CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7065|Reply: 28

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT..

[Copy link]
Post time 6-5-2009 02:09 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah
dosa besar dan
malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita
kalau meninggalkan
solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.
Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki
yang sudah
berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati
dia (nazar),
"kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing
anjing hitam."
Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki
tadi pun hamil dan
melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun
runsinglah. Dia dah
nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang
turun untuk umat
Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang
haram, maka tak
payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau
zaman Nabi Musa,
barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan
nazar tu. Lalu,
si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya
pergilah bertemu
dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi
ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum
air kencing anjing
hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air
kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah
air yang jatuh
dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum
air tu Lelaki itu
pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh
Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat,
sampai dikatakan air
yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air
kencing anjing hitam.
Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.
Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan
ibu; isteri kita.
Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana
kalau meninggalkan
solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam
basuhan makanan;
nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan
yang dimasak.
Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air
tangan orang
tinggalkan solat. Tak gamak 'kan?
*
Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak!
Teh tarik satu,
roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak
solat. Kita pun
makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu
liat nak buat
kerja-kerja yang baik. ** *
Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni
hatta Allah
syariatkan solat
kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan
kewajipan-kewajipan lain
memadai diutus melalui Jibril as.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan
kepada Saidina Ali
(dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat
aimanukum". Maknanya,
"Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan
peliharalah orang-orang yang
lemah di bawah tanggunganmu" Jadi, sama-samalah kita
pelihara solat dari
segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan
yang mula-mula akan
ditimbang di neraca Mizan kelak.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2009 03:26 PM | Show all posts

Reply #1 mrohaida's post

kebetulan aku nk tanya, apa hukum memakan masakan org islam yg tdk solat?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 03:54 PM | Show all posts
mak aku penah citer....lau ade org tak solat,tompang berteduh dr hujan kat bawah atap umah kite,kite pon berdosa gak..pastu mak cite lg...lau org x solat perah kelapa nak bt santan, perahan dia tu umpama air longkang...renung-renungkan dan selamat beramal (pinjam ayat prof ez)

[ Last edited by  kuntilanak at 7-5-2009 00:31 ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 10:02 PM | Show all posts

Balas #1 mrohaida\ catat

saya pun penah baca ni sbb tu saya tak makan lah kalau tukang masak dia nonmoslem...lagi satu kalau orang tu tak solat jumaat saya takkan beli barang dia jual...

time orangsolat jumaat time tu lah saya bergerak ke tempat kerja..tgk gerai2 mana yang si lelaki tak pi solat saya takkan beli dari gerai dia lagi..

hari jumaat orang yang paling ramai tak solat sape tau..si penjual durian...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 10:10 PM | Show all posts
Reply  #3 kuntilanak's post
Reply  #2 AreTheLee's post
lebih teruk lagi kita tanya masakan orang kapir macamana?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 10:16 PM | Show all posts
ada satu lagi cerita...kalau kita masak tak disertakan dgn bismillah dan selawat syaitan2 akan kencing dlm makanan tu...kisahnya ada orang blh tgk makhluk2 halus ni..so di majlis kenduri kendara yang hiruk pikuk dgn music2 tu syaitan2 pun main peranan kencing dlm hidangan2 semua...
seeloknya bacalah bismillah dan selwat utk keberkatan hidangan kita tadi utk santapan rohani..

bayangkan kalau orang menyanyi kat dapur macam mana tu...lagu2 tu memanggil syaitan lagi...anak2 bila tau kisah ni saya dgr aja dia nak menyanyi saya jerit dah ..ha bagi syaitan kencing makanan tu...sat lagi dia orang start lah berselawat ke bernasyid ke..he he...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2009 02:32 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 6-5-2009 22:10
Reply  #3 kuntilanak's post
Reply  #2 AreTheLee's post
lebih teruk lagi kita tanya masakan orang kapir macamana?


masakan org kafir kita sedia maklum hukumnya. tapi sekdr nk tau hukum mkn masakan org tak solat..
apakah sama spt mkn masakan org kafir?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 02:49 PM | Show all posts

Balas #7 AreTheLee\ catat

ni saya baru tanya ustazah, katanya kalau makan makanan orang tak solat dari segi tasawuf nya akan menyebabkan kita terjejas dalam mengerjakan amalan ibadat...solat tak khusyuk..liat nak bersedekah etc etc
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2009 03:11 PM | Show all posts
adoilaaa..housemate aku non muslim..sabahan, tataula suku kaum ape. dia plak jenis rajin masak. sdap plak tu. aku plak jenis x pandai masak.  so, tumpang aje lah kann..tp kiteorg share satu rumah la bayaran smua tuu..
camne tu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 03:13 PM | Show all posts
Originally posted by AreTheLee at 7-5-2009 14:32


masakan org kafir kita sedia maklum hukumnya. tapi sekdr nk tau hukum mkn masakan org tak solat..
apakah sama spt mkn masakan org kafir?



ni pendapat aku la...kan kite penah dgr pasal air tgn isteri or ibu...mende tu dpt tambat atie kite pd masakan dan makanan itu akn jd darah daging kite...so,bygkan la kite makan air tgn org x solat....makanan tu akan jd drh dging kite gak..so x mustahil atie akn jd keras x jauh dr rahmatNya...lau dr segi hukum tu au x brani la nak kate...makruh ke..haram ke...harus ke...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 03:23 PM | Show all posts
Bg ahli2 sufi, mereka menjaga ketat segala perlakuan, makan minum etc. Tp rasanya idak la sampai mereka nak tanya lak si tukang masak.. eh ko solat ke tak solat? Kalau ko tak solat, aku x makan. Adab dan maruah org pun kena jaga. Cuma mereka atau kita perlu berhati2 kalau betul2 nak jaga pemakanan kita.

Kalau kita baca sirah, Nabi saw pun tidaklah sampai bertanya sejauh itu. Cuma, kalau amalan dan diri kita agak hampir dgnNya, InsyaAllah akan dipeliharaNya dr perkara2 syubhah. Sebagai contoh, ada beberapa kes di mana dia diberi makanan yg x halal. Tapi dgn sendirinya makanan tu termuntah keluar. Bukan jadi pd Nabi dan para sahabat saje. Berlaku juga pd org awam masa kini. Mungkin amalan kerohaniannya hebat dan dijaga dgn rapi. Wallahualam.

Apa2pun, makanan yg terbaik disediakan utk keluarga adalah makanan dr hasil tangan kita yg diiringi dgn doa dan zikir atau sekurang2nya dgn membaca Bismillah.

Teringat masa kat uni dulu. Kantin uni ada 2. 1 lg khas utk vegetarian. Letaknya dlm bangunan yg agak jauh antara satu sama lain. Kat bhg vege x serve fish n chip sebab fish dah bukan vege.
Tapi ramai muslims makan kat kantin yg campur tu sebab ada fish n chip. Unfortunately kat situ they served pork as well. Me pun kenyang dah melantak kat situ sebab fish n chip punya pasal. Langsung x terfikir pasal plates yg dikongsi. Ntah2 kuali or minyak pun share.
Untill 1 day my hubby came to my uni. Adehh la... baru den terfikir. Lemah sungguh iman masa tu. Tapi kan ramai sgt muslims makan kat situ termasuklah mamat2 paki yg janggut sampai ke dada, pandang pompuan sebelah mata pun tidak. hu.. hu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 03:32 PM | Show all posts

Balas #10 kuntilanak\ catat

Baru jek den nak tulis pasal air tangan isteri. he.. he... Selalunya gitu le. Kata org lelaki la. Sedap ke tak lain kira. Janji kita buat   Pastu doa2 hembus2 skit ayat pengasih jgn dia cari yg lain. ahakzzz!!  (just kidding)

Anak2 pun akan lebih mendengar kata kalau kita beri makanan yg x de syubhah. Hati mereka akan bersih InsyaAllah sebab makanan yg kita sediakan tu kita iringi dgn doa dan zikir.
Tapi bapaknya, jgn ambik kesempatan ekkk! Mulalah suruh buat tu buat ni. Tengah2 malam pun restoran kena bukak. Ada org tu senang jek alasan dia...
"Ala! I nak bg you pahala lebih!" hu.. huu. Mcm la dia yg bg tukang bg pahala. Sekali kena amuk tok nadim baru tauuu!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 03:59 PM | Show all posts
teringat pada ayah slalu kalau balik dari kenduri tak kire malam ke siang, mesti makan ape yang umi dah masak... walau nasik sejuk ngan ikan kering... dats y bahagia sampai sekarang... ader 10 org anak dah...

surirumah nowdays kena rajin bertanyer pader old timer nih... cemane they develop empayar family....
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 05:26 PM | Show all posts

Balas #9 hyie\ catat

hukumnya harus selagi kita tak was2..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 06:53 PM | Show all posts
1.Sembahyang
Yang biasa
Ramai dari kita yang sembahyang. Yang biasa, kita sembahyang apabila telah masuk waktu. Yang kerap berlaku juga, sembahyang kita di akhir waktu. Mungkin pepatah orang putih 揃etter late than never
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 06:54 PM | Show all posts
Di antara nikmat yang pertama Tuhan anugerahkan kepada manusia, iaitu manusia diciptakan oleh Tuhan. Tetapi nikmat itu belum tentu menjadi rahmat, kerana nikmat dan rahmat ada perbezaan. Apabila disebut rahmat, ertinya termasuk nikmat. Tetapi apabila disebut nikmat, tidak semestinya bersama rahmat. Kita kena faham perkara ini.
Nikmat yang kedua daripada Tuhan setelah diciptakan manusia, iaitu rasa ber Tuhan. Rasa berTuhan merupakan nikmat kedua, belum tentu menjadi rahmat, sekadar nikmat saja.
Dari sinilah manusia mudah beragama, cuma agama tu benar atau tidak. Jadi rasa berTuhan itu fitrah. Manusia tidak boleh membohongi diri mereka sendiri. Kalau kita persoalkan, terdapat manusia yang tidak mempercayai Tuhan terutama orang yang berfahaman komunis, itu bohong. Dia marah dengan orang beragama, sebab orang beragama ada yang berbohong, menipu, merompak, membunuh samada agama yang hak atau yang sesat. Lantas mereka mengatakan Tuhan tidak ada. Sebenarnya tidak, mereka berkata begitu kerana marah dan sakit hati dengan orang yang beragama. Rasa berTuhan itu fitrah, nikmat kedua daripada Tuhan. Tetapi nikmat itu tidak semestinya menjadi rahmat.
Daripada rasa berTuhan ini, lahirlah agama, setidak-tidaknya 3 kategori
agama:
1. Agama dari Tuhan.
Agama dari langit (dari Tuhan), agama yang diwahyukan daripada Tuhan dengan kedatangan Rasul-Rasul atau Nabi-Nabi.
2. Agama yang telah dirosakkan.
Asalnya agama dari langit, tetapi dalam jangka masa yang panjang agama tadi telah dirosakkan oleh penganut-penganutnya sendiri seperti agama Yahudi, Nasrani dan lain-lain.
3. Agama Animisme.
Ini berlaku kepada orang yang duduk di gunung-gunung, hulu-hulu yang tidak bercampur dengan orang lain. Contohnya orang asli. Oleh kerana rasa ber Tuhan itu wujud maka, mereka beragama mengikut rasa, mereka-reka agama tidak bersumberkan wahyu.
Agama yang rosak tadi, asalnya agama wahyu dari Tuhan yang disampaikan kepada Rasul-rasul, Nabi-nabi, tetapi dirosakkan oleh ulama-ulamanya dan parapengikut yang datang kemudian.
Sebagai orang berjuang, saya akan memberi ilmu, kerana kita berhadapan dengan manusia yang beragama bukan Islam atau orang yang tidak beragama.
Sebenarnya, agama yang asalnya dari langit yang dibawa oleh Rasul-rasul dan Nabi-nabi, itu benar. Tetapi dirosakkan oleh ulama-ulama atau para
pengikutnya yang datang kemudian. Sama ada dirosakkan dengan sengaja atau tidak sengaja. Saya tidak sebut yang disengajakan, kerana hal itu memang dirancang, dibuat. Saya mahu memperkatakan, yang tidak disengajakan.
Nabi-nabi banyak diutus oleh Tuhan. Ada riwayat yang mengatakan bilangan nabi-nabi seramai 124 ribu (124000). Sedangkan agama yang Tuhan turunkan kepada mereka, untuk dirinya sendiri, bukan untuk orang lain. Tetapi tidak salah untuk disampaikan kepada orang lain dan tidak salah pula, orang lain mengikutnya. Jadi, Nabi-nabi ini, tidak mengembangkan agama pada orang lain sebab tidak wajib bagi mereka. Tetapi oleh kerana agama yang dibawa itu daripada Tuhan, mereka berakhlak tinggi, mereka tawadhuk, tidak mengganggu orang bahkan orang hormat dan sayang pada mereka. Jadi apabila mereka mati, oleh kerana mereka menolong orang, menyelamatkan orang, berbuat baik, bertolak-ansur pada orang, maka nabi-nabi itu di 慣uhan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2009 10:11 PM | Show all posts

Balas #8 sunsuria\ catat

ok...  bagaimana pula makan masakan orang fasik?

orang fasik ni mungkin dia solat penuh tapi dia berzina.  atau dia main nombor ekor.  bagaimana?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 12:06 AM | Show all posts

Balas #17 ibnur\ catat

orang fasik  hmmm..orang fasik ni orang yang terus2an buat dosa...orang hisap rokok tu pun dipanggil orang fasiq...iklan jap..berhenti seketika ..esok i bagi jawapan eh he he tanya ustazah lu..silap fatwa nanti naya..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 12:15 AM | Show all posts
org fasik ngan org munafik same ke tak ek??
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 12:23 AM | Show all posts

Balas #19 kuntilanak\ catat

Dalam Al Qur'an terminologi ini merujuk pada mereka yang tidak beriman namun berpura-pura beriman.

    QS (63:1-3) (1)Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: "Kami mengakui, bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah". Dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya; dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta.(2)Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan.(3)Yang demikian itu adalah karena bahwa sesungguhnya mereka telah beriman, kemudian menjadi kafir (lagi) lalu hati mereka dikunci mati; karena itu mereka tidak dapat mengerti.

Nabi Muhammad SAW mengatakan :"Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya" (HR. Bukhari dan Muslim).
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.076533 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list