View: 2871|Reply: 7
|
Pyongyang ancam serang Jepun
[Copy link]
|
|
SEOUL: Krisis misil Korea Utara kian meruncing apabila Pyongyangsemalam mengancam untuk menyerang sasaran Jepun jika Tokyo menembakjatuh roket membawa satelit yang akan dilancarkan oleh negara komunisitu pada bila-bila masa.
Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatanmengancam tindak balas antarabangsa yang tegas dan sepadu jika KoreaUtara meneruskan rancangan untuk melancarkan roketnya itu.
Tentera Rakyat Korea (KPA) dalam satu pengumuman berkata:
"Jika mana-mana pihak mengambil langkah untuk memintas satelit DPRK(Republik Demokratik Rakyat Korea-Korea Utara) yang dibangunkan untukkegunaan aman, KPA akan secara pantas bertindak balas."
Kenyataan itu menuduh Jepun cuba mengeruhkan keadaan pada ketika satelit itu hendak dilancarkan.
"Jika Jepun bertindak memintas satelit DPRK... KPA akan tanpamaaf menghancurkan bukan saja kemudahan pemintas yang dikerahkan tetapijuga sasaran utama lain," kata KPA.
Kenyataanitu yang dikeluarkan melalui Korean Central News Agency juga menuntutAS mengundurkan segera tenteranya yang sudah dikerah jika Washingtontidak mahu pasukannya itu turut terkena serangan balas.
Korea Selatan juga diberi amaran agar tidak mengganggu pelancaran berkenaan.
Pyongyang sebelum ini mengumumkan akan melancarkan satelit perhubungan di antara 4 hingga 8 April.
AS dan sekutu Asia utaranya mendakwa pelancaran itu sebenarnyaadalah ujian bagi misil balistik Taepodong-2 Korea Utara yang secarateorinya boleh mensasarkan Alaska atau Hawaii.
Sementaraitu di London, Presiden Barack Obama dan rakan sejawatnya dari KoreaSelatan, Lee Myung-bak bersetuju untuk mengambil tindak balasantarabangsa yang 'tegas dan sepadu' jika Korea Utara melancarkan roketitu.
Presiden AS yang mengadakan pertemuan berasingan dengan Leesemalam dan Presiden Hu Jintao dari China kelmarin. Obama berkata, ASmenganggap pelancaran itu sebagai tindakan provokatif dan Washingtonakan mengusahakan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsaBersatu ke atas Korea Utara sebagai balasan.
Obama, Lee dan Hu berada di London untuk menghadiri sidang kemuncak G-20 yang bermula semalam. - AFP/AP
sumber --> http://www.bharian.com.my/Curren ... cle/indexworld_html
[ Last edited by budingyun at 3-4-2009 17:02 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 budingyun's post
gulp..
kalo dorg perang..agak2 sape menang. |
|
|
|
|
|
|
|
biar je lah klu satelit dilancarkan bukan untuk tujuan ketenteraan seperti yg dikatakan oleh pihak korea utara |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4 slier81\ catat
no komen..tp korea utara mmg negara yg berani..
lawan amerika pon berani.. |
|
|
|
|
|
|
|
omg... janganla sasarkan org yang x berdosa mangse roket north korea ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #6 RuffyRafe\ catat
|
|
|
|
|
|
|
asyik nak bergolak jer dunia ne tunjuk saper besor...:@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
| |
|