CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4771|Reply: 3

Hospital Lama (bina 1936) Jadi Muzium -

[Copy link]
Post time 22-4-2009 06:40 AM | Show all posts |Read mode
Hospital lama kini muzium

Oleh MORTI BUTEK



BANGUNAN Hospital Lau King Howe di Sibu, Sarawak
yang diubahsuai menjadi muzium peringatan.


SIBU 21 April - Mendengar perkataan muzium, sudah pasti kita mula membayangkan artifak sejarah dan warisan budaya.

Tetapi di bandar ini, satu-satunya muzium ialah Muzium Peringatan Hospital Lau King Howe terletak di Jalan Pulau di sini.


Ia mengambil sempena nama King Howe, seorang guru terlatih berhijrah dari Foochow, Fukien, China pada 1916 dan mengurus ladang getah di sini.

Sebelum pulang ke China pada 1930, beliau mendermakan semua harta bendanya kepada penjajah untuk menubuhkan sebuah hospital pertama di Sibu.

Hospital berharga RM82,000 itu siap pada 1936.

Hospital itu ditutup pada 31 Ogos 1994 apabila hospital baru di Jalan Oya beroperasi.

Selain pelbagai peralatan perubatan, muzium ini turut mempamerkan catatan peribadi King Howe.

Di laluan masuk ke ruang pameran, pihak pengurusan mempamerkan patung mendiang King Howe sebagai memperingati jasanya.

Antara peralatan dipamerkan ialah mesin dialisis, alat pembedahan, mikroskop, pakaian seragam jururawat, replika bilik pembedahan dan sinar-X serta model rangka manusia.

Gambar-gambar lama bangunan Hospital Lau King Howe turut disajikan untuk tatapan pengunjung.

Bangunan Hospital Lau King Howe yang diubah suai bagi menempatkan pelbagai peralatan berkaitan bidang perubatan dan kesihatan, mula beroperasi pada 4 Disember 2008.

Sejak ia dibuka, kehadiran pelawat ke muzium itu amat menggalakkan.

Setiausaha Lembaga Pengurusan muzium itu, Dr. Hu Chang Hock berkata, jumlah pengunjung kini hampir 2,000 orang sejak ia dibuka.

"Kehadiran pengunjung yang memberangsangkan menunjukkan muzium ini antara tempat menarik perlu dikunjungi di Sibu.

"Kita harap lebih ramai pengunjung datang untuk memahami sedikit sebanyak sejarah dan peralatan perubatan yang dipamerkan," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Chang Hock menambah, majoriti pengunjung merupakan penduduk bandar ini dan kawasan sekitarnya.

Menurut beliau, muzium dibuka bermula 9 pagi hingga 5 petang dan hanya ditutup pada hari Isnin.

"Apa yang kita perlu usahakan sekarang ialah promosi agar muzium ini terus menerima kunjungan orang ramai termasuk pelancong," katanya.

***********************************************************************************

tak pernah pergi sibu tapi kalau pergi - harus nak tengok muzium ni -
mesti ada tunjukkan ubat2an depa guna masa zaman tok kadok dulu
boleh comparekan dengan sekarang -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2009 08:41 AM | Show all posts
muzium telekom sape udah masuk...pree jer..kt jala raja chulan..marilah
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2009 10:01 PM | Show all posts
rasa rasanya sepital ni berhantu tak? mcm kingdom hospital kat tv tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2009 03:14 AM | Show all posts
Originally posted by Pygmalion at 29-4-2009 22:01
rasa rasanya sepital ni berhantu tak? mcm kingdom hospital kat tv tuh....


Nauzubillah...mintak-mintak dijauhkan ler.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.054522 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list