View: 46162|Reply: 31
|
penternakkan ikan laga
[Copy link]
|
|
MEMANG agak pelik apabila mengetahui ada golongan wanita yang begitu berminat dengan ikan hiasanapatah lagi ikan itu pula adalah dari spesies BettaSplenden atau lebih dikenali sebagai ikan laga. Namun bagi Mariyati Abdullah, 54, dunia ikan hiasan bukan hak mutlak lelaki semata-mata malah beliau membuktikan lebih jauh lagi apabila menukarkan minatnya itu kepada sebuah perniagaan yang menguntungkan.
Membuka cerita ketika berkunjung ke kediamannya yang turut dijadikan kawasan penternakan ikan laga, Mariyati berkata, segala-galanya bermula daripada hobinya yang gemar membela ikan laga di rumah seperti kebanyakan orang. Hobinya itu juga telah mendorong beliau membeli lima pasang ikan laga dari Thailand yang kemudiannya membuka jalan kepadanya untuk menceburi dunia perniagaan dengan lebih serius. Baka-baka ikan yang dibeli ketika itu terdiri daripada varieti halfmoon, crown tail, short tail, double tail dan fighting fish selain spesies ikan laga liar. Tanpa diduga ikan laga yang dibelinya itu membiak dengan pantas dalam masa yang cukup singkat memaksanya membina kawasan penternakan yang berasingan dan lebih besar di sebelah rumahnya.
Melihat kepada sambutan orang ramai serta menerusi bantuan seorang rakan yang sanggup menjadi pengedar, Mariyati kemudiannya tekad menukar hobinya itu kepada cabang perniagaan dan mengusahakan penternakannya bersungguh-sungguh sehingga pernah mencapai 10,000 ekor dalam satu-satu masa. 揗enariknya mengenai penternakan ikan laga ialah, ia sentiasa mendapat sambutan di kalangan orang ramai selain tidak ramai pengusaha yang benar-benar mengusahakannya untuk tujuan pasaran,拻 ujarnya.
Namun beliau mengakui, penjagaan ikan laga ini agak rumit dan cerewet terutamanya dari segi penjagaan air dan makanan yang merupakan dua aspek penting dalam memastikan peratus hidup anak-anak ikan laga tinggi. Air misalnya perlu digantikan dua hari sekali manakala makanan pula perlu diberikan sebanyak dua kali sehari. Selain dipastikan kandungan air yang tidak terlalu banyak, ia juga perlu bebas daripada klorin sama ada menggunakan teknologi penapis atau ubat anti klorin yang boleh didapati di pasaran. Sekiranya menggunakan air paip biasa pula, ia perlu dibiarkan terlebih dahulu sekurang-kurangnya selama 2 hingga 3 hari sebelum boleh digunakan.
Makanan pula diberikan pada sebelah pagi dan petang sama ada cacing merah atau jentik-jentik dan beliau sendiri turut menghasilkan cacing merah sendiri menggunakan kaedah yang dipelajari dari seorang rakan. 揅acing merah ini juga boleh didapati di mana-mana kedai ikan hiasan dalam bentuk tablet dan perlu dibasahkan dahulu sebelum diberikan kepada ikan laga. 揃agaimanapun, saya tidak menggalakkan ikan laga diberi makan pallet kerana ia boleh menjejaskan kualiti air,拻 katanya. Ikan laga tambah Mariyati, mampu membesar sehingga lima inci dengan jangka hayat hidup selama kira-kira dua tahun.
Ikan laga jantan lebih cantik dan lebih besar daripada betina dan kebiasaannya proses mengawan akan berlaku sebaik ikan laga mencapai umur kira-kira tiga bulan. Untuk tujuan mengawan, ikan laga jantan dan betina akan diletakkan di dalam bekas yang sama selama kira-kira dua hingga tiga hari dan proses mengawan dipastikan berlaku apabila ikan laga betina menjauhkan diri dari ikan laga jantan. Ketika ini, ikan laga betina akan diasingkan dan ikan laga jantan akan dibiarkan menjaga telur-telur ikan tersebut di dalam buihnya sehingga menetas iaitu kira-kira beberapa hari kemudiannya. Sebaik menetas anak-anak ikan itu yang berjumlah beratus-ratus ekor akan diasingkan bagi mengelakkan ia di makan oleh ikan jantan dewasa dan diletakkan di dalam bekas yang lebih besar.
Menurut Mariyati, ikan laga mendapat sambutan yang menggalakkan ekoran kecantikan dan keunikan warna serta corak yang terlukis pada sayapnya dan harganya semakin tinggi sekiranya kedua-dua faktor tersebut semakin terserlah. Sayap ikan laga itu juga semakin menghampiri bentuk separuh bulan iaitu seperti kipas yang sangat cantik pada usia dua setengah bulan sehingga empat bulan iaitu tempoh yang paling cantik dan ditunggu oleh peminatnya.
Berdasarkan pengalamannya, beliau pernah menjual seekor ikan laga pada harga RM250 iaitu gred terbaik manakala ikan laga pada harga pertengahan pula mencecah sehingga RM100 hingga RM200. Bagaimanapun, pasaran ikan laga yang dikeluarkan oleh Mariyati lebih menjurus kepada peringkat penggemar biasa iaitu pada harga kira-kira RM30 dan ke bawah. Ketika ini juga, jualan ikan laganya dalam seekor mencecah sehingga 3,000 hingga 4,000 ekor dan dijual secara kontrak dengan pengedar untuk di pasarkan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Malah, kawasan penternakannya juga tidak pernah sunyi dikunjungi oleh penggemar ikan laga yang datang dari setiap pelosok negeri untuk memilih sendiri ikan laga yang dihajati.
Selain menjalankan projek penternakan ikan laga sendiri, Mariyati turut mengambil upah membela ikan-ikan laga daripada individu lain seperti ikan laga liar yang baru sahaja diambil semula oleh tuan punya. Upah yang diperoleh daripada membela ikan laga ini juga tidak kurang lumayannya dan pernah mencecah sehingga RM600 hanya untuk tempoh beberapa bulan.
Sebagai perancangan masa depan, Mariyati bercadang untuk mendapatkan sebidang tanah dengan kerjasama Jabatan Perikanan bagi meluaskan lagi projek penternakan ikan hiasannya. 揝ekiranya tiada halangan, kawasan baru itu nanti akan dibina berkonsepkan pameran dalam taman yang mana selain datang membeli ikan laga, pengunjung juga dapat melihat dengan lebih dekat kecantikan dan keunikan ikan laga ini,拻 katanya. Malah, beliau juga yakin cita-citanya itu mampu dicapai apatah lagi dengan bantuan daripada Jabatan Perikanan dari segi penyediaan infrastruktur serta galakan yang diberikan supaya projeknya mampu dijadikan contoh dan rujukan kepada penternak baru. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah buat ni satu ketika dulu tp skang aku stop dulu atas sbb penyakit ikan yg menyerang ikan aku.. so jom kita berkongsi pendapat kat sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
ikan laga ada beberapa jenis.. halfmoon, halfmoon plakat, superdelta. yg biasa jual kedai ikan tue jenis superdelta.. harga dia dalam rm1.50-rm30.00. pada aku menternak ikan laga ni boleh mendatangkan untung cuma agak susah nak dapat kan anak2 yg induk baik.. |
|
|
|
|
|
|
|
jenis halfmoon..
biasa dijual pada harga rm40 keatas..
cuba uols tgk ekor dia..
180 degree kan.. jenis macam ni la yg banyak permintaan |
|
|
|
|
|
|
|
munkin antara uols ada yg berpengalam dalam menternak ikan laga ni.. jom kita berkongsi dengan semua.. modal x besar.. kita yg bekerja pun leh buat cuma kena pandai dan tahu cara membiakkan dia.. jom la try.. dari segi pasaran x ada masalah |
|
|
|
|
|
|
|
makanan yg diberi tuk anak ikan laga.. |
|
|
|
|
|
|
|
bukti ikan laga diminati
Ekor kembang tiga kali ganda
Oleh ADHAM SHADAN
[email protected]
Meskipun hidup tanpa teman, ikan laga mampu menghiburkan dirinya dengan mengembangkan ekor dan insangnya.
SHAKIRINAL bersama ikan-ikan laga peliharaannya.
Kebolehan ikan laga menyesuaikan diri hidup sendirian merupakan antara faktor mengapa anak muda dari Ipoh, Perak ini menggemari haiwan tersebut.
Meminati ikan laga sejak kecil, Mohamad Shakirinal Amin Zolkarnain, 22, mengakui ikan laga adalah istimewa.
"Saya suka lihat cara hidupnya. Ikan laga boleh hidup sendirian tanpa berasa bosan dengan cara menghiburkan diri sendiri. Ia akan menghiburkan dirinya dengan mengembangkan ekor dan insangnya. Ikan ini memang istimewa," kata Shakirinal kepada GenK menerusi perbualan telefon di Kuala Lumpur baru-baru ini. Menurutnya, ikan laga boleh mengembangkan ekornya tiga kali ganda lebih besar daripada saiz asalnya.
"Tabiat semula jadi ikan ini adalah 'pantang' bertemu dengan ikan laga yang lain. Jika bertemu, pasti ikan-ikan laga ini akan bergaduh sesama sendiri. Sebab itulah, ikan laga terpaksa hidup sendirian," tambahnya sambil menjelaskan ikan-ikan laga betina bagaimanapun boleh hidup secara berkoloni.
Memiliki lima ekor ikan laga pada masa ini, Shakirinal berkata, dia pernah memelihara 20 ekor laga dalam satu masa.
"Ada antaranya telah saya lepaskan ke tasik dan ada yang mati memandangkan ikan jenis ini hidup tidak lama. Biasanya, jangka hayatnya tidak sampai empat tahun," katanya sambil menjelaskan, dia mula menggemari ikan laga dan memeliharanya sejak berumur lima tahun.
Namun ketika itu, dia yang masih kanak-kanak tidak begitu pandai memelihara ikan laga dan hobi itu terpaksa dihentikan. Apabila Shakirinal berusia 18 tahun, barulah hobi itu disambung semula iaitu ketika dia belajar di sebuah politeknik.
Satu lagi daya tarikan ikan laga adalah ia cantik dan boleh didapati dalam pelbagai warna seperti biru, pic, merah, kuning, ungu dan macam-macam lagi.
IKAN laga yang pelbagai warna memang mempesonakan.
"Ada sesetengah pemelihara yang bijak akan mengkacukkan haiwan ini sebagai salah satu cara eksperimentasi bagi mendapatkan pelbagai warna ikan
"Sebenarnya, warna ikan ini juga dipengaruhi oleh persekitaran. Warnanya yang cantik boleh pudar dan hilang kalau ia mengalami tekanan. Itu sebabnya, pengetahuan tentang ikan ini penting jika seseorang mahu memeliharanya," katanya sambil menjelaskan ikan laga boleh mengalami tekanan disebabkan air di dalam bekas peliharaannya kotor.
Bercerita tentang bagaimana ikan tersebut dikacukkan memandangkan ia 'pantang' bertemu ikan laga yang lain, Shakirinal berkata, ikan laga betina yang diletakkan di dalam satu bekas akan di masukkan ke dalam akuarium ikan laga jantan. Jadi, ikan laga jantan hanya boleh melihatnya tetapi tidak boleh mendekatinya.
"Tinggalkan ia begitu selama sehari. Esoknya, ambil bekas yang mengisi ikan laga betina dan keluarkannya. Pada mulanya, anda akan lihat ikan-ikan itu seperti bergaduh tetapi selepas itu, mereka akan melakukan hubungan. Apabila ikan laga betina selesai bertelur, pindahkan ikan itu ke bekasnya sebelum ikan laga jantan menyerangnya," kata Shakirinal sambil menjelaskan ikan laga jantan akan memelihara telur sehingga menetas.
Katanya, apabila menetas, ikan laga jantan akan dipindahkan ke dalam bekas atau balang yang lain.
"Ikan laga betina dan anak-anak ikan laga yang masih kecil boleh tinggal bersama," jelasnya ringkas.
Selain itu, katanya, beliau memelihara ikan laganya di dalam akuarium kecil atau balang dan memberinya makan guppy (makanan khas untuk ikan laga) empat kali sehari. Kalau di habitat asalnya, ikan laga gemar makan lumut dan apa sahaja hidupan kecil di dalam air.
Mengenai kebersihan, Shakirinal akan mencuci tempat tinggal ikan laga peliharaannya sekali dalam dua hari. "Tetapi, kalau kita tinggalkan rumah selama 10 hari, ikan ini masih boleh hidup," ujarnya yang memberitahu harga ikan laga adalah antara RM3 hingga RM6 seekor.
Namun begitu, sejak tiga bulan lalu, Shakirinal terpaksa berpisah dengan ikan-ikan laganya apabila mula bekerja di Kuala Lumpur.
"Apabila rindu, saya akan balik ke kampung untuk melihat ikan-ikan laga saya," katanya yang meminta bantuan abangnya untuk menjaga ikan-ikannya itu. |
|
|
|
|
|
|
|
bukti kejayaan penternak ikan laga
Dulu Kerani Bank, Sekarang Usahawan Ikan Laga
Oleh Noor Shamsiah Mohamad
KUALA TERENGGANU, 8 Ogos (Bernama) -- Ramai di kalangan generasi muda sekarang lebih gemar memilih kerja makan gaji kerana mereka tidak perlu risau tentang pendapatan yang diperolehi setiap bulan.
Namun berbeza pula keadaannya dengan Syed Hasanul Azhan Syed Abdullah, 32, dari Kampung Simpang Tok Ku Chabang Tiga dekat sini.
Beliau nekad berhenti kerja kerana hasratnya untuk menjadi seorang usahawan ikan laga, walaupun sudah mempunyai pekerjaan tetap sebagai seorang kerani dengan pendapatan RM1,300 sebulan di sebuah bank sebelum ini.
Segalanya bermula dengan minatnya yang mendalam terhadap perniagaan ikan hiasan terutamanya ikan laga ataupun lebih dikenali sebagai "ikan sekilau" yang diyakininya mampu memberikan pulangan yang lumayan jika kena dengan caranya.
"Semasa kecil-kecil dahulu saya bersama rakan-rakan selalu turun ke bendang untuk mencari ikan sekilau kerana selain untuk dilagakan, saya juga suka melihat bentuknya yang cantik dan berwarna-warni," beliau memberitahu Bernama ketika ditemui baru-baru ini.
PERTANDINGAN IKAN LAGA
Tekad untuk menjadi usahawan ikan laga semakin menebal dalam jiwa Syed Hasanul setelah bertemu seorang peniaga ikan laga dari Singapura dalam satu pertandingan ikan laga di Chendering Kuala Terengganu lima tahun lepas.
"Lelaki itu memberitahu, dia telah terbabit dengan perniagaan ikan laga ini sejak 30 tahun lalu, dan sehingga kini perniagaannya masih tetap bertahan malah semakin berkembang," kata Syed Hasanul.
Ini mencetuskan satu "ledakan idea" dalam Syed Hasanul, menyebabkan dia terfikir harga ikan laga di pasaran tidak pernah jatuh, sebaliknya semakin mendapat permintaan tinggi daripada kalangan peminat ikan hiasan.
Selepas mengikuti kursus jangka pendek anjuran Jabatan Perikanan, Syed Hasanul mula mengorak langkah dan dengan modal permulaan sebanyak RM5,000 beliau membeli 20 "kerek telaga" iaitu struktur konkrit yang berbentuk silinder untuk dijadikan kolam memelihara ikan hiasan di belakang rumah keluarganya.
Ibarat anak kecil yang baru belajar bertatih, percubaan awal beliau memelihara beberapa jenis ikan hiasan seperti ikan guppy, swordtail dan sailfish molly gagal apabila ikan yang dipelihara diserang kulat menyebabkan kesemua ikan peliharaannya mati.
TIDAK PATAH SEMANGAT
Namun kegagalan itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencuba memelihara ikan laga ataupun nama saintifiknya "Betta Splendents".
Bermula daripada hanya sepasang induk, dengan bantuan adiknya, Syed Omar Aminuddin, 20, Syed Hasanul kini mempunyai 10,000 ikan laga yang berjaya diternaknya sendiri hasil beberapa kacukan induk ikan tersebut.
Harga ikan laga tersebut adalah dari semurah RM2 satu ekor dan yang paling mahal mencecah RM150 seekor.
"Memelihara ikan laga tidak sesukar untuk memelihara ikan lain. Yang penting kita hanya perlu memastikannya mendapat makanan yang cukup serta tahap alkali air di dalam kolah itu di sekitar ph 7.8," katanya.
Beliau berkata, untuk menghasilkan benih ikan, sepasang induk perlu dimasukkan ke dalam kolam yang mempunyai air yang bersih.
Selepas itu, ia perlu diletakkan dengan daun pisang, daun ketapang, pokok keladi bunting dan ia akan mengambil masa selama satu hingga dua hari sebelum telur ikan boleh dihasilkan, katanya.
Dalam tempoh 48 jam telur-telur tersebut akan menetas, dan sepasang induk dikatakan mampu untuk menghasilkan antara 300 hingga 400 anak ikan dalam sesuatu masa.
IKAN LAGA JANTAN
"Ketika anak-anak ikan itu telah mencecah usia sebulan lebih dalam takungan, ikan-ikan laga jantan yang mempunyai ekor yang lebih panjang dan lebih cantik berbanding ikan betina perlu diasingkan untuk mengelakkan mereka dari berlaga sesama sendiri," katanya
Namun yang uniknya, ikan betina yang mempunyai ekor yang lebih pendek tidak pula perlu diasingkan kerana ikan-ikan betina dikatakan mampu hidup harmoni tanpa sebarang sengketa.
Dalam proses pembesaran ikan laga, kata Syed Hasanul ikan-ikan itu diberikan makan jentik-jentik, cacing merah dan plankton, dan apabila telah mencecah dua bulan setengah, ikan-ikan laga tadi sudah pun boleh dipasarkan.
Terdapat beberapa jenis ikan laga yang berada di pasaran termasuk ikan laga ekor mahkota (crown tail), ekor pendek separa bulan (half moon pelakat), dan separa bulan (half moon) dengan 30 variasi warna-warni.
Menurutnya, dalam seminggu beliau akan berniaga lima hari di pasar malam dan beliau mampu memperoleh lebih RM2,000 sebulan hasil jualan ikan laganya itu.
Syed Hasanul akan membawa antara 30 hingga 40 ekor ikan laga itu dalam kereta beliau dan ikan-ikan tersebut dipamirkan serta dijual di pasar malam.
"Saya dapat menjual lebih kurang 20 ekor ikan laga setiap kali berniaga di pasar malam. Setakat ini sambutan yang diberikan terhadap ikan laga memang menggalakkan dan saya hanya mampu untuk membekalkannya untuk pasaran di sekitar Kuala Terengganu sahaja," kata beliau.
"Untuk perancangan jangka masa panjang, saya bercita-cita untuk membesarkan lagi projek membela ikan laga ini bagi pasaran luar negara, namun setakat ini saya terikat dengan masalah modal.
Menurut Syed Hasanul, sebanyak RM100,000 diperlukan untuk membesarkan lagi perniagaannya itu, namun sehingga kini hasratnya itu masih belum dapat direalisasikan.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
salam bro....
aku minat la
kau tau ker camana cara2nya |
|
|
|
|
|
|
|
senang jer bro.. firstly ko dapat kan induk jantan ngan betina..
klu nak baka baik kena cari la yg hm nyer.. tp wat permulaan ni pakai induk biasa pun ok gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lor Bila mase lak ko bukak Thread ni..X perasan pun aku..
Ikan lage aku dari baby dah besar bro.. |
|
|
|
|
|
|
|
senang jer bro.. firstly ko dapat kan induk jantan ngan betina..
klu nak baka baik kena cari la yg hm nyer.. tp wat permulaan ni pakai induk biasa pun ok gak..
baby77 Post at 13-8-2009 09:24
senang tu macamana bro? nak gak tau. tolongla crita, tapi cerita pasai bisnes la bukan pasai nak buat main2 bela sekor dua. tolong ajarkan gua ya.... |
|
|
|
|
|
|
|
senang tu macamana bro? nak gak tau. tolongla crita, tapi cerita pasai bisnes la bukan pasai nak buat main2 bela sekor dua. tolong ajarkan gua ya....
azam2066 Post at 29-8-2009 10:03
bukan senang bro nak wat sekali terus menjadi...ramai dah yang aku jumpe dalam ni dok breeding ikan laga.. kebayakan yang idup beberapa je daripada yang beratus ratus... |
|
|
|
|
|
|
|
13# cmf_eddie_world
biasa la tu
rate untuk anak2 ikan tu membesar cuma dalam 40% |
|
|
|
|
|
|
|
ikan laga aku punye kaler dah pudar,
pastu ekor, bulu dia cabot2..
mengiring je diaa..
tapi dia idop lagi..
hanya mampu bernapas..
mcm mana nih eh??
huhuhu..
dia tensenn kaa?? |
|
|
|
|
|
|
|
ikan laga aku punye kaler dah pudar,
pastu ekor, bulu dia cabot2..
mengiring je diaa..
tapi dia idop lagi..
hanya mampu bernapas..
mcm mana nih eh??
huhuhu..
dia tensenn kaa??
ejans Post at 21-12-2009 03:57
tukar air baru pastu campur dengan garam kasar sikit...
dia tensen pasal tak dak awek kot |
|
|
|
|
|
|
|
Baru jumpa plak thread nih ... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|