View: 1994|Reply: 9
|
Anak ikut agama asal ibu bapa bercanggah syarak
[Copy link]
|
|
Anak ikut agama asal ibu bapa bercanggah syarak
Oleh Nor Azma Laila dan Haspaizi Mohd Zain
[email protected]
Mufti minta kerajaan tarik balik keputusan elak kekeliruan
KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan bahawa kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas seorang daripada pasangan itu menukar agama, bercanggah dengan hukum syarak, kata beberapa mufti semalam.
Sehubungan itu, mereka meminta kerajaan menarik balik keputusan itu bagi mengelak kekeliruan, terutama di kalangan umat Islam.
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata dalam Islam, mana-mana bapa atau ibu menganut Islam, anak mereka dengan sendirinya beragama Islam kecuali yang sudah berumur lebih 15 tahun boleh memilih agamanya sendiri.
"Soal Islam tidak boleh dipermainkan, begitu juga dalam masalah hukum tidak boleh dibincang atau dipinda sewenang-wenangnya, sebaliknya perlu mendapat pandangan ulama, mufti dan pakar agama supaya tidak timbul kekeliruan," katanya ketika dihubungi, semalam.
Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, berkata Kabinet membuat keputusan itu sebagai langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.
Keputusan itu dibuat berikutan kes bekas penganut Hindu yang kini memeluk Islam, Mohd Ridzuan Abdullah, 40, menukar agama tiga anaknya kepada Islam, walaupun ibu mereka masih beragama Hindu.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, pula menegaskan, bapa lebih berhak dan anak-anak mesti mengikut agama yang dianuti bapa.
"Apabila baligh mereka boleh menentukan agama yang ingin dianutinya, sama ada kekal dalam Islam atau sebaliknya.
"Bagi saya kes ini membabitkan masalah manusia, bukannya hukum. Walaupun anak itu memeluk agama lain, hubungan mereka dengan ibunya tidak akan putus. Dalam Islam adalah haram sekiranya memutuskan hubungan persaudaraan, walaupun berlainan agama," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie, Mohamad Isa Abd Rolip, berkata sebarang perubahan yang ingin dibuat perlu mengambil kira undang-undang sedia ada serta pandangan semua pihak supaya tidak menimbulkan kebimbangan masyarakat Islam.
"Keputusan itu seolah-olah satu dasar atau undang-undang baru yang perlu diikut, sekali gus menimbulkan kerisauan di kalangan umat Islam terutama saudara baru," katanya.
Setiausaha Agung, Yayasan Maklumat dan Perkhidmatan Islam, Sabariah Abdullah, berkata sebarang keputusan atau kenyataan berkaitan isu pindaan atau perubahan dalam hukum Islam tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya.
Peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi, Ikbal Salam, pula menyarankan bahagian khas syariah yang menguruskan isu penentuan hak jagaan anak-anak yang mana ibu atau bapanya memeluk Islam perlu ditubuhkan di Mahkamah Sivil.
"Mahkamah Sivil juga perlu diberi kuasa menguruskan kes sebegini dengan melantik hakim yang terlatih dalam bidang sivil dan syariah bagi mengetuai bahagian khas itu supaya kepentingan pasangan yang memeluk Islam juga terbela," katanya.
Apa pandangan anda semua ???
sila beri comen... |
|
|
|
|
|
|
|
Tu masalahnya pilih mereka yang buta agama sebagai pemimpin. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam menjelaskan status anak-anak selepas salah seorang ibu bapa memeluk Islam sedangkan pihak yang kedua tetap berada dalam agama asal, para fuqaha Islam telah berselisih pandangan kepada beberapa pandangan:
Pandangan Pertama:
Anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam adalah bapa ataupun ibu. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh kebanyakan para fuqaha Islam daripada mazhab al-Hanafiyyah, al-Syafi`iyyah dan al-Hanabilah.
Maka berdasarkan kes yang berlaku, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.
Hujah pandangan pertama ini adalah hadith Rasulullah yang berbunyi:
الإسْلاَمُ يَعْلُوْ وَلاَ يُعْلَى . رواه البيهقي والدارقطني والروياني .
Daripada A'idz bin Amr Almuzani, daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Islam tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya."
Pandangan Kedua:
Anak-anak adalah mengikut agama Islam apabila yang memeluk Islam adalah bapa. Sekiranya yang memeluk Islam adalah ibu, anak-anak tidak dianggap beragama Islam. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam Malik.
Hujah yang dipegang oleh al-Imam Malik adalah seseorang anak adalah dinasabkan kepada si ayah dan bukannya dinasabkan kepada si ibu. Maka kerana itulah keislaman si ayah sahaja yang akan menyebabkan si anak turut beragama Islam sebagai mengikut agama si ayah.
Maka berdasarkan kes di atas, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah tetap diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.
Berdasarkan kajian ringkas di atas, dapatlah disimpulkan bahawa anak-anak kepada saudara Mohd Ridzuan Abdullah adalah beragama Islam kerana mengikut agama Islam yang telah dianuti oleh beliau.
Pandangan lanjut rujuk: http://al-qedahi.blogspot.com/
[ Last edited by alqedahi at 26-4-2009 23:10 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, berkata Kabinet membuat keputusan itu iaitu kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas seorang daripada pasangan itu menukar agama, sebagai langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.
Kerajaan UMNO/BN : always buat keputusan sendiri tanpa rujukan mana2 pihak yang berpengetahuan mengenai perkara tersebut, then bila timbul masaalah..... will take a very loooongggggg time to admit the mistake made and revoke the situation.
I read somewhere in Malaysia today - regarding the similar situation where UMNO/BN like to conclude in making decision without table it out for discussion first. Until the end they will never admit their weakness and will try very hard to convience rakyat that whatever they have decided is always good eventho it FAILED!
ISLAM agama yang diredhai oleh Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Biasanya kementerian ambik masa 5-6 tahun kajian untuk buat satu dasar. Hanya menteri je yang boleh buat dasar overnight. |
|
|
|
|
|
|
|
To saudara Mohd Ridzuan Abdullah
Welcome back to Islam...
Sesungguhnya setiap manusia yang dilahirkan itu adalah Islam.
Semoga Allah memperkasakan iman saudara dan anak2. Insyallah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sisone at 27-4-2009 12:46
Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, berkata Kabinet membuat keputusan itu iaitu kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin wal ...
x kan la dlm board agama pun nak ,masuk isu politik....
cerita jer la dasar kerajaan salah ker tak dia buat undang2 mcm tu, bila dah mula tulis umno
sat lagi ramai la yg dok mereply pas la pkr la..
last2 jd gaduh..
tolong la fikir dalam2 sebelum berposting.. |
|
|
|
|
|
|
|
semua anak-anak manusia adalah dilahirkan sebagai Islam... tidak ada kecuali |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 warhead1985\ catat
itu lah disebabkan negara kita ditakbir oleh org yg tidak mempunyai ilmu dan sayangkan agama sendiri................ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sisone at 27-4-2009 12:46
Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, berkata Kabinet membuat keputusan itu iaitu kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin wal ...
hello...
perghhh...
betul ke keputusan yang die buat nih..?
ikut nas mana lak nih..?
isk2...
dunia2... |
|
|
|
|
|
|
| |
|