CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39836|Reply: 95

HIMPUNAN TOKOH USAHAWAN BERJAYA [MERGE]

[Copy link]
Post time 14-9-2007 08:37 AM | Show all posts |Read mode
WALOPON GUA BUKAN USAHAWAN, MARI KITA SHARE BG SEMANGAT ...


Nasihat lulusan SPM gred 3 kepada graduan

Saudara Pengarang,

SAYA mohon maaf. Tulisan ini bukan untuk membangga diri, cuma untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada anak-anak kita.Adik-adik abang yang masih menuntut di Institut Pengajian Tinggi atau pun sudah memiliki ijazah tetapi masih menganggur mungkin adik-adik termasuk dalam golongan 50,000 graduan tanpa pekerjaan. Di sini abang ingin berkongsi sedikit pengalaman diri abang.


Abang kini berusia 41 tahun, berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)gred 3 tahun 1980. Ibu bapa abang bekerja di sawah. Mereka meninggal dunia ketika abang berusia 19 tahun dan tidak juga meninggalkan harta kecuali anak-anak yang ramai.

Pada waktu itu SPM gred 3 `laku' juga. Ramai kawan-kawan abang yang mendapat pekerjaan seperti pembantu makmal, posmen dan ada yang memasuki maktab perguruan.

Nasib abang pula sama seperti nasib adik-adik, memohon pelbagai jawatan tapi gagal. Waktu dulu jangankan nak dapat surat sokongan wakil rakyat, nak dapatkan surat ketua kampung pun susah. Oleh itu soal pilih kasih ini sudah wujud sejak dulu, bukan hanya sekarang.

Oleh kerana abang anak sulung, terpaksalah mencari rezeki untuk keluarga di samping adik-beradik. Abang bermula dengan menjaja ais krim di keliling kampung dan di tempat kenduri kahwin.

Selepas beberapa tahun menjaja ais krim, abang dapat pula peluang Berniaga pakaian di pasar malam. Bermula dengan menggunakan motosikal buruk, kemudian kereta buruk, selepas itu van baru. Kini abang berjaya menjadipengedar pakaian kepada peniaga-peniaga lain.

Di samping itu abang juga menjalankan perniagaan kelapa untuk diedarkan kepada peniaga-peniaga runcit. Hasil keuntungan kedua-dua perniagaan ini akhirnya abang berjaya membeli tanah seluas 12 hektar (30 ekar) dan ditanam dengan kelapa sawit.

Adik-adik, di sini abang ingin nyatakan pendapatan bulanan abang sekarang. Pendapatan utama abang adalah hasil jualan kelapa 3,000 biji sehari x 20 sen untung setiap biji = RM600 sehari x 30 hari = RM18,000 sebulan.

Pendapatan kedua abang adalah hasil kelapa sawit. Dengan harga sekarang abang mampu mencapai pendapatan RM10,000 RM12,000 sebulan. Akhirnya pendapatan yang ketiga hasil jualan pakaian antara RM6,000 RM8,000 sebulan.

Jika dicampur semua pendapatan abang, alhamdulillah pada setiap bulan pendapatan bersih abang antara RM24,000 RM28,000 selepas ditolak gaji lima orang pekerja tetap dan pekerja sambilan.

Adik-adik, banyak lagi usaha yang abang lakukan, seperti penanaman nanas Eropah, seluas lima ekar keuntungannya antara RM135,000 RM170,000 semusim. Tempohnya hanya 10 hingga 12 bulan.

Begitulah adik-beradik abang yang lain, walaupun bersekolah setakat Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan SPM. Mereka juga mempunyai perniagaan sendiri. Purata pendapatan bulanan mereka melebihi RM30,000.

Walaupun mereka buta komputer dan bisu bahasa Inggeris, tiap-tiap tahun mereka melancong ke luar negara. Abang dan adik-beradik yang lain mampu tinggal di rumah besar dan berkereta mewah malahan isteri kami juga tidak bekerja.

Adik-adik abang yang dikasihi, inilah rahsia perniagaan yang tidak ramai anak-anak Melayu tahu. Oleh itu nasihat abang tak usahlah adik-adik bermati-matian merebut peluang pekerjaan makan gaji sama ada dengan kerajaan atau swasta yang hanya menawarkan RM2,000 RM3,000 sebulan.

Tanam cita-cita dan kuatkan azam untuk dapatkan pendapatan RM60,000 RM70,000 sebulan. Jika di universiti adik-adik mempunyai idea yang banyak, teori yang banyak, tenaga muda yang kuat, tetapi kenapa apabila adik-adik berada dalam masyarakat, tiba-tiba menjadi letih, lesu dan semuanya minta disuapkan.

Ciptalah kerja sendiri, seperti anak-anak bukan Melayu, rebutlah Peluang perniagaan yang banyak dalam bidang pengangkutan, makanan, ternakan,pertanian, pelancongan dan lain-lain.

Nasihat abang, jika adik-adik bimbang untuk melibatkan diri dalam perniagaan secara perseorangan, buatlah secara kumpulan yang melibatkan empat atau lima orang. Peringkat permulaan buat secara kecilan, tetapi jualan hendaklah secara tunai.

Jangan fikirkan soal kelulusan. Jika ada kelulusan bidang elektrik, apa salahnya menceburi bidang pertanian. Ingatlah pesanan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk hidup berjaya orang-orang Melayu mesti berniaga. - ABANG
BERJAYA, Teluk Intan, Perak.

[ Last edited by  elle_gogo at 23-4-2009 20:47 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2007 08:37 AM | Show all posts
Bekas guru jual serunding daging jadi jutawan

Oleh Norizan Abdul Muhid


KUALA LUMPUR 8 Mei - Setelah lebih 32 tahun terlibat dalam perniagaan, bekas guru, Nafsiah Yeop Abdullah tidak menyangka akhirnya bergelar jutawan dengan hanya menjual serunding daging.

Bayangkan dalam usia 67 tahun, dunia perniagaan yang diceburinya sejak muda, memberikannya pulangan lumayan sebanyak RM2.5 juta setahun.

Satu ketika dulu, beliau tidak pernah terfikir untuk menjadi kaya, lebih-lebih lagi apabila cubaan pertama menjual daging ayam di pasar tani tidak mendapat sambutan.

Bagaimanapun, wanita gigih yang mempunyai empat anak dan 30 cucu itu tidak mudah berputus asa.

``Sebelum menjual serunding, saya menjual daging ayam tetapi perniagaan tidak mendapat sambutan dan ayam yang tidak terjual terpaksa dibuang.

``Pada waktu itulah, saya mendapat idea membuat serunding daripada daging ayam yang tidak laku dan menjualnya terus ke pasar tani. Syukur jualan serunding saya semakin laris,'' katanya.

Nafsiah adalah antara 39 tokoh Melayu yang terpilih menerima `Anugerah Melayu Cemerlang' sempena Ulang Tahun Ke-60 UMNO yang akan disambut pada 11 Mei ini.

Anugerah disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Shafie Apdal yang juga Ahli Majlis Tertinggu UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Mereka dipilih berdasarkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang pendidikan, industri tanaman dan penternakan serta sukan.

Selain Nafsiah, pemilik Ramly Burger, Ramly Mokni dan penternak lembu kambing, Mohd. Nazri Md. Hassan turut terpilih menerima anugerah tersebut.

Ramly, 50, meraih pendapatan sehingga RM200 juta setahun dengan menjual, membekal dan memasarkan sendiri produk makanan burger dan nuget ayam serta daging.

Beliau juga membuktikan tanpa ijazah atau diploma, dia mampu meraih pendapatan kira-kira RM1 juta sebulan.

Apa yang penting, katanya, mereka yang ingin berjaya dalam perniagaan harus mempunyai minat mendalam terhadap bidang itu.

``Saya bermula secara kecil-kecilan dengan membuat burger di rumah ketika berusia 17 tahun lagi.

``Pelbagai masalah dihadapi namun saya tidak pernah putus asa dan akhirnya selepas lebih 20 tahun, perniagaan saya berkembang dan kini menguasai pasaran tempatan,'' katanya.

Nazri pula berkata, beliau terpaksa bekerja keras untuk berjaya mencapai kehidupan yang dikecapinya hari ini.

Beliau meraih pendapatan sehingga RM6 juta setahun dan mengeluarkan 3,000 ternakan lembu serta kambing.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2007 08:41 AM | Show all posts
Usahawan perlu tahu jenis perniagaan hendak ceburi

JATUH bangun dalam perniagaan menjadi pendorong seseorang untuk terus maju kerana dari situlah, mereka belajar menerusi pengalaman. Walaupun sudah pulih daripada masalah, namun ia bukan alasan untuk bersenang-lenang kerana masih banyak onak duri yang perlu ditempuh selain persaingan di pasaran terbuka.

Bagi Presiden Network Guidance Sdn Bhd (NGSB), Ida Rahayu Md Noor, 35, banyak yang perlu dilakukan bagi memastikan perniagaannya kukuh.

Ida juga peneraju Eurofine (M) Sdn Bhd yang menerbitkan lebih 2,000 jam program televisyen dan filem untuk tayangan di stesen televisyen dalam dan luar negara.

Ikuti temubual wartawan Bisnes Metro, HAYATI IBRAHIM menyusuri pengalaman Ida Rahayu sehingga menjadi penerima Anugerah Usahawan Puteri 2006, baru-baru ini.

BM: Boleh ceritakan latar belakang saudari?

IDA RAHAYU: Saya lahir di Segamat, Johor dan mula menyertai Puteri Umno sejak penubuhannya pada 2000 dan kini menjadi Pengerusi Tetap dan Ahli Jawatankuasa Puteri Umno Bahagian Petaling Jaya Utara. Saya adalah anak bongsu daripada tiga beradik dan mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan sejak Januari 1994.

Saya berkelulusan Diploma Pentadbiran Perniagaan dari Institute of Commercial Management, United Kingdom dan Diploma Lanjutan dari University of Wales (Swansea) United Kingdom.

BM: Apakah perasaan Ida Rahayu selepas diiktiraf sebagai Usahawan Puteri?

IDA RAHAYU: Saya menjadi usahawan bukan mengejar anugerah tetapi sebagai pendorong dan pembakar semangat untuk terus berusaha dengan lebih giat memajukan syarikat. Namun, apabila diumumkan menerima anugerah itu, perasaan bercampur baur, gembira, takut, bersyukur dan satu tanggungjawab baru untuk digalas.

Apabila diiktiraf seperti ini, masyarakat sekeliling akan sentiasa memerhatikan kita sama ada kita berjaya mengekalkan pengiktirafan itu atau hanya seketika.

Justeru, saya perlu lebih fokus dan menumpu perhatian kepada perniagaan supaya mampu berusaha dan meningkatkan operasi perniagaan, dan yang penting supaya masyarakat sekeliling tidak memandang remeh usaha kami. Lebih penting jika perniagaan itu dapat dikembang dan berkekalan sehingga cucu cicit, walaupun kita sudah tiada.

BM: Siapakah yang mendorong Ida Rahayu untuk bergiat dalam industri perfileman?

IDA RAHAYU: Saya terbabit dalam bidang perniagaan disebabkan dorongan ayah. Dia yang menyokong kami untuk menjalankan perniagaan, malah semua adik-beradik diasuh ayah untuk berniaga dan beliau tidak menggalakkan anak-anak bekerja dengan orang lain.

Selepas tamat belajar, saya bekerja dengan orang lain tetapi ayah tidak suka dan marahkan saya. Justeru, saya mengambil keputusan membuka perniagaan sendiri.

Ayah, kemudian memperkenalkan saya dengan beberapa rakannya dalam industri untuk mendapat nasihat. Dari situlah, saya memulakan perniagaan sedikit demi sedikit sehingga kukuh.

BM: Apakah cabaran paling getir pernah dihadapi?

IDA RAHAYU: Antara pengalaman atau cabaran getir yang pernah dihadapi termasuk perancangan tidak menjadi, malah masalah lain pula yang timbul.

Ditambah pula dengan kumpulan yang tidak menyokong tindakan, menjadikan sesuatu perkara itu sukar diselesaikan selain tiada persefahaman antara kakitangan dan kumpulan masing-masing. Apabila terjadi sesuatu di luar jangkaan, ia menjadi bertambah sukar.

Selain itu, status sebagai wanita muda juga menyebabkan sesetengah pihak tidak percaya dengan kemampuan kita. Ada kalanya perkara itu menjadi batu penghalang kerana orang tidak yakin dengan kita.

Malah, kami pernah menghadapi kegawatan ekonomi pada akhir 1990-an sehingga memaksa saya membuat keputusan sukar termasuk menawarkan Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) kepada kakitangan yang sudah bekerja lebih lima tahun di syarikat. Perasaan ketika itu memang teruk, rasa kesal dan sedih sentiasa berada di fikiran.

Alhamdulillah, semua masalah dapat diselesai dan dikendalikan dengan baik, malah syarikat terus berkembang hasil usaha gigih dan sokongan semua pihak.

BM: Apakah prinsip yang dipegang Ida Rahayu ketika menjalankan perniagaan?

IDA RAHAYU: Saya memang dikenali sebagai seorang yang degil. Jika saya percaya sesuatu perniagaan itu boleh dibuat dan berjaya, saya akan usahakannya sehingga berjaya tanpa mengira apa cara atau berapa lama diperlukan.

Yang penting jangan mudah berputus asa kerana kita bekerja bukan dengan orang tetapi diri sendiri. Kita yang akan mengendalikannya dari awal hingga akhir. Jika seseorang usahawan itu patah semangat bagaimana dengan orang yang bekerja di bawah.

Jadi, untuk berjaya dalam perniagaan, sama ada mendapat sokongan atau tidak daripada rakan, saudara mara atau keluarga, kita perlu teruskan dengan kudrat yang dimiliki dan tidak perlu berputus asa.

Itu yang paling penting dan menjadi kunci utama diri saya selama ini. Selagi kita berusaha mencari penyelesaian dan mempunyai rangkaian, selagi itulah kita mesti teruskan perniagaan. Dengan kata lain, seorang usahawan perlu tabah, kental dan bijak menangani masalah.

BM: Apakah nasihat Ida kepada bakal usahawan atau golongan muda yang sudah menceburi bidang perniagaan?

IDA RAHAYU: Pada saya, jangan menceburi bidang perniagaan semata-mata kerana ingin menjadi bos atau jalan penyelesaian untuk tidak dimarahi bos. Ini kerana semua kakitangan bergantung kepada kita, tetapi jika kita buat tidak endah atau membiarkan kakitangan melakukan semua kerja macam mana syarikat nak ?survive?.

Jadi kita tidak boleh salahkan sesiapa jika syarikat bermasalah. Sebenarnya bidang keusahawanan bukan mudah kerana ia bukan bidang yang boleh rileks atau bersenang-lenang. Kita sebagai usahawan juga boleh dimarahi kakitangan sebab tidak menjalankan tanggungjawab dengan sempurna, malah keadaan itu lebih sakit daripada dimarahi bos.

Apa yang penting, kita kena bersedia untuk bekerja keras. Usahawan yang ingin berniaga perlu tahu latar belakang atau jenis perniagaan yang hendak diceburi. Ia sebagai persediaan supaya jika berlaku masalah atau perkara tidak diingini.

Sebagai contoh, ada rakan yang ingin menjatuhkan kita, kita dapat menghidu lebih awal dan menyediakan diri di atas sebarang kemungkinan.

Selain itu, usahawan juga perlu tahu perniagaan yang ingin diceburi, tidak semestinya secara menyeluruh tetapi sekurang-kurangnya tahu perjalanan perniagaan supaya dapat memantau apa yang berlaku dan mengetahui cara mengendalikan masalah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2007 08:48 AM | Show all posts
SEMANGAT kental yang ada pada pemilik Yusuf Taiyoob Sdn Bhd, wajar dicontohi generasi muda, khususnya yang menyimpan cita-cita meneroka bidang perniagaan.

Datuk Yusuf Taiyoob, 47 pemilik syarikat kurma dan makanan berpangkalan di Pulau Pinang itu pernah muntah darah kesan pendarahan yang serius dalam perut kerana berdepan tekanan apabila perniagaan pertamanya, penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, jatuh merudum walaupun mendapat sambutan menggalakkan di peringkat awal.

Ketika itu, usianya baru 19 tahun. Akibat tekanan hebat dan tidak dapat menghadapi kenyataan pada usia muda, beliau tidak dapat tidur malam dan menjaga pemakanan sehingga pada satu malam dia dikejarkan ke hospital dalam keadaan separuh sedar.

"Orang tua saya fikir saya akan mati apabila lihat banyak darah keluar, nasib baik cepat mendapat rawatan.

"Doktor kata, kalau saya ini orang tua, saya sudah pergi dulu (meninggal dunia)," katanya mengimbau jatuh bangunnya dalam dunia perniagaan dalam satu pertemuan di pejabatnya di Plaza MWE, Georgetown, Pulau Pinang.

Yusuf yang sebak menceritakan pengalamannya berkata, kejadian itu masih berbekas di hatinya kerana mengingatkan tiada sesiapa yang dapat membantunya kecuali diri sendiri dan keluarga rapat.

Banyak cabaran yang terpaksa dilaluinya sebelum mencapai tahap sekarang.

Katanya, beliau pernah dihalau dan produknya dicampak begitu saja tanpa dilihat terlebih dulu.

"Saya bersusah payah ke Kuala Lumpur untuk mempromosi minyak wangi yang saya adun sendiri. Bukan saja syarikat berpengaruh itu tidak mahu menjual, minyak itu dibaling begitu saja," katanya.

Namun, cabaran yang dihadapi itu sama sekali tidak melemahkan semangatnya, malah selepas peristiwa muntah darah serius sehingga tubuh badan kurus akibat perniagaan merudum, beliau terus mencari peluang untuk membuka perniagaan baru di lokasi lain.

"Saya bernasib baik mendapat sokongan ibu bapa dan datuk yang sebelum ini biasa terbabit dalam perniagaan. Pada masa itu, saya juga masih muda, ada peluang, untuk tukar haluan.

"Selepas keluar hospital dan berehat seketika, saya bertekad memulakan perniagaan lain dengan mengimport makanan termasuk kurma secara kecilan,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2007 08:50 AM | Show all posts
"Orang Melayu boleh berjaya asal tekun berusaha serta sabar diuji masa -- Atasi sikap malu dan malas"


MUKADIMAH

JARUM jam sudah menjangkau tengah malam ketika dua wartawan Mingguan Malaysia rancak menemu bual Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, tokoh korporat Melayu yang latar hidupnya tidak begitu banyak diketahui.

Isu yang dibincangkan hanya satu - tentang sikap sesetengah korporat Melayu berjaya yang keberatan turun ke bawah membantu anak bangsa. Isu itu dibangkitkan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

``Saya pun naik semangat bercakap tentang hal orang Melayu ini walaupun tadi ada rasa mengantuk sedikit,'' katanya kepada wartawan NOOR AZAM SHAIRI dan SITI MARIAM MD. ZAIN di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, tengah malam Rabu lalu.

Syed Mokhtar adalah salah seorang daripada orang Melayu berjaya yang diketahui umum banyak menyumbang kepada pengembangan anak bangsa. Beliau menubuhkan Yayasan Al-Bukhary yang antara projek utamanya ialah memberi peluang pendidikan kepada anak-anak pintar yang kurang berkemampuan.

``Saya dulu tidak ada peluang. Setelah ada rezeki ini kenapa saya tidak boleh tolong orang miskin yang boleh pergi jauh,'' katanya yang bersekolah setakat tingkatan lima.

Dalam wawancara ini, Syed Mokhtar juga ditanya tentang tanggapan umum terhadapnya yang dilihat sebagai seorang ahli perniagaan yang kerjanya mengambil alih kepentingan demi kepentingan pelbagai syarikat.

``Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tidak ada esok,'' katanya. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Syed Mokhtar mengakui bahawa semua itu bukan untuk dirinya sendiri sebaliknya beliau mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

Wawancara ini adalah antara sedikit yang pernah diberikan oleh tokoh korporat yang selalu cuba mengelak daripada tumpuan media. Ditanya kenapa beliau bersedia ditemu bual pada kali ini, Syed Mokhtar menjawab: ``Saya mahu membela diri.''

``Saya perlu tampil untuk membetulkan pandangan-pandangan serong tentang diri saya.''

MINGGUAN: Bagaimanakah Tan Sri melihat hubung kait diri Tan Sri dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB)?

SYED MOKHTAR: Saya menikmati jasa dasar itu semasa memulakan perniagaan dulu, daripada pinjaman Mara sehinggalah kepada bangunan kedai UDA. Saya produk DEB tetapi semua ini melalui proses selama 34 tahun.

MINGGUAN: Dalam tempoh lebih 34 tahun ini, apakah rahsia kejayaan Tan Sri?

SYED MOKHTAR: Tidak ada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama saja, cuma proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa saja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa.

Saya sendiri melalui pahit maung dan merasai segala-galanya untuk sampai ke tahap ini. Tidak ada jalan yang singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini dari kecil lagi, dan saya juga biasa kena tipu.

Saya memang sudah buat keputusan dari awal bahawa saya mahu buat sendiri. Saya tidak gadai lesen dan permit yang saya ada.

MINGGUAN: Ini tentang know how atau know who?

SYED MOKHTAR: Semasa mula berniaga dulu saya tidak ada kenal sesiapa. Tetapi selepas saya mengembangkan perniagaan ini memang faktor know who itu penting juga. Bangsa lain tidak mengapa tetapi orang Melayu dalam berniaga kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit.

Dasar DEB itu tidak sia-sia. Saya boleh mempertahankan manfaatnya. Ini bukan masalah dasar tetapi masalah manusia yang tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik.

Saya juga mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang saya tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan susah tetapi itulah jalan yang kekal.

Tidak banyak peniaga Melayu yang buat macam Tan Sri - dapat empat permit lori walaupun cuma mampu pakai dua, yang baki itu tidak dijual.?

SYED MOKHTAR: Alhamdulillah, Tuhan tidak gerakkan hati saya buat kerja-kerja itu. Saya yakin, insya-Allah dua buah lori lagi saya boleh beli kalau saya rajin berusaha. Saya percaya kalau perniagaan saya maju dan tidak cukup lori, saya tentu kena minta lagi. Jadi walaupun hanya mampu beli dua buah lori, dua lagi permit itu saya simpan untuk masa depan.

MINGGUAN: Maksudnya kena sabar menunggu?

SYED MOKHTAR: Memang kena banyak sabar dan kuat berusaha. Semasa mula-mula berniaga dulu saya pun biasa kena tindas, bukan saja dengan bangsa lain tetapi dengan orang Melayu yang dipergunakan.

Saya terpaksa bersaing dengan orang Cina yang sudah jauh lebih maju dan boleh juga mendapatkan lesen daripada orang Melayu yang sanggup menggadainya.

MINGGUAN: Semasa mula berniaga Tan Sri bekerjasama dengan orang Cina. Kenapa?

SYED MOKHTAR: Kita perlu menggunakan kepakaran mereka kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham, kita berkongsi dengan mereka dengan tujuan untuk belajar daripada mereka. Apabila sudah faham barulah kita boleh menjaga kepentingan kita.

Sampai sekarang saya masih berkongsi dengan orang Cina tetapi saya juga terlibat secara aktif dalam perniagaan itu.

MINGGUAN: Bagaimanakah lahirnya Yayasan Al-Bukhary ini?

SYED MOKHTAR: Apabila saya dapat rezeki sedikit ditambah pula dengan didikan ibu bapa saya, saya mula menolong orang. Itulah juga punca saya mewujudkan yayasan di Alor Star itu. Insya-Allah, harapan saya setelah mati nanti yayasan itu tetap kekal dan terus memberi bakti.

Selain Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur saya juga buka pusat tuisyen. Sebenarnya saya hendak buat sudah lama tetapi tiada siapa yang sanggup hendak tengok-tengokkan sehinggalah saya dapat tahu Datuk Seri Shukor Abdullah (bekas Ketua Pengarah Pendidikan) bersara. Saya cari dia dan dia sanggup untuk melaksanakan hasrat ini. Ini daripada hati saya, siapa pun tidak suruh.

Projek ketiga yayasan ialah Kompleks Al-Bukhary di Alor Star. Itu asalnya tanah datuk saya dan masjid itu asalnya dia yang bina. Saya sebenarnya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

Dalam hal ini, apabila saya masuk ke dalam masyarakat saya tidak lihat orang itu UMNO atau Pas. Kalau orang itu memerlukan bantuan, kalau boleh ditolong, saya tolong. Dalam hal-hal kemasyarakatan tidak ada UMNO dan Pas.

MINGGUAN: Maksudnya?

SYED MOKHTAR: Orang Melayu semuanya sama. Pendirian politik itu terpulanglah kepada diri masing-masing. Dalam kompleks masyarakat itu kita semua sama. Dalam soal kemajuan ummah kita mesti bersatu.

MINGGUAN: Prof. Diraja Ungku Aziz dalam satu wawancara sebelum ini menyebut bahawa orang Melayu tidak berfikir seperti satu ummah. Orang Melayu individualistik. Tan Sri nampaknya bukan dari golongan itu?

SYED MOKHTAR: Saya fikir soal parti adalah hak masing-masing. Apabila hidup bermasyarakat, kita tidak sepatutnya mengasingkan ini orang UMNO, ini orang Pas. Saya memberi bantuan hanya atas dasar sebagai orang Islam. Soal ideologi atau perjuangan mana yang betul, hanya Allah yang akan menentukannya.

Dalam menjayakan agenda Melayu, orang Melayu sendiri kena tolong orang Melayu. Tidak guna kita buat seminar sana sini tetapi tidak mahu menolong bangsa sendiri untuk jadi maju. Kita kena berusaha, baru orang Melayu boleh jadi kuat.

Apabila kuat, kita tidak lagi ditindas. Jangan kita bercakap tentang agenda Melayu dalam Perhimpunan Agung UMNO tetapi selepas itu kita senyap. Sepatutnya semua orang kena buat kerja, bukannya bercakap saja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2007 08:52 AM | Show all posts
MINGGUAN: Apa pandangan Tan Sri kepada korporat Melayu yang tidak mahu tolong Melayu?

SYED MOKHTAR: Mereka mungkin tidak nampak ini sebagai kewajipan kerana mereka tidak melalui kesusahan. Saya pun suka kepada kemewahan. Saya pun suka pergi tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tetapi kita ini hendak mewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana? Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah. Kita tidak boleh mengagung-agungkan diri kita sangat. Masalahnya sekarang ada yang sudah ke atas tetapi tidak mahu turun ke bawah.

MINGGUAN: Kenapa ini berlaku?

SYED MOKHTAR: Mungkin kerana kurang didikan dan nilai sehingga hidup jadi terbawa-bawa. Tidak mengapa kalau mereka boleh hisap curut RM500. Tetapi tidak semestinya bermakna mereka tidak boleh turun ke bawah membantu orang. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa Dia boleh ambil balik. Mereka bersikap begini boleh jadi kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain. Ini berbeza dengan orang Cina yang ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tidak mahu berusaha, apabila orang lain usaha, mereka marah.

MINGGUAN: Inikah pegangan Tan Sri dari dulu lagi; rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain?

SYED MOKHTAR: Saya fikir memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

MINGGUAN: Tan Sri melihat menolong orang lain itu satu tanggungjawab?

SYED MOKHTAR: Apabila kita memberi kerja kepada orang lain, ia juga satu amalan kerana kerja mendatangkan rezeki kepada mereka. Sekarang kumpulan saya ada 36,000 pekerja. Ini satu tanggungjawab kepada saya, bagaimana hendak menjadikan mereka ini maju, dapat bonus dan sebagainya.

MINGGUAN: Kalau Tan Sri tidak buat semua ini apa Tan Sri rasa?

SYED MOKHTAR: Saya akan rasa sedih kerana tidak banyak orang Melayu yang tolong Melayu. Saya tidak kisah; saya boleh tidak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya akan rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata, kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat.

Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa. Tetapi semua ini sebenarnya bukan mampu saya buat seorang.

Saya ada emotional attachment kepada agama, negara, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak mustahak. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

Kalau saya dulu tidak dapat peluang belajar tinggi, kenapa pula saya hendak sekat peluang orang lain? Lagipun saya datang daripada golongan itu. Kalau ada rezeki lebih sedikit takkan saya sanggup lupakan mereka.

MINGGUAN: Tan Sri mengharapkan lebih ramai lagi orang Melayu yang berjaya seperti Tan Sri?

SYED MOKHTAR: Saya kadang-kadang sedih apabila media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya.

Tetapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat, tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

MINGGUAN: Apakah yang selalu Tan Sri fikirkan?

SYED MOKHTAR: Saya selalu fikir bagaimana hendak mengekalkan kumpulan ini untuk masa depan; bagaimana hendak menjalankan semua projek di bawah yayasan.

Sebahagian daripada keuntungan kumpulan ini saya khaskan kepada kos operasi Yayasan Al-Bukhary yang akan menempatkan 3,000 pelajar dari negara-negara Islam - 70 peratus pelajar antarabangsa, 20 peratus pelajar kita dan 10 peratus bukan Islam. Kita memberikan fokus kepada soal pendidikan anak bangsa. Kelas tuisyen itu boleh dikatakan 100 peratus untuk anak Melayu. Universiti itu pula adalah untuk pelajar-pelajar yang cerdik tetapi tidak ada kemampuan.

Kita akan ambil mereka dan beri bantuan seratus peratus. Kita mahu mereka menjadi profesional yang apabila tamat pengajian boleh pulang ke negara masing-masing dan membantu masyarakat mereka pula.

MINGGUAN: Salah satu masalah ekonomi orang Melayu ialah pengangguran di kalangan siswazah. Dalam hal ini misalnya apakah yang boleh Tan Sri lakukan?

SYED MOKHTAR: Saya telah meminta kumpulan kami mengkaji masalah ini dan mengambil sekumpulan mereka bekerja dan memberikan latihan. Insya-Allah kami akan sentiasa mencari perniagaan baru, mungkin daripada swasta atau kerajaan. Kalau daripada kerajaan orang mungkin akan menjadikannya sebagai isu lagi. Tetapi kalau kita terus mencari peluang dan perniagaan lain kita akan terus dapat membantu orang lain untuk mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya sendiri semata-mata.

MINGGUAN: Laporan-laporan tentang Tan Sri selama ini, itu maksudnya bukanlah untuk mengembangkan kekayaan peribadi?

SYED MOKHTAR: Diri saya tidak mustahak. Kalau saya hendak ambil alih mana-mana syarikat pun saya mesti ada kemampuan untuk menguruskannya. Orang tidak tahu bahawa apabila saya mengambil sesetengah syarikat itu ia sebenarnya dapat menyelamatkan berpuluh-puluh ribu keluarga pekerjanya yang sebahagian besarnya ialah orang Melayu. Tetapi apabila saya mengambil alih syarikat-syarikat itu orang bertanya apakah tidak ada orang lain selain daripada Syed Mokhtar?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-9-2007 08:52 AM | Show all posts
MINGGUAN: Orang tidak bercakap tentang hal-hal di belakang itu.

SYED MOKHTAR: Perkara yang elok lambat orang tahu. Saya ini ada dibenci orang. Orang kata saya tamak, ambil semua peluang yang ada dan hendak jadi kaya seorang. Kaya apa? Kaya itu bukanlah pada diri saya. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara saja. Saya tidak ada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara baik yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tetapi apa yang saya lakukan sekarang. Tetapi banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

MINGGUAN: Apakah yang orang tidak tahu tentang syarikat-syarikat yang Tan Sri miliki itu?

SYED MOKHTAR: Sesetengah daripada syarikat itu bermasalah; saya membeli untuk menyelamatkannya daripada jatuh ke tangan bangsa lain atau orang Melayu sendiri yang boleh membawa lebih kerosakan. Saya tidak menggadaikan hak dan kepentingan orang kita. Tetapi kerja saya bukan beli syarikat. Saya ada perniagaan sendiri - syarikat lori dan beras. Alhamdulillah, Tuhan memberikan saya kekuatan untuk ke depan apabila ada peluang. Walaupun sesetengah syarikat itu bermasalah tetapi saya melihatnya sebagai satu peluang juga - bagaimana hendak mengubahnya. Tetapi saya tidak pernah ambil daripada mulut orang Melayu lain; sudah hendak sampai ke kerongkong saya ambil, saya tidak buat begitu. Apa yang saya dapat ini adalah daripada usaha saya sendiri. Ada juga yang saya usaha tetapi tidak dapat dan orang tidak tahu. Apa yang saya dapat itu pula yang menjadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Orang kita terlupa bahawa bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi negara ini. Siapa pula yang memberikan pelbagai kemudahan untuk membolehkan mereka memegang kepentingan itu? Siapa pun tidak kata apa. Inilah masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik Pas dan UMNO; di bandar, berpecah kerana ini. Saya tidak pergi cari mana syarikat hendak saya beli. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

Orang tidak tahu bagaimana saya rugi lebih RM2 bilion dalam pelaburan semasa kegawatan 1997 semata-mata kerana hendak melindungi 30 peratus kepentingan orang Melayu.

MINGGUAN: Setiap kali mendapat rezeki daripada Tuhan, apakah yang Tan Sri rasakan?

SYED MOKHTAR: Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok, bukan lebai pondok. Tetapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu kita minta terus daripada Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan. Orang kata saya tidak ada duit tetapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tidak berhutang. Tetapi kita mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara kita boleh buat.

Kalau beratus-ratus orang Cina dalam bandar boleh buat kenapa saya orang Melayu tidak boleh? Tetapi kerana saya Melayu orang menjadikannya sebagai satu isu. Inilah masalahnya. Tidak ada salahnya berhutang kalau berniaga. Tetapi sebelum berhutang RM100 juta kita mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Soal tanggungjawab ini yang banyak orang tidak sanggup pikul. Banyak orang mahu senang tetapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab. Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama. Emak saya mengajar: Kalau dapat lebih, beri lebih; kalau kurang, beri kurang.

MINGGUAN: Tan Sri ada sikap yang begitu sensitif kepada keperluan anak bangsa dan saudara seagama. Soalnya kenapakah tidak banyak korporat Melayu yang ada sikap sebegini?

SYED MOKHTAR: Mungkin kerana masalah didikan atau kerana mereka naik dengan begitu mudah. Atau mungkin juga kerana pergaulan mereka. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal-usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan. Saya sangat berterima kasih kepada emak saya yang ambil setengah daripada duit pertama saya dulu. Kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak juga melakukan kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
MINGGUAN: Adakah Tan Sri rasa keseorangan melakukan semua ini?

SYED MOKHTAR: Saya fikir banyak orang yang buat begini juga tetapi dengan cara mereka sendiri. Insya-Allah kita berdoa mereka akan buat lebih lagi pada masa akan datang. Saya buat apa yang tergerak dalam hati dan apa yang boleh dicapai oleh tangan. Saya juga insaf bahawa diri saya tidak kekal; saya hanya seorang hamba Allah yang kalau ditakdirkan hidup sehingga 70 tahun umur saya hanya tinggal 17 tahun saja lagi. Oleh itu saya suka melakukan perkara yang kekal dan berterusan seperti yayasan ini. Kalau bangsa lain boleh ada macam-macam yayasan kenapa tidak kita? Apa yang penting ialah komitmen. Pendekatan saya selari; sambil mencari rezeki saya juga menyumban semula kepada masyarakat. Saya sendiri tumpang seronok melihat orang lain mendapat kesenangan daripada sedikit apa yang saya ada ini.

MINGGUAN: Tan Sri seronok melihat orang lain dapat berkembang hasil daripada rezeki yang Tan Sri nikmati?

SYED MOKHTAR: Ya. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2007 08:52 AM | Show all posts
MINGGUAN: Harapan Tan Sri kepada orang Melayu lain yang juga sudah berjaya?

SYED MOKHTAR: Insya-Allah, kebanyakan orang Islam ini baik-baik, ada niat yang baik. Bukan mereka tidak mahu menolong tetapi mungkin masanya belum sampai atau Tuhan belum menggerakkan hati mereka lagi. Mungkin juga mereka ada masalah maklum saja selepas tahun 1997 masih belum banyak yang pulih semula.

Saya sendiri sambil berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya berdoa apabila nanti saya pejam mata masa itu juga hutang pun habis, perniagaan dan amal jariah pun sama-sama berjalan elok.

Saya tidak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tidak sempat buat.

MINGGUAN: Kepada orang Melayu yang sanggup hisap curut RM500 tetapi susah hendak tolong orang lain, apakah yang hendak Tan Sri katakan kepada mereka?

SYED MOKHTAR: Kalau mereka hendak hisap curut, pakai kereta Porsche atau duduk rumah besar, tak apa. Cuma ingat-ingatlah juga tanggungjawab untuk membantu anak bangsa. Kita tidak boleh marah kepada mereka. Kita ingat-ingatkan saja. Kebanyakan mereka itu orang yang bagus-bagus; mungkin terbawa-bawa saja. Kepada saya ini masalah kecil saja. Masalah yang lebih besar ialah diri kita sendiri. Orang Melayu kena yakin dan berusaha untuk terus memajukan diri.

MINGGUAN: Harapan Tan Sri kepada orang Melayu keseluruhannya?

SYED MOKHTAR: Peluang kita semua sama; saya tidak dapat lebih dan tidak dapat kurang. Cuma satu saja saya minta daripada orang Melayu: Beri masa sedikit kepada apa yang hendak diusahakan. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok-belok perniagaan, insya-Allah boleh maju. Mereka juga kena fokus, majukan diri dan selalu meningkatkan kemahiran. Kalau sudah maju dan hendak mempelbagaikan perniagaan, masa itu tidak mengapa. Kita juga jangan cepat berputus asa. Putus asa boleh tetapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Kita juga jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

MINGGUAN: Bolehkah orang Melayu maju?

SYED MOKHTAR: Tidak ada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun kalau ada yang mengatakan orang Melayu tidak boleh maju. Cuma nasihat saya kalau hendak jadi apa pun, jadilah yang terbaik dalam bidang masing-masing sehingga kukuh bertapak.

Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari mahu ambil alih akhbar itu. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

MINGGUAN: Cara hidup Tan Sri bagaimana?

SYED MOKHTAR: Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tetapi tidak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun. Jangan amalkan cara hidup yang tidak boleh ada fleksibiliti. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tetapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.  Saya juga tidak bermain golf kerana kepada saya ia memakan banyak masa. Tetapi tidak semestinya orang yang main golf itu tidak bagus atau orang yang tidak main itu lebih bagus. Saya pun tidak ada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu benda yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau orang ramai mendapat nikmatnya.

Tetapi pada masa akan datang tidak tahu lagi. Kalau panjang umur saya berniaga ke negara-negara lain dan ketika itu saya memerlukan, mungkin saya akan beli juga kapal terbang. Setakat ini Proton Perdana sudah memadai.

MINGGUAN: Tetapi orang Melayu umumnya apabila berniaga perkara pertama yang dilakukan ialah beli kereta mewah.

SYED MOKHTAR: Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi yang negatif kepada orang Melayu. Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Jangan kita memberikan gambaran bahawa ini sebenarnya yang perlu mereka buat. Sesiapa pun memang mahu semua itu tetapi bukan itu matlamatnya.

Kita kena tekankan hal-hal yang positif tentang orang Melayu. Orang Melayu boleh jadi yang terbaik dalam apa juga bidang kerjaya mereka. Itu yang perlu kita lakukan.

MINGGUAN: Di kalangan orang Melayu masih ada pemikiran bahawa kerajaan perlu menolong mereka. Bagaimanakah Tan Sri melihat realitinya?

SYED MOKHTAR: Saya ingat kena tengok tahap-tahapnya. Kerajaan kena tolong orang Melayu. Orang Melayu mesti naik berperingkat-peringkat. Bantuan kerajaan sentiasa ada. Sistemnya sudah ada. Kalau orang Melayu masuk ke dalam sistem itu, mereka sudah boleh jalan ke depan.

Tetapi seperti saya katakan tadi mereka perlu melalui proses ujian masa. Mereka yang perlukan bantuan ini ialah mereka yang hendak cepat dan tidak faham apa. Orang Melayu sebenarnya tidak perlu meminta kerajaan membantu kerana dasar itu memang sudah ada. Orang Melayu sebenarnya yang kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

Saya mendapat nikmat daripada DEB sejak awal pelaksanaannya lagi. Ketika itu lebih susah kalau hendak dibandingkan dengan peluang-peluang yang ada sekarang.

MINGGUAN: Adakah Tan Sri puas hati dengan apa yang sudah dilakukan ini?

SYED MOKHTAR: Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada air segelas, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

MINGGUAN: Apakah yang Tan Sri rasa apabila melihat orang yang menerima bantuan daripada yayasan ini?

SYED MOKHTAR: Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

Saya gembira dapat membantu. Kalau saya boleh beli seekor lembu untuk sebuah kampung yang sudah lama tidak makan daging, saya rasa gembira. Saya rasa seronok dapat bawa anak-anak dari luar datang ke Kuala Lumpur, tengok lampu-lampu yang cantik.

Saya tahu bagaimana perasaannya. Saya mahu orang lain merasai apa yang saya pernah rasa. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan kita beri kurang daripada itu, lebih tidak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

MINGGUAN: Tan Sri tentu rasa boleh menyumbang lebih lagi daripada ini?

SYED MOKHTAR: Memang itulah yang selalu saya rasa. Saya kata kepada kawan-kawan apa yang kita buat ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Insya-Allah, kalau orang Melayu lain boleh bersama-sama membantu tentulah lebih baik. Ayah saya kata, guni beras kalau seorang pikul memang berat tetapi kalau ramai-ramai kita pakat pikul ringan jadinya.

MINGGUAN: Kenapa beri wawancara sekarang?

SYED MOKHTAR: Saya rasa saya perlu tampil untuk membetulkan pandangan-pandangan yang serong tentang diri saya itu. Saya kena membela diri. Setidak-tidaknya saya jelas dengan apa yang hendak saya lakukan. Terpulang bagaimana umum hendak menerimanya.

Kepada saya, apa yang benar itu akan kekal. Saya segan kerana kerja saya yang sedikit ini orang besar-besarkan. Niat saya baik tetapi orang fikir sebaliknya. Saya bukan orang jahat. Saya asal orang miskin.

Saya pun sebenarnya bukan hendak menonjol-nonjolkan diri. Saya hormat kepada pemimpin. Saya akan sama-sama membantu. Pemimpin datang dan pergi tetapi saya hormat kedudukan itu. Perjuangan yang mereka tentukan itu akan terus saya bantu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2007 08:55 AM | Show all posts
Originally posted by cakna at 14-9-2007 08:41 AM
Usahawan perlu tahu jenis perniagaan hendak ceburi

JATUH bangun dalam perniagaan menjadi pendorong seseorang untuk terus maju kerana dari situlah, mereka belajar menerusi pengalaman. Walaupun ...



hmmm
bukan nak cakap apa.
org kalau dah start masuk politik, rezeki diorg bukan hanya dari sumber perniagaan

saya ada kawan masa belajar di UIA,
dia joint Puteri Umno from the start, sekarang jadi ketua bahagian mana kurang pasti,
dia ada buka bisnes motivation company,
seorg dari kawan saya bekerja dengan beliau, yang menurut kata bisnes yang di jalankan takla begitu masyukk
but then, dia mampu pakai bmw, suami pakai rexton, duduk pula di kondominium in one of the area kat KL ni.. at the age of 28..

wonder how, kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2007 08:55 AM | Show all posts
INI GUA PUNYA FINANCIAL PLANNER...
KIRAWANG......

http://univestgroup.com.my/main/index.php?option=com_frontpage&Itemid=1
RESPECTTTTTT.....:victory:

Shaari Anuar Bin Musa, Group Agency Manager
Contact No: 012 381 1974, email: [email protected] e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Encik Shaari Anuar began his career in the unit trust industry with Public Mutual in 2003 as a Part Timer for the first 3 month and  had decided to become a Full Timer after self-confident with the company performance.

He graduated from Islamic International Universiti (IIUM) and he holds Master In Business Admin. He also received his Bachelor Degree in Hotel Management from University Technology MARA (UiTM).

He started his career as a lecturer and Training Manager in various companies. Since he aware of untapped Bumiputera market in unit trust industry, he make an make an effort to reinvent himself to become a key player with Public Mutual.

After 4 years joined Public Mutual, he enjoys with the flexibility of working hours, and the most important, his income average per month around RM 50,000 exclude the year end bonus, trip incentives and others.With little experience in sales and marketing, he still affords to win a few awards, campaigns and incentives with Public Mutual.

2003

First runner up for EPF Sales Campaign
Trip Incentive to Kunming
Million Dollars Sales Producer
Promoted to Agency Supervisor level
2004

Champion for EPF sales Campaign
Trip Incentive to Perth (2 tickets and cash money)
Million Dollars Sales Producer
Promoted to Agency Manager level
2005

2nd Runner up AAN for AS Level
1st Runner up AS level for Bangsar Branch
Trip Incentive to England and Scotland and RM6000 cash money
Million Dollars Sales Producer

2006

Trip Incentive to Greece and Turkey (2 tickets)
Million Dollars Sales Producer
For those interested in this business, you could contact him personally or contact his Personal Assistance Cik Shahida 03 91725945. He willing to share and duplicate his route to success with everybody!!

Download En Shaari 3 months basic income statement

[ Last edited by  cakna at 14-9-2007 08:57 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2007 08:59 AM | Show all posts
From janitor to owner of RM15m business

MALAYSIA's unemployed graduates could learn a thing or two from Anita Ali. She could probably put most of them to shame.The founder of the popular Laksa Shack chain was a graduate and her parents were well off.  But she didn't want mum and dad to help, but rather make it on her own. Times were hard but she wasn't picky.

She started out her career as a janitor."I found it difficult to get a job after my graduation. I went to government schools and asked if they could give me any work. They asked me 'Will you clean the toilets?' I was poor. I agreed," Anita said."I didn't mind the cleaning. I can both dress up or dress down if necessary," the Universiti Teknologi Mara graduate added. Today Anita is the proud owner of 14 Laksa Shack outlets, a multi-million-ringgit business.

Only recently, during Franchise International Malaysia, she received numerous offers to buy her RM15 million business for cash."Our booth was so successful, I had people coming by all day long , saying they want to buy Laksa Shack," she said.

Anita, who completed her schooling at Bukit Nanas Convent, said the Cheras school, where she worked as janitor, later gave her other jobs likes sewing curtains.

She also went door-to-door selling shoes and "kain ela" (ready-cut textiles). However, since the jobs were not permanent she would run short of cash. Anita then decided to start selling food. "I sold food at the roadside in Taman Tun Dr Ismail near Jusco (then).  I would go to MPH (bookstore) and memorise their recipes. "My business did well and I moved to the MPPJ (Majlis Perbandaran Petaling Jaya) building. I had to start work at 3am driving my old Volkswagen of which floorboards were coming off and went to buy groceries each morning and then I would start cooking," she said.

The working hours were gruelling. Anita single-handedly cooked 42 dishes every day. Then, one day, she decided to call it a day and work for someone else. "I realised that this was not how people do business. Even during the weekends I was doing catering. I was just always working.

The money did not justify the effort put into the cooking."I discovered that it was not only about selling food, but also about management. I closed my outlet in MPPJ and started work at Famous Amos in 1994 for RM800 a month. My boss was very inspiring and I managed to climb the ladder fast," she said.

But the entrepreneurial bug bit Anita again and she was back with her own business two years later. In 1996, she set up the Coffee Shack in Jaya Shopping Centre in Section 14, Petaling Jaya. However, the advent of coffee specialty shops like Coffee Bean & Tea Leaf and Starbucks made it difficult for her, and she renamed her outlet Laksa Shack and sold various types of laksa.

Her sole restaurant gained popularity and she opened a second outlet in 1 Utama. Well, the rest is history.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2007 09:00 AM | Show all posts
NANTI AKU CARIK LAGI...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2007 09:02 AM | Show all posts
Originally posted by sayabaik at 14-9-2007 08:55 AM



hmmm
bukan nak cakap apa.
org kalau dah start masuk politik, rezeki diorg bukan hanya dari sumber perniagaan

saya ada kawan masa belajar di UIA,
dia joint Puteri Umno from the start,  ...




BIASA LAH ...ITU NAMA POLITIKUSSS.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2007 09:03 AM | Show all posts
tahniah kepada semua2 yg di atas..
bangga dan kagum dgn anak2 melayu yg berjaya...
satu hari nanti aku pun nak jadi salah seorang dari diorang...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2007 11:33 AM | Show all posts
Thank you so much Cakna for sharing all those stories. You have no idea what you did meant to me. I woke up with a rather heavy feeling in my heart, and I went to this one forum where people are talking about negative issues. Needless to say, the my heart felt heaivier.

Your effort has lifted my spirit, thank you very much. May your days will be blessed and your rezeki will flow in abundance from now till forever. May you have a very blessed and fruitful Ramdhan this year.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2007 05:47 PM | Show all posts
Originally posted by cakna at 14-9-2007 08:55 AM
INI GUA PUNYA FINANCIAL PLANNER...
KIRAWANG......

http://univestgroup.com.my/main/index.php?option=com_frontpage&Itemid=1
RESPECTTTTTT.....:victory:

Shaari Anuar Bin Musa, Group Agency M ...



salam..
Bro,aiikkkkk..kena ceduk kat our website ni... tahu kau tak bekerja masa puasa..Dah boring ke...
Pi gali minyak banyak banyak lagi,...lps tu saya tolong simpan duit ratus ratus ribu kau tu...

Btw, saya  mana dah berjaya,,..on d way struggle..
Insyallah, next year kalau dapat 100K per month, berjaya lah tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2007 06:46 PM | Show all posts
rasa bangga tengok ramai anak melayu kita yg berjaya..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2007 07:35 AM | Show all posts
anak melayu kalau buat betul betul, boleh berjaya,,

Macam Tan Sri Syed Mokhtar cakap la..
Hilangkan sikap malas dan malu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2007 04:13 PM | Show all posts
Bro Cakna..Tumpang tempek..

Dulu Gadis Pendiam, Kini Perunding Cemerlang

Oleh SITI ZALEHA JORIMAI
Utusan Malaysia

DALAM rekod penilaian bekas majikannya pernah menilai dia sebagai seorang pekerja yang baik dan cekap, tetapi lokek senyum dan berat mulut untuk bercakap.
Namun, siapa sangka wanita yang dulunya cukup pendiam dan lebih suka menyendiri, kini berubah serta boleh meraih pendapatan hingga puluhan ribu melalui kerjaya yang memerlukan dia banyak bercakap dan bertemu orang.

Saidatul Norhiyah Abdol, 33, sendiri sukar mempercayai dirinya mampu mencapai sehingga ke tahap sekarang. Apatah lagi apabila mengenang baru empat atau tiga tahun lepas dia sekadar seorang kerani biasa yang gaji setiap hujung bulan cukup-cukup untuk belanja sendiri dan sedikit dititip ke kampung.

揃ukan tidak bersyukur, tapi selepas sembilan tahun makan gaji saya tidak nampak apa-apa yang berubah dalam hidup saya.
揃ahkan, impian untuk memberi kesenangan kepada ibu bapa di kampung yang tertanam sejak sekolah lagi semakin kabur.

揝etiap kali balik kampung saya lihat garisan kedut pada wajah orang tua saya bertambah. Melihat itu saja saya jadi panik, takut tak sempat menunaikan hajat untuk sekurang-kurangnya menghantar mereka ke Mekah,
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2007 04:14 PM | Show all posts
Perunding saham mewah
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan


KEJAYAAN tidak akan muncul secara mendadak tetapi datang apabila seseorang itu tidak mudah mengaku kalah, sentiasa berusaha, mempunyai semangat tinggi dan bersikap positif walau diuji pelbagai cabaran.

Begitu juga dengan adik-beradik yang berasal dari Ipoh, Nor Akmar Hanif, 30, dan Aida Nurlin, 26, yang tidak pernah mengenal erti penat untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan dan kerjaya sebagai perunding saham amanah.

Pada usia muda, kedua-duanya hidup mewah dengan memiliki pendapatan lima angka setiap bulan. Nor Akmar dan adiknya masing-masing sudah tujuh dan lima tahun berkecimpung dalam bidang perniagaan saham amanah.

Nor Akmar yang memiliki ijazah kelas pertama dalam bidang Kejuruteraan Sistem Maklumat dari University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST) pada 1999, mula menceburi bidang perniagaan itu kerana minat yang tinggi untuk berjaya.

Katanya, beliau memang berminat untuk menjadi seorang ahli perniagaan kerana mahu berdikari selain sukakan cabaran.

揝aya percaya lebih hebat cabaran itu, lebih besar pulangannya. Maka bidang ini paling sesuai dengan jiwa saya,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.356193 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list