenang-lenang....kalau nak bersenang -lenang, kena konform dulu Tuhan redha.....
kalau tak konform, maka carilah redha itu......
sekadar pendapat di petang hari...... |
|
|
|
|
|
|
|
Ali perlu taubat nasuha.
Alia juga perlu taubat nasuha.
apa perlu alia buat? terpulang pada dia nak teruskan menikahi ali (kerana masih ada cinta) atau tidak (kerana khuatir menjadi mangsa dendam ali)
ali pulak? kenapa nak letak pilihan menikahi alia pada ali?
pilihan sebelum perkahwinan perlu diletak di sisi wanita kerana wanita tidak ada kuasa untuk membubarkan perkahwinan kecuali melalui fasakh atau khulu'. sedangkan lelaki boleh talaq, tambah lagi kalau nak.
so pilihan sebelum perkahwinan bagi kat wanita. Once and for all |
|
|
|
|
|
|
|
ali have to be responsible for what he did to alia.tapi, dr cerita ni mmg ali seorg yg xbertanggungjawab langsung..so lets him do what he want to do. Biar Allah sahaja yang membalasnya.
alia pulak kene terima hakikat bahawa bkn jodoh mereka untuk menjadi suami isteri seperti yang diharapkan... tapi alia sentiasa berdoa supaya dijodohkan dengan ali sbb mungkin alia rasa dia tidak layak untuk lelaki lain selain daripda ali sbb ali sudah pun menidurinya.. yang penting untuk alia... bertaubat dan berserah kepada ALLAH sbb hanya DIA sahaja yang tahu apa yang terbaik buat hambanya.
to lin, ali tidak layak untuk awak kerana awak seorg yang baik dan suci. ramai lelaki yang setaraf@sebaik awak di luar sana.. igt.. perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.. |
|
|
|
|
|
|
|
ALI=taubat nasuha
ALIA= taubat nasuha dan juga terima qada' dan qadar
LIN=move on with ur life... persetankan ali tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #11 ibujarikaki\ catat
sangatlah setuju.....nampak sangat ali tidak ikhlas nak berubah kerana Allah...tapi kerana lin...am i rite...emm...thanks 4 the comment. |
|
|
|
|
|
|
|
both tinggalkan jer ali tu.....!! |
|
|
|
|
|
|
|
agreee.....leave ali forever.....seeks for other guys...good man... |
|
|
|
|
|
|
|
tapi amat susah bagi alia untuk melupakan ali...lebih2 maruahnya telah tergadai di tangan ali....dan dia masih yakin Allah akan menjodohkannya dengan
Ali, tak putus2 dia berdoa......emmm...aim pun fening ;) |
|
|
|
|
|
|
|
kawan aku penah dok dlm keadaan ni...cuma yang bezanya bila dia bgtau keluarga lelaki tersebut dia dihina oleh bapak lelaki tersebut...kononnya tak percaya anak dia camtu n ngan lagaknya boleh kata biarlah Tuhan je yang balas kalau betul anak dia salah...n lelaki tu gak dah bertunang n bakal kawen ngan pada sy seorg pompuan yang baik agamanya...
persoalan sy??adilkah lelaki tu dapat seorg pompuan baik sedangkan dia sendiri tak bertanggungjawab ngan pompuan yang dia rosakkan...n sebabkan dia hidup pompuan ni menderita same as alia.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|