View: 5159|Reply: 14
|
ada air, tapi istijak, bolehkah?
[Copy link]
|
|
begini, kebanyakannya di hotel2 di negara kita ni... kat toilet diaorang air cuma ada kat sinki di luar jamban saja... di dalam jamban cuma disediakan tisu saja... kecualilah toilet yg kat dlm bilik tu... persoalannya, boleh ke kita guna tisu tu utk taharah walhal ada air, cuma tak boleh nk guna... tak boleh nk tadah air tu, tak disediakan bekas... bubuh dlm cawan kertas, tak cukup pulak... kalau basuh depan, cukuplah... tapi kalau eksos nak cuci sekali... tak cukup tuan! tolong bg penjelasan sikit dlm isu ni!... |
|
|
|
|
|
|
|
tak rosak ke kalo ekzos masuk air |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 tokwan_jantan\ catat
pertama sekali tentang maksud instinjak....
instinjak bukan bermaksud guna benda kesat shj, tetapi guna air pun dipanggil instinjak jugak...
jikalau dari buku2 fardhu ain umum di malaysia, ia tiada lah menulis tentang syarat "perlu tiada air" baru boleh instinjak guna benda2 kesat.....
yg dinyatakan hanyalah boleh memilih samada nak guna air atau benda kesat.......
boleh pilih mana2....
dan dikatakan yg paling sempurna adalah guna kedua2 cara ketika membersihkan kemaluan adalah paling afdal.....
namun kalau nak setakat air saja, atau benda kesat saja pun boleh....
namun , sy pernah dengar jugak kata2 org bahawa jikalau ada air takleh guna benda kesat....?
adakah itu memang amalan syarak di luar tradisi syafiee malaysia atau hanya cakap2 orang?
harap ada yg clearkan..... |
|
|
|
|
|
|
|
tokwan guna istilah istinjak... pasal ikut kefahaman kebanyakan masyarakat kita, bla sebut istinjak ni... mesti guna benda2 selain air utk membersihkan kemaluan depan dan belakang... gitu, jadi sebab tu tokwan tanya, kalau ada air, tapi kita berhalangan nak guna air tu, sebab tak bekas dsb...nya, macam di hotel2... boleh ke kita guna tisu tandas yg disediakan tu utk membersihkan anu2 kita ni!... gitu. kita ni kan, seboleh2nya nak guna air juga... kalau tak guna air, macam 'tak sah' jer rasanya!!! gitulah, maksud tokwan... dan kemusykilan tokwan... tolonglah leraikan masalah ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 tokwan_jantan's post
tisu tandas dalam bentuk moden tak boleh guna untuk istinjak, kerana ianya dianggap tak cukup syarat dari segi bersegi dan kesat. Kalau nak guna juga tisu tandas, gempal-gempalkan bagi jadi mcm bola dulu, baru boleh guna sebagai peralatan istinjak kalau air susah nak dapat atau tak disediakan.
Tapi seboleh-bolehnya, basuhlah semula bila jumpa air sebelum mengerjakan solat. Ini juga untuk menjaga was-was kita yang biasa dok guna air ini. Tapi jgn sampai tinggalkan solat kalau tak jumpa air.
Untuk pengetahuan tuan, istinjak tanpa air ni - tahap 'cuci' nya adalah masuk dalam kategori dimaafkan walaupun tidak cuci 100%. Ini kerana mustahil kita dapat mencuci najis itu dengan batu sama tahap bersihnya dengan mencuci dengan air (ouch!). Tapi kalau kita tahu tak ada air utk mencuci, masa membuang tu kenalah berhati-hati elakkan daripada meleleh dan melekat di merata-rata.
Itulah yang diajar ustaz saya. Tak pernah lagi saya praktikkan ilmu ini walaupun telah mengembara ke pelusuk dunia dan menemui pelbagai jenis tandas...hehe.
Wallahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 always_typo's post
Tiada sah istinja dengan batu melainkan:
1) najis yang keluar itu dari qubul atau dubur
2) kalau yang keluar dari qubul kena jelas qubul yang mana satu (bagi yang ada lebih dari satu qubul).
3) najis itu belum lagi kering pada tempat ia keluar
4) jangan najis yang keluar itu berpindah dari tempatnya yang tetap padanya keluarnya
5) jangan kedatangan pada tempat yang kena najis itu sesuatu jika suci sekalipun
6) jangan melampau najis itu kanan shofahnya dan hasyafnya
Cara istinjak dengan batu:
1) disapukan tempat keluar najis itu tiga kali sapu dengan tiga biji batu
2) atau disapu dengan satu batu dengan tiga kali yang tiga persegi.
3) Tidak memadai istinjak dengan kurang daripada tiga kali sapu, walaupun hasilnya suci.
4) Tiap-tiap kali sapuan melengkapi tempat yang kena najis.
5) Jika tidak suci dengan tiga kali sapu, dilebihkan sapu hingga suci.
6) Melainkan ada tempat yang tidak hilang walau disapu berkali-kali melainkan digunakan air, dimaafkan.
So susah nak istinjak pakai batu ni, jadi kalau tak ada air sangat maka gunakanlah tayamum untuk solat. Wallahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #5 always_typo\ catat
sy ingin bertanya bagaimana tisu tandas itu tidak sesuai sedangakan kesannya mengesat adalah lebih baik dari batu?
tisu tandas modern adalah yg terbaik sebagai benda kesat....
bukankah tisu tandas tu jauh lebih baik dari guna batu....
bagaimana ada alasan tentang ia tidak bersegi tu?
sedangkan daun jugak tidak bersegi....?
boleh saudara bagi rujukan bersegi tu tak? |
|
|
|
|
|
|
|
kesian org islam belajor bab istinjak tak habis2 lagi.
i'm soriii. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #8 tobby\ catat
amir kelate ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #10 tobby\ catat
bagus...mantop2.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 tobby's post
beristinjak ni penting kerana nak menghalal dan mensahkan kan solat. Itu ajer. Sampai bila belajaq pun tak apa. Samalah dengan belajaq wudhu, jenis2 najis, jenis2 air, cara mandi hadath, tayammum dsbgnya. Sebenagnya, semua tu utk persediaan nak solat. Tiang agama tu.
Kepada tuan usopp, pendapat mengatakan tisu tandas tak boleh guna utk istinjak adalah kerana walaupun tisu itu kesat, ianya amat lembut dan mudah hancur dan terkoyak bila digunakan secara sekeping-sekeping . Maklumlah, kertas tu dah recycle berapa kali, ianya juga didesign supaya mudah hancur dalam air, jadi bahannya amat mudah hancur. Salah satu keperluan barang tayammum adalah ianya keras ie tidak mudah hancur.
Seingat saya ustaz telah memberi alternatif mcm mana nak gunakan tisu itu dengan cara terbaik iaitu bagi dia jadi 3-dimensional dengan cara mengepal-ngepalkan dia, maka ianya jadi bersegi dan agak teguh, masih ada juzuknya dan tidak terkoyak juzuk keseluruhannya bila digunakan, baru boleh digunakan untuk beristinjak.
Dibandingkan dengan daun yang kesat dengan tisu, daun tidak akan terkoyak dengan mudah bila digunakan utk beristinjak. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #12 always_typo\ catat
okeylah, penyelesaian telah diberikan.....
lagipun dalam kes tisu nie, memang normal orang akan ambil banyak2 atau lipat2.....
sebagai org Islam, secara automatik akan tahu untuk tidak membiarkan tisu itu secara nipis sehelas kerana pasti akan najis akan terkena tangan jika diguna dgn ketebalan sehelai saja.....
jadi memang normal org yg guna tisu akan gumpal tisu itu.....
bila dah gumpal, kesan mengelapnya adalah paling baik, at least lebih baik berbanding batu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 always_typo's post
|
|
|
|
|
|
|
Balas #14 tobby\ catat
keh3....
tolong arr....aku asyik teringat mamat amir tu jer.....aku minat gak dia.....
dan dalam perbincangan tentang instinjak nie, pada pendapat aku, okey jer....takde masalah pun....
hidup kena balance, tak boleh tak bincang langsung.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|