CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4112|Reply: 2

iddah kematian suami

[Copy link]
Post time 9-5-2009 11:47 PM | Show all posts |Read mode
salam
aku nak tanya
kalau seseorang itu kematian suami
sepatutnya dia diharamkan dari keluar rumah kan??

tapi macam mana kalau dia terpaksa berpindah rumah kerana
memang sepatutnya berpindah sebelum kematian suami

kemudian dia terpaksa keluar dari rumah tersebut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2009 12:29 PM | Show all posts
3.  Bolehkah wanita yg di dalam edah meninggalkan rumahnya untuk tujuan seperti bekerja, ziarah ibu, dsb...?  

iii. Haram keluar dari rumah
Bagi perempuan yang sedang menjalani sebarang bentuk iddah diharamkan keluar dari tempatnnya menjalankan iddah kecuali jika ada keuzuran.

Bagi perempuan yang tertalak dengan talak ba'in atau kematian suami, boleh keluar pada waktu siang untuk membeli makanan, sayuran atau lain-lain barang keperluan. Dan untuk perkara ini tidak dibenarkan keluar pada waktu malam. Walaubagaimanapun dia dibenarkan keluar pada waktu malam ke rumah jirannya dengan tujuan yang dibenarkan seperti mahu menjahit pakaian, bercakap sesuatu perkara yang penting atau sebagainya. Hal ini disyaratkan tidak ada lelaki di tempat tersebut yang dapat berbual-bual atau beramah mesra dengannya. Dan selepas selesai urusan di tempat itu, dia dikehendakki pulang dan bermalam di rumahnya sendiri.

Perempuan yang sedang dalam tempoh iddah raj'i pula, tidak dibenarkan keluar rumah kecuali telah mendapat keizinan dari bekas suaminya atau tanpa keizinannya tetapi dalam keadaan darurat. Kerana bekas suaminya itu masih berkewajipan menanggung seluruh nafkahnya. Seperti juga hukumnya dengan perempuan yang tertalak dengan talak ba'in yang sedang hamil.

Perempuan yang sedang iddah kerana kematian suami dibenarkan berpindah rumah sekiranya dia khuatir akan kebinasaan diri, anak atau hartanya.


rujuk ke laman berikut:

http://members.tripod.com/ahkam_2/soaljawab/soaljawab48.htm

http://drhasanah.com/category/fiqh-kematian/

http://drhasanah.com/2008/iddah- ... ang-kematian-suami/
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 01:01 PM | Show all posts
Salam, apa yang saya faham, iddah bg kematian suami mmg tidak boleh keluar tanpa sebab2 yg kukuh seperti terpaksa utk pergi bekerja, utk membeli makanan utk anak2 dan sebaik2nya mesti ada muhrim bersama. Utk makluman, saya masih dlm iddah kematian suami dan saya maklum berkaitan tidak boleh keluar rumah dan berpakaian yg nampak ceria atau mengenakan sebarang 'make-up'. Tetapi, saya masih juga keluar rumah kerana saya terpaksa bekerja, membeli barang makanan dan keperluan anak2.
Saya harap apa yang saya buat tidak menyalahi agama.
P/S saya pun berpindah rumah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.044772 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list