CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1923|Reply: 8

boleh ke nazar??

[Copy link]
Post time 8-5-2009 05:40 PM | Show all posts |Read mode
mod..sori kalau dah ada pasal nie...td selak index...mcm takder...

ludo nak tanya...apa hukumnya bernazar? diharuskan atau pun tidak...

selama ni tak pernah bernazar...tapi tiba2 rasa nak bernazar....

tapi bila pk balik....macam kalau bernazar macam 'ugut' pulak kat Tuhan...

yelah..mcm kalau Tuhan bagi...baru kita buat@tunaikan apa yg kita nazar..

kalau benda tu tak jadi...kalau doa tu tak dimakbulkan ??? .....macam mana pulak...? tentu kita takda hati nak tunaikan nazar tu..ataupun kita akan terlupa sbb benda yang kite doakan tu tidak berlaku....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2009 06:05 PM | Show all posts

1. Definasi Nazar

هو إلزام المكلَّف نفسَه بما لم يُلزمه به الشرع .
"iaitu seseorang yang bertanggung jawab memberi komitment dirinya melakukan sesuatu yang tidak lazim (wajib) didalam syara'"

Contoh yang diberikan oleh Ibn Qudamah rh :

"Jika seseorang telah melakukan Nazar, menghalang dirinya atau oranglain melakukan sesuatu, atau membuat dirinya melakukan sesuatu -misalnya : "Jika aku bercakap dengan Zayed, maka aku kena pergi Haji,atau memberi harta ku kepada kebajikan, atau berpuasa satu tahun"; makaini dikatakan Nazar." (al-Mughni 13/461).

2. Hukum Asal melakukan Nazar

Nabi memerintahkan umatnya menjauhi Nazar. Sabda Nabi :- dari Ibn Umar ra. berkata :-

نَهَىالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ النَّذْرِ وَقَالَ :إِنَّهُ لا يَرُدُّ شَيْئًا ، وَإِنَّمَا يُسْتَخْرَجُ بِهِ مِنْالْبَخِيل
"Nabi melarang melakukan Nazar dan bersabda : Sesungguhnya ia tidak akanmengubah sesuatu, malah dia membuat mereka yang rugi memberi sesuatu"[Hadith Riwayat al-Bukhari #6608 dan Muslim #1639].

dari Ibn Umar ra. berkata :

نهى النبي صلى الله عليه وسلم عن النذر ، وقال : إنه لا يردُّ شيئاً ، وإنما يُستخرج به من البخيل .
"Nabi melarang dari bernazar, sabda baginda : Sesungguhnya ia tidak akanmengubah apa-apa, malah ia adalah satu cara mendapatkan kebajikan dariorang yang bakhil" [Hadith Riwayat al-Bukhari #6234 dan Muslim #1639]

Ada dikalangan ulama' seperti Syiekh Ibn Taimiyah rh. mengatakanbahawa hukum bernazar ini haram. Akan tetapi jumhur ulama' mengatakanbahawa bernazar ini hukumnya Makruh.

3. Apa yang perlu dilaku setelah bernazar.

Barangsiapa yang telah bernazar hendaklah dia tunaikan. Sabda Nabi :-

من نذر أن يطيع الله فليطعه
"Barangsiapa yang bernazar untuk ta'at kepada Allah, maka biarkan dia menta'atinya" [Hadith Riwayat al-Bukhari #6318].

Mereka yang bernazar mempunyai 2 pilihan :-

a. Meneruskan untuk menunaikan Nazar tersebut.
b. Membatalkan nazar dan dikenakan Kafaarat Yameen (lihat no:5).

4. Bernazar melakukan perkara yang haram/berdosa

Contohnya : Kalau aku gagal ujian, aku tidak akan berpuasa Ramadhan.Puasa didalam bulan Ramadhan adalah wajib. Sengaja membatalkan puasahukumnya adalah Haram. Jika seseorang bernazar melakukan dosa, perkaraini tidak dibenarkan, malah dia hendaklah membatalkan nazar dan dia dikenakan kafaarat yameen kerana membatalkan nazar (lihat no 5).

5. Membatalkan nazar - Kafaarat Yameen

Hendaklah seseorang yang membatalkan nazar melakukan perkara berikut (kafaarat yameen) :-

a. Memberi makan kepada 10 orang miskin, atau
b. Memberi pakaian kepada 10 orang miskin, atau
c. Membebaskan hamba.

Jika tidak mampu melakukan diatas, barulah berpuasa selama 3 hari. Firman Allah swt :-

لَايُؤَاخِذُكُمُ اللَّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَكِنْيُؤَاخِذُكُمْ بِمَا عَقَّدْتُمُ الْأَيْمَانَ فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُعَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْكِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُثَلَاثَةِ أَيَّامٍ ذَلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْوَاحْفَظُوا أَيْمَانَكُمْ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
"Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yangtidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salaholehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat denganbersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluhorang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa)berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka, ataumemerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat(menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tigahari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamubersumpah dan jagalah (peliharalah) sumpah kamu. Demikianlah Allahmenerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamubersyukur. " [surah al-Maa'idah : 89]


Credit : Al-Ahkam.net




Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 06:31 PM | Show all posts
setahu saye kalau bernazar ni mesti tunaikan
kalau tak maknenye kite da berhutang kite pada ALLAH SWT
jadi jgnlah bernazar sesuatu yg kite tak mampu buat
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 06:53 PM | Show all posts
NAZAR DIHARUSKAN UTK PERKARA YG BAIK SHJ

CTH: APABILA DPT PEKERJAAN YG BAIK

DAN BKN BERNAZAR BENDA YG JAHAT ATAU LAGHO

CTH : BERNAZAR KALAU PELAJAR AF YG DIKEHENDAKI MASUK FINAL
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2009 07:05 PM | Show all posts

Balas #4 nurulll\ catat

yelah...mesti lah untuk yg baik....btw..ade ke org bernazar utk benda2 tak berpaedah aek

ok...

"Nabi melarang dari bernazar, sabda baginda : Sesungguhnya ia tidak akanmengubah apa-apa, malah ia adalah satu cara mendapatkan kebajikan dariorang yang bakhil" [Hadith Riwayat al-Bukhari #6234 dan Muslim #1639]


melarang?takutnya....emm..walaupun utk benda yg baik??

ok..kalaulah ludo bernazar..n benda tu tak jadi...tp ludo tetap tunaikan nazar ludo....boleh tak?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 08:52 PM | Show all posts

Reply #1 ayu_ludo's post

hari tu ada dah thread pasal nazat\r tapi belum index dan digest.  tapi tak apa.  cuba check hadith berikut:

Dari Abu Hurairah katanya, nabi s.a.w bersabda: 擲esungguhnya nazar itu tidak dapat mendekatkan seseorang kepada sesuatu yang ditakdirkan Allah belum akan menjadi miliknya. Tetapi nazar itu sesuai dengan qadar.  Dengan nazar dapat dipungut pembayaran dari orang-orang bakhil yang sebelumnya tidak bersedia membayarnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2009 08:55 PM | Show all posts
ok..kalaulah ludo bernazar..n benda tu tak jadi...tp ludo tetap tunaikan nazar ludo....boleh tak?

boleh, tapi bukan hukum wajib.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 11:13 PM | Show all posts
menurut kitab fikah mazhab syafie,nazar terbahagi kpd 3 bhgn iaitu:

1) nazar al-lajjaj (keras kepala)

    -berlaku dlm keadaan pertengkaran dan permusuhan dan ia terbit hasil drpd kemarahan spt          seseorg berkata sewaktu bertengkar: " sekiranya aku berckp dgn si fulan,maka atas nama Allah wajib atasku puasa sebulan".

2) nazar al-Mujazat atau mukafaat (ganjaran)

    -cth seseorg berkata "kalau aku disembuhkan oleh Allah drpd penyakitku, maka atas nama Allah wajiblah aku menyedekahkan seekor kambing"

3) nazar mutlak

    -iaitu mewajibkan diri melakukan sesuatu ibadat tanpa dorongan permusuhan ataupun kemarahan spt seseorg berkata " atas nama Allah wajiblah atas aku puasa pada hari khamis"


  Nazar jenis ke2 dan ke3 dinamakn nazar al-tabarrur yakni org yg melakukan nazar itu mahu melakukan kebajikan dan taqarrub kpd Allah Taala..


Hukum setiap jenis nazar.

Bg jenis pertama : wajib melaksanakan apa yg dinazarkan apbl kehendak yg dinazarkan itu berlaku.
                           ataupun dia wajib menunaikan kafarah sumpahnya.


Bg jenis yg kedua : apabila kehendak tercapai,wajib melaksanakan apa yg diwajibkan(nazar) dan
                            perkara lain tidak akan dapat menggantikannya.

Bg jenis yg ketiga : org yg bernazar wajib melaksanakan apa yg diwajibkan keatas dirinya.dia tidak
                            berhak menukar nazar ini dgn kafarah sumpah.

wallahualam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2009 11:29 AM | Show all posts

puasa nazar

assalamualaikum

nak tanye gak la psl nazar ni...

hmm saya ade bernazar kalo saya dpt keje br saya nak berpose 2 hari..dan alhamdulillah saya dpt keje br...dan skang ni saya preggy n mengalami mabuk yg teruk... saya blm menunaikan nazar tu sbb keadaan saya skang.

soalan nye:
* adakah puasa nazar ni perlu di laku kan sblm ramadhan yg akan dtg..??or saya bole tunaikan nazar saya ni lps saya bersalin nnt...
* adakah puase nazar ni mempunyai masa2 tertentu contohnya kena tunaikan dlm thn yg sama ke..??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.848395 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list