CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4597|Reply: 27

SOALAN DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG AGAMA ISLAM...

[Copy link]
Post time 21-4-2009 10:39 AM | Show all posts |Read mode
SOALAN DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG AGAMA ISLAM...

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?

Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan?

Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa).. Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?

Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.

Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.

6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa?
'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ?

Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?

Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa.. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.

9) Sami Budha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar"

Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?

10) Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"

Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"

11) Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit"

Kita jawab "enyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?

Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah.

Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul2 juga?

Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

Soalan2 yg nyatakan di atas, sebenarnya memang benar2 di tanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala kadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2 dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yg disampaikanpun tak perlu panjang2 cukup sekadar ringkas dan padat. Aku hanya menyampaikan sahaja. Segala kekurang dan salah silap harap diperbetul dan dimaafkan... Wallahu'alam.:handshake: :handshake:

kredit to isuhangat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2009 11:14 AM | Show all posts
salam,

mom penah ditanya oleh chinese colleague "knapa pakai tudung aa?" (and ada hint it was a 'provoke question' only)
i pun pikir sat - kalo kata agama suruh, panjang 10km xplanation pun she wud take it - YAAA RITE. teringat "Untuk kamu agama kamu, dan untukku agamaku".

So mom jawab as sweetly and seriously cud be "The philosophy of wearing tudung is more or less like the orange-yellowy robe worn by the buddhist monks.. it's sacred u kno."

muka dia jadik kelat jap.. (i've compared to sthing really HIGH & SACRED on her belief, dia pun tak berani hujah takut salah gak.. kang kena panah petir ) she muttered smthing - "really?" and dia terus tukar topik.

[ Last edited by  mom2003 at 21-4-2009 11:20 ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 01:18 PM | Show all posts
Kalau seorang atheis/agnostik bertanyakan kepada anda soalan di bawah ini, maka apa yang akan anda jawab?

a) Buktikan kewujudan Tuhan,malaikat, iblis ,syurga dan neraka serta pelbagai perkara ghaib yang dinyatakan dalam Islam(empirikal)

b)Jika Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kenapa begitu banyak sekali penderitaan yang wujud di bumi ini? Adakah Tuhan itu bersifat sekular?

c) Evolusi v.s Creationist/Intelligent Design
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 05:07 PM | Show all posts

Balas #3 Neraka Bulan\ catat

cuba baca hasil tulisan Harun Yahya... dia banyak mematahkan hujah ahli2 sains nih...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 05:09 PM | Show all posts

Balas #1 lynn135\ catat

sorry, tapi saya ingin tahu..

Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa).. Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.



ayat bible yang mana, eh?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 06:24 PM | Show all posts
banyak betul soalan nya dalam satu thread.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2009 08:51 PM | Show all posts
jgn berdebat dgn non-muslim jika pengetahuan agama adlh cetek...... nanti goyah pegangan agama.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 11:24 PM | Show all posts
Originally posted by Neraka Bulan at 21-4-2009 13:18
b)Jika Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kenapa begitu banyak sekali penderitaan yang wujud di bumi ini? Adakah Tuhan itu bersifat sekular?

tu sume ujian...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2009 11:26 AM | Show all posts
.... ayat bible yang mana tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2009 12:00 PM | Show all posts
tuan rumah... napa tak jawab soalan saya..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2009 03:33 PM | Show all posts
Hampir kesemua persoalan itu telah dijawab dengan jelas dan terperinci oleh almarhum Sheikh Ahmad Dedat....

KAMI dalam bahasa arab juga tidak bermaksud plural tapi bermaksud kebesaran... sebab itu orang2 kristien bangsa Arab tidak pernah mempersoal penggunaan kami dalam al Quran...

Tak ada surah Isa as dalam Quran tapi ada surah Muhammad, ada surah Maryam tanda mulianya ibu kepada Isa as...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2009 03:51 PM | Show all posts
a) Buktikan kewujudan Tuhan,malaikat, iblis ,syurga dan neraka serta pelbagai perkara ghaib yang dinyatakan dalam Islam(empirikal)

Rasa ni dah jawab dulu, sama kes macam nyawa kita dan rasa sakit. Ianya wujud, tapi kita tak mampu zahirkan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2009 03:52 PM | Show all posts

Balas #11 kupia\ catat

#5 saya masih tidak dijawab..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2009 03:54 PM | Show all posts
b)Jika Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kenapa begitu banyak sekali penderitaan yang wujud di bumi ini? Adakah Tuhan itu bersifat sekular?

Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, sebab tu begitu banyak sekali penderitaan yang wujud di bumi ini. Apabila banyak penderitaan, makin kuat kita pada Allah SWT. Kalau kita gi kat spital, kat sana-sini pesakit (Islam) sebut Allah tak berenti2. Ada jumpa kes sama kat konsert.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2009 03:55 PM | Show all posts
Originally posted by gunblade712 at 29-4-2009 15:52
#5 saya masih tidak dijawab..


tuan rumah tgh google tu kot. kalau kau rajin, kau google la sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2009 03:58 PM | Show all posts
Originally posted by Neraka Bulan at 21-4-2009 13:18
Kalau seorang atheis/agnostik bertanyakan kepada anda soalan di bawah ini, maka apa yang akan anda jawab?

a) Buktikan kewujudan Tuhan,malaikat, iblis ,syurga dan neraka serta pelbagai perkara  ...


Soalan C tu boleh detailkan dok? dok berape paham
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2009 06:15 PM | Show all posts

Balas #13 gunblade712\ catat

Aku pon nak tau gak ayat mana sebut benda tu..Tp rasanya sampai kiamat x akan dapat jawapan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2009 07:19 PM | Show all posts

Balas #15 alien7749\ catat

jadi kalu begitu maknanya tuan rumah tak check samada jawapan itu sahih atau tidak...

kalau orang Kristian membaca, bukan ke dia akan cakap bahawa orang Islam suka mempercayai sesuatu tanpa mengkaji samada ianya betul atau tidak, kan?

kalau orang Kristian buat begitu kat Al-Quran, mesti kita marah ,kan?


the point is, sebelum kita nak present sesuatu mende yang kita kata sebagai "fakta", pastikan kita check dulu samada fakta itu betul ke tidak..

sbb di kalangan orang Islam pon ada yang menyebarkan fitnah dan penipuan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2009 12:59 PM | Show all posts
assalamualaikum...

bagaimana nak buktikan ALLAH itu perfect...?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2009 02:08 PM | Show all posts
Originally posted by gunblade712 at 29-4-2009 19:19
jadi kalu begitu maknanya tuan rumah tak check samada jawapan itu sahih atau tidak...

kalau orang Kristian membaca, bukan ke dia akan cakap bahawa orang Islam suka mempercayai sesuatu tanpa me ...


aku try google dan jumpa ni.

Matthew 4:9-11 (New International Version) 9"All this I will give you," he said, "if you will bow down and worship me."
10Jesus said to him, "Away from me, Satan! For it is written: 'Worship the Lord your God, and serve him only.'[a]"
11Then the devil left him, and angels came and attended him.

makna ayat 10 tu, Jesus mengatakan kepada Syaitan supaya  menyembah tuhan, bukannya beliau. Maknanya Jesus bukan tuhan, ada tuhan lain selain beliau.

sepahaman aku.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.048603 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list