|
Saya ada seorang kawan(orang putih) yang ingin memeluk Islam dan bernikah dengan gadis melayu tapi malang nya badan dia penuh dengan tatoo.Soalan saya ia-lah
Bagaimana dia nak solat setelah menjadi muslim kerana setahu saya tak sah air sembahyang kalau ada tatoo.
Ada kah Islam mempunyai kelonggaran tentang pekara ini kerana tatoo ini di buat sebelum dia memeluk Islam?
Harap dapat kita berkongsi pandangan bersama tentang pekara ini. |
|
|
|
|
|
|
|
harap link nie boleh tolong...
http://mforum3.cari.com.my/viewt ... &highlight=%2Btatoo
yg nie plak made in jakim....
Nama : Ravindran.
E-Mel : [email protected].
Kategori SU SEMASA
SUB KATEGORI
Umum
Tarikh Hantar Soalan : 10/12/2008 09:09 PM
Soalan : saya ingin memeluk agama Islam. tapi di tangan saya ada tatoo dan saya pernah bertindik. Apakah hukum nye?.
Jawapan :
Alhamdulillah, saudara telah mendapat nur hidayah dari Allah dan sudah membuat pilihan yang bijak dan tepat di dalam memilih agama dan kepercayaan yang benar. Berkenaan dengan tatoo dan bertindik, itu semua saudara buat sebelum saudara memeluk agama Islam. Ia perlu dibuang dan dihindarkan daripada diri kita. Namun, bagi kesan tatoo yang telah tersedia ada di badan/tubuh kita, jika untuk membuangnya menyebabkan kita terpaksa menanggung kesakitan yang teramat sangat, ia adalah dimaafkan. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa tatoo tersebut perlu diselindungkan/ditutup daripada pandangan mata orang lain (ditutup dengan pakaian atau sebagainya) agar tidak menimbulkan kata-kata dan fitnah orang ramai yang melihat tatoo tersebut.
Mengenai bertindik pula, seorang lelaki muslim dilarang untuk menyerupai seorang wanita. Dari itu, ia perlu dihindarkan dari diri seorang lelaki muslim.....
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
p.s=kita sedia maklum bahawa memang ada orang bersusah payah membuangnya.....namun baru2 ini selalu didengar pendapat yg menyatakan perkara tersebut dimaafkan......
[ Last edited by ussopp at 28-3-2009 07:47 ] |
|
|
|
|
|
|
|
http://www.tatbgone.com/
yg ni product...utk buang tattoo...
tapi bukan lam bentuk laser...
i think dier lam bentuk cream... |
|
|
|
|
|
|
|
and it's painless....and scarless |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 ssbrosi's post
tak perlu buang tatto bila masuk islam. dah byk kali dberitahu oleh ulama. cuma masyarakat islam yg bodo saja yg masih pandang serong kepada mualaf yg ada tatto dibadan mrk.
mampos la kaum iban2 & dayak2 nak masuk islam sbb badan mrk ada tatto. klu mcm tu baik masuk Kristian. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 ssbrosi\ catat
apabila org itu memeluk islam , maka terhapuslah segala dosanya dan kesalahannya yg lalu, oleh itu masalah tatu tidak menjadi kesalahan kerana ianya dibuat sebelum dia memeluk islam oleh itu jgn diberatkan hukum kepada org yg ingin masuk islam.........................kita perlu ada satu pendekatan yg terbaik....... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sorang revert kat US post video kat youtube, dia post video cara2 nak pakai hijab/niqab, bagus dia ni, tapi aku perasan tangan dia bertatoo. Mungkin tatoo dia buat sebelum dia ucap syahadah.
Aku agree Islam tidak membebankan. Kalau nak buang tatoo tu sampai menyakitkan atau memudharatkan, tak payah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|