CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3570|Reply: 30

boleh caya ke

[Copy link]
Post time 5-4-2009 12:34 PM | Show all posts |Read mode
hr tu aku ada dpt email ni
Kisah benar

Ni adalah benar...sila baca sehingga habis...dan tlg sebarkan kepada seberapa byk org yg boleh.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ini adalah surat wasiat dari penjaga makam

Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad

Maeine (Saudi Arabia)

pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di

makam Rasulullah SAW.

selepas membaca lalu

hamba tertidur,dalam tidur hamba bermimpi

didatangi Rasulullah SAW lalu ber sabda kepada

hamba,dalam 60 000 orang yang meninggal

dunia di zaman ini tiada seorang pun yang

matinya dalam keadaan beriman.


(a)isteri tidak mendengar kata suami.


(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.


(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.



oleh itu wahai Sheikh Ahmad,hendaklah kamu

menyedarkan keada orang islam ini supaya

membuat kebajikan kerana hari

penghabisan(Qiamat)akan tiba di mana

bintang akan terbit dari langit,sesudah itu

matahari akan turun di atas kepala.



PESANAN HAMBA INI


(a)berselawat-untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.


(b)bertaubatlah-dengan segera sementara pintu taubat masih

terbuka.


(c)bersembahyanglah


(d)berzakat-jangan ditinggalkan


(e)menunaikan fardhu haji-bila berkemampuan.


(f)jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.





UNTUK MAKLUMAN


1.seorang saudagar dari bombay telah

menerima surat ini dan beliau telah mencetak

sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada

orang lain,dia kemudiannya dianugerahi ALLAH

dengan mendapat keuntungan yang besar

dalam perniagaannya.



2.seorang hamba ALLAH telah menerima surat

ini tetapi tidak mengendahkannya dan

menganggap wasiat ini palsu,maka selang

beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.


3.Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas

Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini

kemudian mengarahkan setiausahanya

mencetak sebanyak 20 salinan dan

menghantarnya kepada orang lain,maka

selang beberapa hari kemudian dia telah

mendapat hadiahdari kebajikan masyarakat di

malaysia timur.



4.Tan Sri Ghazali Jawi,bekas menteri besar

perak secara tidak langsung dipecat dari

jawatannya kerana apabila beliau menerima

wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan

untuk disebarkan kepada orang lain tetapi

beliau telah menyedari kesilapannya lalu

beliau mencetak semula wasiat ini dan

mengirimkannya kepada orang lain,beberapa

hari kemudian beliau telah dilantik menteri

Kabinet Perdana Menteri.


5.Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat

wasiat ini dan tidak percaya akan

kebenarannya juga menganggap palsu lalu

membuangnya ke dalam tong sampah.

seminggu kamudian beliau telah dijatuhkan

hukuman pancung sampai mati.


6.di terengganu,seorang pekerja bengkel

kenderaan telah menerima wasiat ini dari

pengirim yang tidak dikenali yang datangya

dari perak lalu beliau membuat sebanyak 20

salinan seperti yang dituntut.

Alhamdulillah dia

dianugerahkan oleh ALLAH seorang gadis

berakhlak milia seperti yang dituntut oleh

islam.

baginya anugerah ini paling agung dan

tidak ada tandingannya.


7.Di Terengganu juga,seorang hamba ALLAH

telah menerima surat ini dari orang yang tidak

dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya

dengan mengatakan ianya bohong belaka dan

sengaja mengada-adakan untuk menakutkan

orang yang membacanya.

beberapa hari

kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil

dan penderitaannya amat menyedihkan.

setelah tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital,

penyakitnya sukar juga diubati oleh doktor.

Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan

mengedarkannya kepada orang lain

Seminggu kemudian barulah beliau beransur sembuh

sehingga sekarang.



Banyak lagi contoh-contoh orang yang

menerima wasiat ini tetapi tidak

mempercayainya dan tidak mengedarkannya

atau menyampaikan kepada orang lain.

dimana mereka mendapat malapetaka.

setelah

kejadian yang menggembirakan dan

menyakinkan ini anda jangan lupa

menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa

96 jam dari masa anda menerimanya.

InsyaALLAH anda akan memperolehi sesuatu

dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan

menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagian hidup.

INSYAALLAH.




PERHATIAN



setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan.
sekiranya telah dilakukan anda
akan dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan oleh ALLAH.


kata sheikh ahmad lagi

jika apa yang hamba katakan ini tidak benar,

biarlah hamba mati dalam kekufuran dan hamba tidak dapat

perlindungan dan syafaat RASULULLAH SAW naaauzubillah.

oleh itu hendaklah ditulis

atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain.

insyaALLAH dalam masa 2 minggu anda akan beroleh kebahagiaan dan ingatlah

lakukan ini dengan hati yang ikhlas dan janganlah diabaikan atau dibiarkan


TLG SEBAR KAN KEPADA UMAT ISLAM.....SEBARKAN 20 WASIAT NI KPD UMAT ISLAM.....                       





boleh caya ke email cm ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2009 12:42 PM | Show all posts
astaghfirullah............awat lahhhhh macam ni....well daripada i ...you know......i nak tanya you
siapa berkuasa ke atas manusia?
cahin letter aka email ni ker or yg you sujud sembah  5 kali sehari tu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 01:27 PM | Show all posts
aku pernah baca surat ni masa zaman sekolah lagi..
siap ada member kelas photostat bebetul..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 02:04 PM | Show all posts
eiii napa laa ko nak caya menda2 ni...bala balasan kebaikan keberkatan tu seme datang dari allah taala laa...menda2 ni seme karut..ni email berantai dari jaman tok kadok..dan dulu dah dibincangkan menda ni dlm bod ni..cuba ko search...aku rasa dah bertahun2 lama dah thread ni bertapak dlm ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2009 05:02 PM | Show all posts
ok aku x mau percaya lg bnda cm gini
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 05:06 PM | Show all posts
member aku yg mengaji tinggi pun masih dok forward email2 berantai mcm ni.  masih ada yg jahil bab ni walaupun cerdik bab lain.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2009 05:12 PM | Show all posts

Balas #1 EssoBt8\ catat

ni biol mana la yang pi type buat email...aku dapat surat busok dan burok nih waktu aku darjah 1 dolu dolu
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 05:25 PM | Show all posts
Originally posted by EssoBt8 at 5-4-2009 12:34 PM
hr tu aku ada dpt email ni
Kisah benar

Ni adalah benar...sila baca sehingga habis...dan tlg sebarkan kepada seberapa byk org yg boleh.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ini a ...


kalau sebar kat pilihan raya ni leh menang ke...?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2009 01:55 PM | Show all posts
ermmm....dedulu surat...skrg emel...benda tipu ni..dah ade fatwa haram pun

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978

SURAT SHEIK AHMED PALSU, KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi
biara Blessings of St Antonio , Texas , USA pada tahun 1974/75 untuk
mengelirukan uma t Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis
Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria
(bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas
di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh
Katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de
Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun. Menurut
Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam
Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979, tidak ada penjaga
makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979.

Penjaga makam di Madinah ialah:

Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul

Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932),

anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi
Al-Quraisy

(1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi

Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya

Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque

Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).

Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat
dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada
tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada
dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau
meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana
bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad). Allahyarham D atuk Shafawi Mufti
Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa
dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah 搈elakukan syirik dan tidak
mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya
itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2009 05:21 PM | Show all posts
ish...  keluar lagi dah....     bila la nak kasi tanam surat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2009 05:36 PM | Show all posts

Balas #9 namharnimsak\ catat

polik sunggoih paderi kristian boat kerja lagu nih
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 10:06 AM | Show all posts

Balas #11 nanat87\ catat

agenda penyesatan akidah
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 07:11 AM | Show all posts

Reply #12 namharnimsak's post

sesat akidah ka?aku ingat dia hanya nasehat pasai buat benda bbek...tp buat pa?macamla orang isle tak buleh nak habaq
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 10:50 AM | Show all posts

Balas #13 nanat87\ catat

ermmm...sesat sbb dia soh send benda tu kat orang n kalo x buat akan dapat bala...sdangkan ape je yg datang pada manusia adalah dari Allah bukan dari sbb x forward benda alah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 12:11 AM | Show all posts
halus sungguh jejarum itu
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 12:43 AM | Show all posts
Ada lagi surat puaka tu :@  dari zaman aku sekolah sampai zaman internet masih ada lagi orang forward email puaka tu hawau btul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2009 01:15 AM | Show all posts

Balas #9 namharnimsak\ catat

Tu dia..tahun 1978
hidup lagi surat nih
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 03:25 PM | Show all posts

Balas #17 penyo\ catat

kan...sepatutnya fatwa ni diwar2kan secara meluas...bukan sekadar kuar kat buku jek.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 09:11 PM | Show all posts
Salam,

Dari tahun 1978 hingga nak sampai 2012 ia masih terus beredar..
Dari zaman posmen sampai zaman email, sms tak pernah mahu berhenti..

Itu petanda apa?

Bukankah petanda masih ramai umat Islam masih tidak faham agama?

Masih tak kenal akidah yang benar?

Moga-moga ia akan lupus jua akhirnya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 09:33 PM | Show all posts

Reply #19 saifulms's post

bukan tak faham agama, tapi memutar belitkan agama...






~ lama tak nampak abg saiful... shat?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.061373 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list