CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4607|Reply: 46

Kau Mawarku Satukan Cinta Isma-Zul

[Copy link]
Post time 9-4-2009 04:17 PM | Show all posts |Read mode
Kau Mawarku Satukan Cinta Isma-Zul



Teks oleh Ellyna Ali


KUALA LUMPUR, 9 MAC 2009:Hampir setiap minggu, Isma atau Ismaliza Ismail, 30, masih kekalmenjadi pelajar yang meraih undian tertinggi tinggi dalam programrealiti Akademi Fantasia Musim 7 (AF7).

Dari situ,timbullah desas-desus yang mengatakan kononnya Isma telah mendapattajaan daripada pihak tertentu yang melaburkan banyak wang untukmenghantar undian secara SMS. Sejauh mana kebenarannya?

SuamiIsma, Zul yang dulunya adalah bekas vokalis kumpulan 2 By 2memberitahu, dia sendiri pun tidak tahu menahu dari mana datangnyaundian tertinggi yang diperolehi isterinya dalam setiap konsertmingguan AF7 itu.

"Sebenarnya saya sendiri pun terkejut bilasetiap minggu melihat Isma berada di tangga yang teratas hingga berjayamengatasi pelajar-pelajar lain yang jauh lebihmuda daripadanya. Tapi saya tak nafikan kami memang berkawan baikdengan keluarga diraja di Brunei. Sebab, saya dan Isma pun masih selalubuat show di sana. Mungkin, mereka yang mengundi Isma setelah melihat Isma menyertai AF7.

"Mungkin juga sokongan yang diberikan itu datangnya dari pihak TUDM, Polis Trafik serta Telekom. Sebab, Isma sendiri pernah menyanyi dalam ketiga-tiga kombo pasukan beruniform itu.

"Seperkaralagi, saya juga berasakan bahawa sokongan buat Isma juga datangnya darigolongan ibu-ibu. Tapi, kalau ditanya tentang soal taja-menajaatau minta-meminta, saya rasa semua itu mengarut sama sekali," katanyakepada murai.com.my.

Sungguhpun begitu, kata Zul, sebagai suami, dia sebenarnya berasa sangat bangga melihat pencapaian Isma di AF7.

"Bagisaya dia seorang ibu yang cekal dan berani. Saya tahu dari suduthatinya yang begitu mendalam sekali, dia amat rindukan anak-anaknya.Tapi, demi cita-citanya, dia kuatkan hati untuk belajar di akademi.

"Sebenarnyaterus-terang saya katakan, saya tidak begitu risau tentang nyanyian.Sebab saya tahu sejauh mana kebolehan dia selama ini. Cuma saya risauakan ketabahan hatinya. Saya takut dia tidak kuat untuk menanganimacam-macam lagi cabaran yang mendatang," katanya.


Zul Anggap Isma Cuma  Belajar Di AF7

Tentangstatus Isma sebagai ibu kepada anak lima, Zul yang kini memegangjawatan sebagai Pengurus A & R Suria Records berkata, diasebenarnya tidak terlalu memikirkan sangat tentang soal itu.

"WaktuIsma mula-mula minta izin untuk menyertai AF7, apa yang saya bayangketika itu, dia mahu masuk akademi kerana mahu  belajar. Seolah-olahseperti dia menjalani  kursus untuk belajar vokal dan melengkapkandirinya menjadi seorang penyanyi atau penghibur.

"Biar diatahu bagaimana hendak belajar teknik dan pernafasan dengan betul. Biardia belajar menggunakan ahasa Inggeris dengan lebih baik lagi.

"Bagisaya semua ini adalah satu perkembangan yang bagus untuk dirinya.Tentang apa orang hendak cakap, terpulanglah. Walaupun apapun, orangtetap akan kritik dia. Tapi, semuanya berbalik pada nawaitu kita.

"Nawaitusaya izikan dia belajar. Rasa geram juga bila dengar orang cakap atautuduh dia macam-macam. Sebabnya, hanya saya dan Isma saja yang tahu apayang membuatkan dia hendak ke situ (AF7)," katanya.

Mengimbassemula perkenalannya  dengan Isma, Zul berkata, ianya bermula sewaktu 2By 2 sering diundang untuk membuat persembahan di Telekom.

"Setiap kali diundang, pasti ada saja pihak yang meminta saya menyanyikan lagu Kau Mawarku. Malangnya, Siti Nurhaliza (ketika itu belum Dato' Siti) selalu tiada bersama untuk membuat persembahan.

"Sebagaigantinya, Isma yang ketika itu residen penyanyi di Kombo Telekomseringkali digandingkan dengan saya untuk membawakan lagu Kau Mawarku. Bila dah selalu digandingkan bersama, akhirnya kami saling jatuh cinta.

"Waktuitu, Isma sudah dapat tawaran untuk buat album daripada Ambang Klasiktapi kami sudah ambil keputusan untuk bertunang pada bulan September1997 dan kemudian berkahwin pada 18 April 1998.

"Tak sangka,sudah makin dekat pula hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-11tahun ini. Makin terasalah rindu saya terhadap Isma nanti. Saya jugaterkilan kerana tidak dapat mengucapkan hari ulang tahun perkahwinankami itu nanti padanya," kata Zul.

Jelas Zul lagi, perkahwinanmereka yang dilangsungkan enam bulan selepas itu turut mempunyai ceritaserta sejarahnya yang tersendiri.

"Ia bermula setelah sayaberasa tercabar dengan kenyataan pihak Ambang Klasik kerana apabilamereka dapat tahu saya dan Isma sudah bercinta, mereka rasa bahawapertunangan kami itu mungkin tidak akan kekal lama.

"Geramdengan kata-kata itu, saya terus berkahwin dengan Isma. Masa itu, albumIsma sudah pun disiapkan. Tapi, ia tidak dapat dikeluarkan denganalasan Isma sudah pun berkahwin.

"Sedih juga saya apabiladapat tahu alasan Ambang Klasik itu. Pada peringkat awal, saya hendakjuga ketengahkan Isma waktu  bekerja dengan Suria Records (SRC).

"Tapi,susah juga masa itu sebab dia sudah kahwin. Lagipun saya tak mahugunakan kedudukan saya sebagai suami untuk popularkan dia. Disebabkanrasa bersalah, saya jadikan adik Isma iaitu Tomok sebagai artis rakaman," katanya.

Hasilperkahwinan mereka selama 11 tahun, Zul dan Isma telah dikurniakan 5cahayamata iaitu Aiman, 12, Aidil, 10, Aida, 8, Awin, 5 serta Marcella,1.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2009 04:19 PM | Show all posts
bohong semua tuh.....jelas skali dia sendiri undi bini dia..... + SRC
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 04:24 PM | Show all posts

Reply #2 af_mania's post

harus la..takkan tak undi kot.... semau student macam tu kan nyeh..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 04:24 PM | Show all posts
Kombo Telekom?



Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 04:25 PM | Show all posts
anak umur 12, ulang tahun perkahwinan ke 11? jeng jeng...sorry tgh boring. ampun Zul n Isma
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 04:25 PM | Show all posts
ratu sms...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2009 04:26 PM | Show all posts
Originally posted by af_mania at 9-4-2009 16:19
bohong semua tuh.....jelas skali dia sendiri undi bini dia..... + SRC


iyer ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 04:29 PM | Show all posts
Originally posted by epalkuda at 9-4-2009 16:25
anak umur 12, ulang tahun perkahwinan ke 11? jeng jeng...sorry tgh boring. ampun Zul n Isma


Hasil perkahwinan mereka selama 11 tahun, Zul dan Isma telah dikurniakan 5 cahaya mata iaitu Aiman, 12, Aidil, 10, Aida, 8, Awin, 5 serta Marcella,1.




/- kejap lagi, mesti murai dok edit...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2009 04:32 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 9-4-2009 16:29


Hasil perkahwinan mereka selama 11 tahun, Zul dan Isma telah dikurniakan 5 cahaya mata iaitu Aiman, 12, Aidil, 10, Aida, 8, Awin, 5 serta Marcella,1.




/- kejap lagi, mesti murai dok e ...



murai ni suke main2 ngan angka.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 04:35 PM | Show all posts
Semoga diaorang bahagia .................. suka tgk Zul happy tgk Isma kat stage
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 04:36 PM | Show all posts
aku still tak sure aper relevannya isma duk dalam akademi tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 04:56 PM | Show all posts
MABOK keh hapa statemen dia tuh??

bila masa Brunei ada buat undian AF  nih ? dulu masa AF3 pun hanya separuh jalan jer...
mufti brunei dah turun fatwa,  undi2 ni hanya membazir dan tak mendatangkan faedah..  tak cukup dgn itu, kluar kat khutbah jumaat gak tau....

tu yg dulu Ikin AF3 nanges2 sebab famili kat brunei tak leh undi dia lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 04:57 PM | Show all posts
dapat lagu mawarku mmg makanan dia laaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 04:59 PM | Show all posts
bestnya dpt tgk diorang berduet minggu ni..



Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 05:02 PM | Show all posts
contoh lelaki dayuss
bini menGGila atas pentas
laki kat bawah tersenGeh banGGa cam keranG busuk
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 05:05 PM | Show all posts

Reply #10 sya's post

happy tgk bini tertonggek2 atas stage..  
pastu dok sengih2 cam bangkai.. geli hakuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2009 05:08 PM | Show all posts
Originally posted by maxim at 9-4-2009 17:05
happy tgk bini tertonggek2 atas stage..  
pastu dok sengih2 cam bangkai.. geli hakuh

abistu kalau dato' k senyum tgk ct?



Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 05:09 PM | Show all posts
kalau mcm tuh,.. lepas keluar AF boleh la isma concentrate jadi artis kat brunei jer kahnn?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 05:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 05:15 PM | Show all posts
Originally posted by epalkuda at 9-4-2009 16:25
anak umur 12, ulang tahun perkahwinan ke 11? jeng jeng...sorry tgh boring. ampun Zul n Isma


Aku pun musykil.......mungkin ada yang dah kawin kot sebelum ni.....mgkn ni 2nd marriage
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.408302 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list