"Ada tak sesiapa nak komen lagu ni kata kalau dia tahu bila masa ajalnya dia nak mohon Allah lanjutkan usia dia sikit lagi."
selalunya, mereka yg diberi keistimewaan ini (tahu bila ajal tiba). tidak akan meminta untuk dipanjangkan lagi umur walau sesaat. Kematian adalah satu kerehatan dan ketenangan. bagi mereka (waliyullah) tiada kematian hanya berpindah ke 'negeri' lain.
bukan setakat belum mati pun mintak tangguh 'kematian'.. yang dah mati dihari perhitungan pun meminta hidup balik kat dunia. Merintih dihidupkan semula "Ya rabb.. kalau ku tahu.. maka akan ku habiskan setiap detik hidupku beribadah kepadamu"..
Originally posted by gunblade712 at 24-4-2009 14:43
setau saya..
orang yang beriman pasti akan cintakan mati. they waited for death and they can't wait to meet their Maker, their Lord.
orang yang tak beriman pulak, sudah pasti akan mintak ta ...
Tidak semesti nya seseorg itu tidak beriman sekiranya dia takut akan kematian nya. Sesungguh ada jugak yg takut kerana amalan mereka yg tidak seberapa. Ataupun mengingati akan kelemahan dan juga kesilapan ataupun kesalahan yg mereka lakukan sebelum nya.
Tetap sekiranya ajal ataupun maut sudah di depan mata, maka belas ikhsan Allah swt sahaja yg di harapkan.
Sesungguhnya kita disarankan agar sentiasa mengingati mati. Dengan mengingati mati, kita akan takut untuk membuat dosa. Mengingati mati bukan takut mati, tapi bersedia menghadapi mati yang kita tidak tahu bilakah waktunya.
saya terfikir tentang para-para sahabat yang diceritakan oleh Nabi s.a.w. mengenai kematian mereka. tak ada pula walau seorang dari mereka minta panjangkan umur mereka yer.