CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6393|Reply: 52

x paham maksud ketetapan ALLAH(QADA 'QADAR??)

[Copy link]
Post time 11-5-2009 05:18 PM | Show all posts |Read mode
sy ni ada skeet x paham pasal ni...adakah semuanya telah ditetapkan ALLAH??
jadi maknanya kalau seseorang itu mati dalam kafir pon mmg telah ditetapkan oleh ALLAH??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2009 06:03 PM | Show all posts

Balas #1 jeyjay\ catat

ada dua benda kita kena percaya.....

1.iaitu semuanya dalam pengetahuan Allah, dahulu kini dan selamanya....dan ditetapkan Allah.t...

2. manusia kena berusaha buat terbaik dalam hidup yakni tak boleh tunggu takdir.

jangan percaya salah satu.....

contohnya, memandangkan semua takdir, maka takyah buat apa2, biar je ikut arus.....

atau, berusaha tanpa mempercayai takdir telah ditetapkan.....

dalam Quran atau hadis, tiada yg menyuruh kita mempercayai salah satunya.....

tetapi apa yg disuruh ialah percaya semua adalah takdir, pada masa yg sama berbuatlah yg terbaik dlm hidup atas usaha kita sendiri.

tidak ada cara hidup berupa berserah kepada arus atau masa untuk menentukan hidup kita.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 06:12 PM | Show all posts

Reply #2 ussopp's post

aku sikit punya x stuju dengan kau... ada orang effortlessly je dapat... tak kiralah dia selfish ka... Tuhan bagi dia power macam tu ja....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 06:22 PM | Show all posts

Balas #3 arrogant\ catat

hehehe.......

adui, ingatlah, jangan sesekali pikir itu yg terbaik.....apatah lagi yg effortless je terus dapat....

masa kita kecik2 bolehlah pikir benda tu baik , beruntung, bertuah.....

tapi kita semua dah besar2.....pikiran patut makin matang.....

semuanya berlaku di depan mata semuanya ujian......tak masuk bab istidraj lagi,.....

dan kata2 seperti= ujian yg paling berat bukanlah kekurangan tapi kelebihan......(kita takkan tahu)

sebab tu dikatakan dunia ni ujian.....


camnie lah, masa kita kecil2  ckuplah kita mempercayai apa yg bertuah itu baik dan apa yg malang itu tak baik.............

sekarang dah besar dah, patut buang fikiran tu jauh2...........

semuanya yg berlaku adalah untuk dilihat siapa di antara kita yg baik atau sebaliknya.....tak kira berupa kelebihan atau kekurangan.

hati-hatilah dan buanglah pikiran yg effortless itu yg terbaik.....buanglah jauh2....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 06:46 PM | Show all posts
Originally posted by arrogant at 11-5-2009 06:12 PM
aku sikit punya x stuju dengan kau... ada orang effortlessly je dapat... tak kiralah dia selfish ka... Tuhan bagi dia power macam tu ja....


salam yeop,
apa khabar?

ok mike kata ada sesetengah orang dapat something best wlpn dia tak berusaha..
meh teman nak menglabun ngan mike..

wahai mike,
sejak azali lagi before mike trun ke rahim ibu mike,
Allah SWT tetapkan 3 perkara kita,
iaitu rezeki, jodoh dan mati,
maknanya dah ditetapkan dah dan barulah mike masuk rahim ibu mike.

wahai mike,
rezeki Allah SWT yg beri,
itu semua kehendak Dia,
Dia nak bg si fulan kaya ke, si fulan ni miskin ke,
itu semua kehendak Dia,
namun Allah SWT suh kite cari rezeki kt bumi Allah SWT ni yg halal,
dgn apa wahai mike?
dengan semua anggota badan kita,
nak lebih?

wahai mike,
tahukah DOA itu senjata muslim,
banyak hadis menegaskan keutamaan berdoa,
doa mmpu ubah takdir, doa mampu tolak bala, dan doa adalah petanda yg kita lemah,
Allah SWT suka hambanya berdoa,
dan Allah SWT janji stp doa akan Allah SWT kabulkan,
namun bukan selepas kita berdoa,
ada masanya Allah SWT akan tunaikan,
janji kita istiqamah dan berusaha tanpa putus asa,
teman ada petua tips untuk mudah doa dikabulkan,
namun nanti teman bercerita kelak,
inginkan sesuatu?
pintalah pada Allah SWT wahai mike.

wahai mike,
ada sesetengah orang diber nikmat yang sangat banyak namun dia sesat di dunia,
tahukah kamu siapkah dia?
itulah orang2 isti'raj..
golongan ini adalah golongan paling malang wahai mike,
kenapa?
deme diberi nikmat yang tak terhingga namun mike makin lama makin jauh dari Allah SWT,
kenapa?
sebab Allah SWT mengkehendaki mereka lebih sesat di dunia ini,
nauzubillah,
moga2 dijauhkan,

kesimpulannya wahai mike,
sesungguhnya Allah SWT mengurniakan sesuatu ada sebabnya,
dan kadang2 Allah SWT tidak memberi apa kita impi juga ada sebabnya,
mungkin kelak ada yang lebih baik Allah SWT ingin berikan pada kita,
maka bersabarlah wahai mike,
sesungguhnya sabar itu separuh dari Iman.

sekian warkah dari teman
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 12:33 AM | Show all posts

Reply #1 jeyjay's post

Secara mudahnya, setiap kita diberi modal di dunia ini iaitu masa, untuk kita pergunakan sebaik-baiknya.

Tak kiralah orang kafir atau islam, kecil atau besar, tua atau muda, masing-masing diberi modal oleh Allah untuk dipergunakan. Setiap saat berlalu tanpa berhenti.

Kemudian Allah menentukan nasib kita melalui qadaNya.
Dan qada itu terlaksana pula melalui qadarNya.
Setiap saat.

Itu salah satu cara Tuhan Pencipta Alam memerintah dan mentadbir Alam ini, melalui qada dan qadar. IlmuNya yang Maha Tinggi memungkinkan Allah melakukan demikian. Siapalah kita yang mahu memahami kenapa Allah melakukan sebegitu. Cuma Allah menerangkan kepada kita tentangnya  melalu RasulNya supaya kita dapat berusaha mencari keredhaanNya dan bukan sebaliknya.


Perkara2 yang sudah berlaku, saat-saat yang sudah berlalu, memang jelas mereka  adalah ketentuan dan kehendak dari Allah swt. Itu qada Allah yang sudah terlaksana qadarnya.

Akan tetapi perkara2 yang belum berlaku, saat-saat yang lagi akan datang, walaupun ianya juga dalam kuasa ketentuan Allah, tapi tak ada siapa tahu apakah mereka. Ianya qada yang belum terqadar.

Sebagai khalifah di muka bumi Allah ini, kita tidak tahu apakah qada yang ditetapkan Allah kepada kita. Akan tetapi kita diperintahkanNya untuk berusaha mendapatkan yang terbaik untuk perkara-perkara yang belum berlaku. Yang sudah berlaku, setakat ambil iktibar dan pengajaran. Fokuslah kepada perkara-perkara yang belum berlaku. Itulah yang penting dalam pelajaran tentang qada dan qadar ni.

Semoga bermanafa'at.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2009 03:05 AM | Show all posts

Balas #2 ussopp\ catat

"tidak ada cara hidup berupa berserah kepada arus atau masa untuk menentukan hidup kita"


hmmm...macam mana pulak kalau kita dibelengu masalah..kemudian sudah berusaha tapi tidak

berhasil....dan membiarkan masa menentukan segalanya...di sambil itu hanya berusaha dengan

cara berdoa dan meminta pada Allah...tiada lagi usaha secara physical....?? mcm mana yer???
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 08:47 PM | Show all posts

Balas #7 ayu_ludo\ catat

tak nak bercakap panjang......jawapannya tentulah boleh....itulah yg sepatutnya.....

berserah dlm ertikata yg "sebenar" tentunya selepas kita berusaha.

tiada istilah berserah sebelum berusaha, walopun memang wujud sesetengah dari kita yg berjaya tanpa usaha.

yg salah berserah ialah terus berserah pada takdir....biasanya golongan ini golongan yg kecewa.

takmo jadi camnie.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2009 11:25 PM | Show all posts
Originally posted by jeyjay at 11-5-2009 17:18
sy ni ada skeet x paham pasal ni...adakah semuanya telah ditetapkan ALLAH??
jadi maknanya kalau seseorang itu mati dalam kafir pon mmg telah ditetapkan oleh ALLAH??



Sesuatu yang berlaku mmg berlaku dengan kehendak dan pengetahuan Allah...buruk mahupun baik...
Haruslah diingatkan, sesuatu tindakan yang kita ambil ada akibatnya, dan semuanya sudah ditetapkan....

Begitu juga dengan org yg menjadi muslim atau sebaliknya....semuanya adalah dengan kehendakNya..

Sesungguhnya Allah Maha Berkehendak ke atas kita hambaNya....
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 03:25 AM | Show all posts
minta kwn2 di sini kalo sy slh tlg betulkan yer....

bab Qada' & Qadar nie, apa yg sy dgr ialah ada 2 perkara yg tetap & x bole berubah iaitu jodoh & maut.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 09:32 AM | Show all posts
Originally posted by danna09 at 14-5-2009 03:25 AM
minta kwn2 di sini kalo sy slh tlg betulkan yer....

bab Qada' & Qadar nie, apa yg sy dgr ialah ada 2 perkara yg tetap & x bole berubah iaitu jodoh & maut.  


cerita bab Qada dan Qadar ini sy pas kat siapa yg lebih arifff.
namun sy nak beritahu bahawa DOA itu mampu mengubah Qada' dan Qadarnya..
saya banyak baca dan dah tak berapa nak ingat tapi saya yakin ada sesetengah buku memberitahu,
DOA mampu mengubah Qada dan Qadar..

tentang Mati,Jodoh dan Rezeki tuh kategori ketentuan yang dah ditetapkan oleh Allah sWt sebelum manusia masuk dalam
rahim Ibu..namun ini pon boleh ubah dengan DOA..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 10:59 AM | Show all posts

Reply #1 jeyjay's post

Persoalan pasal taqdir memang persoalan popular, ia akan sentiasa keluar....dah berapa thread dah ada saya rasa

Zaman sekarang ilmu logik sudah menguasai ilmu manusia, tapi ilmu logik tidak boleh merungkai persoalan Taqdir dan GHAIB

Seseorang yang mati dalam kekafiran bukannya dia mati semata-mata untuk diseksa, tetapi ALLAH Maha Mengetahui dari ILMUNYA yang MUTLAK apa kehendak orang itu sendiri, iaitu pilihan hidupnya yang berakhir mati dalam kekafiran

Allah yang Cipta manusia, Allah jua Cipta masa. Masa hadapan kesemuanya dalam ketentuan dan Pengetahuan Allah. ALLAH MAHA ADIL
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 03:15 PM | Show all posts

Balas #8 ussopp\ catat

iyelah tp kalau kite stop berusaha....takpe kah?   
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 05:26 PM | Show all posts
Originally posted by jeyjay at 11-5-2009 17:18
sy ni ada skeet x paham pasal ni...adakah semuanya telah ditetapkan ALLAH??
jadi maknanya kalau seseorang itu mati dalam kafir pon mmg telah ditetapkan oleh ALLAH??



Tak bukan mcm tu Qada' adalah ketetapan contohnya Kiamat pasti akan berlaku, itu lah adalah Qada' dan Qadar pula adalah "kadar" dlm bahasa melayu  merujuk pada ukuran, nilai, tempoh, jarak atau masa. Kiamat pasti akan berlaku bila akan berlaku menurut ukuran dan masa yg Allah dah tetapkan. Jadi siapa yg rasa dirinya dah serba cukup iman dan takwanya tunggulah dan yg rasa blum maka carilah keridaan-Nya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 05:39 PM | Show all posts
Originally posted by danna09 at 14-5-2009 03:25
minta kwn2 di sini kalo sy slh tlg betulkan yer....

bab Qada' & Qadar nie, apa yg sy dgr ialah ada 2 perkara yg tetap & x bole berubah iaitu jodoh & maut.  


salam... ni kena tambah sket... ada 4 perkara

jodoh, maut, rezki dan kesudahan baik atau kurang baik. itu yang tetap dan tak berubah.

qada' ada 2 iaitu Mubram dan Mu'allaq.

Mubram ialah qada' yang tetap dan takkan boleh berubah... cthnyer, kedatangan qiamat
Mu'allaq pulak qada' yang boleh berubah dan salah satu alat mengubahnye ialah 'doa'. manakala doa yang terbaik ialah solat (rujuk makna solat dari sudut bahasa)
cthnyer : keberkatan dalam rezki, keberkatan dalam usia, ketaatan, ilmu, kebahagiaan.

*betulkan jika salah
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 07:10 PM | Show all posts

Reply #15 mejik's post

qada dan qadar ini berkait rapat dengan sifat iradat atau Pekehendak Allah.

Kat situ ulamak hurai lagi detail sampai boleh faham. Kena belajar sifat dua puluh la, baca, dengar penerangan guru, telaah dan renung-renungkan dengan sabar.. inshaallah akan faham walaupun mungkin tak boleh nak explain kat orang tapi cukup untuk beramal sendiri.

Yang penting bila dah faham, akidah makin jelas,  iman jadi makin kuat, taqwa makin mendalam, amalan makin mantap.. Itulah ilmu yang bermanafaat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2009 07:29 PM | Show all posts
dari pusat alam aku mengembara,

hingga aku tempuh pagar bumi ke 7,

dari situ aku duduk bersemayam di singgahsana saturn,

habis aku hurai segala masaalah di tengah jalan,

masaalah MATI & REZKI tetap tersembunyi.





tangan yg bergerak & menulis,

bergerak lagi pd yg lain,

apa guna mencumbu merayu,

tak mungkin ia surut pd mu,

krn apa yg sudah bertulis,

sebaris takkan di kikis,

membanjir pun air mata mu berendam,

sepatah kata haram tak padam.






hidup ialah papan catur,

petak2nya siang & malam,

buahnya manusia,

di tolak & ditarek KUASA,

di tangkap & dibunuh,

1 demi 1,

akhirnya semua di taruh kembali,

di kotak NYA.





OH KAU,

yg membuat utk ku ranjau ma'siat,

merintang setiap liku jalan ku,,

yg mesti ku lalu,

mungkinkah bila telah tersurat,

aku di rengkoh di runtuh ranjau,

lalu dikira org berdosa ?







OH KAU,

yg menjadikan manusia dari tanah yg di pijak2,

yg telah menyediakan ular pd jannatul 'adn,

dan manusia mesti menerima segala dosa yg menghitam mukanya,

AMPUNKANLAH KAMI & TERIMALAH !




( omar khayyam ).






WALLAHU A'LAM.

[ Last edited by  sirri_khafi at 14-5-2009 19:32 ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 10:22 PM | Show all posts

Reply #17 sirri_khafi's post

waahhhh..........wa suka sajak omar khayyam ni........ yg no 2 dan kebawahhh tu...... bermakna...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 10:42 PM | Show all posts

Reply #18 kinki's post

he he he, wa pun suka dgn sajak2 metafizik karya omar khayyam.






WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 11:42 AM | Show all posts
Originally posted by sirri_khafi at 14-5-2009 10:42 PM
he he he, wa pun suka dgn sajak2 metafizik karya omar khayyam.






WALLAHU A'LAM.


moh kite wat syair lak he4..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.063018 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list