CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7367|Reply: 48

Himpunan kisah perdebatan akal ulama Islam

[Copy link]
Post time 14-4-2009 01:24 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum..

Terdapat banyak cerita tentang kehebatan Imam Abu Hanifah yang berjaya berdebat dengan golongan mulhid (athies) dan bid'ah. Antaranya ialah cerita perdebatan beliau ketika umurnya masih muda. Ceritanya begini:

Seorang Dahri atau Mulhid (athies) telah menemui Sheikh Hammad iaitu guru Imam Abu Hanifah. Sebelum itu, dia telah mencabar para ulama berdebat dengan mengatakan: Kalian mengatakan Allah itu wujud tanpa ada tempat, sedangkan setiap yang wujud mesti mempunyai tempat.

Ramai ulama telah kalah berdebat, kemudian si Dahri ini bertanya kepada orang ramai: Masih adakah ulama di kalangan kamu yang mampu berdebat denganku?

Mereka menjawab: Ada, beliau bernama Sheikh Hammad.

Si Dahri pun mohon Khalifah agar perintahkan Sheikh Hammad untuk berhujah dengannya. Khalifah memperkenankan permintaan Si Dahri dan memerintahkan Sheikh Hammad dengan diberi tangguh hingga keesokan harinya.

Pada pagi esok, Imam Abu Hanifah yang masih kecil telah mendapati gurunya itu berada dalam keadaan dukacita. Beliau pun bertanyakan sebabnya.

Gurunya menjawab: Aku telah dipanggil oleh Khalifah untuk berdebat dengan si Dahri dalam perhimpunan para ulama. Semalam aku juga telah bermimpi sesuatu yang buruk.

Imam Abu Hanifah: Apa yang Tuan Guru mimpikan?

Sheikh Hammad: Aku bermimpi melihat sebuah dusun yang sangat luas yang terhias. Terdapat sepohon pokok kayu yang berbuah. Kemudian, muncul seekor babi dari suatu penjuru kampung dan memakan buah-buah pohon tersebut sehingga habis dedaun dan buah-buah tersebut. Hanya tinggal batang kayu sahaja. Kemudian, muncul pula seekor harimau daripada umbi pohon tersebut lalu terus menerkam babi itu dan membunuhnya.

Imam Abu Hanifah: Allah Taala telah mengajarkan saya ilmu ta'bir mimpi. Saya mendapati mimpi ini baik bagi kita dan buruk bagi musuh kita. Jika Tuan Guru izinkan, bolehlah saya ta'birkannya.

Sheikh Hammad: Ta'birkanlah wahai Nu'man (nama sebenar Imam Abu Hanifah).

Imam Abu Hanifah: Dusun luas yang terhias itu adalah agama Islam. Pohon kayu yang berbuah itu ialah para ulama. Batang kayu yang tertinggal itu ialah Tuan Guru sendiri. Babi yang muncul itu ialah si Dahri, manakala harimau itu yang membunuh babi tersebut ialah saya sendiri. Berangkatlah, saya akan turut menemani Tuan Guru. Dengan berkat hemat Tuan Guru dan berkat hadrat Tuan Guru, saya akan patahkan hujahnya.

Sheikh Hammad bergembira dengan kata-kata Imam Abu Hanifah itu, lalu bertolak bersama ke Masjid Jami'. Kemudian, Khalifah tiba di samping orang ramai telah berhimpun di sana.

Si Dahri datang dan terus naik ke mimbar serta bertanya: Siapakah di kalangan kamu yang akan menjawab soalan-soalanku?

Imam Abu Hanifah menjawab: Nyatakan saja soalan kamu, orang yang tahu akan menjawabnya.

Si Dahri: Siapakah engkau ini, wahai budak? Engkau bercakap denganku sedangkan orang-orang yang ada kemegahan, orang tua, berserban besar, berpakaian labuh dan berlengan baju yang luas tidak mampu berdebat denganku. Inikan pula kamu yang masih kecil, masih mentah dan hina.

Imam Abu Hanifah: Allah Taala tidak memberikan ketinggian dan kebesaran kepada orang yang berserban besar, berpakaian penuh kemegahan dan berlengan baju yang luas, tetapi Allah memberi kepada para ulama seperti firman-Nya, bermaksud:

Dan (Allah memberikan kepada) orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.
Surah al-Mujadalah, (58): 11.

Si Dahri: Engkaukah yang akan menjawab soalan-soalanku?

Imam Abu Hanifah: Aku akan menjawab dengan Tawfiq Allah.

Si Dahri pun mula bertanya: Adakah Allah itu Wujud?

Imam Abu Hanifah: Ya.

Si Dahri: Di mana?

Imam Abu Hanifah: Allah tidak bertempat.

Si Dahri: Bagaimana mungkin Dia Wujud tapi tidak bertempat?

Imam Abu Hanifah: Dalilnya ada pada diri anda.

Si Dahri: Mana dia?

Imam Abu Hanifah: Bukankah kamu mempunyai nyawa?

Si Dahri: Memang.

Imam Abu Hanifah: Di manakah tempat nyawa atau roh kamu itu? Di kepala kamukah? Atau di perut kamu? Atau di kaki kamu?

Si Dahri tercengang-cengang tidak tahu jawab. Kemudian Imam Abu Hanifah menyebutkan pula tentang air dengan mengatakan: Bukankah air susu itu mempunyai lemaknya?

Si Dahri: Ya.

Imam Abu Hanifah: Di manakah terletaknya lemak itu di dalam susu? Adakah di sebelah atas atau di sebelah bawah?

Sekali lagi Si Dahri tidak dapat menjawab. Imam Abu Hanifah menambah: Sebagaimana roh juga tidak bertempat di dalam tubuh, lemak tidak bertempat di dalam susu, maka Allah juga tidak bertempat di alam buana ini.

Si Dahri menyoal lagi: Apa yang ada sebelum Allah dan apa yang ada selepas-Nya?

Imam Abu Hanifah: Tiada sesuatu sebelum Allah dan tiada sesiapa selepas-Nya.

Si Dahri: Bagaimana dapat memahami tiada sesuatu yang mendahului yang maujud dan tiada sesuatu selepasnya?

Imam Abu Hanifah: Buktinya ada pada anggota badanmu.

Si Dahri: Apa dia?

Imam Abu Hanifah: Tiada sesuatu pun yang mendahului ibu jari tanganmu. Dan tiada sesuatu pun yang ada selepas jari kelingkingmu. (penulis: logik ini sangat tinggi, barangkali orang awam macam kita tidak memahaminya, wAllahua'lam) Begitu jugalah dengan Allah Taala. Tiada sesuatu sebelum-Nya dan tiada sesuatu selepas-Nya.

Si Dahri: Ada satu lagi soalan yang ingin aku tanyakan.

Imam Abu Hanifah: Kemukakanlah, Insya Allah aku akan menjawabnya.

Si Dahri: Apakah yang dilakukan oleh Allah sekarang?

Imam Abu Hanifah: Cara engkau tidak betul. Sepatutnya orang yang menjawab mesti berada di mimbar dan orang yang bertanya berada di bawah. Aku akan menjawab jika aku berada di mimbar dan engkau pula di bawah.

Si Dahri pun turun, Imam Abu Hanifah pula di mimbar. Setelah beliau duduk, si Dahri itu pun bertanyakan soalan tadi. Imam Abu Hanifah menjawab: Inilah yang Allah Taala lakukan sekarang. Dia menggugurkan yang batil seperti kamu dari atas ke bawah dan menaikkan yang benar seperti aku dari bawah ke atas.

Si Dahri rasa tertewas dan hujahnya dipatahkan.

Rujukan:
Sheikh Zainal Abidin Muhammad al-Fatani (2007), Aqidah al-Najin fi 'Ilm Usuliddin (Aqidah Kaum Terselamat Dari Sesat & Bid'ah), Singapura: Pustaka Nasional.


http://al-qedahi.blogspot.com/

[ Last edited by  alqedahi at 18-4-2009 10:32 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2009 02:09 AM | Show all posts
SubhanaAllah..menarik sungguh kisah ini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2009 11:15 AM | Show all posts
Salam..

sesiapa yg ada cerita ulama dulu yg berdebat dgn atheis atau golongan sesat..boleh kongsi bersama:handshake:

http://al-qedahi.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2009 11:26 AM | Show all posts
Salam...tambahan...

Pada ketika yg lain dikatakan:

Suatu ketika, Abu Hanifah bertemu dengan sekumpulan mulhid yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan yang mencipta alam ini. Dengan penuh kebijaksanaan, beliau mengemukakan satu persoalan kepada mereka :

"Apakah pendapat kamu tentang sebuah kapal yang sarat dengan barangan dan muatan. Kapal ini dilambung gelombang laut yang bergelora dan dipukul angin ribut.

Walau bagaimanapun, kapal ini dengan tenang meneruskan pelayaran menuju haluannya tanpa sebarang masalah dan tidak tersasar sedikitpun sedangkan tiada seorang pun yang mengemudinya atau seorang jurumudi yang menentukan arahnya. Apakah ini logik menurut fikiran anda?"


Orang-orang mulhid itu dengan pantas menjawab : "Tidak, ia sudah tentu tidak dapat diterima akal, wahai sheikh."

Abu Hanifah dengan penuh yakin membidas si mulhid:"Maha suci Allah!! Kamu tidak menerima sebuah kapal dapat belayar dengan baik jika tidak dikemudi oleh seorang jurumudi .

Tetapi kamu menerima jika alam ini dengan lautannya yang meluas, kapalnya yang belayar, burung berterbangan dan haiwan bebas boleh wujud tanpa sebarang pembuat yang membuatnya dengan baik atau oleh seorang pentadbir yang mentadbir dengan baik. Binasalah kamu kerana pendustaan kamu."
sumber: http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=98&thread_id=1259&rowstart=10

http://al-qedahi.blogspot.com/ :victory:




[ Last edited by  alqedahi at 14-4-2009 11:28 ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 08:07 PM | Show all posts

Reply #1 alqedahi's post

baik punye perli...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 08:09 PM | Show all posts

Reply #4 alqedahi's post

analogi yang hebatt!! :victory:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2009 01:11 AM | Show all posts
Kalaulah aku dapat tanya soalan pada mamat ni:geram: :geram:

Banyak soalan-soalan aku ni, jangan tak jawab sudah;)
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2009 10:19 AM | Show all posts

Balas #7 AniSani\ catat

ape je la lu nak tanya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2009 11:33 AM | Show all posts
sungguh bijaksana...

i wish i can be 1/100 like him hahahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2009 12:51 PM | Show all posts
suke baca kisah2 camni..nak lagi!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2009 10:39 AM | Show all posts
Assalamualaikum...

Saya teringat, saya pernah terbaca sebuah cerita ketika belajar di Sekolah dulu...Cerita ini juga saya temui dalam sebuah majalah berunsurkan Islam terbaru...ceritanya macam ni:

Pada suatu hari orang kafir zindiq mengajukan beberapa soalan kepada seorang lelaki tua (kalau tak silap ia seorang ahli sufi, wAllahua'lam) dengan tujuan untuk mempersendakannya.

Soalan pertama: Saya TIDAK DAPAT MELIHAT Allah, bagaimanakah saya perlu beriman kepada Allah?

Soalan kedua: Macam mana Allah boleh menghisabku dan menjatuhkan hukuman kepadaku sedangkan segala perbuatanku telah diTAKDIRkan?

Soalan ketiga: Macam mana JIN BOLEH DISEKSA DENGAN API di neraka pula, sedangkan jin tu daripada api juga?

Ha...jawab-jawab? (ni saya tambah):victory:

Tapi yang peliknya, orang tua tu tak jawab pula, sebaliknya dia ambil tanah liat, kemudian dia tengalung (baling) ke arah tiga orang kafir tersebut...

Sebab tak puas hati, mereka mengadu kepada pihak berkuasa, maka orang tua tu pun dibicarakan.

Hakim bertanya: Kenapa kamu tidak menjawab soalan mereka tetapi menyakiti mereka pula?

Orang tua: Sebenarnya saya telah menjawab soalan mereka yang mengatakan TIDAK DAPAT MELIHAT ALLAH dengan tanah liat tersebut
Kafir Zindik menyampuk: Kau telah menyakiti badanku dengan tanah liat tersebut.

Orang tua: Jika kamu berasa sakit, maka tunjukkan kepadaku di manakah rasa sakit tersebut? JIka kamu tidak dapat tunjuk kepadaku di mana sakit itu maka sakit itu tak wujud.

Sambung orang tua lagi: Kamu menyatakan juga kenapa Allah menghisab dan menghukum kamu sedangkan perbuatan kemu telah ditakdirkan, jadi aku baling tanah tu pun merupakan takdir Allah juga, kenapa kamu perlu mengeluh?

Sambung lagi: Kamu juga menyatakan macam mana Allah boleh seksa jin sedangkan api neraka dan jin tu merupakan unsur yang sama. Kamu dicipta daripada tanah, jadi, bukankah tanah liat yang aku baling tadi telah membuatkan kamu rasa sakit?


Telah datang kebenaran dan telah hancurlah kebatilan..
WAllahua'lam...

http://al-qedahi.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2009 10:45 AM | Show all posts
salam..

utk maklumat kekawan...thread ni asalnya bertajuk lain..tapi saya tukar tajuk agar jadi lebih umum...nak kumpul cerita2 ttg para ulama menjawab segala persoalan yg berkait dgn akal...

harap moderator tak kisah:victory:

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2009 10:33 PM | Show all posts

hmm....?this is interesting

bagaimana pula dgn satu Imam ni yg i tak pastiu sapa tapi beliau menggunakan mantik ( logics) untuk berdebat dgn  Roman Emperor masa zaman mana i tak tahu?

is it al - ghazali?

ada ker dokumentasi?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2009 10:50 PM | Show all posts
Imam Abu Hanifah: Tiada sesuatu pun yang mendahului ibu jari tanganmu. Dan tiada sesuatu pun yang ada selepas jari kelingkingmu. (penulis: logik ini sangat tinggi, barangkali orang awam macam kita tidak memahaminya, wAllahua'lam) Begitu jugalah dengan Allah Taala. Tiada sesuatu sebelum-Nya dan tiada sesuatu selepas-Nya



>>> napa penulis tu cakap macam tu ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2009 01:17 AM | Show all posts
Salam...sbnarnya pnulis tu adalah saya sendiri bukan Sheikh Zainal Abidin al-Fatani....asalnya saya baca xfaham, tp bila baca byk kali, mebi dah faham...Imam Abu Hanifah maksudkan bhw xda jari sebelum ibu jari, begitu juga xda jari selepas jari kelingking...

begitulah analogi bagi Allah yg xda makhluk atau tuhan sebelum dan selepasnya...

Kekawan bleh rujuk kisah yg sama tapi dinukilkan oleh ulama lain iaitu klu x silap Sheikh Daud bin Sheikh Abdullah al-Fatani.....mcm ni lebih kurang riwayat cerita tu:

揌ai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti厰 soal Dahri lagi.

揥ahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah s.w.t dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah tetap Qadim dan Azali. Dialah yang Awal dan Dialah yang Akhir,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2009 01:24 AM | Show all posts

Reply #13 mbhcsf's post

Pasal Roman Emperor tu saya tak pasti....

tp Imam Ghazali mmg pernah berdebat sperti terkandung dlm kitab beliau iaitu Tahafut Falasifah...klu saya jumpa nanti sy sertakan...setakat yg sy mampu la ya

kekawan lain pun bleh share klu ada kisah menarik...ewah, mcm sy pula moderator:victory:

wassalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2009 02:53 AM | Show all posts
Assalamualaikum...alhamdulillah, dapat share cerita lagi, Ini kisah Si Yahudi VS Sheikh Hatim bertempat di Baghdad. Camni kisahnya:

Ketika berada di Baghdad, Sheikh Hatim al-Asham diberitahu terdapat seorang Yahudi yang pandai berdebat hingga berjaya menewaskan ramai ulama. Akhirnya, beliau bersedia berdebat dengan Yahudi tersebut.

Apabila kedua-duanya sudah bersedia, maka bertanyalah si Yahudi kepada Sheikh Hatim beberapa soalan:

1.        Apakah perkara yang tidak diketahui oleh Allah?
2.        Apakah perkara yang tiada di sisi Allah?
3.        Apakah yang tiada di dalam perbendaharaan Allah?
4.        Apakah yang diminta oleh Allah daripada hamba-hamba-Nya?

Setelah si Yahudi habis bertanya, Sheikh Hatim menjawab: Jika aku berjaya menjawab semua persoalanmu, sanggupkah kau memeluk agama Islam?

Si Yahudi: Ya.

Jadi, persoalan-persoalan yang diajukan dan jawapan balas secara lengkap adalah seperti berikut:

Si Yahudi: Apakah perkara yang tidak diketahui oleh Allah?

Sheikh Hatim: Perkara yang tidak diketahui oleh Allah ialah sekutu-Nya dan anak-Nya yakni Allah tidak mempunyai sekutu dan anak.

Si Yahudi: Apakah perkara yang tiada di sisi Allah?

Sheikh Hatim: Perkara yang tiada pada Allah ialah kezaliman kerana Allah tidak menzalimi hamba-Nya dengan sesuatu.

Si Yahudi: Apakah yang tiada di dalam perbendaharaan Allah?

Sheikh Hatim: Yang tiada di dalam perbendaharaan Allah ialah kepapaan kerana Allah berfirman:

وَاللَّهُ الْغَنِيُّ وَأَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ
Yang bermaksud: Allah itu Maha Kaya dan kamu itu fakir.
(Surah Muhammad, ayat 38)

Si Yahudi: Apakah yang diminta oleh Allah daripada hamba-hamba-Nya?

Sheikh Hatim: Yang diminta oleh Allah daripada hamba-Nya ialah membayar hutang kepada-Nya. Allah berfirman:

وَأَقْرِضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا
Yang bermaksud: Dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik
(Surah al-Muzammil, ayat 20.)

Ia bermaksud Allah menamakan sedekah dan amalan soleh orang beriman yang mengharapkan pahala yang dijanjikan-Nya itu sebagai pinjaman/hutang, dan menyerahkan amalan kepada Allah dengan harapan untuk memperolehi pahala itu dianggap sebagai memberi pinjaman/hutang kepada Allah Taala.

(Penulis tambah: Menurut Tafsir Ibn Kathir, ia bermaksud sedekah yang akan diberi ganjaran yang lebih baik dan lebih banyak. Manakala menurut Tafsir al-Tabari, ia bermaksud, berilah infak daripada harta-harta kamu di jalan Allah.)

Dengan jawapan-jawapan tersebut, Si Yahudi itu pun memeluk Islam pada saat itu juga.:handshake:

Telah Datang Kebenaran dan Hancurlah Kebatilan.:victory:
http://al-qedahi.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 04:00 PM | Show all posts
boleh tolong jawab soalan saya.....anak yang belum mencapai umur 7 tahun......perlukah dibotakkan kepalanya sehingga 7 kali....supaya anak tersebut menjadi anak yang pandai dan bijak....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 05:00 PM | Show all posts

Reply #18 mamaliz's post

ni dah silap thread soalan ni.  tapi tak apa.  
setahu saya sunat cukur kepala bayi semasa usia dia 7 hari.  selain dari tu...  tak ada asas.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 05:20 PM | Show all posts
Originally posted by mamaliz at 23-4-2009 16:00
boleh tolong jawab soalan saya.....anak yang belum mencapai umur 7 tahun......perlukah dibotakkan kepalanya sehingga 7 kali....supaya anak tersebut menjadi anak yang pandai dan bijak....


well you make the question sounds like a person  going to monastery??

kat mana akak baca / dapat soalan ni ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.056471 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list