View: 2046|Reply: 12
|
Tukar agama kerana jiran/miskin...etc
[Copy link]
|
|
Hampir tukar agama kerana jiranOleh HAFIZ ABBAS
[email protected]
ZAKARIA memeluk erat Nik Ibrahim(tengah) setelah diberi kesedaran mengenai niatnya untuk bertukar agamasambil diperhatikan Pengurus Pusat Kutipan Zakat Kuantan, Halidan Md.Daud di Kuantan semalam.
KUANTAN - Sebuah keluarga miskin di sini hampir nekad menukar agama kerana mendakwa tertekan dengan kerenah jiran dan dibelenggu masalahbekalan air.
Tindakan mereka itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang bergegas menemu ikeluarga berkenaan semalam sebaik sahaja mengetahui mengenai berita tersebut.
Terdahulu pasangan terlibat, Zakaria Deraman, 42, dan isterinya,Nurhamiza Mat Jusoh, 32, bersama sembilan anak mereka berusia antara enam hingga 14 tahun dikatakan bercadang menemui seorang paderi disebuah gereja untuk mendapatkan pandangan.
Menceritakan bagaimana mereka boleh bertindak demikian, Nurhamiza mendakwa, segalanya bermula apabila dia sekeluarga tidak tahan menerima tekanan ketika menetap di rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin(PPRT) sejak dua tahun lalu.
"Kehadiran kami sekeluarga di sini tidak disenangi oleh jiran-jirandan kami dilayan seperti pendatang. Petang kelmarin, rumah kami dibaling dengan objek keras sehingga cermin tingkap pecah menyebabkan kami hidup dalam ketakutan," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.
Tambah Nurhamiza, bekalan air di rumahnya yang hanya diperoleh dari surau berdekatan juga telah diputuskan oleh pihak tertentu.
Dia mendakwa, anak-anaknya turut ketakutan setiap kali ke surau untuk membuka paip air kerana sering diganggu setiap kali melintasirumah jiran.
Ditanya kenapa beliau tidak memohon bekalan air terus ke rumah mereka suaminya, Zakaria memberitahu, dia telah beberapa kali meminta kemudahan itu melalui penghulu kampung tetapi sehingga sekarang tidak menerima jawapan.
Dalam pada itu, walaupun terpaksa kais pagi makan pagi sebagai pencari besi buruk, Zakaria mengakui dia masih mampu menyara keluargadan menyekolahkan empat anaknya.
Pasangan berasal dari Terengganu itu juga mengakui ada menerima bantuan daripada kerajaan termasuk rumah PPRT yang dihuni selepas beberapa tahun tinggal di pondok usang berhampiran sebuah lombong berdekatan.
[ Last edited by Syd at 25-3-2009 07:29 ] |
|
|
|
|
|
|
|
MUIP selamatkan keluarga miskin daripada murtad
BAPA kepada sembilan anak yang hampir murtad kerana kesempitan hidup menunjukkan paip air yang disambung melalui sebuah surau yang telah dipotong oleh jiran-jirannya di Perumahan PPRT Bandar Baru, Jaya Gading, Kuantan, kelmarin.
KUANTAN 24 Mac - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) berjaya menyelamatkan sepasang suami isteri dari Perumahan PPRT Bandar Baru, Jaya Gading di sini dan sembilan anaknya daripada murtad.
Pasangan tersebut dikatakan mengambil tindakan tersebut kerana mendakwa tidak tahan dengan tekanan hidup akibat dicemuh jiran-jiran.
Berikutan itu, pasangan suami isteri berusia 45 dan 35 tahun yang berasal dari Terengganu itu, bercadang menemui seorang paderi di sebuah gereja di sini selain membuat surat akuan hendak keluar daripada Islam.
Bagaimanapun, hasrat mereka diketahui oleh MUIP yang kemudiannya memberi kaunseling kepada pasangan berkenaan, serta berjaya mengembalikan akidah suami isteri tersebut dengan bersyahadah semula.
MUIP turut menemui kesemua anak pasangan berkenaan terdiri daripada empat perempuan dan lima lelaki, berusia antara lima bulan hingga 14 tahun.
Timbalan Yang DiPertua MUIP, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, pasangan tersebut bertindak demikian kerana menurut kata hati.
"Jangan berfikiran sempit dengan menjadikan agama sebagai taruhan. Hanya kerana masalah yang kecil sampai terfikir untuk menukar agama.
"Tukar agama bukan jalan penyelesaian. Lagipun di MUIP sendiri terdapat pelbagai saluran dalam menjaga kebajikan umat Islam di negeri ini," katanya ketika dihubungi.
Menurut Wan Abdul Wahid, sekiranya umat Islam mempunyai masalah atau dihimpit kemiskinan, mereka boleh datang ke MUIP.
''Datang ke pejabat MUIP, isi borang dan senaraikan jenis bantuan yang diperlukan dan kita akan pertimbangkan," katanya.
Sementara itu, wanita tersebut yang ditemui di rumahnya mendakwa, mereka sekeluarga dipulau oleh jiran-jiran kerana menggunakan bekalan air untuk keperluan harian dari sebuah surau berhampiran.
"Mereka juga bertindak memotong getah paip yang kami gunakan untuk mendapatkan air dari surau terbabit.
"Malah, jiran-jiran juga sering memarahi anak saya setiap kali saya mengikut suami mencari kotak dan barang terpakai untuk dijual sebagai sumber rezeki kami sekeluarga," katanya.
Kunjungan Utusan Malaysia bersama pegawai MUIP itu mendapati, surau tersebut dipisahkan daripada rumah pasangan berkenaan oleh tiga buah rumah yang dihuni oleh golongan ibu tunggal.
Sementara rumah pasangan tersebut pula berpagar dan tidak mempunyai bekalan air tetapi dilengkapi kemudahan elektrik.
Keadaan rumah pasangan itu berselerak dengan timbunan pakaian, sementara persekitaran pula dipenuhi oleh serpihan kaca yang didakwa dibaling oleh jiran-jiran. |
|
|
|
|
|
|
|
umah seblah surau.....
dptkan air dr surau....
adakah sekeluarga aktif di surau?
atau....................................... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by blue_blur at 25-3-2009 07:41
umah seblah surau.....
dptkan air dr surau....
adakah sekeluarga aktif di surau?
atau.......................................
tak kisah le.. samada dia aktif ke tak aktif ke kat surau.. sape kite nak hina-hina dia.. nak marah-marah.. mereka manusia juga... bagus sgt ke kita ni sampai boleh buat orang lain macam tu. takde pon ajaran dalam agama kita suruh buat perkara macam tu.. lagi digalakkan tolong ade ler. may be kita dengar cerita on one side... kite tak tau cerita org sebelah sebab mereka buat mcm tu... then again.. ISLAM tak ajar berbuat cam tu... ingat TAK ISLAM SESEORG ITU, BILA DIA KENYANG JIRAN SEBELAH DIBIARKAN KELAPARKAN.
p/s : melayu, melayu... hilangkan ler sifat bagus sgt tu dlm diri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 voizze's post
itu la maksud aku.............
bukan aku salah kan family ni.......
kengkadang kalu mu perasan kat surau2 ni, ada yg bajet alim dengki2......
bila bab tolong/dakwah haprak takde lak....
pada aku dlm kes ini 2 2 pihak ada kekurangan... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4 voizze\ catat
tanpa bias dan membela, pengajaran yg kita dapat ialah jgn cepat menghukum dan jgn pula menukar agama demi kehidupan walau sesusah mana sekalipun..... |
|
|
|
|
|
|
|
sedih kan... bila kira pikir balik kebajikan owg yg baru masuk islam... lelagi yg susah2 tu. mostly pihak berwajib ISLAMkan then ABAIKAN. kesian kat diowang ni.. mostly plak owg susah.. tak tau mane nak pegi... dapat plak jenjiran ISLAM yg SELFISH.. mana diowang nak mengadu... last-last gi gereja... gereja tlg... so nampak sangat kan...
pikirle sendiri..... |
|
|
|
|
|
|
|
ini bkn isu baru... dah lama dan berkulat... ini yg masuk paper, yg tak dilaporkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Org2 kat surau tu x prihatin ke nasib kuarga miskin ni... kalo diaorg betul2 umat Islam yg b/t/jwb, patutnya pegi la lawat umah kuarga tu... tegur apa yg patut, ajak dia join jemaah... bantu la diaorg ringankan beban hidup. Sampai org tu nk murtad, sama2 la jiran2 diaorg tu tanggung dosa murtad kuarga ni.. Mcm org x de tamadun plak bila tau jiran2 baling batu, baling kaca... eh... beruk pun x buat mcm ni la...:@ :@
Ini la sikap masyarakat melayu Islam kat Malaysia ni... bila tang ibadat, mkn sowang2.. alasannya kubur asing2. Dia sowang je la Islam, dia sowang je nk masuk syurga... org lain biar la jadik kapir masuk neraka. huh... Org mcm ni la yg first skali masuk neraka sebenarnya!! Alim taik kucing! Sesia je tonggang tonggek solat kalo hati busuk mcm ni! :@ :@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
yg pentingnye hati...
kalau hati tu agama tak kuat..payah la kena dugaan ajer dah nak beralih arah...
tak paham aku..yg laki dia tak keje ker? |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ada sambungan ke citer ni? |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa sebelum kita buat tuduhan AJK surau, orang surasu, jiran, orang kampung tak betul, elok diselidik betul-betul dulu.
pernah masaalah macam ni yang sebenarnya orang bermassalah tu kelentong jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Andai Islam seluruh dunia bersatu...insyaAllah...kite akn kuat... |
|
|
|
|
|
|
| |
|