CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6083|Reply: 61

Anugerah Shout...8TV

[Copy link]
Post time 23-4-2009 01:20 PM | Show all posts |Read mode
Saingan sengit Anugerah Shout!Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]

AHMAD Izham Omar (dua darikiri) bersama Lam Swee Kim (tengah) dan Jennifer Thompson (dua darikanan) pada sidang media pertama Anugerah Shout! di Petaling Jaya,Selangor baru-baru ini.

JIKA dihitung jumlahnya, industri hiburan boleh dikatakan 'mewah'dengan acara anugerah yang mengiktiraf anak seni baik dari segi
populariti mahupun menobatkan mereka yang terbaik.
Antara yang sering menjadi tumpuan ialah Anugerah Juara Lagu, Anugerah Bintang Popular, Anugerah Industri Muzik, Anugerah Skrin, Festival Filem Malaysia, Anugerah Era serta Anugerah Planet Muzik.
Lalu, apabila stesen televisyen 8TV memperkenalkan Anugerah Shout!yang bakal berlangsung pada 18 Julai ini, persoalan pertama yangterlintas adalah apakah signifikan dan rasional anugerah ini diwujudkan.
Tidak cukupkah acara anugerah di negara ini sehingga 8TV mencetuskan Anugerah Shout! pula?
Pada sidang media pertama Anugerah Shout! yang berlangsung di Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar menjelaskan, Anugerah Shout! diwujudkan untuk memeriahkan industri hiburan yang dilihat semakin pesat dan membangun.
Meskipun beliau tidak menafikan industri hiburan berdepan dengankesuraman, namun Izham optimis gelanggang seni tanah air masih lagimenampakkan sinar cahayanya.
Jelasnya, biarpun Anugerah Shout! merupakan acara anugerahpopulariti yang dipilih berdasarkan undian peminat, namun ia tidak samadengan anugerah berlandaskan populariti yang sedia ada.
Sebaliknya, aspek kualiti masih lagi ditekankan untuk memastikanpemenangnya kelak benar-benar layak menggenggam anugerah yangdipertandingkan.
"Disebabkan itu, kami serahkan kepada jawatankuasa yang ditubuh khasbagi memilih lima calon terbaik untuk disenaraikan dalam 15 kategoriyang dipertandingkan.
"Ini merupakan satu kelainan kerana kita tahu apabila melibatkanpopulariti, pemenangnya memang sudah dijangka. Jadi anugerah ini akanmelihatkan saingan yang hebat dan sengit," jelasnya yang memberitahuidea Anugerah Shout! timbul sejak tahun 2005.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengurus Besar PembangunanPerniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Lam Swee Kim dan PengurusBesar Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), JenniferThompson.
Untuk itu, 8TV telah mendapatkan khidmat PAIMM yang diketuaiJennifer bagi menubuhkan jawatankuasa yang terdiri daripada juri-juriprofesional bagi memilih senarai calon yang berkaliber dan terbaik.
Jawatankuasa Khas
Kriteria utama yang dilihat oleh jawatankuasa ini dalam menentukancalon-calonnya ialah kreativiti serta idea baru yang diketengahkan olehkaryawan seni secara menyeluruh dan telah memberikan impak yang besardan hebat.
Apatah lagi, Anugerah Shout! memberikan penghargaan kepadaempat cabang seni yang merangkumi muzik, televisyen, radio dan filemyang semakin hari semakin menunjukkan peningkatan.
Mungkin ramai beranggapan apabila Anugerah Shout! yangdicetuskan 8TV selaku anak syarikat Media Prima Berhad ini diwujudkan,ia hanya membuka pintunya kepada produk terbitan konglomerat mediaterbesar itu sahaja.
Jika ada anggapan itu, buangkan saja kerana anugerah ini membukapintu dan peluangnya kepada semua pihak yang terlibat dalam empatcabang seni yang menggerakkan industri hiburan tanah air untukmenghantar pencalonan mereka.
"Kami mahu anugerah ini menjadi anugerah yang berprestij dan menjadiplatform kepada semua artis terutamanya bakat baru untuk memberiledakan baru dalam industri," ujarnya yang tidak menafikan Anugerah Shout! diinspirasi daripada anugerah luar negara yang mengetengahkan konsep sedemikian.
Anugerah Shout! akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil,Kuala Lumpur dan bakal disiarkan secara langsung menerusi 8TV (saluran708, Astro).
Sidang media kedua bagi mengumumkan senarai lima calon terbaik akandiadakan pada Jun depan dan bermula detik itu, peminat boleh mulamengundi bintang kesayangan mereka menerusi www.shoutawards.com.my.
Cuma kategori The Ultimate Shout! Award sahaja yang akanmenyaksikan pemenangnya dipilih oleh pihak juri daripada kesemua calonTop 5 dalam 15 kategori lain yang dipertandingkan.
Bagi mereka yang mahu menghantar pencalonan, bolehlah melayari laman web www.shoutawards.com.my untuk syarat penyertaan dan memuat turun borang pencalonan.
Semua penyertaan harus dihantar selewat-lewatnya pada 30 April ini sebelum pukul 4 petang ke alamat berikut:
The Shout! Awards Council,
Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia, No. 8A, 1st Floor, Jalan Pangkor Off Jalan Tun Razak, 50400, Kuala Lumpur.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-40445388.



so guys ape kate kite calonkan ZZ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2009 01:24 PM | Show all posts

Balas #1 zeonite\ catat

ade banyak kategori menarik seperti the powerful vocal and popstar awards
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 01:31 PM | Show all posts
16 kategori aje..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2009 01:54 PM | Show all posts

Balas #3 hyie\ catat

abis tu ko nak bape??? 400
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 03:17 PM | Show all posts

Balas #1 zeonite\ catat

Tak paham sgt lah anugerah nih...


Maybe lepas 2-3 tahun baru betul2 meletops... macam AIM dulu2 juga...


* kalau Zeonite rasa ok, bagitau Zianafolks...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2009 05:06 PM | Show all posts

Balas #5 elbee\ catat

ok...sebab dia pilihan peminat berdasarkan undian internet..kite kene hantar pencalonan jer...nanti dari pencalonan ade juri profesional yang akan memilih...dari situ dorng akan kuarkan senarai top 5 dan kite boleh lah mengundi.....ni macam kid choice award nickelodeon tu... so first skali kene anta pencalonan lah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2009 12:37 PM | Show all posts
mewk nk antar gak ct btanding.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 07:26 PM | Show all posts
wah best tu....erm leh lah maklumkan kat zianafolks ekk.....huhuhuhuh best gak tgk ct n zz dlm satu kategori tapi ...tak der award artis english besepah ker ooopssss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2009 06:59 PM | Show all posts

Balas #8 ninja\ catat

xde g.. tp best gak lau wat award untuk artis perasan diva n semput dan paling penting ratu lupe lirik.... aduuuuuhhh... sian ct sb xtercalon lam anugerah ni tp mek da leh bayang da sape pemenang nye....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 10:16 PM | Show all posts
Originally posted by tamanteman at 4-5-2009 18:59
xde g.. tp best gak lau wat award untuk artis perasan diva n semput dan paling penting ratu lupe lirik.... aduuuuuhhh... sian ct sb xtercalon lam anugerah ni tp mek da leh bayang da sape pemenang ...



la yer ker..rasa dulu kot.yg terkini anugerah tu leh calon kan pompuan propa yg semput gak nynyi kat abp kan....nak jd aisywarai katanya tapi hampeh ..sian kan kena kutuk huhuhuh...yeah mek et semput
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 10:47 PM | Show all posts

Balas #10 ninja\ catat

yela semput..tu blom branak lagi tu!hehe..stendet Kak pojiah latip gak nanti tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 10:52 PM | Show all posts

Balas #11 tebuanharimau\ catat

suara pn da berubah. pminat2 hanjeng feeling2 suara mek et merdu katanye.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 10:56 PM | Show all posts

Balas #12 micha\ catat

semua tu diampunkan kekdahnyer
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 09:21 PM | Show all posts
x yah la calonkan.. buang masa pun. malu je. album x de tp nak calonkan.
skrg i dah jd peminat ct la plak.hdhdh
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 12:43 AM | Show all posts

Balas #13 tebuanharimau\ catat

bkn stakat diampun, malah diupgrade suara ct lg merdu katanye......
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 09:52 PM | Show all posts
tu la pasal ...buat semak jer......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2009 12:05 AM | Show all posts

Balas #15 micha\ catat

upgrade yg terover dose....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 06:04 PM | Show all posts
tak paham la anugerah pe nieee
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 08:25 PM | Show all posts
tok sah paham la..huhuh
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 01:16 PM | Show all posts
ct tercalon uols... aik, mane zz ni? pnat mek cari nama dy.. xjmp la uols.. sdey mek xjmp lagi smp skunk.. uols tlg la ek tgk lau2 ade ke...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.107725 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list