|
Manusia hidup didunia tetapi tidak mahu diuji,tidak kenalah.Sebab itu sudah dasar Tuhan.Manusia kena akur dengan Tuhan.Setelah manusia diuji Tuhan hendak tengok siapa di antara manusia yang biasa,siapa yang jahat.Yang baik ke Syurga yang jahat ke Neraka. Kalau mengikut pandangan kita,ujian itu benda yang negatif ujian itu ada dua bentuk:
1.Ujian yang menyukakan,menggembirakan, atau menyenangkan (positif)
Contoh: Menjadi raja, Perdana Menteri, pegawai tinggi, dapat kekayaan, harta banyak, ilmu banyak dan sebagainya. Itu di antara contoh besar.
2.Ujian yang tidak menyukakan,mendukacitakan atau menyusahkan (negatif)
Contohumpuh,sakit kronik,sakit yang teruk,tidak boleh jalan,itu paling azab.Ujian lain sudah ringan,contohnya orang mengata kita,isteri tidak sayang,suami benci.Luka atau kudis lagi ringanlah.
Di antara dua ujian ini yang lebih mudah merosakkan manusia adalah ujian senang. Sebab itu Tuhan sebut yang banyak masuk Neraka adalah orang kaya, high class tetapi yang banyak masuk Syurga adalah orang miskin.
Padahal logiknya kalau orang kaya atau high class tentu boleh buat baik, ada kuasa tolong orang, bantu orang, hiburkan orang. Tapi yang berlaku tidak begitu. Bila jadi kaya raya, jadi megah, sombong, ada kuasa, zalim. Bila ada yang mencabar, dia akan mencari jalan supaya orang tersebut dipersalahkan untuk ditangkap. Jadi lojik tidak boleh pakai.
Sebelum dapat, lojik berfikir: |
|
|
|
|
|
|
|
Lalu Tuhan memberi hujah dengan berkata:擝ukankah ada di kalangan orang baik yang jadi raja?Nabi Sulaiman jadi raja,Nabi Daud jadi raja,Nabi Muhammad jadi raja tapi mereka lebih baik dari engkau.擺/i]Sebab itu di kalangan Rasul ada tiga orang yang Tuhan jadikan raja supaya jadi hujah di Akhirat.
Kalau orang kaya pula kata pada Tuhan: 揝aya ini jahat pasal Engkau jadikan aku kaya. Cuba Engkau tidak jadikan aku kaya, tentu aku tidak jahat. |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi hidup di dunia ini ujian. Kalau tidak kuat dengan Tuhan tidak takut dan cinta Tuhan, tidak pandang besar Akhirat, ujian apa pun sama ada positif atau negatif, kita akan tewas. Senang pun gagal, miskin pun gagal. Berkuasa pun gagal, tidak berkuasa pun gagal.
Sebab itu Tuhan adalah penting dalam hidup kita. Besarkan Akhirat itu penting, supaya apa pun ujian, kita tidak terjejas. Apapun ujian sama ada positif atau negatif, tidak mengubah kita, tetap Tuhan tujuan kita, kita tidak akan berubah.
Bahkan orang yang takut dan cinta Tuhan, kalau dia senang, misalnya dia jadi raja, banyak harta maka banyak kebaikan yang dia boleh buat seperti sedekah, tolong orang, bantu orang, selamatkan orang.
Tapi kalau orang miskin, susah, sakit, menderita, kalau dia takut dan cinta Tuhan, pahalanya lain. Kalau nikmat dia tidak dapat, kalau dia redha maka dia dapat pahala sabar. Kalau sabar apa kata Tuhan:
Maksudnya: 揔alau sabar, aku bagi hadiah tidak berkira, bighairi hisab. |
|
|
|
|
|
|
|
Selama ini kita selalu persoalkan Tuhan. Sebenarnya apa yang Tuhan buatkan sudah adil. Para Rasul adalah orang yang paling kenal Tuhan dan kenal kerja Tuhan, apa pun Tuhan buatkan pada dia, Ilia faham bahawa itu adalah keadilan Tuhan. Rasul-rasul sejak lahir sudah diuji tetapi tidak pernah susah hati. Contohnya, Nabi Ibrahim lahir di gua, Nabi Musa waktu bayi lagi dihanyutkan di sungai Nil.
Bahkan ada di antara kita beribadah kerana hendak pahala banyak tetapi mendapat lebih banyak pahala dengan tidak ibadah. Ada orang hendak pahala banyak lalu beribadah banyak, yang lain pula hendak pahala banyak tetapi ibadahnya tidak banyak. Biasanya orang yang hendak banyak pahala, dia akan banyak bersolat dan berpuasa, tetapi pahalanya tidak banyak. Sebenarnya pahala yang banyak adalah apabila sakit. Bila sakit selalu, itu dianggap banyak bersembahyang dan berpuasa. Sebab itu para Rasul sakit pun tidak merasa susah. Bagi mereka perkara itu adalah kerja Tuhan.
Untuk dapat pahala banyak, apakah kita larat sembahyang 1000 rakaat? Jadi kalau sakit panjang hendaklah redha. Itu kalau orang faham kerja Tuhan. Jadi bagi orang yang faham kerja Tuhan, bila ditimpa sakit, dia sabar, redha, kerana di situ lebih banyak pahalanya.
Bila orang miskin nampak makanan yang banyak tetapi tidak boleh beli kerana tidak mampu, di situlah keampunan Tuhan. Selalunya kita kata, 揔enapa Tuhan buat begini?擺/i] Isteri menyakitkan kita itu pahala. Tuhan buat itu untuk bagi pahala. Lebih baik isteri meragam dan redha dengannya. Lain kali kalau isteri celupar mulut, kita kata elok-elok, nanti pahala di catit. Bila dia berhenti rugilah, 揅akap lagilah jangan berhenti lagi, ini income aku.擺/i] Lama-lama isteri malu sendiri. Kalau kita faham kerja Tuhan, kita akan seronok dengan Tuhan.
Sekian.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kan best kalau aku tak pernah jumpa orang tu. |
|
|
|
|
|
|
|
ujian paling berat adalah penyakit hati. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 pinKy180's post
memandai je kau.Ujian paling berat ialah buat solat,pergi Haji,tapi main sihir |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 hanyakoygmampu's post
mmg saya pandai pun...
bagi saya skrg, pada saya benda paling sakit adalah penyakit hati... itu ujian hidup yg paling berat saya tgh alami skrg...sakit ke tak hanya ALLAH je tahu... |
|
|
|
|
|
|
|
JANGAN MENGELUH TIKA DIUJI... AL-QURAN ADA JAWAPANNYA
Sharing is caring....
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
AL-QURAN MENJAWAB
'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' ('I am full of faith to Allah') sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.' -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
No matter how hard it is. Never grouch again. Laa Tahzan..
[ Last edited by ana_una at 8-5-2009 21:55 ] |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by BatuApi at 7-5-2009 18:44
Sebelum dapat, lojik berfikir:擺color=red] Kalau aku kaya, aku akan tolong orang,bantu orang,untuk dapat pahala besar擺/color].Tapi bila sudah jadi kaya,jadi jutawan,dia sudah 慾adi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 aku_komeng's post
mmg suka tan sri ni dr dulu lagi... ada yayasan al-bukhary di kedah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 ana_una's post
harta berbilion...tapi pakai kete perdana...memang dasat... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #15 aku_komeng\ catat
aku respek gak kat dia...tapi kenapa wife dia tak pakai tudung? setakat selendang selempang aja?
pernah keluar article tentang dia kat majalah I, editor majalah I tu cousin husband..aku sms kat dia suka baca article tu tapi kenapa bini dia tak pakai tudung??? tlg pesan kat sheikh tu tlg lah soh bini dia pakai tdung..cousin aku tak reply pun..
pastu dia beli MPH...coba ko pegi MPH kitab orang kristian pun ada jual...
kat sekolah aku memang ada kelas tambahan yayasan al bukhary ni..tapi time kami minta derma buat surau...satu sen pun tak dapat... |
|
|
|
|
|
|
|
Mari saya berbicara sedikit mengenai dengan ujian Allah ini mudah-mudahan kamu mendapat pertunjuk daripadaNya.
Saya telah baca kesemua postings di thread ini dan saya mengatakan bahawa kesemua ujian yang dinyatakan dilalui oleh semua makhluk Allah daripada pelbagai bangsa.
Tetapi apakah ujian-ujian yang dimaksudkan dan disebut oleh Allah didalam AlQuran?
Sebenarnya ujian Allah ke atas hamba-hambaNya adalah kesediaan hambaNya untuk mengorbankan dirinya demi mencari keredhaan Allah.
Dalam meniti kehidupan di dunia ini,manusia kerap melakukan kesilapan dan kesesatan. Oleh itu,untuk kembali kepadaNya,manusia semestinya berkorban untuk dapat kembali ke jalan yang lurus. Jadi,nak kembali ke jalan yang lurus ini,manusia tak sanggup kehilangan apa-apa perkara yang boleh mengurangi keperluannya demi untuk berada pada jalan yang lurus.
Semua orang yang beragama tahu akan Firman Allah bahawa, jangan kamu katakan kamu telah beriman sebelum kamu diuji. Tetapi, yang dikatakan 'diuji' itu apa?
Cuba baca Firman Allah ini:
Allah berfirman: Demi sesungguhnya akan Kami uji kamu dengan suatu(cobaan), yaitu ketakutan,kelaparan dan kekurangan harta,manusia dan buah-buahan. Dan berilah kabar gembira orang-orang yang sabar (atas cobaan itu).
Sebenarnya ujian inilah yang susah dilakukan oleh manusia yang mengaku beriman itu, oleh sebab tidak mahu berada dalam keadaan yang disebutkan oleh Allah seperti diatas.
Saya bagi contoh iaitu ujian ketakutan.
Seorang hamba Allah bersolat tahajud pada waktu malamnya, bukan main lagi menyatakan keimanannya kepada Allah tetapi pada keesokan harinya Allah mengujinya dengan melihat kemungkaran didepan matanya,selemba saje dia berlalu daripada kemungkaran yang berlaku didepan matanya tanpa berbuat sesuatu. Dia sebenarnya telah gagal dalam ujian Allah itu. Jadi,apa maknanya penyataan imannya kepada Allah yang dibuat pada malam hari? Kosong sajeee! Sebenarnya,dia takut mengambil risiko bagi menyatakan keimanannya kepada Allah. Apa yang mungkin dia lakukan ialah benci dalam hati terhadap kemungkaran yang berlaku. Jika zaman kemunculan Islam,ketakutan itu boleh disabitkan dengan keluar berjihad/berperang menentang musuh-musuh Islam. Tapi,buat masa kini Islam telah berkembang,panggilan jihad akan berlaku jika negara diserang.
Saya bawa contoh kedua iaitu orang-orang yang bekerja ditempat-tempat yang haram. Mereka ini solat 5 waktu tidak tinggal,cakap pasal agama bukan main lagi,pergi kuliah sana dan sini tetapi untuk dapat tinggalkan pekerjaan mereka yang haram itu,mereka tidak sanggup. Kerana apa? Kerana mereka takut,mereka akan berada dalam kelaparan dan kekurangan harta,takut dengan cemuhan manusia,takut tidak dapat menikmati buah-buahan disebabkan ketiadaan wang untuk membelinya. Mereka merasa ketakutan untuk mengorbankan dirinya agar dapat berada dijalan yang lurus.
Saya pernah berinteraksi dengan seorang pegawai bank yang mengamalkan tarikat Na'syabandiah yang bertaraf khalifah.Apabila diseru untuk meninggalkan pekerjaannya dia berkata, " jika aku ada RM50,000 dan rumah telah habis dijelaskan mungkin aku berhenti kerja." Jadi,ujian-ujian Allah seperti inilah yang tidak dapat dipenuhi demi untuk berada pada jalan Allah.
Jadi, ujian Allah sebenarnya adalah ujian bagi mereka yang tersasar dari jalanNya untuk dia dapat kembali mentaati perintah Allah serta mencari keredhaanNya. Dan ujian-ujian Allah ini hendaklah disabitkan dengan diri kita sendiri dan jangan cakap pasal orang lain. Jangan jugak melihat agama ini pada orang lain tetapi agama itu, mestilah dilihat untuk diri kita sendiri.
Allah berfirman: Setengah manusia ada yang mengorbankan dirinya karena menghendaki keredhaan Allah dan Allah Pengasih kepada hambaNya.
[ Last edited by Amir at 9-5-2009 01:13 ] |
|
|
|
|
|
|
|
aku respek kat dia ms sek men lg...dia low profile...walaupon kaya still guna poton perdana...tak mcm sesetgh org tu...dpt duit lebih sket,mula ar nak pakai kete mewah...import lak tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 Amir's post
Thanks for sharing...nice.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 Amir's post
posting yang beshhh.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|