CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 14707|Reply: 49

Komedi Seram : Ceplos [Setiap Jumaat, Sabtu & Ahad - 9 malam, TV9]

[Copy link]
Post time 25-3-2009 11:34 AM | Show all posts |Read mode
Drama Ceplos Lakonan Kazaruddin Saisi, Syarifah Shahirah, Norliza Abdullah TV9

Sentiasa membariskan rancangan menarik, santai dan segar untuk tontonan seisi keluarga, TV9 kembali lagi dengan memperkenalkan sebuah drama komedi seram yang dijangka mendapat sambutan hangat dikalangan peminat genre ini.

Ceplos yang mempunyai 26 episod membariskan pelakon-pelakon mantap seperti Kazaruddin Saisi,Syarifah Shahirah, Norliza Abdullah, Shahrulzaman, Muhammad ShazrinSazwan, Maimunah Ahmad dan ramai lagi.

[ Last edited by  Syd at 4-4-2009 13:04 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-3-2009 07:27 AM | Show all posts
Terbaru, drama komedi seram yang akan mula disiarkan pada 4 April 2009 ini akan memberi peluang kepada semua penonton untuk mengalami perasaan cemas, mendebarkan serta aksi lucu. Ceplos, itulah tajuk yang dipilih bagi drama komedi seram terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd. Diarahkan oleh Emi Suffian b. Abdul Sabhe dan Puan Hajah Ziela Jalil selaku penerbit, Ceplos dijangka dapat menarik minat penonton memandangkan ia menceritakan tentang makhlus halus bernama Ceplos yang sedang mencari mangsa untuk didampingi.

Drama komedi seram yang masih dalam proses penggambaran ini dibarisi oleh pelakon mantap dan berpengalaman seperti, Kazaruddin bin Saisi (Ipin), Muhammad Shazrin Sazwan (Ceplos), Maimunah binti Ahmad (Mak Senah), Kamarozaman Hj Yusoff (Mail Pilin), Syarifah Sahirah (Ijah), Norliza binti Abdullah (Rosma), Yusof Mohamed Kassim (Alfid) dan Shahrulzaman (Mat Trumpet).

Ia bermula dengan kematian Pak Shuib yang berhasrat untuk mewariskan pendampingnya, Ceplos kepada anaknya Ipin lakonan Kazaruddin Saisi. Namun, Ipin enggan mewarisi Ceplos kerana tidak berminat dengan memilik makhlus halus atau perkara ghaib seperti itu. Tambahan, fikirin Ipin berkecamuk setelah dikecewakan oleh kekasihnya Ijah. Ipin lalu membawa diri ke Kuala Lumpur.
Ceplos terpaksa kembali kepada ketuanya Alfid setelah Ipin menolak kehadirannya. Namun, Alfid tidak mahu menerima Ceplos kerana kebaikan yang pernah dilakukan sepanjang bersama dengan Pak Shuib. Niat Alfid dan konco-konconya hanyalah untuk membawa kemusnahan dan kejahatan kepada penduduk kampung. Perkara ini tidak dipersetujui oleh Ceplos dan membuatkan Ceplos mencari jalan supaya dirinya diterima Ipin.

Akhirnya, Ipin menerima Ceplos sebagai pendampingnya dengan syarat Ceplos perlu menolongnya melakukan perkara kebaikan. Kepulangan Ipin ke kampung membuka lembaran baru kepada semua penduduk. Malah, kekasih lamanya, Ijah yang telah bercerai cuba mengambil kesempatan untuk kembali kepada Ipin. Namun, Ceplos sentiasa menggagalkan rancangan Ijah agar Ipin tidak akan terpedaya dengan tipu daya Ijah.

Bilakah pertempuran sebenar antara Ipin dan Ceplos dengan Alfid serta konco-konconya yang sentiasa membuat kekacauan di kampung akan berlaku? Berjayakah Ipin dan Ceplos mematikan segala rancangan jahat Alfid? Bagimana pula dengan kesudahan hubungan Ipin dan Ijah? Adakah mereka akan bersatu atau sebaliknya?

Untuk melihat kesudahannya, pastikan anda tidak melepaskan peluang menonton drama komedi seram terbaru Ceplos setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad jam 9.00 malam bermula 4 April 2009  ini hanya di TV9.

Alamilah segala debaran semasa menonton dan bersantai bersama keluarga!

Selamat Menonton!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2009 07:29 AM | Show all posts




Gambar Muhammad Shazrin Sazwan Pelakon Drama Ceplos








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2009 11:46 AM | Show all posts
citer hantu kelakar eh
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 12:36 PM | Show all posts
ceplos tu mmg gunting rmbt mcm tu smata2 untuk cter ni ke?? mcm rmbt upin plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2009 01:05 PM | Show all posts
malam tadi korang ada tertengok citer nih tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2009 12:04 AM | Show all posts
kelakar gak....kaza berlakon best
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 07:55 AM | Show all posts
haku layan gak dgn anak2 ..
citer mcm kelaka2 skett..

ipin tu kalo berckp dgn ceplos.. sepatah-sepatah dia sebut.. hehehe

[ Last edited by  rosa_canina at 13-4-2009 07:57 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2009 12:20 PM | Show all posts
Originally posted by rosa_canina at 13-4-2009 07:55
haku layan gak dgn anak2 ..
citer mcm kelaka2 skett..

ipin tu kalo berckp dgn ceplos.. sepatah-sepatah dia sebut.. hehehe


Mana tak nye si ceplos pun cakap sepatah.. sepatah..
Kalu ipin cakap laju2 dia tak paham
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 05:31 PM | Show all posts
oooo yeke.. heheheh
patut la ..yg haku dok tergelak2 tgk dia mcm baru blajo berckp je..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 05:05 PM | Show all posts
Ceplos cakap ngan Ipin kenapalah manusia ni, cakap laju2 dia tak paham.
Tu yg si Ipin tukar style cakap. Sebijik2 keluar.
Ceplos ni hari Jumaat & Sabtu je kan..
Ahad aku tak tau lah.. sbb hari tu sibuk tgk ABH.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2009 08:07 AM | Show all posts
rsnya hari Ahad pun ada..
episod aritu psl hantu tukar jadi batu kt tgh2 jln..
dok tunggu nk nyakat org..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 10:16 PM | Show all posts
mmg kelakar giler citer ni..akak umah aku siap guling2 gelak sakan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 10:47 AM | Show all posts
best ehh citer ni.....nak try tgk la mlm ni mcmna.......
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 10:50 AM | Show all posts
Originally posted by rosa_canina at 15-4-2009 08:07
rsnya hari Ahad pun ada..
episod aritu psl hantu tukar jadi batu kt tgh2 jln..
dok tunggu nk nyakat org..


Sapa yg kena sumpah jadi batu tu.. & sapa yg menyumpah.
Afrid ke? Larrr hari Ahad pun ada ke.. utube hagak2 dah ada ke lum ye?
Malam ni pas galaksi pacak depan tv.. huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 10:36 PM | Show all posts
1st time tgk cite ni tadi.. kompius mule2.. tp best sebab tak seram sgt ...
byk kelakar je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2009 12:52 PM | Show all posts
jumaat sampai ahad lepas baru la aku tgk citer ceplos ni.. lawak pun ada gak.. terfikir gak aku yer, bagus la ada hantu yg baik hati mcm si ceplos ni.. walaupun dia bercakap sepatah2, namun ada gak afdalnya di ipin tu jd penjaga dia.. paling tak tahan, bila abis jer slot tu, mesti di ceplos tu bg kata2 azimat.. insaf jer rasa..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 08:15 AM | Show all posts
Originally posted by Ucu at 17-4-2009 10:50


Sapa yg kena sumpah jadi batu tu.. & sapa yg menyumpah.
Afrid ke? Larrr hari Ahad pun ada ke.. utube hagak2 dah ada ke lum ye?
Malam ni pas galaksi pacak depan tv.. huhuhu


sambungan episod nie haku tak tgk.. camne ntah bleh terlupa plk..
so, tgk mlm sabtu & ahad je.. rupanya tijah tu ada agenda tak baik kt ipin..
nsib baik ada plos..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 01:22 PM | Show all posts
ceplos = capang
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 10:57 AM | Show all posts
Originally posted by rosa_canina at 21-4-2009 08:15


sambungan episod nie haku tak tgk.. camne ntah bleh terlupa plk..
so, tgk mlm sabtu & ahad je.. rupanya tijah tu ada agenda tak baik kt ipin..
nsib baik ada plos..


hehe tijah tu jer.. tijah yg ni suka jer dgn ceplos tu.. hikhikhik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.065099 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list