|
askum...
aku ada bende nak tanye pada otai2 yang dah expert pasal Gaharu nie...
ari 2 kat kebun arwah atok ader orang masuk n nengok2 pokok...
lepas 2 die cakap ada dalam 2 -3 batang pokok yang berharga ribuan ringgit...
pokok 2 besar...tinggi...
so aku nak kan kepastian samada 2 pokok gaharu ke...
dan sebenarnya mak aku berminat nak jual pada yang nak...
harga akan dirunding le...cuma skarang kena ke kebun 2 dulu la tuk pastikan spesis pokok 2...
agak2 ader tak yang berminat.....
yang berminat leh ym aku...shahirra_hanna...
atau email aku [email protected]...
or lebih cepat call / msg aku 0176215474 / 0126743714 |
|
|
|
|
|
|
|
teringat aku pada majalah 3 kalau tak silap 2 ke 3 minggu lepas pasal pokok gaharu...rupa2nya yg berharga pada pokok gaharu tu cuma sikit aje..itu pun setelah lebih kurang 20 tahun katanya dan nasib2 kalau ada terasnya.kalau takde, mungkin harga balak je kot..mungkin pakar gaharu boleh explain kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 mummy_yana's post
|
|
|
|
|
|
|
kerajaan kelantan ada tanam banyak pokok ni kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Perusahaan gaharu sandaran ekonomi rakyat Kelantan
GAHARU, bukan suatu yang baru bagi Kelantan dan rakyatnya. Walau bagaimanapun, cetusan ideal dan saranan membangunkannya oleh Dato Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan Negeri benar-benar berbaloi kepada Kelantan dan rakyatnya.
Pokok Depu : Besar dan tinggi, milik orang kampung.
Dengan peruntukan yang disediakan dalam bajet 2007 yang lalu sebanyak RM300,000, hasrat beliau sudah menjadi kenyataan. walaupun peruntukan yang disediakan tidak sebanyak mana, akan tetapi asas atau tapak untuk memulakan projek tersebut sudah bermula.
Dua syarikat anak tempatan telah memulakan usaha ini. Syarikat yang terbabit adalah, Telda Sdn Bhd, (Kelantan), Phearapan Wijitpha (Thailand), Nakhlah Sepadu Sdn Bhd (Kelantan) dan Agaar Wood Fatoni & Pacific.
Pekerja yang mahir sedang membuat tangga dan lubang-lubang sekeliling pokok.
Buat permulaan, syarikat ini telah mengusahakan gaharu dengan mencari pokok-pokok Depu yang berselerak di negeri ini. Apa yang mengejutkan kita pokok Depu ini terdapat di dalam tanah-tanah milik orang kampong yang kehidupan mereka memerlukan sumber pendapatan tambahan.
Pihak pengusaha telah mengambil langkah membayar sagu hati kepada pemilik tanah yang mempunyai pokok Depu di dalamnya berasaskan ukur lilit pokok tersebut. Ada yang memperolehi sehingga RM500 sepokok. Pihak syarikat juga akan memberi saham ke atas pokok-pokok yang diusahakan. Pendek kata apabila pokok Depu ditemui dan persetujuan dibuat dengan pemiliknya, maka bermula dari hari itu pemilik akan berterusan mendapat faedah dari pengusahaan tersebut.
Pokok yang telah siap diproses. Menunggu masa untuk dikikis kulit dan dimasak untuk dapatkan minyak.
Difahamkan, hasil dari pokok Depu ini boleh mencecah lebih dari RM100,000 berdasarkan saiz dan kekesanan proses membuatnya. Ianya memakan masa 1 ke 4 tahun untuk memperolehi hasil maksima.
Selain daripada itu juga, benih-benih pokok ini akan dihasilkan dalam bentuk tissue culture. 40,000 anak benih dalam proses penghantaran. Iannya memakan masa selama 4 tahun untuk mengeluarkan hasilnya. Ianya cukup mudah ditanam dan kesenian “memprosesnya” cukup menarik hati.
Mungkin sedikit masa lagi perusahaan ini boleh menjadi produk pelancungan bagi Kelantan yang akan menyambut Tahun Melawat Kelantan pada 2008 nanti. Kerajaan Kelantan boleh fikir-fikirkan. Dato Annuar Tan Abdullah macamana? Boleh setuju kot.
Dikirim dalam Kerajaan Kelantan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|