|
Cerpen mengarut dari Sya. Curi masa sikit. 1st time mencoret cerpen pendek untuk merehat otak sekejap...harap terhibur...
“Kamu bila nak kahwin Naim. Mak rasa dah penat tanya soalan yang sama dengan kamu ni.” Suara Makcik
Sopiah memecah lamunan. Naim yang sedang asyik memerhati sawah padi sedikit tersentak dengan kata-kata maknya.
“Alahhh…mak, Naim belum ada seru lagilah.” Keluh Naim sambil melabuhkan punggung di sisi Makcik Sopiah yang sedang asyik menganyam tikar mengkuang berwarna biji kundang dan putih itu. Lincah tangan Makcik Sopiah menyelak dan membetulkan mana yang tidak kena dimatanya. Mata Naim ikut menari sama pergerakan tangan maknya.
“Belum sampai seru…itu jelah ayat kamu. Umur dah lanjut Naim. Mak dah tua. Dah pejam mata baru agaknya kamu kahwin.” Pujuk Makcik Sopiah lagi. Pandangan Naim naik ke muka Makcik Sopiah. Raut wajah yang sudah dimamah usia itu ditatap lama.
“Bukan Naim tak nak kahwin mak. Tak ada calon, nak buat macam maner. Tak kan nak sebat je.” Keluh Naim sendiri.
Naim akui umurnya dah menjejah ke angka 30 tetapi apakan daya jodohnya belum ditemui. Sudah ramai perempuan yang dicuba memenuhi hatinya tetapi masih tidak menepati halwa hidupnya. Bukan dia memilih tetapi entahlah susah nak cakap. Hati meronta-ronta nakkan pasangan hidup tetapi takdir Tuhan tak ada siapa yang boleh ingkar.
“Susah sangat biarlah mak carikan.” Makcik Sopiah memandang Naim yang sedang asyik mengelamun. Tersenyum sendiri sedangkan tiada apa yang mengelikan hati.
“Naimmm…kamu dengar mak cakap ni ke?” tanya Makcik Sopiah tak puas hati.
“Apanya mak, Naim dengar ni.” Kata-kata maknya bagai angin lalu. Teringat cerita butang merahnya bila menyentuh tentang jodoh.
Cerita antara dia dan Zakiah anak Pakcik Salim. Teman sepermainannya yang sering mendengar keluh kesahnya. Teman yang banyak menolongnya. Walaupun umurnya lagi tua dari Zakiah tetapi pergaulanya bagai rakan sebaya. Mungkin sejak kecil dilayan begitu agaknya. Kadangkala tercuit juga hati bila melihat gelagat Zakiah yang sering kelamkabut. Wajah Zakiah yang sentiasa tersenyum membuat dia juga ikut tersenyum. Bibir Zakiah yang sedikit sumbing sejak lahir sedikit pun tidak mencacatkan kulitnya yang licin. Tetapi Zakiah sekarang dah berhijrah ke Kuala Lumpur setelah menerima tawaran kerja di sana. Hanya dia saja yang terperuk di sini menjawat jawatan jurutera TNB di daerah Masjid Tanah. Walaupun demikian hubungannya tetap utuh sehingga kini.
[ Last edited by Adilla at 13-5-2009 12:44 ] |
|
|
|
|
|
|
|
“Kau bila nak kahwin Naim?” pernah Zakiah bertanya. Naim hanya tersenyum dengan kata-kata Zakiah.
“Aku tunggu kau.” Selamba Naim mengusik. Sertamerta pipi Zakiah di sapu blusher. Merah semulajadi.
“Kau gila ke tunggu aku.” Getus Zakiah geram. Memang Naim sering mengusiknya tak kira pasal apa. Kadangkala rasa macam gatal aje Naim ni. Cuma sikap Naim yang hormat dengan dirinya dan tidak pernah ambil kesempatan membuat Zakiah senang berkawan dari dulu hingga sekarang.
“Habis tak ada siapa nak aku. Baik aku tunggu kau.” Usik Naim lagi. Sekali lagi pipi Zakiah yang baru nak reda kembali di sapu blusher.
“Tak kuasa aku. Susah-susah sangat baik kau tekan butang merah.” Cadangan Zakiah berjaya memancing minat Naim untuk mengetahui lebih lanjut tentang butang merah.
“Butang Merah!” kening Naim berkerut mendengar kata-kata Zakiah.
“Iya, butang merah bermaksud bila dah terdesak sangat nak kahwin kau suruh mak kau cari calon untuk kau.” Panjang lebar Zakiah menerangkan maksud butang merah tersebut. Pecah ketawa Naim mendengarnya.
“Iyalah, kalau terdesak aku tekanlah butang tu erk. Moga bidadari yang muncul nanti. Kau doakan untuk aku tau.” Tambah Naim mengusik. Muncung Zakiah sudah panjang mendengar kata balas Naim.
“Zakiah..Zakiah…”bisik Naim sendiri.
“Siapa yang mak nak pinang Naim!” sergah Makcik Sopiah tiba-tiba bila melihat Naim dari tadi asyik tersenyum simpul seorang diri. Entah apa yang mengelikan hatinya.
“Zakiah anak Pak Salim!” Naim yang terkejut terus menyebut nama kawan sekampungnya.
“Hah! Anak Pak Salim? Alhamdullilah akhirnya termakbul doa mak.” Tersenyum Makcik Sopiah sambil meraub mukanya. Senggihan wajah tua itu bertambah lebar bila melihat Naim bagai ayam berak kapur. Mesti terkejut bila makcik Sopiah dah mengetahui rahsia siapa buah hati Naim.
“Sampai hati kamu berahsia dengan mak Naim. Mak tak kisah siapa pun jadi menantu mak. Asal pandai jaga kamu dan hormat dengan mak cukuplah. Bukan mak nak lawa atau kaya. Mak dah lama berkenan dengan Si Zakiah tu. Dah lama mak tengok kamu dan dia. Bila tanya tak ada apa-apa jawab kamu. Betul tekaan mak selama ini.” Panjang lebar Makcik Sopiah meluahkan hujahnya. Naim yang masih dalam terkejut tidak dapat berkata apa-apa bila melihat Makcik Sopiah begitu gembira.
Tak lama kemudian Makcik Sopiah bingkas bangun sambil mencapai tudung yang tersangkut di kepala kerusi.
“Mak nak kemana?” tanya Naim cuak.
“Janganlah mak buat hal pulak.” Doa Naim dalam hati.
“Mak nak kerumah makcik Jah. Nak bincang hal kamu dan Zakiah.” Luah makcik Sopiah gembira. Naim masih kaku tanpa kata. Riak kecut perut sudah mula kelihatan. Rintik-rintik peluh sejuk juga sudah mula menampakkan diri.
“Ehhh…mak ni. Dengar dulu Naim nak cakap ni.” Pinta Naim ngelabah.
“Kamu duduk diam-diam kat rumah. Aku tahu apa yang patut dibuat. Kamu jaga rumah. Kejap lagi mak balik.” Ujar makcik Sopiah sambil menuruni tangga kayu mata lima. Naim yang memerhati maknya hanya mengeluh kaku. Masak kau Naim!!...
[ Last edited by Adilla at 13-5-2009 12:45 ] |
|
|
|
|
|
|
|
“Apa kak long!” jeritan Zakiah di telefon mengundang gamat di dalam rumah sewa dua tingkat itu.
“Janganlah menjerit. Kak long belum pekak lagi tau!” kak long pula menjerit di hujung sana.
“Betul ke apa yang kak long cakapkan ni?” Zakiah dah panas bontot di rumahnya jauh di Taman Angsana, Kuala Lumpur.
“Betullah! Mak yang cakap tadi. Kau janganlah terjerit-jerit. Aduhh..budak ni sakit telinga aku.” Geram dah melanda jiwa kak long.
“Janganlah kak long. Zai tak cayalah. Kak long suka main-main tau.” Zakiah cuba menidakkan kebenaran. Dalam hatinya berdoa yang berita tersebut satu igauan saja.
“Apa yang tak betulnya dik oii…Tadi abah yang call kak long suruh cakap dengan Zai. Abah call Zai tapi tak dapat. Lagi dua bulan kau kahwin. Tak payah risau-risau. Semua kita orang akan settlekan. Kau cuma duduk je atas pelamin.” Terang kak long.
“Zai tak naklah.” Bantah Zai. Tidak boleh digambarkan yang makcik Sopiah masuk meminang dia untuk Naim anaknya.
“Nak atau tidak, Mak dan abah dah terima dik.” Bagai bom atom meletup atas kepala ku sertamerta tiga bintang bagaikan berpusing menari-nari.
“Akakkkkk…janganlah buat Zai macam ini.” Rayu Zakiah lagi. Zakiah benar-benar berharap ini adalah mainan tidur dan usik
an kak long untuk mengenakannya saja.
“Buat apa kebendanya. Akhirnya kahwin jugak kau dengan si Naim tu erk. Seronoknya akak dapat adik ipar kerja TNB. Sekurang-kurangnya bolehlah kak long mintak discount untuk bil api akak.” Agenda dah bermain dalam kepala otak kak long menambah pening kepala si Zakiah.
“Aduuuhhhh….okeylah kak long, Zai nak demam ni..bye kak long.” Serta merta talian diletakkan tanpa mengucapkan salam. Zakiah dah termenung bersama telefon digenggamanya. Beku seketika.
Zakiah tahu sekarang ini kak long tengah gelak besar terhadapnya. Selama ini bila ditanya pasal kahwin mesti Zakiah melenting. Banyak kes kahwin cerai membuat Zakiah fobia untuk menamatkan zaman anak daranya. Lagipun Zakiah takut bila orang bercerita tentang malam pertama. Kena pulak dengan Naim yang sejak kecil dah dikenali. Dia dengan Naim bukannya ada apa-apa. Kadang-kadang je perasan itu ada yang terbabas tapi cepat dikontrol balik.
“Kau kenapa Zai?” Jenab yang muncul terkejut melihat Zakiah yang seperti ayam berak kapur. Terkulat-kulat depan tv. Pop corn ditangan disuakan pada Zakiah tetapi tidak ada tidak balas.
“Kau ni sihat ke idak?” sekali lagi Jenab bertanya.
“Aku kena kahwinnnnn….”akhirnya bersuara juga Zakiah tetapi bukan dengan kata-kata sebaliknya tangisan yang memecah suasana. Peliknya airmata tak nampak pula mengalir.
“Ehhh..kau ni, baguslah kena kahwin.” Jenab cuba memujuk.
“Aku kena kahwinnnn…” sekali lagi Zakiah meraung.
“Dahlah tu, tapi dengan siapa?” Jenab sudah jemu memujuk kerana dia tahu Zakiah hanya melepaskan geram. Jenab sudah masak dengan perangai Zakiah yang tidak akan sesekali mengalirkan airmata kalau tidak kena dengan halnya.
“Dengan Naimmmm…”Zakiah menjerit lagi.
“Whatttt…, alhamdullilah. Baguslah dapat api free.” Sebaik habis berkata Jenab bangun meningglkan Zakiah yang masih dalam keadaan mamai.
Zakiah hanya memerhati Jenab yang sudah hilang balik langsir. Naimmm….aku nak belasah kau. Jagalah kauu….
[ Last edited by Adilla at 13-5-2009 12:46 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Majlis yang berlangsung tiada cacat celanya. Semua pihak berpuas hati. Hanya pengatin sahaja yang masih tidak berpuashati. Hendak atau tidak akad sudah diangkat. Naim bagai lembu dicucuk hidung mengikut kata emaknya.
“Dahlah Naim, naiklah atas. Salin baju. Dah basah kamu ni. Hari pun dah nak gelap.” Ayah mentua Naim bersuara bila Naim masih terbongkok-bongkok mencuci periuk belanga. Zakiah entah hilang kemana. Tak nampak kelibatnya turun menolong suaminya. Mungkin didapur mengemas agaknya.
“Baiklah pakcikkk..ehhh..ayah.” muka Naim dah merah bila lidah tersilap sebut. Chehh…. Buat malu je depan pak mentua. Naim memerhati keliling kawasan rumah tersebut. Khemah masih terpacak, kerusi dah di susun cuma sampah yang masih terabur.
“Biarlah kat bawah ni. Tau jelah abang-abang kamu nak kemas. Kamu pergi rehat, dari tadi ayah tengok tak ada rehat pun.” Sekali lagi Pak Salim menyuarakan bicaranya. Anak orang tak baik didera. Belum sehari jadi menantu. Kalau apa-apa terjadi apa nak dijawab pada Si Sopiah nanti.
“Iyerlah, Naim habiskan dulu belanga ni.” Akhirnya terkeluar juga suara Naim menyebut ayah.Taklah malu sangat. Hehehehe…
Setelah belanga dikerjakan Naim sehingga boleh dibuat cermin, Naim naik ke atas untuk menganti baju t-shirt yang tak serupa baju. Warna merah dah menjadi hitam. Dalam debar pintu ditolak. Sebaik sahaja satu langkah kaki mencecah lantai satu jeritan kedengaran.
“Arhhhh…..” kelam kabut Naim melarikan diri keluar semula dari bilik tersebut. Sekejap terjenggol wajah kak long dengan muka yang berserabut. Muka yang masih basah dek peluh memercik di setiap penjuru.
“Kenapa Naimmm?” kak long merapati Naim yang sedang mengatur nafas kembali.
“Entah!” sepatah Naim menjawab. Dia memang benar-benar tidak tahu apa yang terjadi.
“Nanti kak long tengok. Naim tunggu sini.” Kak long menghulurkan pertolongan. Kelibat kak long pula hilang disebalik pintu. Tiada pula kedengaran sebarang jeritan. Kena rasuk agaknya.
“Dah…masuklah.” Suara kak long memberi arahan. Naim hanya mengangguk. Cuak jugak nak masuk. Buatnya kena terkam ke.
“YA ALLAH lindungilah daku insan kerdil dirumah ini..” sempat Naim berdoa.
“Lahh…masuklah. Tunggu apa lagi.”usik kak long bila melihat Naim masih berdiri didepan pintu. Pelik pula tengok si Naim ni. Selalunya pengantin tak sabar-sabar nak masuk bilik.
“Bismillah….” Naim menapak kembali. Kecut perut, kecut dada. Semuanya ada. Naim meninjau keadan didalam bilik. Tiada orang. Pelik pula. Tadi ada suara. Dia pasti suara Zakiah. Dia memang cam. Kak long masuk pun takkan kak long cakap sorang-sorang.
“Ni buat aku takut.” Naim kembali keluar bilik.
“Kenapa?” terkejut Naim bila sergahan dari kak long yang masih menanti di ruang tengah.
“Tak ada orang pun.” Naim dah tak sedap hati. Dalam bilik tu ada hantu ke.
[ Last edited by Adilla at 13-5-2009 12:48 ] |
|
|
|
|
|
|
|
“Pelik tadi ada.” Kak long juga ikut terkejut. Lama kak long merenung pintu bilik yang tertutup itu. Lama kelamaan senyuman kak long terpancar di bibirnya.
“Naim cuba tengok bawah katil.” Terlongo Naim bila mendengar kata kak long.
“Bawah katil!” sekali lagi Naim mengulang.
“Tengok aje lah. Kak long nak kebawah.” Ucap Kak long. Naim tahu sedikit masa lagi kak long pasti ketawa bila melihat mimik mukanya bagai menahan sesuatu.
Naim masuk sekali lagi. Kali ini kali ketiga kalau tak berjaya Naim rela tidur di rumah maknya. Naim menjengok bawah katil dan apa yang Naim lihat bagaikan tak boleh dipercayai. Elok saja Zakiah lending bawah katil sambil matanya terkebil-kebil. Takut juga Naim.
“Keluarlah, buat apa kat sini.” Naim menghulurkan tangan untuk menarik Zakiah keluar. Nak tergelak pun ada. Apalah sedapnya duduk bawah katil yang sempit ni. Gelengan Zakiah buat Naim mati akal. Aduhh…apa nak buat ni.
“Keluarlah wakkk…ada lipas bawah ni.” Sebaik Naim berkata demikian Zakiah dah jadi tak tentu arah. Dalam hendak meloloskan diri kepala Zakiah terantuk dibucu katil.
“Aduhhh…sakitnya.” Adu Zakiah sambil cuba bangun. Tangannya menjadi seram sejuk bila merasai ada tangan sasa memegang kepalanya. Dari duduk terus berdiri.
“Sakit.?” Naim yang begitu hampir meniup berulang kali kepala Zakiah. Nasib baik tak benjol.
“Ermm…takkk…sedapp…” gagap Zakiah sertamerta muncul.
“Apa?” Naim nak tergelak bila sifat kelam kabut Zakiah dah menunjukkan diri.
“Takkkk…sorrryyy…sakittt.” Gagap Zakiah dah menunjukkan angka merah.
“Habis duduk bawah katil buat apa?” Naim sengaja mengeraskan suara.
“Buat bodohh….erhhh..bukan buatt….arhhhh…”Wajah Zakiah dah tak boleh pandang. Blusher dah ada kiri kanan.
“Duduk sini.” Naim menarik tangan Zakiah untuk duduk dibirai katil yang telah terhias indah.
“Nak buat apa?” Zakiah jujur bertanya.
“Buat bodohlah..” Naim ketawa bila berjaya mengenakan Zakiah.
“hahh!” Zakiah yang tidak mengerti kembali menenangkan diri. Tarik nafas pepanjang.
“Kenapa awak kahwin dengan saya?” tanpa signal soalan maut yang meraung dalam benak fikirannya dilepas keluar.
“Sebab awak ada yang saya mahu.” Dalam tegas nada berubah lembut. Memang Naim akui Zakiah amat memenuhi ciri keperempuanan yang dicari setiap lelaki. Cuma matanya sahaja menidakkan kehadiran Zakiah disisinya. Tetapi setelah maknya memberi senarai apa yang ada pada Zakiah barulah mata, hatinya terbuka untuk meneliti keperibadian wanita yang sudah selamat menjadi isterinya.
“Sebab apa?” Zakiah masih tidak dapat menangkap maksud Naim.
“Sebab awak adalah butang merah saya. So bila dah terdesak saya tekanlah.” Terang Naim. Matanya berlagu menyanyi menyambut panahan mata Zakiah. Akhirnya Zakiah kalah dalam aksi tersebut.
“Awak jahat!” Zakiah menepuk bahu Naim kuat.
“Aduhhh…”Naim menahan kesakitan. Belum apa-apa dah kena belasah. Gangster juga bini aku ni.
“Sorryyy….saya tak sengaja.” Zakiah cuba menarik tangan Naim dan mengurutnya perlahan tanpa menyedari yang Naim juga terkejut dan merenung tindakannya. Zakiah yang mula menyedari sudah malu. Tangan yang ditarik perlahan-lahan disentap dan digenggam kemas oleh Naim. Zakiah ditarik dalam pelukan. Meronta-ronta Zakiah untuk melepaskan diri. Kemas Naim mempertahankan pelukan sahnya. Lama kelamaan Zakiah cuba menenangkan diri.
“Awaklah butang merah saya selama ini. Maaf saya lambat menyedari. Kalau tidak saya tak jadi bujang telajak begini. Mahukah awak menjadi butang merah saya buat selama-lamanya. Yang tak akan ditekan oleh sesiapa kecuali saya.”Naim menarik dagu Zakiah untuk memandangnya. Zakiah yang dari tadi tunduk membisu terpaksa mengikut aksi Naim.
“Mahukah awak?” tanya Naim sekali lagi.
Anggukan Zakiah membuat Naim tersenyum lebar. Pelukan dikemaskan dan butang merahnya berjaya dibawa kedalam pelukannya untuk selamanya.
TAMAT….
[ Last edited by Adilla at 13-5-2009 12:49 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Hehehehehe...butang merah... |
|
|
|
|
|
|
|
hem... butang merah.. best |
|
|
|
|
|
|
|
best citer nie |
|
|
|
|
|
|
|
butang merah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Adilla, best kan kalau ada butang merah untuk terima dan butang delete untuk reject , tak yah susun ayat takut kecik ati ke |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sangkuriang at 27-5-2009 13:10
Adilla, best kan kalau ada butang merah untuk terima dan butang delete untuk reject , tak yah susun ayat takut kecik ati ke
andaikata butang delete pun ada dalam kehidupan ini maka banyaklah insan-insan yang lebih kecil hati ibarat habis madu sepah dibuang. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|