Drama Roda-Roda KL Lakonan Serina Redzuawan, Jalaluddin Hassan, Memey Suhaiza DRAMA BERSIRI KEPOLISIAN, RODA-RODA KL (SIRI 2) KEMBALI DI TV2
Sambutan baik yang diterima daripada penonton terhadap dramabercorak kepolisian menerusi Roda-Roda KL yang mengangkat usaha murnianggota polis trafik dalam menggalas tugasan seharian mereka tahun lalumenyuntik idea untuk menyambung siarannya menerusi siri kedua dramaterbitan syarikat gergasi Skop Production Sdn Bhd.
Justeru TV2 mulai April 2009 ini mengambil inisiatif menyiarkanRoda-Roda KL (Siri 2), setiap Rabu, jam 10.30 malam denganmengetengahkan 13 episod-episod berbeza dan permulaannya tampilmenerusi tajuk Ranjau Jalanan (3 episod) dan Gerhana (3 episod) yangpastinya mampu memberikan kesedaran dan pengajaran berguna kepadapenonton seperti isu lesen memandu palsu dan samseng di kalangan MatRempit yang semakin berleluasa masa kini.
Menerusi Ranjau Jalanan penonton diajak berkongsi kemeriahan UnitTrafik yang diserikan lagi dengan kehadiran anggota baru, Kopral Karimyang diserapkan daripada cawangan trafik Selangor. Sifat Kopral Karimyang agak pendiam menjadikan dia dianggap penuh dengan misteri olehanggota yang lain.
Sementara itu pihak polis trafik dan JPJ mendapat laporan tentangkes pemalsuan lesen memandu kenderaan di kalangan orang awam. Pelbagaitaktik dilakukan oleh pihak sindiket supaya proses ujian memandu tidakperlu dijalani oleh orang awam yang ingin mendapatkan lesen dengancepat dan mudah.
Amri seorang pengantara dalam sindiket tersebut giat mencari mangsa.Salah seorang pelanggannya adalah rakan kolej Syafiq. Syafiq seakanterpengaruh dengan rakan kolej yang sudah mempunyai lesen memandu tanpamenyedari mereka terlibat dalam kes jenayah.
Dalam masa yang sama, Kopral Karim mengalami masalah rumahtanggadengan isterinya Sofea. Sofea sering meluahkan rasa tidak puas hatidengan kehidupannya yang serba sederhana selama ini dengan Karim. TanpaKarim sedari, Sofea kerap berjumpa dengan bekas kekasihnya Ezam ketikaKarim sedang bekerja.
Pada masa sama polis trafik bedepan dengan pelbagai ragam dankarenah orang awam yang sering melakukan kesalahan jalanraya. Dalampada itu Kopral Karim tertekan sejak ternampak isterinya Sofea bersamaseorang lelaki yang tak dikenali dalan sebuah kereta. Sementara ituAmri semakin galak menjalankan kegiatan menjual lesen palsu kepadaorang ramai. Kopral Karim yang cuba berbaik dengan isterinya kecewaapabila Sofea terus dingin terhadap dirinya.
Polis berjaya mengenal pasti dalang yang mengeluarkan lesen memandupalsu. tangkapan di buat bersama dua lagi lelaki yang terlibat. Dalampada itu Syafiq di tahan Kopral Kamarul bersama rakan-rakannya yangmemandu kereta dalam keadaan yang membahayakan. Kedua rakannya itu ditahan kerana memiliki lesen memandu palsu. Sarjan Manan terkejutapabila diberitahu anaknya turut terlibat. Sementara itu Korpal Kamarulsemakin tertekan dengan sikap isterinya. Dia mula mengesyaki Sofeaberlaku curang di belakangnya.
Manakala menerusi tajuk Gerhana pula mengetengahkan situasi cabarandi lalui anggota trafik semasa menjalankan tugasan mereka. Dalam satukejadian seorang lelaki di pukul oleh empat orang Mat Rempit tapimujurlah Sarjan Manan dan Kopral Kamarul sampai di tempat kejadian.
Ekoran dari itu polis cuba menjejaki mereka. Siasatan mendapatimereka adalah suspek yang di buru polis atas pelbagai kesalahan jalanraya. Dalam pada itu Kopral Karim semakin tertekan apabila sekali lagiternampak isterinya Sofea dengan seorang lelaki.
Krisis rumahtangga bertambah buruk apabila Karim menuduh isterinyaberlaku curang. Di tengah kekalutan inni dia diberi amaran oleh C/InspAzman atas kecuaiannya dalam tugasan. Kopral Karim diberi amaran supayamemberikan perhatian pada tugasannya. Dalam masa yang sama, rumahtangganya terus bergolak.
Sementara itu lelaki yang menjadi mangsa pukul Mat Rempit berangmelihat suspek masih bebas. Polis memperhebatkan operasi memburu MatRempit. Abu dan kuncu-kuncunya dapat meloloskan diri dalam satu operasipolis.
Walaubagaimanapun dengan kerjasama Faizal, polis menjejakisuspek di satu lokasi. Dalam kejadian kejar mengejar itu Abu mendapatkemalangan tapi dia cuba bertindak ganas dengan melawan anggota trafik.
Abu bersama 3 rakannya yang terlibat dalam kes pukul dan lumba haramberjaya di berkas polis. Dalam pada itu Kopral Karim di nasihati agartabah menghadapi kemelut rumah tangganya yang bergolak. Sarjan Mananpula tersinggung dengan sikap segelintir pengguna jalan raya yangmenyalahkan polis trafik bila berlaku kesesakan jalanraya di waktupuncak. Di tengah kekalutan ini, Kopral Karim bertambah bingung apabilaisterinya Sofea mahu menuntut cerai.
Lalu apakah tindakan yang diambil oleh Kopral Karim? Berjayakah diamenyelesaikan masalah peribadinya dan pada masa sama menunaikantanggungjawabnya untuk menjadi seorang petugas trafik yang diseganikreadibilitinya? Segalanya bakal terjawab apabila anda meluangkan masamenonton Roda-Roda KL (Siri 2), setiap Rabu, jam 10.30 malam di TV2.
Roda-Roda KL membariskan pelakon Serina Redzuawan, Jalaluddin Hassan, Memey Suhaiza, Farid Amirul dan Roy Azman.
|