View: 3802|Reply: 17
|
Apa maksud sembahyang awal waktu?
[Copy link]
|
|
Apa maksud dia???
Kalau Subuh, katakanlah matahari terbit jam 7 pagi..dan azannya jam 6 pagi, maka sembahyang awal waktunya ialah?. Dalam masa 10 minit sesudah azan? atau 20 minit atau 30 minit?
Kalau Zohor, time frame dia ialah 3 jam, maka adakah awal waktu yang dikatakan ialah dalam masa 1 jam, atau 2 jam dari masa azan
Kalau Asar, time frame dia ialah 3 jam before maghrib, so sama macam zohor, mana yang awal waktu?.
Maghrib lak?
Isyak?
Harap boleh jawab...so boleh la sama2 kita kejar pahala solat awal waktu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 eastrun's post
for me, solat awal waktu tu ialah as soon as dengar laungan azan, terus gi amik wuduk dan bersolat. sebaik-baiknya ialah before orang azan lagi, kita dah siap2 tunggu kat sejadah..habis azan je terus solat. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 Vvenus's post
tak ini case macam orang tu tak leh nak sembahyang pada waktu IMMEDIATELY after azan..maybe ada keje ke... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Vvenus at 30-3-2009 14:17
for me, solat awal waktu tu ialah as soon as dengar laungan azan, terus gi amik wuduk dan bersolat. sebaik-baiknya ialah before orang azan lagi, kita dah siap2 tunggu kat sejadah..habis azan je ...
Benar Vvenus,
Oghang yg 'menjaga waktu' adalah lebey baik dari oghang yg solat di awal waktu.
p/s nanti eastrun fening kefaler dgn falsampah di atas |
|
|
|
|
|
|
|
seawal yg blh, selepas azan berkumandang....yg penting jgn sengaja melengah2 kan solat tanpa sebab...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 SQUIRREL's post
I think this is the best answer..Thanks |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 niceghost2005's post
Menjaga solat means tak tinggalkan langsung,kan??. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 niceghost2005's post
Faham....thanks hantu baik |
|
|
|
|
|
|
|
Sume dah menjawab kan..
Selagi xde keperluan yg mendesak tu..solat la.. Tinggal jap urusan dunia..
Ade yg lebey penting plu di uruskan.. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu ustat aku ade ckp awal waktu maksudnya 1/4 dr tempoh sembahyang tu. cthnya tempoh semayang maghrib 1 jam n masuk semayang kol 7.30pm so tempoh awal waktu ialah antara 7.30pm sampai 7.45pm.
papepun yg terbaik ialah semayang selepas azan berkumandang dan semayang secara berjemaah |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya kalau dgr azan dari masjid hendaklah terus ke masjid utk solat jemaah.. sebab itu kat saudi semua kedai & pejabat tutup waktu solat supaya semua boleh ke masjid.. secara tak langsung kita sudah mengikut sunnah nabi S.A.W |
|
|
|
|
|
|
|
sebaiknya kita menunggu masuk waktu solat..blm azan dah siap dok atas sejadah berzikir dan berwirid lepas aja azan kalau perlu solat sunat, solat sunat dulu then solat fardu..ni lah yg sebaik2nya
but sometimes memang keadaan tak dpt dielakkan...ada tuntutan lain..saya penah tanyakan pada pensyarah kelas usuludin saya..
kalau saya ada kelas waktu masuk waktu solat haruskan saya tinggalkan kelas saya tunaikan solat dahulu? diberi jawapan waktu mengajar itu amanah kepada kita..tak blh ditinggalkan..dlm hal ni, nilah masanya kita gunakan waktu solat yang panjang utk solat selepas habis tanggungjwb kita tadi..macam doktor yang bertugas di bilik bedah yang memakan masa berjam2 sehingga habis 2 waktu solat mereka juga dibenarkan menjamak solat ..,,sbb tak mungkin mereka blh meninggalkan pesakit dlm waktu kritikal begini kan...
jagi begitulah jika subuh saya menunggu waktu masuk sbb memang bangun utk qiam pun ( jenis bgn lg setengah jam nak masuk subuh liat lagi nak bangun tengah mlm) so sambil berzikir ke mengaji ke tunggu solat subuh..
waktu zuhur dan asar bergantung pada masa free...atau pun ikut waktu yg dah disediakan oleh pihak sekolah solat bersama pelajar..maghrib sebaik sampai rumah..saya biasa sampai dah nak masuk maghrib...
isyak memang saya lewatkan solat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'" (Sahih Muslim no. 469)
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf-saf." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Jika seorang imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn'...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), maka ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu." (Shahih Bukhari no. 782)
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia.'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadis ini)
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawaRasulullah SAW bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'" (Al Musnad no. 9140, hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'" (Shahih Muslim no. 2733)
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit.'" (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)
10. Orang yang sedang makan sahur.
Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur." (hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh." (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")
12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain." (disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua
107:4. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang menyembah,
107:5. Orang-orang yang, pada solat mereka, mereka lalai,
107:6. Orang-orang yang menunjuk-nunjukkan,
(LALAI dalam SOLAT atau dalam MENGERJAKANNYA???????)
HADITH NABI:
SESUNGGUHNYA DUA ORANG YANG SAMA RUKUK DAN SAMA SUJUDNYA
TETAPI DISISI ALLAH JARAK ANTARA KEDUA-DUA MEREKA
BAGAIKAN LANGIT DAN BUMI
??????????????????????????????
ADA KALIAN PERNAH TERDENGAR hadith INI TAK??
APABILA TERTEGAKNYA MATAHARI MAKA DIKALA ITU TERBUKANYA JAHANNAM
MAKA UNDURLAH SOLAT KAMU HINGGA TERASA KURANG BAHANGNYA dannn
APABILA TERBENAMNYA MATAHARI MAKA TIMBULLAH TANDUK SYAITAN
SOLATLAH APABILA KAMU PASTI BENAR-BENAR TENGGELAMNYA MATAHARI......
(hanya untuk renungan dan difikirkan bersama) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #14 sunsuria\ catat
thks... really2 gud infos.
12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.
Teringat semasa mom belajar bab nih, dalam simple words.. orang yang berilmu itu lebih utama. Ilmu sangat-sangat penting.. Syeikh Ibn 'Athoillah R.A ada menyebut.. ILMU mendahului amal.
Wallahu a'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
EASTRUN-SOLAT AWAL WAKTU?
SALAM FORUMER; SAYA MERUJUK PD SEDARA EASTRUN TAJUK ISU...
MUNGKIN YG SEDARA MAKSUDKAN ADALAH "solat pada waktuNYA?"
KERANA PADA AZAN KALIMAT "MARILAH MENUNAIKAN SOLAT" ADA PD SABDA NABI KITA YG MERUJUK PADA SOLAT PADA WAKTUNYA;
dari ajakan solat itu sendiri; setiap panggilan ada jawapan yg diajar oleh nabi kita; seperti pada kalimat "tiada daya dan upaya atad diriku melainkan atas izin Allah; tetapi ayat seterusnya menyeru kita supaya bersolat;
perhatikan kaitan antara 2 kalimat ini; makanya dapatlah kita sedar, sesunghnya solat itu adalah kurnia dari tuhan itu sendiri; sebelum kita tegak berdiri lurus atas sejadah, sebelum kita memasuki masjid atau ruang solat itu sendiri; sebelum kita memasuki tandas mengambil wuduk; sebelum kita teringat kita belum bersolat; sebelum kita terasa sendiri dihati kita mahu bersolat; sebelum kepada sebelumnya; adalah DIA; yg awal dan akhir; spt pada ayat "SEGALA SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU, MATIKU ADALAH DEMI SEMATA MATA KERANAMU YA ALLAH"; kerana itu sebelum kita teringat; Allah yg terlebih dahulu memberi ingat;
TETAPI KENAPA BANYAK SANGAT CERITA SEBELUM?MARI KITA LIHAT SURAH YG TURRUN DI GUA HIRA' PADA BULAN RAMADHAN; SEBELUM ADA RUKUN PUASA; WAHYU PERTAMA TURUN
"BACALAH, BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU; DENGAN NAMA TUHAN YANG MENCIPTAKAN,YANG MENCIPTAKAN MANUSIA DARI SEGUMPAL DARAH, BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU YANG MAHA PEMURAH, YANG MENGAJAR MANUSIA DENGAN KALAM; YANG MENGAJAR MANUSIA APA APA YANG TIDAK DIKETAHUI [AL-ALAQ:1-5]
JADI DISINI KITA DAPAT SEDARI; APABILA KITA INGIN MENGENALI SESUATU; CONTOH SPT INGIN MENGENALI DIRI, HARUS MENGENAL TUHAN DAHULU, UNTUK MENGENAL TUHAN, HARUS MENCARI BUKTI PADA DIRI, DENGAN MENCARI BUKTI DIRI; DIRI SESEORANG ITU PERLU BERSULUK ATAU IKUT CONTOH NABI MENYEPI DIRI DI SATU TEMPAT TIADA GANGGUAN, SAMBILMENELITI KEJADIAN DIRI; KEJADIAN DIRI ADA TERSIMPAN SATU RAHSIA BESAR; RAHSIA PENCIPTAAN, RAHSIA KESEDARAN DIRI SEBAGAI HAMBA PADA TUHAN; RAHSIA BESAR RAHSIA ALAM DAN AKHIRNYA AKAN SEDAR SATU BENTULK ILMU DARI BEKAS BEKAS JALAN NABI IBRAHIM DARI CONTOH KERANA AKAL BELIAU SELALU BERFIKIR TENTANG SIAPA PENCIPTANYA; SEMUANYA BERMULA DENGAN PROSES MERENUNG RENUNG DIRI, MENYEPI DIRI, DENGAN HATIMINDA YANG BERSIH, DENGAN BERSERAH PADA-NYA;...
MAAF KIRANYA PENERANGAN SAYA MELALUT LALUT; TAPI CUBALAH KITA MENGHITUNG HITUNG DIRI DALAM SEHARI ATAU SELEPAS TIAP WAKTU SOLAT.....INSYA-ALLAH AKAN DIBERI HIKMAH...
SEKIAN WASSALAM |
|
|
|
|
|
|
|
salam...
just my 2 cents...
banyak dah penerangan di atas berkaitan solat awal waktu. saye cuma nak berkongsi garam dan gula sket.
Tips untuk solat khusyu' dan khudu':
- lakukan solat di tempat azan dilaungkan (masjid)
- Dapatkan takbiratul ula (berjemaah - masbuq tak kira)
- Awal waktu
- Saf pertama (kalau boleh)
- perbanyakkan solat sunat
- tambah ilmu berkaitan kesempurnaan solat dan kelebihan khusyu'
- doa pada Allah mintak diberi hakikat khusyu'
Allah Knows Better |
|
|
|
|
|
|
| |
|