CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3265|Reply: 14

jangan Berjimak di waktu ini....betul ke?

[Copy link]
Post time 21-4-2009 02:56 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua...

tadi kat CI ada org paste benda ni la, betul ke?/


SabdaRasullah s.a.w. "Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telahmemeliharanya dari Jibril a.s"

1.Janganberjimakdi bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakananakia akanmenjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2.Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akanmenjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

3.Janganberjimakjika isteri sedang hamil melainkankedua-dua berwuduk. JikaAllahmengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang butahati danbakhiltangan.

4.Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban.JikaAllah mengurniakan anakia akan mempunyai tanda pada yang jelekpada mukadan rambutnya.

5.Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jikadikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta - minta.

6.Janganberjimaksemasa syahwat terhadap saudaraperempuan (adik ipar) JikaAllahmengurniakan anak ia akan menjadi penolong danpembantu kepadaorang yangzalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepadabanyakmanusia.

7.Janganberjimak denganisterimu di atas loteng. JikaAllah mengurniakan anak,nanti anak itumenjadi seorang munafiq, pelampau yangmelewati batas.

8.Janganberjimakdengan isterimu pada malam kamu hendakkeluar bermusafir. JikaAllahmengurniakan anak ia akan membelanjakan hartapada jalan yangtidak haq.

9.Janganberjimak denganisterimu bila kamu keluarbermusafir dalam tempoh tigahari tiga malam.Jika Allah mengurniakan anak iaakan menjadi pembantukepada setiaporang yang zalim.

10.Jangan berjimakdenganisterimu pada awal malam(sebelum isyak) Jika Allah mengurniakananak iaakan menjadi seorang yang ahlisihir, sunglap dan menghendakiduniadaripada akhirat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2009 03:14 PM | Show all posts
Bukannya larangan dari nombor 1 hingga 10 tu yg nak dirisaukan dan dibimbangi, tapi yg lebih ditakuti ialah "sabda" Nabi SAW ini :

SabdaRasullah s.a.w. "Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telahmemeliharanya dari Jibril a.s"

kerana telah bersabda Rasulullah SAW menurut riwayat Muslim dari Ali bin Abi Talib :

Janganlah kamu berdusta atas namaku, kerana bahawasanya barangsiapa yang berdusta atas namaku, masuklah ia ke dalam neraka.

Jadi terpulanglah dan pilihlah mana satu 'hadis' yang nak percaya.

Wallahu A'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 03:34 PM | Show all posts

Reply #1 salimrock's post

tak penah dengar pun pasal benda ni...

bukan hadis sahih kot...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 03:38 PM | Show all posts
salam,

mana dia dapat nih.. tak penah baca statement nih.. tak salah kalo nak gurau..
tapi gurau berpada-pada ler.

sedih pulak mom bila baca 'jokes' nih..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 03:56 PM | Show all posts

Reply #5 mom2003's post

ajaran sesat kot...

kalau betul, mesti masa kursus kawen dia ada bagitau...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 03:58 PM | Show all posts
Tak silap aku pesanan tersebut datangnya dari hadis syiah kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2009 04:34 PM | Show all posts

Reply #1 salimrock's post

Ye ke?. Bukan balik atau sebelum bermusafir kena jimak bini ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 05:30 PM | Show all posts
Originally posted by noriabdullah at 21-4-2009 15:14
Bukannya larangan dari nombor 1 hingga 10 tu yg nak dirisaukan dan dibimbangi, tapi yg lebih ditakuti ialah "sabda" Nabi SAW ini :

SabdaRasullah s.a.w. "Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini seb ...


ha 'ah betul jugak kan.Tapi sekarang nie takutlah dengan sesetengah orang nie; tuduh hadis orang lain tak sahih, tak kuat, sesat, kononnya hadis dia seorang sahajalah yang betul.Padahal dia bukan ahli hadis pun.Tuduh orang sesat, ekstrim, jumud, ketinggalan zaman, tidak relevan, kolot, kuno ntah-ntah dia yang sesat dia tak tahu.Hadis yang kononnya dia kata betul tu pun dia amik separuh jer sebab yang sepruh lagi tak sesuai dengan hawa nafsu dan selera tekak dia dengan alasan hadis2 mesti ada kaitan dengan ayat2 al-Quran kalau tak ada di tuduh kononnya sahabat nabi berperangai munafik.Menulis hadis palsu.Sepatutnya orang2 beginilah yang harus di letakkan di tempat pertama barulah 2 hadis di atas di letak tempat kedua.Kerana menuduh sahabat nabi sekian dan sekian bukankah ia dah termasuk tanda-tanda kiamat iaitu mencela sahabat-sahabat Nabi Muhammad.Fikirkanlah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2009 06:20 PM | Show all posts
Originally posted by Neraka Bulan at 21-4-2009 15:58
Tak silap aku pesanan tersebut datangnya dari hadis syiah kan?


Yup. Majoriti hadis yang bermula dengan "Wahai Ali" adalah hadis syiah kecuali dua tiga hadis...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 11:31 PM | Show all posts
setahu aku...waktu yang haram berjimak...

1) ketika isteri sedang haid...

2) selepas terbit matahari dan sebelum terbenam matahari pada bulan Ramadan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 12:03 AM | Show all posts
merepek aja lah...sedangkan kalau suami jika berkehendakkan si isteri..walau pun di atas unta wajib di layan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 02:28 PM | Show all posts
apalah korang ni..sebenarnya dari hadith tapi ingat exact word ditanyakan tentang tanggungjwab seorang isteri...terlalu besar hinggakan..jika mengalir nanah dari hidung suami di jilat si isteri pun blm tentu si isteri dpt masuk syurga...dikiaskan juga layanan utk suami jika di atas unta sekali pun di minta suami maka wajib di layan....
nak bagi hadith kena bagi perawi nanti jadi hadith palsu...ni pengajian dari kelas2 fardu ain yang saya hadiri
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 11:03 PM | Show all posts

Reply #8 doden's post

"dia" yg ko maksudkan tu sapa? org yg kata hadith tu tak sahih, hadith ni palsu, ada jugak yg memang mahir ilmu hadith. depa ada hujah2 yg kuat dan ilmiah (seperti kitab rujukan, kata2 ulama), bukan mcm sesetengah org, hujahnya emosi je la..

kalau dah tak sahih, kenala cakap tak sahih, takkanla nak berdusta atas nama Rasulullah pulak. org kita ni ramai yg tak sensitif pasal hal ni, main hentam je sebarkan hadith2 palsu, selamba je forward msg yg nampak Islamik tanpa unsur periksa, asal nampak Islamik je, forward sebab yakin dapat pahala! padahal msg2 yg nampak Islamik ni ada yg berunsur syirik aku tgok! kalau forward msg mcm tu, bukan dapat pahala, membawa ke neraka ada la!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2009 09:31 AM | Show all posts
Originally posted by rimau_manja at 22-4-2009 23:03
"dia" yg ko maksudkan tu sapa? org yg kata hadith tu tak sahih, hadith ni palsu, ada jugak yg memang mahir ilmu hadith. depa ada hujah2 yg kuat dan ilmiah (seperti kitab rujukan, kata2 ulama), bu ...



betul tu , selain tu wa tak begitu gemar kalo org antar mesej yg menggunakan agama ...tak kisah la email ke sms ke...

cth cam ni...

subhanallah, wallhamdullilah.. Allah hu Akbar....sila forward kan mesej ini kepada 10 org...Allah hu Akbar...

anda selalu forward mesej jenaka kepada kawan2, kenapa tidak antar mesej tentang kebaikan kepada kawan2..jika anda tidak mengantar nye..setan sedang menghasut anda.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 12:50 PM | Show all posts
Tak pernah dengar pun selama dengar ceramah pasal berjimak nih. mungkin segelintir pendapat dari mazhab tertentu. Sapa ada kitab Mazhab Shafie pasal Jimak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.047806 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list