|
Saya ada satu kemusykilan dan ingin bertanya kpd ustaz @ ustazah yg ada kat sini ttg menamakan anak angkat. Saya faham bahawa:
"Anak angkat hendaklah dibin atau dibintikan kepada nama ayahnya sendiri. Haram hukumnya dibin atau dibintikan dengan nama ayah angkat. Dengan berpegang kepada nas Al-Quran ayat 5 surah al-Ahzab maka tidak harus anak-anak angkat di bin atau di bintikan bapa peliharaannya dan anak-anak angkat itu dianggap ajnabi."
Contoh:
Ayah sebenar : Mohd Noor Bin Ahmad
Ayah angkat : Mohd Syukri Bin Abdullah
Nama anak : Nur Aleeya
Nama yang diharamkan : Nur Aleeya Binti Mohd Syukri
Nama yang dibenarkan : Nur Aleeya Binti Mohd Noor
Persoalannya adakah nama di bawah dibenarkan? Iaitu menggabungkan nama ayah angkat dengan nama anak dan di bin/binti kan dengan nama ayah kandung...
Nur Aleeya Syukri Binti Mohd Noor
Tolong leraikan kemusykilan ini??? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 MekJeput\ catat
Salam,
Tiada kesalahan pada nama anak perempuan angkat itu kerana masih di binti kan dengan nama ayah kandung. Dan nama anak perempuan itu sahaja pun bermaksud baik. Jangan risau.
wallahu a'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 mom2003's post
Terima kasih mom. Sebenarnya saya pun berpandangan begitu. Tetapi selepas ada yang mengatakan menggabung nama anak angkat dan ayah angkat masih tidak boleh saya menjadi menjadi serba salah dan keliru, pendapat yang mana yang betul.... Terima kasih sekali lagi mom kerana meyakinkan saya. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 MekJeput\ catat
syukri tu nama lelaki ke perempuan...
aku terinagat nama Dr. Mazlan kat UM tu.... sorang lagi yang Dr. Khairul azhar selalu masuk 4WD dulu... dua-duanya perempuan. |
|
|
|
|
|
|
|
payahnya nak isi borang kalo nama panjang2 neh... xmuat petak
hakikatnya binti tu tetap nama bapa dia, taruk ler berapa syukri pun xde salah pd namamu, harus jerk... xdenya haram...
cuma In nak ckp, org melayu neh xde dia nak panggil nama anak tu sepanjang yg dibg kat dlm surat beranak tu... habis panjang alia jek .. so, kesian kat nama tu... sekadar tertera kat surat beranak jek.
~ sekadar pandangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 indah1285's post
rasionalnya sebelum anak angkat tu meningkat dewasa dan memahami situasi sebenar, dia beranggapan syukri tu ayah dia. Bila dia dah cerdik dan memahami barulah akan diterangkan situasi sebenar. Adanya nama syukri tu bukanlah bermakna nak memanggil anak perempuan itu dgn nama lelaki.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|