View: 3706|Reply: 7
|
INDONESIA Tragedy: Latest: nahas pesawat, 11 maut!!
[Copy link]
|
|
58 maut empangan 70 tahun pecah
DUA penduduk meredah banjir setelah sebuah empang
pecah di pinggir Jakarta semalam.
JAKARTA - Sekurang-kurangnya 58 orang terbunuh di pinggir ibu negara Indonesia di sini semalam selepas dilanda 'tsunami kecil' akibat empangan pecah yang melimpah dan memusnahkan ratusan rumah ketika para penghuni sedang nyenyak tidur, kata beberapa pegawai.
Mereka berkata, bencana terbaru itu dipercayai disebabkan hujan lebat dan penyelenggaraan lemah infrastruktur berkenaan.
Media tempatan melaporkan, empangan tersebut menakung air Tasik Gintung di Daerah Tangerang, 20 kilometer ke barat daya Jakarta dan dibina semasa penjajahan Belanda pada 1933.
Air yang mengalir deras itu menyebabkan banyak pokok tumbang manakala rumah ranap.
Sehingga lewat pagi semalam, paras air masih tinggi sehingga ada penduduk yang menunggu di atas bumbung rumah untuk diselamatkan petugas kecemasan.
KEADAAN empangan lama yang pecah di pinggir Jakarta semalam.
Para petugas kecemasan terpaksa menggunakan rakit getah untuk mengutip mayat dari jalan-jalan yang bertukar menjadi sungai. Angka kematian dijangka mencecah 100 orang.
"Empangan itu sudah lama dan memiliki kedalaman 16 meter," kata Gabenor Wilayah Banten, Ratu Atut Chosiyah.
"Semalam (kelmarin) hujan turun dengan lebat dan empangan itu tidak dapat menampung tambahan air dua juta meter padu air," tambahnya.
PARA petugas kecemasan mengalihkan mayat menggunakan
bot getah di pinggir Jakarta semalam.
Seorang pegawai Kementerian Kesihatan, Rustam Pakaya memberitahu, 58 mayat telah dijumpai setakat ini manakala lebih 400 buah rumah ditenggelami air sehingga tiga meter.
"Beratus-ratus buah rumah dibanjiri air, berpuluh-puluh rumah musnah, bencana dahsyat itu tak ubah seperti tsunami kecil," katanya.
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menamatkan kempen politik beliau di Jawa Barat dan bergegas ke lokasi kejadian untuk mengucapkan takziah kepada mangsa-mangsa tragedi itu.
- Agensi
[ Last edited by amazed at 18-4-2009 15:48 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Korban meningkat 93 orang
29/03/2009
Jakarta 29 Mac - Jumlah korban akibat pecahnya empangan Situ Gintung kini menjadi 93 orang .
Proses pencarian masih berlangsung dan pihak pemerintah daerah turut memberikan bantuan berupa empat buah trak untuk mengangkut runtuhan di sekitar lokasi kejadian Jumaat lalu.
Situasi di sekitar Situ Gintung dipenuhi ribuan orang ramai yang mahu menyaksikan operasi mencari dan menyelamat. - Utusan
aku percaya jumlah lebih dari seratos~!!! |
|
|
|
|
|
|
|
orang indon perlu mulai muhasabah diri..... |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya kita juga perlu bermuhasabah dan menginsafi petaka yang menimpa jiran tetangga... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm-mcm betol musibah yg jadik kat Indon..
hopefully kat malaysia tak jadik mcm diorang... |
|
|
|
|
|
|
|
Angka kematian 97 orang
BEBERAPA buah rumah musnah akibat empangan
pecah yang dirakamkan di pinggir Jakarta semalam.
JAKARTA - Angka kematian akibat sebuah empangan pecah di pinggir Jakarta meningkat kepada 97 orang semalam ketika beberapa pekerja penyelamat meneruskan usaha untuk menyelamatkan lebih 100 orang yang masih hilang, kata seorang pegawai.
Beratus-ratus bangunan runtuh apabila satu dinding empangan pecah pada awal pagi Jumaat lalu ketika sejumlah penduduk sedang tidur.
"Sehingga tengah hari ini (semalam), kami merekodkan 97 mayat sudah ditemui," kata seorang pegawai pusat bencana darurat, Rahmat Salam.
Kira-kira 700 pekerja penyelamat, polis dan anggota tentera terlibat pada hari ketiga gerakan mencari dan menyelamat.
Sebanyak 102 orang dilaporkan masih hilang.
Rahmat berkata, pegawai-pegawai turut berusaha mengesahkan bilangan mangsa yang hilang selepas beberapa laporan sejumlah penduduk sudah menyelamatkan diri dan tinggal dengan saudara-mara.
Empangan Situ Gintung setinggi 10 meter itu dibina pada 1933 apabila Indonesia dijajah oleh Belanda.
Pihak berkuasa menyalahkan bencana itu akibat tekanan air tinggi berikutan hujan lebat. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Nahas pesawat, 11 dipercayai terkorban
TIMIKA, Indonesia 17 April |
|
|
|
|
|
|
|
98 maut pesawat tentera terhempas
ANGGOTA-ANGGOTA pasukan menyelamat memeriksa bangkai pesawat Hercules yang
terhempas di Magetan, Jawa Timur semalam.
JAKARTA - Jumlah kematian akibat nahas pesawat Hercules milik Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI-AU) di Magetan, Jawa Timur yang berlaku pada pukul 6 pagi semalam meningkat kepada 98 orang, kata beberapa pegawai.
Sehingga semalam, jumlah yang dilaporkan pelbagai media massa tempatan masih berbeza-beza antara lebih 90 orang dan lebih 100 orang kerana ia turut mengakibatkan kematian penduduk yang rumah mereka hancur dihempap serpihan pesawat.
Stesen televisyen tempatan pula melaporkan 15 orang terselamat dan dikejarkan ke hospital berdekatan tetapi keadaan kecederaan mereka tidak dapat dipastikan kerana kawalan ketat oleh pihak berkuasa dan hospital, tetapi kebanyakannya melecur.
Menurut TNI-AU, pesawat itu membawa pelbagai keperluan logistik untuk anggota tentera di wilayah timur Indonesia dan semua penumpang terdiri daripada anggota tentera serta keluarga mereka, termasuk 10 kanak-kanak.
SEJUMLAH askar mencari mangsa yang terselamat dalam nahas pesawat Hercules
di Magetan, Jawa Timur semalam.
Jurucakap Markas Besar TNI, Sagom Tamboen dilaporkan berkata, pesawat itu membawa sembilan anak kapal dan mengangkut 98 penumpang, termasuk 88 dewasa dan 10 kanak-kanak yang semuanya keluarga anggota TNI.
Tiga mangsa yang bukan penumpang dan anak kapal pesawat Hercules C-130 itu pula ialah Rosidi, Warsim dan seorang lain, yang mati ketika sedang berada dalam rumah yang dihempap pesawat itu, katanya yang dipetik agensi berita Antara.
Beliau berkata, memandangkan usaha mengeluarkan mangsa masih dijalankan, angka kematian berkemungkinan meningkat.
Sementara itu, Komandan Pemeliharaan Material TNI-AU, Sunaryo pula berkata, pesawat Hercules C-130 bernombor A-1325 yang terhempas itu baru setahun menjalani penyelenggaraan di Depo Pemeliharaan 10 Pangkalan Udara Husein Sastranegara, Bandung.
"Setelah setahun menjalani penyelenggaraan mesin, pesawat sudah menjalani 800 jam terbang dan masih sangat layak terbang," katanya.
SATU kebakaran berlaku selepas pesawat tentera terhempas
di Magetan, Jawa Timur semalam.
Presiden Indonesia, Bambang Susilo Yudhoyono berkata, punca nahas masih disiasat.
"Kita tidak boleh menyatakan ia kerana masalah cuaca, enjin atau kesilapan manusia. Adalah lebih baik kita tidak membuat spekulasi mengenainya," kata beliau. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
| |
|